❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 13, 2012

Tiba tiba lagi.

Assalamualaikum diri. Hai, macam dah kurang pulak aku menulis. Banyak copy and paste saja sesuatu untuk diri, qoute-qoute yang digemari, surat cinta dari Kecintaan Abadi. Yang itu saja kan. Hurm. Ok lah tuh, nak post kat facebook banyak banyak nanti dicop konon alim pulak. Sini, lebih selamat, lebih pribesi, dan bila terasa nak baca dan rujuk balik, boleh bukak di sini. Ok. Next story.

Sekarang sudah berwajah baru. Wajah baru selain jerawat naik berderet deret, ada lagi yang lebih barunya. Haha. Macam kagum gila dengan keputusan yang di ambil aku. Tiba-tiba sungguh. Yes, saya memang seorang yang sungguh tiba-tiba, seperti yang selalu di karang di sini, banyak yang tiba tiba kan.

Beberapa hari yang lalu, kepala sangat sangat gatal. Macam ternak kutu pun ada jugak. Gila tak boleh tahan, sampai aku pusing pusing satu rumah cari gunting. Memang nak gunting sendiri. Sangat bertekad. Tapi nasib baik gunting belum ujud lagi di kediaman baru ini. Yang ada gunting benang yang lebih kecik dari size tapak tangan aku yang comel ini. Kata pada diri, sabar... sabar.. Tapi kalau potong guna pisau pun ok jugak kan.. Err.. Jangan.. Kerja bodoh namanya. Dah la rambut panjang kalah rapunzel. Pelis jangan jadi bodoh!!! Last sekali, dah tak tahan sangat, dibawaklah pergi mandi dan syampoo ada kot sengah jam. Konon mensaloon kan sendiri kepala tu.

Lepas siap mandi apa semua, hilang lah gatal gatal yang bersarang tadi. Dan tetiba jugak kepala terasa sakit. Macam pening pening gitu. Alahai. Ujian apa pula nie yang Tuhan bagi. Cuba untuk tidur konon boleh hilangkan sakit kepala tuh, tapi tengok jam di dinding, eh, baru pukul 7 petang. Awalnya nak tidur. Tidur waktu waktu begini kang lagi sakit kepala aku, lagi syoq syaitan menggangu.

Lalu bertekad dalam hati. Jom ke kedai, cari panadol. Terus ambik tudung dan keluar rumah. Kedai memang sangat dekat. Jalan tak sampai seratus meter dah boleh sampai deretan kedai runcit, makan, henpon dan segala bagai lagi yang aku belum sempat usha. Masuk kedai, terus mintak panadol. Lepas siap keluar dan tetiba terpandang kedai sebelah. Eh, eh, kedai saloon laaa. Tanpa tak memikirkan apa apa dah, kaki terus di bawa melangkah masuk ke dalam kedai tu, dengan laju mulut terus menyapa seorang perempuan yang sedang tekun merepair rambut pelanggannya "ramai lagi ke kak?".

Lepas mengajukan soalan tuh, terus terfikir, eh, ye ke aku nak potong rambut nie?? Serius ke? Selama 6, 7 tahun aku membawa imej berambut panjang nie, sangat susah untuk nak buat keputusan potong potong nie. Selalu bertangguh kalau ada niat semacam itu. Dan kalau berniat nak potong pun sekalipin, nanti bila dah sampai kedai, alih alih, "Kak, saya nak potong kat ujung je, dalam 1 inci jee" Errrr. Macam baik tak payah potong, tak ada perubahan dan membazir duit je. Haha.

Tapi kali ini, hati aku sangat bertekad gila gila!! Yess!! Perlu potong sependek pendeknya. Lepas bontot selamat di labuhkan pada kerusi, dan kepala bersiap sedia untuk di repairkan, bibir pun meluahkan kata-kata yang akan merubah sesuatu yang cukup susah untuk aku perbuatkan. "Kak, saya nak potong pendek, atas bahu, akak buat jelah macam mana akak rasa cantik dan sesuai, janji pendek dia atas bahu". Wow!! Bertahun-tahun di simpan, di jaga, di sayang, tub tub, secara yang sungguh tiba tiba, panjangnya menjadi sekerat bahu saja?? Hey, mana rapunzel yang dulu??

Okeh, sekarang sudah redha. Redha dengan imej yang baru nie. Tapi suka sangat, kepala sudah ringan, syampo pun senang, tak payah tekan syampoo sampai penuh tangan untuk rambut yang pendek ini. Kering pun cepat. Pergi kerja pun tak payah ikat. Hihi.

BTW, kedai potong rambut tu memang murah gila kot. Dia potong rambut aku, sekali dengan iron siap, bubuh minyak vitamin bagai, charge hanya RM9 sahaja. Sangat sangat ok kan. Teringat beberapa bulan lalu, potong rambut dekat kampung, ingatkan bila dah nama kedai kampung akan jadi murah lah. Tapi bila dah siap potong, tub tub dia charge 15 ringgit kot, padahal, potong ujung je pun. Hurm, berbeda kan harga dia, dah la kedai saloon kat sini sangat friendly, terus aku jadi terhasut nak pergi buat treatment, rebonding, segala bagai. Wow wow. Sabar sabar. Tunggu gaji next month!!! Hahaha.

Ok. Dah. Sekian.













PdanS : Hey, semalam set katil i dah sampai. Sudah terasa duduk di rumah. Sebelum nie terasa duduk merempat je. Haha. Ye lah, bilik ada, tapi semua benda bersepah dekat ruang tamu je, bilik langsung tak di jejak. Sekarang dah boleh mula deco deco bersama Eric. Kehkeh.

No comments: