❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 22, 2012

Teluk Memori.



Alahai. Seperti kebuntuaan perkataan. Tidak tahu nak dimulakan dengan intro yang bagaimana. Hurm.  Perlukah intro intro ini? Kalau tak ada akan di potong 10 markah ke? Eh, tulis blog ada markah ke? Akan effect result SPM yang lalu ke? Cup, anda sudah mereng ke? Tak payah nak menyimpang sangat boleh tak? Dah. Intro sudah pun ter wujud hasil dari kemerapuan anda. Sila ke isi yang seterusnya. Muahaha.

Minggu ini minggu yang sibuk. Eh, sejak bila minggu kerja aku tidak menyibuk. Semua sibuk belaka semenjak bergelar pendidik ini. Nak nak lagi bila aku harus mengajar sesuatu yang sudah bertahun aku tinggalkan, tapi kalau baru ditinggalkan semalam pun, aku tetap tidak hebat jugak untuk subject itu. Banyak kekeliruan yang timbul. Jadi setiap malam menjadi cikgu cemerlang yang rajin, belajar di pagi pagi seperti bangun di jam 4, 5 pagi. Hebat kan. Ya, di waktu itu ilmu lebih mudah masuk. Lima belas minit saja sudah cukup untuk menelaah satu bab untuk mendesign column.

Itu kisah kesibukkan malam. Kesibukkan siangnya pulak, kelas dan merangka test dan membuat test dan membuat skema test, dan minggu depan akan mula menanda test. Haish, budak yang exam aku yang terlebih stress. Ya lah, minggu perkuliahan sudah tamat. Jadi cikgu cikgu harus berkejaran menanda test untuk di key in ke dalam sistem sebelum 2 hari bulan sepuluh muncul. Nasib baik pelajar aku cuma 8 orang perclass dan satu lagi 13 orang perclass. Kalau stress pun mungkin masih boleh di kawal.

Okeh. Hal kerja kita stop. Mari menulis kisah suka suki di hari ini.

Hari ini harinya sabtu. Maka cuti pun mengambil tempat. Lalu ada kazen yang comel dari Kerteh datang membuat lawatan ke teratak aku. Dulu waktu di Batu Bahat berkepit dengan kakaknya sebab kakaknya adalah junior satu sem dan sama kos dengan aku. Sekarang di Kuantan aku berkepit dengan adiknya pulak. Mereka kazen yang paling dekat dan rapat dengan aku sedari kecil lagi.

Dibawanya ke kenduri kawen mengawin tadi. Kemudian, mengukur keluasan Eastcost Mall. Hurm. Kalaulah duit berkeput, kan indah dunia. Eh, tadi terserempak dengan kedai Singer, boleh mengsuping mesin jahit pilihan hati nanti. Kehkeh. Amboi makcik, banyaknya wang di mesin ATM makcik???

Semalam berjalan jalan ke Teluk Cempedak. Alahai, memori dahulu menjengah ke jiwa. Tiap tempat yang mata memandang, mesti harus di kaitkan dengan kenangan dulu dulu. Tengok kerusi kat McD pun nak kena Touching. Ya la, satu port itu yang mana saya selalu berdating sama teman kechintaan hati. Tengok pantai teringat pulak masa main layang layang. Beli sebijik lepas tu lari ke sana sini cuba untuk di terbangkan. Macam budak budak. Tapi ada mak kesah? Hihi.

Bila jalan kat kedai kedai jalanan dia, teringat pulak kepada kisah Abang Pasir. Eh, Abang Pasir? Kahkah. Geli pulak rasa. Ya, seorang lelaki muda yang menjual botol yang dalam nya di isi pasir dengan berwarna warni. Dan dalam botol itu jugak boleh di tulis nama kita, lukis corak macam macam. Cantik dan kreatif. So, apa yang gelinya. Haha. Adalah. Biarlah kisah itu menjadi rahsia antara aku bersama  teman yang hadir di tempat kejadian saja. Kahkah. Tapi sungguh Euwwww la. Banyak jugak kisah abang abang kedai kat situ yang sungguh menggelikan. Kisah dapat teddy bear free besar A3 di Kedai Bundle Teluk Cempedak. Alahai. Haha. Comel sungguh.

Kemudian.. Hurm, TC dah banyak berubah. Ada kedai Chatime, kedai Burger King. Ada Tv yang besar gedabak tengah tengah alam. Lagi.. Owh, McD pun sudah di perbesarkan. Menjadi bertingkat sekarang ini. Tingkat atas ada seekor harimau bertenggek di atas veranda McD itu yang mana manusia yang melepak di kawasan sekitar mampu melihatnya. So, manusia yang jakun yang lama sudah tidak bertandang ke situ akan menjadi terkejut biawak apabila terpandang akan harimau dewasa yang gagah perkasa itu. Bila terkejut yang membiawakkan itu habis baru perasan yang harimau itu adalah palesu semata mata. Hadoii. Mak tertipu lagi nyah.

Tapi mak tak berapa nak berpuas hati pergi TC semalam nyah oii.  Mak tak dapat nak makan burger GCB yang mabeles itu. Kerna perut mak sudah penuh setelah melantak charkoteuw sebelum ke situ. Tak mengapa esok masih ada. Eh, esok ada mee kari Gambang lah. Teman sebilik di kala belajar di UMP dulu mengajak untuk mendetim detim.  Alahaii, satu lagi tempat yang sangat sangat meninggalkan banyak memori. Dah la menggila dengan mee kari kat situ. Paling lazat, dan mee kari kat situ lah yang menyebabkan aku jatuh cinta sama makanan yang bernama mee kari. Tapi sukar untuk di ketemukan dengan rasa yang sesedap di situ.

Okeh. Cukuplah sampai disini. Mandi untuk shift malam masih belum. Tapi jam sudah menunjukkan ke angka 10 lebih. Haippp. Apa nie. Tak comellah macam ini. Dah dah. Mari ke jalan yang lurus. Mari menjahit manik di tudung pulak. Nyum nyum...











PdanS : Kekeliruan dalam hidup datang lagi. Hurm. Entah. Tak tahu. 

No comments: