❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 3, 2012

Ketuk mengetuk di keyboard.

Bunyi cengkerek yang entah datang dari mana meriun rendahkan malam sunyi aku. Ditengah tengah taman? Ada cengkerek? Sakan. Memang Pahang Darul Makmur lah.

Bosan? Hurm, tidaklah. Ada bertimbun timbun buku febret yang belum aku habiskan untuk di baca. Bukan Adam dan Hawa ya. Novel i tak layan. Kemudian, ada selungguk assignment orang untuk aku kerjakan. Diberi tender secara pukal iaitu menyiapkan semua assignment untuk satu sem dan semua subjek yang beliau ambik. Wow? macam aku pulak yang belajarnya, kalaulah jawab exam tu boleh orang lain tolong jawabkan, sure sure sekali dengan exam jugak di masuk dalam senarai yang ditenderkan. Kahkah. Dan ada 4 gigabyte gambar bahagia mereka yang bertunang harus aku cantik molek kan. Lagi? Hurm, owh, baru teringat, aku ini pesyennya suka sangat berjanji. Alih alih, bila sudah nak dekat ke hari yang di janji, aiyoyooo. Susah untuk mengata tidak pada rakan rakan baik. Semua, okeh, no hal, boleh. Last last memakan diri. Hadoi. Dan bila bercakap pasal janji, aku berjanji sama 2 orang rakan mahu membuat Guest Book dihari bahgia mereka. Satu di bulan 11 dan satu lagi di bulan 12. Hadui. Begemana kah ini. Jugak ada lagi janji lain yang di lemparkan iaitu mahu mendesign tudung nikah kawan yang cumel. Hadui. Saya memang cumel. Errrrrrrr.

Lagi? Nak mengarang apa? Hurm. Hurm. Weekend nie tidak pulang ke KL. Mahu menyimpan duit. Konon lah kan. Tak mengapa, mari layankan saja. Tapi tak payah percaya sangat, konfirm duit akan terhabis jugak. Kahkah. Tadi petang pun serupa itu jugak. Tidak mahu pulang ke rumah dengan lebih awal bimbang diri akan terbusan busan lantas tidur mengambil tempat. Disebabkan itu aku membawak diri berjalan jalan ke supermarket dan dengan tidak sengaja membeli barang yang tiba tiba je rasa perlu. Tiba-tiba!!! Memang dasar perempuan kan. Yang asal nak pergi tengok tengok cuci mata je, last last mesti akan tersangkut satu dua barang. Hadoi.

Seronok window shopping nie, tengok barang, sambil berangan-rangan, okeh, nanti dapur nak beli cawan yang macam nie, depan ada karpet bulu bulu kale nie, bilik nak bubuh langsir corak nie. Semua nak. Kira macam cup awal awal la sebelum gaji dapat. Tapi bila dah dapat, hampeh, tolak itu ini, tinggal dua kupang. Boleh buat apa? Masuk jamban awam saja yang lepas. Kahkahkah.

Lepas tu, yang tak menahan, berangan nak beli toto dua tiga bijik, macam family nak datang tidur teptiap minggu saja? Pinggan mangkut pun tak nak kalah, nak beli yang set untuk 24 orang punya? Macam kat rumah tu ada laki beserta anak tujuh saja kan? Tu tak termasuk lagi hal perabot yang nak diborang,  sofa la, almari buku, meja makan, macam nak duduk Kuantan nie sampai ke tua saja. Kahkah. Perempuan owh, perempuan. Hadoi.

BTW, bercakap hal perabot, i dah teroder satu set bilik tidur queen. Kehkeh. TER oder kah? Hurm, tak tak. Memang itu hajat sebelum menetap disini. Mahu punya bilik sendiri dan kelengkapan yang memuaskan hati. Asalnya mahu membeli katil single dan almari saja. Tapi memandangkan harga cuma RM100 saja yang berbeda dengan set bilik tidur yang katil queen siap ada dressing table, better aku ambik set saja. Nanti kawen tak payah nak beli beli dah. Aiceh, nak tawen-tawen dah ke kak? kehkehkeh. Haip, preparation untuk masa depan. Bak kata orang kat fesbook aku la kan, kalau nak beli kereta la kan, kena fikir untuk 10 tahun yang akan datang. Macam mana keadaan kita sewaktu itu. Jadi... jadinya... kereta dan perabot itu punya perkaitankah  kakak? Kahkahkah. Syadap u!!!!

Kereta? Ya sedang berkira kira untuk memiliki nya juga. Tapi yang bagaimana ya. Aku ini manusia yang biasa-biasa saja. Memanglah kalau ditanya nak pakai apa, mestilah Honda!!! Swift!! Latio!! Taste nak yang hebat hebat saja. Tapi bila diukur pada periuk yang di masak. Alahai, sikit saja hasilnya. Tapi kalau banyak sekalipun, aku rasa better bersederhana saja dalam hal hal kereta ini. Kan? Asal boleh bawak jalan jauh dekat, redah panas hujan, dah ok untuk aku. Duit yang lebih lebih itu better simpan untuk mereka yang memerlukan saja, macam mak ayah, kakak, adik, abang. Tak pun simpan untuk pergi Haji umrah. Lagi bagus bukan. Jadi, kereta idaman saya adalah.... jeng jeng jeng... sila tunggu entry bulan depan. Kot kot dah terbeli kereta, boleh lah sambung ayat jeng jeng jeng tuh.. Huhu. Tapi sebenarnya bukan kereta idaman sangat laa, kereta yang lebih kepada kesesuaian gaji, kepenggunaannya, dan kemahuan untuk menyimpan uwang. Tak mo bazir bazir.

Okeh itu saja ketuk mengetuk untuk malam ini. Tahniah sebab melayankan saja kisah kisah aku yang tah apa-apa dan tak penting sangat pun dan merapu je lebih dan sebenarnya tak payah baca, melagha je engkau nie, syoh syoh pergi baca entry kat Iluvislam lagi bagus dari Iredlover nie. Tata. Assalamualaikum. Miss u!! ^_^












PdanS : Adam dan Hawa lagi. Part mereka ke mekah sudah tiba. Sangat akan buat aku melting lagi dengan keromentikkan dan kegentlemen Adam Mukhriz. Alahaiiii, kena tonton sambil duduk dalam freezer kah supaya diri tak melting sangat sangat sangat??? 

No comments: