❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 8, 2012

Hari Isnin Saya


Kehadapan diari saya.

Bekerja hari nie sangat letih. Letih untuk apa pun tidak diketahui puncanya sebab rasanya, tak adalah banyak sangat bekerja, cuma, setiap masa ada saja benda yang nak diperbuatkkannya. Dari masuk office sampai ke petang. Hurm pelik.

Masuk office tadi, duduk dalam 10 menet, rakan sekerja ajak pergi breakfast. Pergi breakfast, jam 10 baru pulang. Wow!! 2 jam. Macam sunggu melampau kan. Ya, bila bos bercuti, diri memang naik tanduk. Kehkeh. Lepas balik tu, belek belek sikit nota, apa yang nak di ajar jam 11 nanti. 11-1 masuk kelas. Pung pang pung pang. Siap. Pukul satu pergi jumpa kawan kat Giant. Sembang sembang punya syoq, lupa sesuatu, jam 2.15 petang final paper saya sedang berlangsung. Eh, jam 2 baru tersedar. Terus pulang ke office dengan pecutan sepantas kilat. Sampai saja, mereka sudah masuk dewan exam. Saya selaku penysarah yang mengajar subjek itu perlu check kot kot ada kesilapan pada soalan ka. Sudah check, pusing pusing kat budak budak tu sat. Tolong apa yang patut sikit sikit sebab macam kesian saja ada yang dok blur blur, ter stuck di awal calculation lagi, ishk. Kalau ikut memang nak tolong semua tapi, pengawas peperiksaan tu tengok semacam je, lepas tu terus belah. Tapi soalan semacam tahun tahun yang lalu saja, kalau mereka try berbuat, insyaAllah boleh jawab. Terus masuk ke office, gubal soalan Test 2 sekejap. Wah, hebat, gubal dalam masa tak sampai 10 menet saja. Kahkah. Cedok soalan yang lalu sudah, ubah nilai sikit sikit. Siap, tu pun belum tentu kanak kanak itu boleh jawab dengan 100% betul. Konpem punya. Lepas tu, mengadap facebook sekejap, lepas tu eh eh dah jam 5. Mata mengantuk, badan letih. Tapi tak boleh tak boleh, kena pergi berdeting dengan rakan UMP sekejap. Sudah berjanji untuk Makan mee kari bersama beliau. Mee kari yang dulu dulu cukup menggila dengan masakan itu. Sedap!! Paling sedap di dunia. Lepas makan, pergi lepak bilik dia kat hostel UMP, macam mana boleh tak perasan, tub tub tertidor sebab letih sangat. Pukul 8.30 baru tejaga dan siap siap untuk balik. Sampai rumah, mandi mandi, basuh baju sikit sikit, basuh tangan ok. Ya, memang sangat letih lagi meletihkan. Tapi di gagahi jugak untuk bukak laptop nie. Untuk apa tah. Dah on internet gatal plak nak bukak FB, "Like-like" gambar apa yang patut, komen apa yang rasa menarik hati, conteng conteng kat sini sikit. Lalu karangan panjang tak dak perenggan yang bertajuk "Hari Isnin Saya" pun dah siap. Dah!! Boleh tidur. Nite!!! ^_^










PdanS : Esok jaga exam. 3 jam.. Errrrr... Busan lagi...

No comments: