❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 31, 2012

Notice 4.




Perasaan tak, dalam hidup nie, kadang-kadang kita di datangin dengan benda yang sama, berulang kali. Sekali dua mungkin kita tak sedar, tapi bila sudah kali ke 3, 4, 5 kali, mesti ada sesuatu yang ternotice kan.

Macam hidup aku, selalu saja dikurniakan dengan sahabat yang sangat sangat sangat menyenangkan hati aku. Selalu saja mendapat roomate yang tidak bermasalah. Dari diploma, degree sampaila ke master, semua yang di jodohkan baik baik belaka. Langsung tak ada masalah. Bersyukur sangat dengan aturan Tuhan untuk yang itu.

Dan, hari nie aku ternotice lagi dalam satu hal. Sedari aku kecil sampai ke saat ini, nombor 4 memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Mula-mula ic aku 5440. Kemudian angka giliran diploma aku AA04010, angka giliran degree aku AB07140, bila sambung master angka giliran GB100040. Dan hari nie angka pengenalan diri untuk kekasih hati yang baru 8444. Hurmm. Menarik kan. Semuanya dengan tidak sengaja adalah berkisarkan angka 4 saja. Mesti ada!!

Lepas nie apa pulak? Adakah aku akan berkahwin pada bulan 4? Atau akan menikah pada haribulan 4? Atau tahunnya adalah 2014? Tapi janganlah jadi ke 4 sudah. Tidak sanggup aku. Hahaha. Bukan tidak sanggup, tapi tidak mahu menjadi yang ke4. Mahu menjadi yang pertama, tidak kisahlah kalau yang dihalalkan itu jumlahnya 4, tetap mahu menjadi yang pertama. Eh, cup, tidak kisah? Biar betul? Wah!! Nak kagum nie. Hahaha. Tidak kisah? Berkisah jugak lah. Eh tak tak, sangat berkisah, tapi insyaAllah kalau yang ke 2, 3, dan 4 itu mengikut pilihan hati saya dan bukan dia, mungkin jadi tidak berkisah kot. ^_^









PdanS : Sekarang senyum jadi selalu. Hati riang berlagu. Menanti harinya sabtu. Ada konvo hadiah penat belajar yang dulu. ^_^

Tuesday, October 30, 2012

Superstorm Sandy?





Bila melihat gambar gambar disaster yang menimpa US semalam, buat akal berfikir sejenak. Semua filem-filem disaster yang mereka bikin, 2012, The Day After Tomorrow, memang benar benar terjadi menimpa mereka. Sama! Sebijik! Dan lebih dasyat dari itu.  

Tapi selalunya kisah-kisah yang mereka arahkan sudah tentu pada ahirnya, mereka adalah hero, mereka golongan hebat, menyelamat di sana sini, menyelesaikan masalah yang di hadapi dengan cara yang tak terjangkal dek akal fikiran sendiri. Tapi, rialitinya? Bila sudah terjadi? Ada yang dapat menyelamatkan diri? Kemana hero lari?

Cerita yang dibikin, merekalah authornya, merekalah yang menyusun jalan ceritanya. Tapi cerita di alam dunia ini, Allah lah yang karang, Allah yang menentukannya. Mereka dan kita semua tak ada kuasa nak mengubahnya. Tapi kita ada alat yang bisa buat Allah terima kata hati kita. Berdoalah selalu semoga kita sentiasa dalam lindunganNYA.















PdanS :  Hurm. November datang dan membawa kabar yang  2012 berbaki lagi 2 bulan. Dan kemudian bila 2013 tiba, usia pun bertambah kepada setahun yang lebih matang. Ya, semoga diri matang seiring usia yang disandang. Semoga hidup lebih berkualiti bersama jumlah umur yang dipegang.

Berkira-kira.





Alhamdulillah, gaji pertama sudah aku terima. Jadi sekarang masanya adalah menjelaskan hutang puitang yang aku kumpul selama 2 bulan tidak bergaji.

Duit laju keluar bukan seperti air lagi, tapi semacam kilat sambar menyambar. Sampai tak sempat nak tengok kemana ia menghilang. Tau tau dah habis. Hurmm. Teringat kata-kata ayah, duit itu bukan milik kita, semua wang yang kita dapat tak akan kekal pada kita lama-lama, semua duit itu hanya melalui kita saja. Dan duit gaji yang aku dapat sudah pun melalui aku. Sekarang sudah di tangan insan yang lain. Dan duit yang telah berpindah kepada insan yang lain itu juga akan berlalu pergi kepada pemilik sementara yang lain.

Duit duit. Tak pernah mencukupkan kita bukan. Bila bercakap hal duit, ya, aku akui aku seorang yang agak berkira-kira dalam hal hal berbelanja. Eh ye ke statment nie. Nak gelak jap. Kahkahkah. Ya, agak berkira-kira pada mulanya dan last-last, tak terkira banyaknya jumlah yang yang dilaburkan.

Macam kisah tengah hari tadi di Giant. Masuk ke situ hanya bertujuan untuk meneman rakan sekerja yang mahu membeli barang, aku pulak tak ada arah tuju, jalan pusing-pusing saja. Lalu ternampaklah snek pringgles di rak pintu masuk. Wah harga asal rm4.60, selepas less jadi Rm3.60. Murah murah!! Boleh ambik. Terus di capai. Di usunglah bawak ke kawasan baju, kawasan sabun, kawasan buah, kawasan air. Errr, busan. Jom keluar. Jalan kat kedai luar macam lagi menarik. Lalu snek pringgles yang di capai tadi terasa seperti membazir saja, even hanya RM3.60, uish, tak boleh tak boleh, buang duit. Bukan lapar sangat pun. Terus di selet botol pringgles itu di celah celah rak bihun Pama. Kahkah. Berkira kan.

Bila keluar, masuk ke Watson. Biasa lah kerja perempuan, bila dah masuk ke situ, belek belek barang makeup, calit calit sikit kat muka, kat mulut, wah!! Cantiknya. Nak nak!! Nak beli lah!! Tengok harga RM36.90. Hurm. Lipstick harga semahal itu? Membazir. Tapi cantik. Normal la SimplySiti memang sedikit mahal. Tapi kalau cantik tak mengapa kan. Errrrrr. Syaitan memang kuat menggoda. Pegang letak pegang letak. Last-last letak. Fuhhh!! Syaitan kalah. Selamat duit aku.

Lalu berpindah ke rak perfume pulak. Spray spray semua yang di susun atas rak. Hurm wangi. Hurm lembut. Hurm sweet. Hurm. Nak satu lah!! Sebelum hati mula memberi apa-apa alasan yang tak payah beli, membazir, buang duit saja bla bla bla dan bla, Dengan laju di capai botol SimplySiti itu, dan terus ke kaunter membayar dengan harga yang 2kali lebih mahal dari lipstick yang aku kedekutkan tadi, dan berpuluh kali lebih berbeza dengan harga Pringgles yang aku cakap membazir tu. Kahkahkah!!!

Jadi, inikah yang dinamakan "Aku nie agak berkira-kira"????? Hurmm. Mencabar sungguh nak jawab soalan nie. Hahaha..











PdanS : Nak tanya, kenapa ek, laki semakin berusia semakin hensem kacak bisa buat iman aku bergoncang goncang? Eh, bukan semua lelaki ya, statement nie ditujukan untuk Aaron Aziz sahaja. Muahaha..

Ujian dan Di uji lagi?




Teman, walau seberat mana pun masalah yang menimpa. Walau sebesar mana pun ujian yang datang. Walau setajam mana pun duri yang menusuk hati. Senyum dan teruslah menguntum senyuman. Sebab.. sebab.. sebab.. bukan semua orang mampu senyum. Orang hat kena strok mulut herot herot tak boleh senyum tau. Orang yang kena kenser mulut pun tak boleh senyum jugak. Jadi kita yang sangat sempurna nie jom senyum!! ^_^

(Tiba-tiba ada ayat motibasi lah konon. Tiba-tiba?)


Kisah ujian malam ini adalah : 

Beberapa minggu yang lalu internet di office telah mengblock web "DailyMotion" yang mana ia adalah sumber kepada semua episod Adam Hawa yang tak mampu saya tonton di astro dek kerana rumah sewa tak ada tibi. Celah mana nak pasang Astro kan kalau tivi pun tak ujud. Tapi tak mengapa Nyah oi, Mak tak kisah sebab Mak ada berokband canggeh yang mampu menghidangkan breakfast mak pagi pagi. Semua masalah tu tak memberi kesan apa-apa pada Mak. Small matter lah. Ceywahh!!

Malam nie, tiba-tiba di kabarkan satu lagi kisah yang sangat tak cool, di mana Astro pulak buat hal, pergi delete semua video drama adam hawa yang ada kat internet. Konon  nak basmi habis habisan laa semua web yang menciplak hasil kerja mereka. Errrrrr!!! Terkedu mak baca beritu tu nyah oii!!!! Awat kena gelabah sangat nie Astro. Drama je pun. Hat cerita filem yang bersepah kat panggung yang baru 2 hari ditayang, dah siap masuk youtube, mereka mereka tak gelabah macam engkau pun. Haiyaaaa!! Please be cool laaaa..

Uwaaaa. Berita ini sangat memberi kesan kepada malam saya. Dan pagi pagi saya jugak. Sudah tidak boleh breakfast Adam Hawa teptiap pagi. Konfem kena gastrik lepas nie. Uwaaaaaaa.














PdaS : BTW, inikah ujian yang menimpa itu? Wah besarnya!!!! Kahkah.

Monday, October 29, 2012

So Many Things..







Yes. Entah kenapa aku tak suka menjadi Si Pencerita di luar sana. Aku lebih selesa menjadi pendengar kepada Si Pencerita. Memberi respon kepada apa yang dicerita mereka. Itu lebih buat aku selesa. Bila bersama dengan mereka yang kurang berbicara, mesti perbualan seperti akan sedikit kekok sebab aku sedaya upaya untuk menjadi Si Pencerita yang mana aku memang tidak berapa prefer. Tapi, kalau mood aku sangat excellent tip top punya, sila diam dan layan percakapan aku. Haha. 

Di sini, medan aku, tempat aku, kawasan jajahan aku, jadi aku bebas untuk menulis. Cerita aku lebih banyak di sini. Biar tidak mendapat respon siapa siapa, aku rasa terluah bila menaip apa yang hati rasa. Tak perlu mengkontrol apa-apa, tak terikat dengan hati siapa siapa, karang saja sesedap rasa. Ye lah, dah nama pun blog. Tak kan aku nak menjadi Si Pendengar lagi.  Pelik pulak.











PdanS : Audit di tunda. Ya, sangat menarik. Setelah cuti raya aku di bekukan dengan alasan audit akan berlangsung minggu lepas raya. Then, sekarang di tunda pulak ke minggu selepas deepavali. Lepas nie, cuti deepavali dan  maal hijrah yang aku nak pohon selama seminggu bakal di bekukan lagi?? Wah, indahnya hidup!!!

Friday, October 26, 2012

Quote #58










Dan sudah lama,
Ku pujuk hati,
Mari kembali mencari YANG ABADI.

Dan sudah lama,
Ku pujuk diri,
Mari kembali kepada YANG SETIA MENANTI.


Dan sudah lama,
Aku pesan pada diri,
Supaya berhenti mencari dan berharap pada mimpi yang tak pasti.


Sungguh,
Hingga saat dan detik ini,
Hati masih begini,
Masih bertatih-tatih ‘mencari’.


Dan,
Aku cuma bimbang,
Bahawa kesempatan akan akhirnya berlalu pergi sia-sia.









TersenyumMelihatLangit 








PdanS : Banyak rasa yang sama. Terima kasih penulis.

Quote #57

















.

Thursday, October 25, 2012

Esok Raya?



Assalamualaikum untuk yang sudah mampu membaca. Hihi. Mampu?. Yups, setting-setting private segala bagai itu sudah digbubarkan.  Biasalah. Bila jiwa kacau semuanya nak kena private. Konon lah. Sekarang sudah di rumah manis rumah, maka, hati tentulah gembira, tiada lagi caca merba yang menggangu jiwa. So, bila gembira blog akan hidup seperti sediakala. haha. Ada jugak ya, orang bersepesen itu.

Okeh. Raya? Esok raya haji bakal menjelma. Jadi hari nie berpuasa sunat Arafah. Terima kasih kepada rakan FB yang mengsharing kan info info itu. Seingat aku, ada satu puasa yang sangat besar fadhilatnya di kala nak dekat raya haji, tapi tak ingat puasa apa. Dan Allah menggerakkan hati ini membaca status status mereka di Facebook, lalu terjumpa lah sesuatu yang menjadi tanda tanya aku. Alhamdulillah. Mampu untuk berpuasa walau di awal pagi tadi tersamsul makan secawan air dan roti canai. Serius lupa. Haha.

Bila raya haji menjelma, maka, banyaklah gambar gambar di Mekah sana yang memenuhi ruang Facebook aku. Menatap semua-semua itu buat diri jadi lagi sayu, Ya Allah, bilalah dapat di jejak ke sana kan. Bilalah jemputan untuk menjadi tetamu di Rumah MU itu kan di terima.

Tika tika ini mungkin mereka di sana, sudah mula memenuhi padang Arafah. Berkumpul semua jemaah, dan waktu inilah masa kemuncak bagi mereka yang menunaikan Haji. Melihat gambar di padang arafah yang di kerumuni berjuta-juta umat islam sudah buat aku meremang bulu roma. Ya Allah ramainya. Bertuahnya mereka mereka itu, dijemput oleh Pemiliknya.





Ya Allah, tunaikan permohonan hambamu ini, Aku teringin memnunaikan fardu haji dan umrah. Jempulah daku Ya Allah. Berilah kecukupan wang ringgit. Berilah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berilah keringanan hati untuk mengadapmu, Ya Allah.










PdanS : Di bawah adalah PdanS yang pernah saya karang dulu di ENTRY INI. Hari ini terfikir tentang itu lagi lalu terasa mahu di repost sekali lagi. ^_^

"PdanS : Bulan Ramadhan sudah kunjung tiba, best nya kalau dapat buat umrah time nie kan. Hurmm. Tak mengapa, mari simpan duit!! InsyaAllah, bila dah cukup wangnya, bila ada kepalangan, dan yang penting HARUS DIJEMPUT ALLAH, InsyaAllah, akan sampai jua di satu masa nanti. Saya sangat percaya, Umrah dan Haji nie bukan terletak pada wang yang cukup dan badan yang sihat. Ada kes yang banyak kita lihat, duit banyak, badan sihat, tapi Allah tak jemput jemput jugak, Allah tak bukakkan pintu hati mereka  untuk menziarah rumahnya. Dan ada juga kes kes yang saya pernah terbaca, kaya, pergi haji dengan pakej di raja, tapi ahirnnya, tersadai beberapa hari di lapangan terbang Jeddah atas beberapa masalah Visa dan ahir sekali tak menunaikan haji, pulang dengan tangan kosong saja. Ya, itulah terjadi bila Tuhan belum menjemput mereka. Jadi, jom doa banyak banyak semoga Allah jemput kita. Bila ada jemputan, sesusah mana kita, pasti ada pertolongan, pasti dipermudahkan oleh NYA. Kan."

Monday, October 22, 2012

Terbang jangan melayang.



Hep. Hati tengak bahgia nie. Hai hai. Yuhuuuu. Hahaha.

Gila kan. Emosi memang naik turun. Kejap sedih kejap happy gila. Happy sampai tersengeh sorang sorang sambil baca komen komen yang orang tulis di page Adam Hawa. Baca saja?? Ya, dengan baca saja dah boleh buat aku tersengeh sorang sorang. Tu tak tengok lagi episod malam nie yang bakal di tonton esok hari. Kompem akan angau satu hari. Hadoiiiii. Tapi bukan dah lama ka angau?? Errrrr.

Serius, sekarang page di facebook paling febret adalah Adam Hawa. Lebih suka lepak di situ. Baca setiap komen, satu persatu. Ya, satu persatu hokey!! Tak skip skip. Semua komen orang aku baca, aku belek satu satu dan kalau suka tak segan silu untuk tekan LIKE. Haha. Memang kurang pekerjaan. Lepas tu, tidak di lupa jugak, setiap gambar atau status yang di letak oleh admin Adam Hawa tu mesti aku nak kena bagi ulasan jugak. Yang bestnya, setiap ulasan aku mesti akan ada orang LIKE dengan banyak jugak la. Bagga kott!! Kahkahkah..

Dan, sekarang adalah part-part am dan ain berbaik baik sudah bermula. Alahaiiiii. Sangat buat akan melting lagi dan lagi. Errrrrr. Tapi kan, part mana yang tak buat aku melting. Pantang ada muka Am, mesti harus tersengeh sorang sorang. Risau sungguh dengan hormon nie. Kelenjar gatai macam dirembeskan dengan melebihi had pulak. Haishhh. Tak bahaya kan untuk kesihatan. Nie kes angau saja. Tak ada la pulak sampai nak jumpa bini si Aaron tu sambil berkata "Kak, jom bemadu". Tidak tidak. Haha.

Dan satu lagi sebab kenapa harus melting bila melihat Am, dia punya skrip best. Ada saja ayat yang menggegarkan jantung aku. Uish, kalau jantung duduk kat luar kompen dah lama jatuh luruh sudah. Lepas tu Am sangat bersahaja saja dengan loya buruknya yang macam tak boleh blah itu. Tak terfikir pulak di tengah tengah keseriusan dan ke marahan ain tu, tub tub dia akan keluarkan ayat yang buat aku jadi tergalak sat. Hoi, orang tengah marah kot. Tapi dengan cara itu ia membuatkan cerita itu jadi best. Tak boleh belah jugak part lepas mereka mula-mula jumpa kat Mekah tu, jalan dua dua, tub tub Am terlanggar tiang. Kahkah. Gelak guling guling aku.

Okeh dah. Mari berhenti membawa diri melayang ke dalam kisah kisah yang hanya kisah lakonan semata. Kembali ke alam rialiti.










PdanS : Dua hari berturut turut minum jus nenas. Hari ini perut bagai dicakar, di robek robek. Errrrrr. Tajam la air itu. Tidak sesuai untuk anda Munawwarah!!!

Sunday, October 21, 2012

Bila jiwa itu kacau


Kadang-kadang bila diri kurang pekerjaan, hati mula melayang, otak mula berangan yang bukan bukan..

Kalau dapat kawen dengan mereka yang stable (mean punya kerja yang dapat menampung saya yang tidak bekerja dan keluarga, tak perlulah terlalu mewah) dan tinggal di kampung saya, kedah nun di sana.. Kan bagus.. Duduk dekat dengan mak ayah.. Tak payah kerja.. Kerja hanya menjaga anak saja.. Boleh settle down di sana saja.. Indahnya hidup.. Kan...

Hurmm... Tapi... Itu hanyalah impian semata.. Hanya angan angan di kala diri busan dan tidak berbuat apa-apa. Hakikatnya, aku di bumi Kuantan dan harus mencari sesuap rezeki di sini. Allah telah mengatur agar aku tinggal jauh dari kampung, jauh dari mak ayah. Dan aturan tuhan tentulah paling terbaik bukan. Mungkin hikmahnya aku belum nampak, aku masih tidak sedar.

Bukankan engkau memohon untuk menjadi hamba yang lebih bersabar dan redha dalam setiap ujian. Mungkin inilah caranya Tuhan memberi jalan untuk engkau menjadi seorang yang seperti di pohonkan itu. Sentiasa sabar dan redha walau yang diberi tidak seindah yang di impikan.

Bukankan engkau memohon untuk diri sentiasa dekat denganNYA. Mungkin ini caranya, bila mana masa masa engkau banyak yang menyendiri, maka, bermuhasabahlah dalam banyak hal hal diri yang belum sempurna lagi. Dengan muhasabah, engkau akan sentiasa ingat akan pencipta. Dengan muhasabah engkau akan sedar apa kekurangan diri. Ya, inilah jalan kepada apa yang engkau pohoni.

Bukankan engkau mahu membuat perubahan dalam hidup kepada yang lebih baik. Mungkin tempat ini, di bumi Kuantan ini, adalah permulaan kepada apa yang engkau hajati. Berhadapan dengan mereka yang baru, yang masih belum mengenalmu. Ya! Tempat yang paling sesuai, supaya tidak terlalu janggal. Dan ini adalah jalan kepada apa yang selalu engkau doakan dalam tiap sujudmu..

Sungguh manusia itu lalai, seringkali leka. Dan yang pastinya selalu saja mengeluh pada kesusahan yang di hadapinya, padahal di sisi Allah, ia sangat sangat terbaik bukan. Kita saja yang jahil dalam menilainya..

Tak mengapalah. Nabi pun berhijrah bukan. Dari Mekah bumi kelahiran, ke Madinah, bumi ketenangan. Kalau Nabi kekasih Allah pun di suruh Hijrah dari satu tempat ke tempat yang lain, inikan pulak aku, hamba hina ini. Harus lah lagi kan. Mari belajar untuk REDHA kerananya..
















PdanS : Menghitung hari untuk pulang ke sarang.. ^_^

Quote #56




Dari pengalaman-pengalaman yang lalu, saya rasa hidup kita selalunya akan di corakkan dengan siapa yang kita dampingi, dengan siapa  kita berkawan dan dengan siapa jodoh kita dilangsungkan. Mereka-mereka inilah yang mewarnai kehidupan, mencorakkan diri, pemikiran, perwatakkan dan pembawakkan kita seharian. Tapi apa-apa pun semuanya berbalik kepada kita sendiri juga. Adakah kita ingin menjadi orang yang dipengaruhi atau mempengaruhi?





-me-








PdanS : Eh, Quote sekarang adalah berpesyen petikan dari ayat sendiri. Can? Hihi. Baca balik entry  yang lama-lama dulu dan terasa mahu mengeshare pandangan sendiri. Boleh kan?

Dunia peach






Ini namanya bosan bosan menunggu isyak. Ya, bukannya nak mengaji quran ka apa, dok mengadap laptop sambil syoq-syoq mengsnap muka sendiri. Kahkah. Rosak akhlak sungguh. BTW inilah dunia peach saya. Terang benderang kan. Berada di lingkungan ini saja setiap malam. Okeh. Jom sembahyang.









.

Saturday, October 20, 2012

Quote #55




Tak perlu dirunsing untuk memikirkan bagaimana perjalan hidup kita di masa kedepan. Semua sudah dirancang Allah dengan perancangan yang paling cantik, paling indah kerna Allah itu sebaik-baik Perancangan. Jadi, jangan mempersoalan tiap ujian yang menimpa, tiap impian yang tidak didatangkan, tiap harapan yang tidak disempurnakan, kerna kesusahan yang kita rasa itu adalah lebih baik di sisi Allah sedangkan kita tidak mengetahuinya. Belajarlah untuk Redha dan jangan merungut lagi.



-me-



[note to self]

Kembali kepadaNYA..

Assalamualaikum kepada kamu yang membaca. Semoga dalam RahmatNya selalu.

Pagi ini bangun aku dengan khabar yang sedih.

Jam 6.25 menet pagi handphone tangan berdering memandakan alarm yang di set telah berbunyi. Tangan laju mencapai handphone untuk di matikan bunyi kuat itu. Tiba-tiba mata tertumpu pada screen apabila terlihat satu massage yang belum dibaca lagi. Dalam keadaan yang masih separuh sedar, di buka massage itu dan di baca apa isi yang terkandung.

"Salam, Lang baru saja meninggal lima menet yang lalu" Kak Cah - 5.28 AM


Ya Allah,  إنّا لله وإنّا إليه راجعون

Lang, abang kepada ayah aku. Ya Allah, baru semalam di tatap wajahnya di facebook, dalam group    "Adik Beradik Sepusat Sepusing", group yang dibina untuk ahli keluarga aku, untuk kami lebih dekat, untuh silaturrahim kami lebih erat. Salah seoarang sepupu aku sempat mengsnap gambarnya ketika dia sedang berbaring di atas katil di hospital kerana sakit tenatnya. Pagi nie, bila di buka, di tatap kembali gambar itu, Ya Allah, sayunya hati aku. 

Banyak kenangan dengan Lang, lebih lebih lagi dia adalah adik beradik ayah yang paling hampir tinggal dengan kami. Yang lain, seorang di Perak, seorang di Johor, dan seorang lagi di Sik. Hanya ayah dan Lang saja yang masih setia menetap di Yan, kampung halaman kami semua. Dan Lang adalah adik beradik ayah yang pertama di jemput bertemu denganNYA. Memang sangat terkesan buat aku. Lebih lebih lagi, beberapa bulan yang lalu, kami membuat reunion keluarga. 


Adik beradik ayah. Di susun mengikut usia. Dari kiri, Wa, Lang, Ayah, Ndak Lin, dan Cik An.



Alhamdulillah, tika reunion itu semua adik beradik ayah masih ada, belum ada lagi yang di jemput bertemu denganNya. Walaupun reunion itu dipenuhi dengan moment moment yang gembira, tapi, tiap kali bersalaman setelah selelsai solat berjemaah, atau waktu perpisahan kami semua, air mata mesti laju berjurai, bukan aku saja, hampir kesemua yang hadir. Kadang-kadang menjadi tanda tanya, kenapa harus sedih sampai ketahap ini. Berat hati untuk meninggalkan mereka semua. Sedih. Sedih bukan saja untuk rasa silaturrahim yang terjalin, tapi untuk sesuatu yang tak dapat nak di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya rasa yang tahu bagaimana gambarannya. Dan hari ini, semua rasa sedih  itu sudah terjawab, yang sedih itu bukan saja untuk pulang ke kediaman masing-masing, bukan  saja untuk rasa gembira antara kami yang akan berahir, tapi ia sebenarnya lebih dari itu. Sedih untuk pertemuan yang terahir antara kami semua dengan Lang yang dikasihi.





Tahun tahun kebelakangan nie, aku perasan yang hubungan ayah dan Lang semakin akrab. Aku nampak kasih antara adik abang yang tak pernah putus walau dijamah usia, walau masing-masing sudah punya keluarga, sudah berstatus tok wan. Ayah tak pernah lupa untuk mengajak Lang kemana-mana majlis yang melibatkan saudara mara kami. Apa saja makanan yang mungkin lebih, mungkin banyak, akan di hantar untuk Lang sekeluarga di kampung sebelah sana. Dan Lang jugak selalu saja akan bertandang ke rumah aku walau tidak punya apa-apa urusan. Selang 3, 4 hari mesti akan terlihat kelibat Lang sampai ke rumah dengan cerita cerita barunya, cerita yang buat aku tersenyum bila mendengarnya.  

Kali terahir aku lihat air mata ayah tumpah, sewaktu arwah Tok Wan pergi 11 tahun yang lalu. Itu pertama kali aku lihat mata ayah berkaca. Hari ini, aku pasti mata ayah akan berkaca lagi, walau aku tidak di sana, tidak berada dekat dengan ayah, tapi aku pasti air mata ayah akan gugur lagi.. Aku dapat rasa kehilangan itu, apatah lagi ayah... 

Semoga roh Lang sentiasa di cucuri rahmat dan tenang di sana. Amin...





(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". [Al-Baqarah - 156]










PdanS : Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu betapa siksanya aku menghabiskan ayat ayat di sini. Bagaimana sukarnya aku menamatkan bacaan Yassin tadi. Semoga rohnya di cucuri Rahmat selalu. Amin... :(

Tuesday, October 16, 2012

Mahal Kitak.



"Saya sentiasa yakin bahawa cinta yang sebenar itu mahal.

Kerana definisi cinta saya adalah: Jika benar cinta, maka mestilah hendak membawa ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu sama sekali bukan cinta.

Justeru, untuk saya cinta tidak murah dan bukan mudah untuk mendapatkannya. Perlu melalui ujian, dugaan, dan sebagainya. Kesabaran pasti akan teruji. Usaha yang keras pasti akan terjadi. Dan hanya manusia-manusia yang mahal sahaja akan mendapat cinta yang mahal sebegini.

Maka apabila kita terlalu mudah ‘tergoda’, juga terlalu mudah ‘memberi’, maka di manakah sebenarnya harga diri?

Kerana itu jangan lemas dalam lautan cinta, jangan rasa bangga bila kena ‘mengorat’, jangan rasa sudah tercapailah matlamat hidup saat dilamar seseorang atau ada perempuan menawarkan diri kepada kita.

Itu bukan ending hidup kita.

Mahalkan diri dengan persediaan, sikap berhati-hati, berpandukan ketaatan kepada Allah.

Biar susah sebentar, asalkan nanti senangnya berpanjangan.

Sama-samalah kita bermuhasabah."



Untuk artikel penuh klik SINI.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ini bukan tulisan saya. Ini hanya di copy paste dari insan yang bernama Hilal Asyraf. Suka tiap butir penulisannya. Semua itu mengena dengan jiwa dan apa yang sedang saya rasa sekarang. Kata-kata dalam setiap entry yang ditulis di blognya LangitIlahi sangat buat saya berfikir, merenung kembali hidup saya ini, memuhasabah kembali apa yang terjadi di sekeliling. Yes, defenitlly suka semua yang dikarang beliau!!  









PdanS : Cuti sudah dibuat dan di luluskan untuk seminggu sebelum tibanya Aidiladha. Tapi... tadi, tub tub mendapat memo yang cuti untuk minggu depan isnin dan selalu dibekukan. Alasan : Sebab study week dan suruh buat preparation untuk audit. Hurmmm. Saya yang mudah untuk redha, tidak berkata apa-apa. Kita merancang, Allah pun merancang, dan sebaik -baik perancangan adalah perancangan Allah.

Saturday, October 13, 2012

Tiba tiba lagi.

Assalamualaikum diri. Hai, macam dah kurang pulak aku menulis. Banyak copy and paste saja sesuatu untuk diri, qoute-qoute yang digemari, surat cinta dari Kecintaan Abadi. Yang itu saja kan. Hurm. Ok lah tuh, nak post kat facebook banyak banyak nanti dicop konon alim pulak. Sini, lebih selamat, lebih pribesi, dan bila terasa nak baca dan rujuk balik, boleh bukak di sini. Ok. Next story.

Sekarang sudah berwajah baru. Wajah baru selain jerawat naik berderet deret, ada lagi yang lebih barunya. Haha. Macam kagum gila dengan keputusan yang di ambil aku. Tiba-tiba sungguh. Yes, saya memang seorang yang sungguh tiba-tiba, seperti yang selalu di karang di sini, banyak yang tiba tiba kan.

Beberapa hari yang lalu, kepala sangat sangat gatal. Macam ternak kutu pun ada jugak. Gila tak boleh tahan, sampai aku pusing pusing satu rumah cari gunting. Memang nak gunting sendiri. Sangat bertekad. Tapi nasib baik gunting belum ujud lagi di kediaman baru ini. Yang ada gunting benang yang lebih kecik dari size tapak tangan aku yang comel ini. Kata pada diri, sabar... sabar.. Tapi kalau potong guna pisau pun ok jugak kan.. Err.. Jangan.. Kerja bodoh namanya. Dah la rambut panjang kalah rapunzel. Pelis jangan jadi bodoh!!! Last sekali, dah tak tahan sangat, dibawaklah pergi mandi dan syampoo ada kot sengah jam. Konon mensaloon kan sendiri kepala tu.

Lepas siap mandi apa semua, hilang lah gatal gatal yang bersarang tadi. Dan tetiba jugak kepala terasa sakit. Macam pening pening gitu. Alahai. Ujian apa pula nie yang Tuhan bagi. Cuba untuk tidur konon boleh hilangkan sakit kepala tuh, tapi tengok jam di dinding, eh, baru pukul 7 petang. Awalnya nak tidur. Tidur waktu waktu begini kang lagi sakit kepala aku, lagi syoq syaitan menggangu.

Lalu bertekad dalam hati. Jom ke kedai, cari panadol. Terus ambik tudung dan keluar rumah. Kedai memang sangat dekat. Jalan tak sampai seratus meter dah boleh sampai deretan kedai runcit, makan, henpon dan segala bagai lagi yang aku belum sempat usha. Masuk kedai, terus mintak panadol. Lepas siap keluar dan tetiba terpandang kedai sebelah. Eh, eh, kedai saloon laaa. Tanpa tak memikirkan apa apa dah, kaki terus di bawa melangkah masuk ke dalam kedai tu, dengan laju mulut terus menyapa seorang perempuan yang sedang tekun merepair rambut pelanggannya "ramai lagi ke kak?".

Lepas mengajukan soalan tuh, terus terfikir, eh, ye ke aku nak potong rambut nie?? Serius ke? Selama 6, 7 tahun aku membawa imej berambut panjang nie, sangat susah untuk nak buat keputusan potong potong nie. Selalu bertangguh kalau ada niat semacam itu. Dan kalau berniat nak potong pun sekalipin, nanti bila dah sampai kedai, alih alih, "Kak, saya nak potong kat ujung je, dalam 1 inci jee" Errrr. Macam baik tak payah potong, tak ada perubahan dan membazir duit je. Haha.

Tapi kali ini, hati aku sangat bertekad gila gila!! Yess!! Perlu potong sependek pendeknya. Lepas bontot selamat di labuhkan pada kerusi, dan kepala bersiap sedia untuk di repairkan, bibir pun meluahkan kata-kata yang akan merubah sesuatu yang cukup susah untuk aku perbuatkan. "Kak, saya nak potong pendek, atas bahu, akak buat jelah macam mana akak rasa cantik dan sesuai, janji pendek dia atas bahu". Wow!! Bertahun-tahun di simpan, di jaga, di sayang, tub tub, secara yang sungguh tiba tiba, panjangnya menjadi sekerat bahu saja?? Hey, mana rapunzel yang dulu??

Okeh, sekarang sudah redha. Redha dengan imej yang baru nie. Tapi suka sangat, kepala sudah ringan, syampo pun senang, tak payah tekan syampoo sampai penuh tangan untuk rambut yang pendek ini. Kering pun cepat. Pergi kerja pun tak payah ikat. Hihi.

BTW, kedai potong rambut tu memang murah gila kot. Dia potong rambut aku, sekali dengan iron siap, bubuh minyak vitamin bagai, charge hanya RM9 sahaja. Sangat sangat ok kan. Teringat beberapa bulan lalu, potong rambut dekat kampung, ingatkan bila dah nama kedai kampung akan jadi murah lah. Tapi bila dah siap potong, tub tub dia charge 15 ringgit kot, padahal, potong ujung je pun. Hurm, berbeda kan harga dia, dah la kedai saloon kat sini sangat friendly, terus aku jadi terhasut nak pergi buat treatment, rebonding, segala bagai. Wow wow. Sabar sabar. Tunggu gaji next month!!! Hahaha.

Ok. Dah. Sekian.













PdanS : Hey, semalam set katil i dah sampai. Sudah terasa duduk di rumah. Sebelum nie terasa duduk merempat je. Haha. Ye lah, bilik ada, tapi semua benda bersepah dekat ruang tamu je, bilik langsung tak di jejak. Sekarang dah boleh mula deco deco bersama Eric. Kehkeh.

Quote #54





Saidina Ali k.wj berkata : "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang ..dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang..dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."




.

Nais Song.





Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu



Shahir - Aku yang Berdosa










PdanS : Lagu ini buat hati jadi sebak, buat mata jadi berkaca. Ya, memang apa yang jiwa rasa, itu yang tertera.. Ya Allah..

Quote #53















PdanS : Kadang kala perlu sendirian.. Memandang jauh kesana.. Bermuhasabah tentang apa yang ada.. Bermuhasabah tentang apa yang tiada.. Dan bermuhasabah tentang apa yang akan tiada.

Friday, October 12, 2012

Surat Cinta #6






Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.



Al-Baqarah | Ayat 186

Surat Cinta #5



“Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia Memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Yunus:107)



“Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?”



“Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah Membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali ‘Imran:160)














PdanS : Sesukar mana pun sesuatu itu, sesusah mana dan sepayah mana, ingat, yang mempermudahkan Allah, yang menolong Allah, yang memberikan juga adalah Allah. Jadi, bergantung haraplah hanya pada Allah, bukan pada mereka-mereka yang tempat pergantungannya juga adalah pada Allah.

Thursday, October 11, 2012

Wow. Seram!!!









Yes!!! Lagu ini sangat berhantu. Bisa buat hati aku terbang, Jiwa jadi melayang. Lalu diri hanyut ke dalam novel itu. Lepas tu nak feeling sedih sedih. Dah la tiap waktu macam teringat ingat cerita itu. Even, jalan cerita dia langsung tak ada kaitan dengan hidup aku sekarang, tetap nak feeling dengan touching sekali. Lalu mata pun berkaca. Macam bodoh kan. Memang bodoh pun. Tak pandai nak kontrol hati. Selalu sangat ikut kata hati tu. Hey, Munawwarah, tolong la berkeras sikit. Tolong touching untuk sesuatu yang lebih berhak. Hal hal dunia nie tak payah nak layankan sangat, tak perlu diberkesahkan pun sebenarnya. Lebih baik di tangisi untuk dosa dosa aku yang lalu, sekarang dan yang akan terbuat nanti. Itu lebih baik. Lebih mendapat pahala, lebih mendekatkan diri pada Yang Esa. So, lagu di hari jumaat yang indah ini adalah dari album Opick!! Eh, tapi lagu beliau ini pun lagi lah buat aku teringat pada.. pada.. pada.. sesuatu yang aku sangat pasti. Dan sangat sangat sangat akan memjadikan mata lagi berkaca. Ya Allah. Awat hati nie. Semua harus berkaca. Mari dengar lagu Twinkle twinkle little star lah!!!










PdanS : Lagu yang berhantu, atau hati yang menseramkan. Errr. Yes, hati masih under construction.

Wednesday, October 10, 2012

Surat Cinta #4

Kisah 2 wanita suci yang bernama Maryam dari Surah Ali-Imran. Jom baca. ^_^




[33]
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).

[34]
(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

[35]
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

[36]
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

[37]
Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.

[38]
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

[39]
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.

[40]
Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”.

[41]
Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

[42]
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

[43]
“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

[44]
Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

[45]
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

[46]
“Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang yang soleh.”

[47]
Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

[48]
Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

[49]
Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

[50]
“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

[51]
“Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus”.

[52]
Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

[53]
“Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)”.

[54]
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

[55]
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.

[56]
Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

[57]
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

[58]
Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat – (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).

[59]
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.

[60]
Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

[61]
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.

[62]
Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[63]
Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.













PdanS : Dan sebab kisah kisah ini lah saya rasa nama anak perempuan saya nanti adalah Maryam Binti... Binti... Binti.. Adam Mukhriz. Boleh??? Binti tu sungguh tak menahan.. Kahkah..

Berangan lagi.



Semalam mendapat SMS dari kakak. Katanya, sila cari 5 nama lelaki yang best untuk di bubuh pada anak buah buahan saya yang ke, ke, ke, sat sat nak kita, hahaha. Amirah, Izzat, Husna, Aus, Hasbi, Syimah, Altaf, Loqman, Madihah, and yang akan muncul tiba bulan 12 nie.. So, wahh!! Diam tak diam dah ada 9 anak menakan. Hurm. Sangat cepat macam berlalu, dulu masa baru dapat anak menakan, konfiden dan laju je jawab kalau ditanya jumlah mereka nie. Tapi sekarang nie, jumlah anak menakan pun tak berapa nak sure sure sangat. Dah banyak. Kena kira balik. Kehkeh.

Okeh, nak bagi nama apa ya. Hurm. Banyak nama yang menarik minat aku dan memang dah lama terfikir akan hal itu. Lepas baca buku Biografi Muhammad, banyak nama yang menjadi kekaguman aku. Antaranya adalah Muhammad, Umar, dan Hamzah. Tapi maaf dipinta. Itu nama-nama anak anak aku suatu hari kelak. Jadi tidak boleh di masukkan dalam senaria yang di mintak itu. SANGAT TIDAK BOLEH!! Yes.

So, memandangkan aku sedang angau dengan Adam dan Hawa, terus tangan laju mereply SMS itu dengan satu nama yang sangat bersepah dalam blog nie "Adam Mukhriz". Cehh!! Sampai anak menakan pun kena terpengaruh sekali. Sunggu obses kan. Tapi obses sampai, tak adalah nak bubuh nama anak sendiri Adam Mukhriz. Anak sendiri mau letak nama-nama sahabat nabi sahaja. Bules gitu? hihi

Yes!! Sesi untuk memaksa akan bermula. Mari kita push dan terus push supaya nama yang di bubuh adalah "Adam Mukhriz Bin Abdul Ghani". Sedap tak? Aku rasa macam sangat buruk jee. Kahkah. Mesti jadi macam geli geli je nak panggil sebab setiap kali sebut nama Adam, Am, mesti dalam otak akan terbayang wajah AaronAzizpakwekacakbadanketakketakbolehpengsanseketika. Jadi, hurm. Bubuh nama Muhammad Adam pun ok kot. Hurm, tah lah. Tak payah sibuk nak memikir, bukan anak engkau pun. Ofkos mak ayah dia ada nama yang lagi terbaik buat anak anak mereka. Kan.

Tpi kan, saya tak berapa nak paham kenapa sudah kena ada nama nama pilihan untuk anak sendiri nie?? Hey, hey, mana bapak mereka? Dah ada kah? Kahkah. Kan berangan itu sangat baik untuk otak, supaya lebih aktif, sihat dan cerdas. Kehkeh. Dan... dan.. untuk anak perempuan saya pulak, rasa macam nak letak nama Maryam atau An-Nisa, nama surah surah yang ada dalam Al-Quran. Maryam sangat banyak kali di sebut dalam Al-Quran. Maryam wanita suci iaitu ibu kepada nabi Isa. Nama anak kepada Imran(Surah Ali Imran =Keluarga Imran) juga bernama Maryam. Kemudian Maryam berkahwin dengan Nabi Zakaria. Nanti aku kisahkan kisah kisah mereka yang aku telah baca dalam Surat Cinta #4 ye.

BTW, saya prefer nama yang simple like nama saya, satu word saja. Tak ada puteri, siti, dayang apa segala bagai. Kemudian punya maksud yang baik, sebab nama baby baby sekarang nie lebih kepada nama nama melayu yang glemer dan sometime nama gabungan mak ayah. Hadoi. Nak panggil pun tegeliat lidah jadi. Kadang-kadang nama sampai 4, 5 word. Kesian anak tu nanti nak tulis nama dalam kertas periksa, kawan kawan lain dah jawab sampai nombor 10 dah, dia baru dok eja nama. Ye la, panjang sangat. 

Dan nama itu juga, sudah pernah dinamakan kepada mereka mereka yang berperibadi mulia. Seperti nama nama sahabat nabi, dan nama-nama wanita agung di zaman nabi. Dengan harapan, anak saya kelak akan mencontohi pemilik nama itu juga. InsyaAllah.

Boleh nak berangan macam itu? Kehkeh. Dah. Tata. Nite!!!!















PdanS : Private? So? Suka hati lah.

Quote #52









.

Quote #51













.

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa hati?



Kadang-kadang mata letih menangis.

Menangis untuk sesuatu yang tak pasti.

Rasa yang sangat sangat tersembunyi.

Aku sendiri tertanya-tanya kenapa dengan hati?

Kenapa dengan diri?

Mengapa harus begini?

Ya Allah, hanya Engkau yang tahu rasa ini.

Bantulah aku yang tercari cari.











.

Surat Cinta #3






“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”


(Surah At-Thalaq : 2-3)

Quote #50




"Sepahit mana pun kejadian, jika ia membuatkan diri semakin kenal dan dekat dengan Allah, ia adalah kurniaan yang amat BERHARGA. Tetapi, semanis mana pun kejadian, jika ia membuatkan hati semakin buta dan menjauhkan diri dengan Allah, ia sebenarnya adalah MUSIBAH"












PdanS : Sedar tak sedar, sudah 50 quote yang sudah di post. Semua quote quote itu sangat ada kena mengena dengan diri, sangat memberi memberi makna pada hati, sangat membuatkan akal berfikir, dan banyak meninggalkan kesan pada jiwa. Kebanyakkan di kutip dari TUMBRL saya. Di situ banyak rasa yang tak terluah di sini, tapi disampaikan di sana. Mungkin tak ada perkataan yang sesuai untuk di tulis di sini bagi menggambarkan keadaan hati, lalu bila berjalan-jalan di tumblr insan insan lain, dan terjumpa word word yang betul betul mengena dengan apa yang hati rasa. Lalu di Re-blog kan disana dan di postkan disini. Best tumblr nie. Banyak quote quote yang buat akal sangat sangat berfikir tentang diri, tentang hubungan dengan Allah yang mana ia banyak memberi kesan pada diri saya yang jahil ini. Tapi yang sebenar-benarnya, tak kisah lah, Tumbrl ke, Facebook ke, Twitter ke, Blog ke, apa apa pun sosial network yang ada dalam alam maya nie, selagi kita gunakan dengan cara yang betul, kita pun mendapat manfaat yang baik baik juga. Tapi kalau guna pun memang untuk bersembang, bergosip, cuci cuci mata tengok awek cun, usha pakwe kacak badan ketak ketak, tengok gambar gambar artis, baca gosip kat beautiful nara, update cerita merapu, dongeng dongeng, so, yang dapat juga adalah sia-sia, hanya membuang masa saja kan. Jadi, pilihan di tangan kita. Nak ke arah yang bagaimana? (uishh, panjang pulak PdanS aku nie. Layak buat satu entry nie. Hihi)



Monday, October 8, 2012

Hari Isnin Saya


Kehadapan diari saya.

Bekerja hari nie sangat letih. Letih untuk apa pun tidak diketahui puncanya sebab rasanya, tak adalah banyak sangat bekerja, cuma, setiap masa ada saja benda yang nak diperbuatkkannya. Dari masuk office sampai ke petang. Hurm pelik.

Masuk office tadi, duduk dalam 10 menet, rakan sekerja ajak pergi breakfast. Pergi breakfast, jam 10 baru pulang. Wow!! 2 jam. Macam sunggu melampau kan. Ya, bila bos bercuti, diri memang naik tanduk. Kehkeh. Lepas balik tu, belek belek sikit nota, apa yang nak di ajar jam 11 nanti. 11-1 masuk kelas. Pung pang pung pang. Siap. Pukul satu pergi jumpa kawan kat Giant. Sembang sembang punya syoq, lupa sesuatu, jam 2.15 petang final paper saya sedang berlangsung. Eh, jam 2 baru tersedar. Terus pulang ke office dengan pecutan sepantas kilat. Sampai saja, mereka sudah masuk dewan exam. Saya selaku penysarah yang mengajar subjek itu perlu check kot kot ada kesilapan pada soalan ka. Sudah check, pusing pusing kat budak budak tu sat. Tolong apa yang patut sikit sikit sebab macam kesian saja ada yang dok blur blur, ter stuck di awal calculation lagi, ishk. Kalau ikut memang nak tolong semua tapi, pengawas peperiksaan tu tengok semacam je, lepas tu terus belah. Tapi soalan semacam tahun tahun yang lalu saja, kalau mereka try berbuat, insyaAllah boleh jawab. Terus masuk ke office, gubal soalan Test 2 sekejap. Wah, hebat, gubal dalam masa tak sampai 10 menet saja. Kahkah. Cedok soalan yang lalu sudah, ubah nilai sikit sikit. Siap, tu pun belum tentu kanak kanak itu boleh jawab dengan 100% betul. Konpem punya. Lepas tu, mengadap facebook sekejap, lepas tu eh eh dah jam 5. Mata mengantuk, badan letih. Tapi tak boleh tak boleh, kena pergi berdeting dengan rakan UMP sekejap. Sudah berjanji untuk Makan mee kari bersama beliau. Mee kari yang dulu dulu cukup menggila dengan masakan itu. Sedap!! Paling sedap di dunia. Lepas makan, pergi lepak bilik dia kat hostel UMP, macam mana boleh tak perasan, tub tub tertidor sebab letih sangat. Pukul 8.30 baru tejaga dan siap siap untuk balik. Sampai rumah, mandi mandi, basuh baju sikit sikit, basuh tangan ok. Ya, memang sangat letih lagi meletihkan. Tapi di gagahi jugak untuk bukak laptop nie. Untuk apa tah. Dah on internet gatal plak nak bukak FB, "Like-like" gambar apa yang patut, komen apa yang rasa menarik hati, conteng conteng kat sini sikit. Lalu karangan panjang tak dak perenggan yang bertajuk "Hari Isnin Saya" pun dah siap. Dah!! Boleh tidur. Nite!!! ^_^










PdanS : Esok jaga exam. 3 jam.. Errrrr... Busan lagi...

Sunday, October 7, 2012

Sendiri?



Bila sendiri, terasa jauh dari sekeliling, lalu bosan datang menemani, ditanya kepada diri, kenapa harus begini. Keseorang buat diri buntu lagi.

Tapi sebenarnya, dalam tidak sedar, itulah peluang yang Tuhan beri, untuk muhasabahkan diri.

Tuhan berikan kesempatan ini, jauh dari mereka yang mengganggu diri, agar engkau bisa pelajari dan dalami, yang kabur dengan terperinci.

Ingat lagi doa yang dipohoni? Agar diri sentiasa mencintai, agar hidayah sentiasa dilimpahi,  agar hati tidak berbolak balik lagi, dan inilah jalan kepada yang diingini.

Semoga engkau tidak buta dalam menilai setiap yang ditetapi. Semua ini jawapan kepada doa yang tak henti-henti.

Syukurlah dengan apa yang terjadi. Rebutlah peluang dan jangan merungut lagi.














.

Quote #49










.

Saturday, October 6, 2012

Surat Cinta #2


[2:149]

Dan dari mana saja kamu ke luar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam; sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.


[2:150]

Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu, takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Kusempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.


[2:152]

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku.

[2:153]

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.









.

Random-random boleh?





Hai, nama saya Munawwarah dalam bahasa arab. Dalam bahasa melayu "Bercahaya". So boleh la kalau nak panggil saya Cahaya, aicey. Haha. Jangan, pelis jangan. Sungguh tak cool. Panggil Munawwarah lagi sedap kot. Aummm, nyum nyum. ^_^  Macam gambar kat atas. Bercahaya bukan? Eh, tapi saya tak lah sesegak seperti sejelita dan seayu gambar ini. Biasa-biasa saja. Alah, namapun gambar perempuan. Mesti touch up mau kau kau punya sebelum di uploadkan. Tapi rialitinya, perhhh!! Jerawat penuh muka sampai 3 hari 2 malam pun tak habis-habis lagi kalau nak kira. Dasyat bukan. Tapi takpalah, Tuhan bagi jerawat je pun, bukan bagi kenser hidung ke, bisul kat pipi ke, kenser mata ke, lagi dasyat kan. Jadi marilah menjadi hamba yang bersyukur bukan saja untuk kebaikkan yang tuhan bagi, tapi ujian yang diberikan juga. ^_^

Sebenarnya saya seperti hilang arah tuju sebentar. Sebab itu secara tiba tiba termenulis di sini. Jadi, menulis dengan tiba tiba nie akan membuatkan anda sebenarnya sedang dalam perjalan pulang ke rumah, tapi tiba tiba tersinggah kedai kain, lepastu termasuk mall, lagi teruk terbeli mesin jait di kedai Singer Menawan Keluarga Bahagia. Kemudian pergi mencuci kerta. Errrr, cerita apakah ini. Ya, banyak lencongan yang akan di buat. Jadi sila pakai sit belt dan mengucap panjang-panjang.

Hari ini badan sangat letih, otak sangat lelah. Badan letih kerna bekerja keras dan sangat sangat keras seperti menjadi pengawas peperiksaan yang bermuka keras dan kemudian pulang ke rumah lalu mengecat diding yang keras. Dari subuh sampai ke Magrib berkerja keras. Malam pulak bersambung dengan membuat kerja sekolah orang. Buat-buat sampai otak jadi lelah. Lalu diri jadi fedap. Fedap? ye ke ejaan fedap seperti ini. What ever. Diri jadi fedap sebab cari cari info tak jumpa. Yang jumpa adalah butang Update Entry. Kahkah. Padan muka. Sebab itu tiba tiba berada di sini. ^_^

Dinding keras sudah berwarna cantik. Cantik sampai buat aku 28 kali dok ulang masuk bilik  itu semata-mata mahu menikmati kecantikkan bilik yang kosong tidak bertikar getah tapi busuk baunya. Walaupun sebelum sebelum ini pintu bilik itu tertutup rapat, langsung tak ada hati nak buka, tapi sekarang? Kehkeh. Macam comel-comel je, lima menet skali, mesti nak kena jenguk tengok sambil berangan, nanti katil kat sini, almari tepi sebelah sini, dressing table letak tepi almari. Langsir bunga bunga vintage sikit dan bla bla bla. Suka sungguh berangankan? Hadoi..

Sebenarnya aku bukan spesis yang gemar mengecat. Itu pekerjaan paling tak di sukai. Kalau berbuat pun mesti tak sampai separuh, lepas tu akan paksa adik atau kakak yang menyambungnya. Tapi kalau balik rumah selalu dapat tender itu. Yes!! Setiap kali balik rumah. Aku pun tak pahan dengan Puan Bunda, apa 2 bulan sekali memang kena tukar warna diding rumah kah? Errr..

Esok harinya Ahad. Hari untuk bercuti -cuti lagi. Mungkin tidak kemana kerna aku berperasaan mahu menghabiskan sisa sisa cat yang tersimpan itu. Sayang pulak kalau dibiarkan, mesti akan dibuang saja nanti. So, pagi esok bangun awal untuk mengecat bilik air pulak. Wah!! Saya kah itu??  Memang menantu pilhan lah!! Muahaha.

Kerja kalau nak disenarikan memang banyak. Stress jadi kalau nak di list kan satu satu. So, kita buat relax relax sudah. Relax relax macam baca buku adam dan Hawa untuk kali ke berapa puluh kali sambil dengar sound track dia, dan membayangkan muka Aaron sedang melakokan scene scene yang di baca. Aduss. Aku benci la dengan ke obsesan aku yang satu ini. Macam sungguh melampau. Kerja lain dah tak boleh di beri laluan. Ya, skali aku TERmengadap novel tu, mampu buat kerja lain yang lebih penting jadi, eh, sat sat, sikit je lagi nak baca. Sikit je lagi yang sampai, tengok tengok jam, haa?? Dah pukul 12?? Esok kerja!! Okeh jom tidor. So, tiada apa apa hasil pada malam itu untuk di banggakan buat diri sendiri. Hampeh sungguh.

Tapi serius, aku suka dengan lakonan Aaron, expresi yang dia berikan sama dengan apa yang novel tu tulis. Sebab itu, aku lepas tengok drama, aku akan ulang baca part part yang aku tonton tadi, dan kemudian, yes!! Sama-sama! Lepas tu dok syoq sendiri. Errr.. Yang paling buat aku tersenyum tersengeh sorang sorang adalah he's such romantic guys. Owh, tang ini harus di bangga bukan pada Aaron, tapi pada penulis novel itu, scene-scene romentik yang tak di sangka sangka dalam apa jua keadaan pun. Tapi ada kah lelaki yang seperti itu? Oh noo. Tidak ujud. Insan insan seperti itu hanya boleh di dapati dalam novel saja. Jadi, pergi masuk novel kalau nak jumpa dengan Adam Mukhriz. Tak payah nak berfeeling kat blog nie. Dah!!

Bercakap tentang cerita ini juga, satu benda yang buat hati lebih kuat untuk dipegang, "Kunfayakun". Tiap apa yang berlaku itu di atas Kekuasaan Allah, Allah lah yang Maha Mendengar, Allah lah yang Maha Memakbulkan. Tiada apa juga yang dapat menghalang sesuatu ketentuan Allah. Jadi, kerja kita hanya berdoa dan menyembahNYA saja. Tak payah nak pening memikirkan bagaimana perjalan kita untuk masa kedepan. Semua sudah dirangcang Allah dengan perancangan yang paling cantik dan indah kerna Allah itu Maha Adil. Jadi, jangan mempersoalan tiap ujian yang menimpa, tiap impian yang tidak didatangkan, tiap harapan yang tidak disempurnakan, sebab kesusahan yang kita rasa itu adalah lebih baik di sisi Allah sedangkan kita tidak mengetahuinya.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)



Satu hari kelak, seperti yang di janji Tuhan, bila tiba masa dan menjadi jemputanNYA. InsyaAllah, kaki akan dijejak pada Jabal Rahmah ini. 




















PdanS : 3 minggu akan bertapa di sini, di Kuantan nie. Hurm. Tak mengapalah lepas itu kita cuti seminggu untuk raya haji !! Yeay!! Then week after that, mari berkonvo pulak. Alhamdulillah. Tamat jugak susah payah setahun setengah itu. ^_^

Thursday, October 4, 2012

Sekadar Rasa.




Kadang-kadang rasa seperti, apa guna aku berdoa bersungguh sungguh, sampai mengalir air mata, apa guna sujud panjang aku dalam rakaat yang terahir memohon sesuatu darinya, andai, tika di waktu waktu biasa, cara hidup aku masih seperti sediakala, masih seperti aku yang dulu. Perubahannya lagsung tak ada. Tak ada guna semua doa dan tangisan aku...

Sampai bila mahu hipokrit dengan Allah, berdoa, menangis, berdoa menangis, tapi di waktu waktu yang biasa. Diri masih berbuat perkara yang dilarangnya. Ya Allah, semoga kita semua sentiasa dalam RahmatNya, selalu diberi Hidayah olehNYA..




Surat Cinta #1




Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui". Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa diatas segala sesuatu.

29 - Ali-Imran




Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

60 - Ghafir





Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah keampunan untuk dosamu dan bertasbihlah serta memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

55 - Ghafir





.

RINDU



Ya Allah, menonton Adam dan Hawa episod kali ini buat air mata aku berjurai turun dengan laju. Bukan kerna lakonannya, bukan sebab skrip atau pelakon itu sendiri. Bukan. Tapi suasana di sekeliling itu buat rindu aku semakin kuat...

Ya Allah, besarnya kuasaMu, hanya dengan memandang saja, mampu membuatkan hati kecil ini jadi rindu. Rindu yang melebihi segalanya. Rindu sampai mengalir air mata. Walau belum pernah di jejaki Tanah Suci Mu, tapi rasa itu sangat menusuk kalbu aku. Ya Allah, tidak pernah rindu aku sekuat ini..

Semoga Allah menjemput kita untuk jadi tetamunya. Amin amin amin......











PdanS : TQ Adam Hawa. Kamu telah buat rindu aku kembali lagi. Rindu yang dulu pernah datang sekuat ini, kemudian, pudar seketika kerna lalai leka, sekarang kembali lagi. Semoga rasa ini akan kekal sampai bila bila...

Wednesday, October 3, 2012

Ketuk mengetuk di keyboard.

Bunyi cengkerek yang entah datang dari mana meriun rendahkan malam sunyi aku. Ditengah tengah taman? Ada cengkerek? Sakan. Memang Pahang Darul Makmur lah.

Bosan? Hurm, tidaklah. Ada bertimbun timbun buku febret yang belum aku habiskan untuk di baca. Bukan Adam dan Hawa ya. Novel i tak layan. Kemudian, ada selungguk assignment orang untuk aku kerjakan. Diberi tender secara pukal iaitu menyiapkan semua assignment untuk satu sem dan semua subjek yang beliau ambik. Wow? macam aku pulak yang belajarnya, kalaulah jawab exam tu boleh orang lain tolong jawabkan, sure sure sekali dengan exam jugak di masuk dalam senarai yang ditenderkan. Kahkah. Dan ada 4 gigabyte gambar bahagia mereka yang bertunang harus aku cantik molek kan. Lagi? Hurm, owh, baru teringat, aku ini pesyennya suka sangat berjanji. Alih alih, bila sudah nak dekat ke hari yang di janji, aiyoyooo. Susah untuk mengata tidak pada rakan rakan baik. Semua, okeh, no hal, boleh. Last last memakan diri. Hadoi. Dan bila bercakap pasal janji, aku berjanji sama 2 orang rakan mahu membuat Guest Book dihari bahgia mereka. Satu di bulan 11 dan satu lagi di bulan 12. Hadui. Begemana kah ini. Jugak ada lagi janji lain yang di lemparkan iaitu mahu mendesign tudung nikah kawan yang cumel. Hadui. Saya memang cumel. Errrrrrrr.

Lagi? Nak mengarang apa? Hurm. Hurm. Weekend nie tidak pulang ke KL. Mahu menyimpan duit. Konon lah kan. Tak mengapa, mari layankan saja. Tapi tak payah percaya sangat, konfirm duit akan terhabis jugak. Kahkah. Tadi petang pun serupa itu jugak. Tidak mahu pulang ke rumah dengan lebih awal bimbang diri akan terbusan busan lantas tidur mengambil tempat. Disebabkan itu aku membawak diri berjalan jalan ke supermarket dan dengan tidak sengaja membeli barang yang tiba tiba je rasa perlu. Tiba-tiba!!! Memang dasar perempuan kan. Yang asal nak pergi tengok tengok cuci mata je, last last mesti akan tersangkut satu dua barang. Hadoi.

Seronok window shopping nie, tengok barang, sambil berangan-rangan, okeh, nanti dapur nak beli cawan yang macam nie, depan ada karpet bulu bulu kale nie, bilik nak bubuh langsir corak nie. Semua nak. Kira macam cup awal awal la sebelum gaji dapat. Tapi bila dah dapat, hampeh, tolak itu ini, tinggal dua kupang. Boleh buat apa? Masuk jamban awam saja yang lepas. Kahkahkah.

Lepas tu, yang tak menahan, berangan nak beli toto dua tiga bijik, macam family nak datang tidur teptiap minggu saja? Pinggan mangkut pun tak nak kalah, nak beli yang set untuk 24 orang punya? Macam kat rumah tu ada laki beserta anak tujuh saja kan? Tu tak termasuk lagi hal perabot yang nak diborang,  sofa la, almari buku, meja makan, macam nak duduk Kuantan nie sampai ke tua saja. Kahkah. Perempuan owh, perempuan. Hadoi.

BTW, bercakap hal perabot, i dah teroder satu set bilik tidur queen. Kehkeh. TER oder kah? Hurm, tak tak. Memang itu hajat sebelum menetap disini. Mahu punya bilik sendiri dan kelengkapan yang memuaskan hati. Asalnya mahu membeli katil single dan almari saja. Tapi memandangkan harga cuma RM100 saja yang berbeda dengan set bilik tidur yang katil queen siap ada dressing table, better aku ambik set saja. Nanti kawen tak payah nak beli beli dah. Aiceh, nak tawen-tawen dah ke kak? kehkehkeh. Haip, preparation untuk masa depan. Bak kata orang kat fesbook aku la kan, kalau nak beli kereta la kan, kena fikir untuk 10 tahun yang akan datang. Macam mana keadaan kita sewaktu itu. Jadi... jadinya... kereta dan perabot itu punya perkaitankah  kakak? Kahkahkah. Syadap u!!!!

Kereta? Ya sedang berkira kira untuk memiliki nya juga. Tapi yang bagaimana ya. Aku ini manusia yang biasa-biasa saja. Memanglah kalau ditanya nak pakai apa, mestilah Honda!!! Swift!! Latio!! Taste nak yang hebat hebat saja. Tapi bila diukur pada periuk yang di masak. Alahai, sikit saja hasilnya. Tapi kalau banyak sekalipun, aku rasa better bersederhana saja dalam hal hal kereta ini. Kan? Asal boleh bawak jalan jauh dekat, redah panas hujan, dah ok untuk aku. Duit yang lebih lebih itu better simpan untuk mereka yang memerlukan saja, macam mak ayah, kakak, adik, abang. Tak pun simpan untuk pergi Haji umrah. Lagi bagus bukan. Jadi, kereta idaman saya adalah.... jeng jeng jeng... sila tunggu entry bulan depan. Kot kot dah terbeli kereta, boleh lah sambung ayat jeng jeng jeng tuh.. Huhu. Tapi sebenarnya bukan kereta idaman sangat laa, kereta yang lebih kepada kesesuaian gaji, kepenggunaannya, dan kemahuan untuk menyimpan uwang. Tak mo bazir bazir.

Okeh itu saja ketuk mengetuk untuk malam ini. Tahniah sebab melayankan saja kisah kisah aku yang tah apa-apa dan tak penting sangat pun dan merapu je lebih dan sebenarnya tak payah baca, melagha je engkau nie, syoh syoh pergi baca entry kat Iluvislam lagi bagus dari Iredlover nie. Tata. Assalamualaikum. Miss u!! ^_^












PdanS : Adam dan Hawa lagi. Part mereka ke mekah sudah tiba. Sangat akan buat aku melting lagi dengan keromentikkan dan kegentlemen Adam Mukhriz. Alahaiiii, kena tonton sambil duduk dalam freezer kah supaya diri tak melting sangat sangat sangat???