❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 10, 2012

Berangan lagi.



Semalam mendapat SMS dari kakak. Katanya, sila cari 5 nama lelaki yang best untuk di bubuh pada anak buah buahan saya yang ke, ke, ke, sat sat nak kita, hahaha. Amirah, Izzat, Husna, Aus, Hasbi, Syimah, Altaf, Loqman, Madihah, and yang akan muncul tiba bulan 12 nie.. So, wahh!! Diam tak diam dah ada 9 anak menakan. Hurm. Sangat cepat macam berlalu, dulu masa baru dapat anak menakan, konfiden dan laju je jawab kalau ditanya jumlah mereka nie. Tapi sekarang nie, jumlah anak menakan pun tak berapa nak sure sure sangat. Dah banyak. Kena kira balik. Kehkeh.

Okeh, nak bagi nama apa ya. Hurm. Banyak nama yang menarik minat aku dan memang dah lama terfikir akan hal itu. Lepas baca buku Biografi Muhammad, banyak nama yang menjadi kekaguman aku. Antaranya adalah Muhammad, Umar, dan Hamzah. Tapi maaf dipinta. Itu nama-nama anak anak aku suatu hari kelak. Jadi tidak boleh di masukkan dalam senaria yang di mintak itu. SANGAT TIDAK BOLEH!! Yes.

So, memandangkan aku sedang angau dengan Adam dan Hawa, terus tangan laju mereply SMS itu dengan satu nama yang sangat bersepah dalam blog nie "Adam Mukhriz". Cehh!! Sampai anak menakan pun kena terpengaruh sekali. Sunggu obses kan. Tapi obses sampai, tak adalah nak bubuh nama anak sendiri Adam Mukhriz. Anak sendiri mau letak nama-nama sahabat nabi sahaja. Bules gitu? hihi

Yes!! Sesi untuk memaksa akan bermula. Mari kita push dan terus push supaya nama yang di bubuh adalah "Adam Mukhriz Bin Abdul Ghani". Sedap tak? Aku rasa macam sangat buruk jee. Kahkah. Mesti jadi macam geli geli je nak panggil sebab setiap kali sebut nama Adam, Am, mesti dalam otak akan terbayang wajah AaronAzizpakwekacakbadanketakketakbolehpengsanseketika. Jadi, hurm. Bubuh nama Muhammad Adam pun ok kot. Hurm, tah lah. Tak payah sibuk nak memikir, bukan anak engkau pun. Ofkos mak ayah dia ada nama yang lagi terbaik buat anak anak mereka. Kan.

Tpi kan, saya tak berapa nak paham kenapa sudah kena ada nama nama pilihan untuk anak sendiri nie?? Hey, hey, mana bapak mereka? Dah ada kah? Kahkah. Kan berangan itu sangat baik untuk otak, supaya lebih aktif, sihat dan cerdas. Kehkeh. Dan... dan.. untuk anak perempuan saya pulak, rasa macam nak letak nama Maryam atau An-Nisa, nama surah surah yang ada dalam Al-Quran. Maryam sangat banyak kali di sebut dalam Al-Quran. Maryam wanita suci iaitu ibu kepada nabi Isa. Nama anak kepada Imran(Surah Ali Imran =Keluarga Imran) juga bernama Maryam. Kemudian Maryam berkahwin dengan Nabi Zakaria. Nanti aku kisahkan kisah kisah mereka yang aku telah baca dalam Surat Cinta #4 ye.

BTW, saya prefer nama yang simple like nama saya, satu word saja. Tak ada puteri, siti, dayang apa segala bagai. Kemudian punya maksud yang baik, sebab nama baby baby sekarang nie lebih kepada nama nama melayu yang glemer dan sometime nama gabungan mak ayah. Hadoi. Nak panggil pun tegeliat lidah jadi. Kadang-kadang nama sampai 4, 5 word. Kesian anak tu nanti nak tulis nama dalam kertas periksa, kawan kawan lain dah jawab sampai nombor 10 dah, dia baru dok eja nama. Ye la, panjang sangat. 

Dan nama itu juga, sudah pernah dinamakan kepada mereka mereka yang berperibadi mulia. Seperti nama nama sahabat nabi, dan nama-nama wanita agung di zaman nabi. Dengan harapan, anak saya kelak akan mencontohi pemilik nama itu juga. InsyaAllah.

Boleh nak berangan macam itu? Kehkeh. Dah. Tata. Nite!!!!















PdanS : Private? So? Suka hati lah.

No comments: