❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 30, 2012

Berkira-kira.





Alhamdulillah, gaji pertama sudah aku terima. Jadi sekarang masanya adalah menjelaskan hutang puitang yang aku kumpul selama 2 bulan tidak bergaji.

Duit laju keluar bukan seperti air lagi, tapi semacam kilat sambar menyambar. Sampai tak sempat nak tengok kemana ia menghilang. Tau tau dah habis. Hurmm. Teringat kata-kata ayah, duit itu bukan milik kita, semua wang yang kita dapat tak akan kekal pada kita lama-lama, semua duit itu hanya melalui kita saja. Dan duit gaji yang aku dapat sudah pun melalui aku. Sekarang sudah di tangan insan yang lain. Dan duit yang telah berpindah kepada insan yang lain itu juga akan berlalu pergi kepada pemilik sementara yang lain.

Duit duit. Tak pernah mencukupkan kita bukan. Bila bercakap hal duit, ya, aku akui aku seorang yang agak berkira-kira dalam hal hal berbelanja. Eh ye ke statment nie. Nak gelak jap. Kahkahkah. Ya, agak berkira-kira pada mulanya dan last-last, tak terkira banyaknya jumlah yang yang dilaburkan.

Macam kisah tengah hari tadi di Giant. Masuk ke situ hanya bertujuan untuk meneman rakan sekerja yang mahu membeli barang, aku pulak tak ada arah tuju, jalan pusing-pusing saja. Lalu ternampaklah snek pringgles di rak pintu masuk. Wah harga asal rm4.60, selepas less jadi Rm3.60. Murah murah!! Boleh ambik. Terus di capai. Di usunglah bawak ke kawasan baju, kawasan sabun, kawasan buah, kawasan air. Errr, busan. Jom keluar. Jalan kat kedai luar macam lagi menarik. Lalu snek pringgles yang di capai tadi terasa seperti membazir saja, even hanya RM3.60, uish, tak boleh tak boleh, buang duit. Bukan lapar sangat pun. Terus di selet botol pringgles itu di celah celah rak bihun Pama. Kahkah. Berkira kan.

Bila keluar, masuk ke Watson. Biasa lah kerja perempuan, bila dah masuk ke situ, belek belek barang makeup, calit calit sikit kat muka, kat mulut, wah!! Cantiknya. Nak nak!! Nak beli lah!! Tengok harga RM36.90. Hurm. Lipstick harga semahal itu? Membazir. Tapi cantik. Normal la SimplySiti memang sedikit mahal. Tapi kalau cantik tak mengapa kan. Errrrrr. Syaitan memang kuat menggoda. Pegang letak pegang letak. Last-last letak. Fuhhh!! Syaitan kalah. Selamat duit aku.

Lalu berpindah ke rak perfume pulak. Spray spray semua yang di susun atas rak. Hurm wangi. Hurm lembut. Hurm sweet. Hurm. Nak satu lah!! Sebelum hati mula memberi apa-apa alasan yang tak payah beli, membazir, buang duit saja bla bla bla dan bla, Dengan laju di capai botol SimplySiti itu, dan terus ke kaunter membayar dengan harga yang 2kali lebih mahal dari lipstick yang aku kedekutkan tadi, dan berpuluh kali lebih berbeza dengan harga Pringgles yang aku cakap membazir tu. Kahkahkah!!!

Jadi, inikah yang dinamakan "Aku nie agak berkira-kira"????? Hurmm. Mencabar sungguh nak jawab soalan nie. Hahaha..











PdanS : Nak tanya, kenapa ek, laki semakin berusia semakin hensem kacak bisa buat iman aku bergoncang goncang? Eh, bukan semua lelaki ya, statement nie ditujukan untuk Aaron Aziz sahaja. Muahaha..

No comments: