❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 25, 2012

Esok Raya?



Assalamualaikum untuk yang sudah mampu membaca. Hihi. Mampu?. Yups, setting-setting private segala bagai itu sudah digbubarkan.  Biasalah. Bila jiwa kacau semuanya nak kena private. Konon lah. Sekarang sudah di rumah manis rumah, maka, hati tentulah gembira, tiada lagi caca merba yang menggangu jiwa. So, bila gembira blog akan hidup seperti sediakala. haha. Ada jugak ya, orang bersepesen itu.

Okeh. Raya? Esok raya haji bakal menjelma. Jadi hari nie berpuasa sunat Arafah. Terima kasih kepada rakan FB yang mengsharing kan info info itu. Seingat aku, ada satu puasa yang sangat besar fadhilatnya di kala nak dekat raya haji, tapi tak ingat puasa apa. Dan Allah menggerakkan hati ini membaca status status mereka di Facebook, lalu terjumpa lah sesuatu yang menjadi tanda tanya aku. Alhamdulillah. Mampu untuk berpuasa walau di awal pagi tadi tersamsul makan secawan air dan roti canai. Serius lupa. Haha.

Bila raya haji menjelma, maka, banyaklah gambar gambar di Mekah sana yang memenuhi ruang Facebook aku. Menatap semua-semua itu buat diri jadi lagi sayu, Ya Allah, bilalah dapat di jejak ke sana kan. Bilalah jemputan untuk menjadi tetamu di Rumah MU itu kan di terima.

Tika tika ini mungkin mereka di sana, sudah mula memenuhi padang Arafah. Berkumpul semua jemaah, dan waktu inilah masa kemuncak bagi mereka yang menunaikan Haji. Melihat gambar di padang arafah yang di kerumuni berjuta-juta umat islam sudah buat aku meremang bulu roma. Ya Allah ramainya. Bertuahnya mereka mereka itu, dijemput oleh Pemiliknya.





Ya Allah, tunaikan permohonan hambamu ini, Aku teringin memnunaikan fardu haji dan umrah. Jempulah daku Ya Allah. Berilah kecukupan wang ringgit. Berilah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berilah keringanan hati untuk mengadapmu, Ya Allah.










PdanS : Di bawah adalah PdanS yang pernah saya karang dulu di ENTRY INI. Hari ini terfikir tentang itu lagi lalu terasa mahu di repost sekali lagi. ^_^

"PdanS : Bulan Ramadhan sudah kunjung tiba, best nya kalau dapat buat umrah time nie kan. Hurmm. Tak mengapa, mari simpan duit!! InsyaAllah, bila dah cukup wangnya, bila ada kepalangan, dan yang penting HARUS DIJEMPUT ALLAH, InsyaAllah, akan sampai jua di satu masa nanti. Saya sangat percaya, Umrah dan Haji nie bukan terletak pada wang yang cukup dan badan yang sihat. Ada kes yang banyak kita lihat, duit banyak, badan sihat, tapi Allah tak jemput jemput jugak, Allah tak bukakkan pintu hati mereka  untuk menziarah rumahnya. Dan ada juga kes kes yang saya pernah terbaca, kaya, pergi haji dengan pakej di raja, tapi ahirnnya, tersadai beberapa hari di lapangan terbang Jeddah atas beberapa masalah Visa dan ahir sekali tak menunaikan haji, pulang dengan tangan kosong saja. Ya, itulah terjadi bila Tuhan belum menjemput mereka. Jadi, jom doa banyak banyak semoga Allah jemput kita. Bila ada jemputan, sesusah mana kita, pasti ada pertolongan, pasti dipermudahkan oleh NYA. Kan."

No comments: