❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 8, 2012

What should i do?

Assalamualaikum.


Sudah seminggu internet begitu ciput sekali send dan receive nya. Nak bukak home untuk facebook saja makan masa berminit minit. Dan kadang kadang setelah penat menunggu tub tub yang keluarnya adalah "This web page in not available". Sungguh menyakitkan hati bukan.  Tapi nak buat apa lagi untuk mengisi cuti cuti di wekend ini. Tivi pun tak ada untuk di layankan. Hurm...

Jahit? Nak, tapi, tiap kali nak menjahit manik mesti hati jadi tak sedap, teringatkan buku buku design yang belum di baca lagi. Tapi bila dah diberi laluan untuk study, tidak la pulak membacanya. Mengadap internet yang lembat je kerjanya, bila dah stress dengan tahap keslowan internet, terus cari tilam bantal. Tidur sampai di hujung hujung asar. Haishhh.

Keluar jalan-jalan? Nak keluar buang sampah depan rumah pun aku malas. Inikan pulak suruh keluar ke bandar yang kena siap siap. Sangat tak akanlah. Nanti nantilah, bila dah bosan yang tak dapat nak di tangani lagi, kita terjah la bandar kuantan tuh.

Hep, sudah 2 hari nasik tidak di jamah. Harinie lunch dengan dinner adalah buah timbikai susu berserta sanquis saja. Nasib baik lebihan dari open house semalam masih banyak. Sebijik honey dew dan 5 bijik sanquis. Ada jugak makanan untuk di jamah. Ok la tuh. Kata mahu kembali berdiet setelah badan naik gila gila punya gemok. Memang bagus la kalau tak bernafsu kat nasik seminggu pun. I very the like. Ya, bila tengok balik gambar lama-lama. Alahai, selimnya pipi. Bezanya dengan sekarang. Dikala belum berstatus bini orang dan mak budak sudah begini saiznya, kalau sudah secara officially berstatus itu, errrrrrr begemana lah rupanya ? Serius, badan aku mudah sangat naik. Tang pipi dan peha sangat laju. Haish..

Sebenarnya hari ini mau puasa. Tapi terbantut dek kejadian pagi tadi. Seperti biasa, jam di kunci pukul 5 pagi dan bangun haruslah 30 menet lebih lewat dari waktu yang di setkan. Kahkah. Jaga jaga, wahh 5.30 dah!! Sempat ke tak nie nak bersahur. Terus ke depan cari jadual waktu sembahyang. Imsak = 5. 35 menet pagi. Subuh 5.45. Dan lagi nie. Dan dan!!. Lalu ke dapur untuk menjamah 2 bijik kurma dan 2 keping roti gardenia. Makan-makan. Kunyah kunyah. Minum mineral water sikit. Ok sudah. Terus masuk ke bilik untuk di lihat jam berapa sudah. Bila hp dicapai, di lihat pada screen, haaaa!!!! 5.55 menet pagi dah???? Wowwww. Begemana nie? Rupanya waktu aku dok syoq syoq makan tadi dah habis dah waktu!! Boleh ke nak puasa nie? Kira sah ke kes macam nie? Kes lalai nie? Haishhhhh. Macam mana aku boleh ambik masa sengah jam untuk makan benda yang simple saja tu. Haishh. Ye dok sedar pagi tadi jam 5.30 pagi? Ke 5.50 dah baru terjaga, mungkin mata kabur kabur lagi kot time tuh, di plus dengan mamai sikit, yang angka 5 pun boleh nampak macam 3. Hurm. Ye dah tuh. Terus di buat keputusan. Tak payah la puasa. Puasa sunat syawal je, ada masa lagi ada seminggu lebih lagi. Next day lah kita puasa.










PdanS : Sangat tidak sabar menunggu wiked depan. Sebab jadual di wiken depan ada Jalan tar. Ada kedai Reben yang jual macam macam jenis manik dan lace yang boleh sawan sekejap. Ada, sesi menjait kain mengikut kesukaan hati, kembang payung, kembang semangkuk, kembang kuncup, syoq syoq. Lepas tu ada sesi mencantikkan lengan baju supaya lebih bling bling kalah yang hat nak kawen. Kehkeh. Like like.

No comments: