❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 10, 2012

Ramadhan lalu dan kini



Di luar hujan mencurah. Dimeriahkan lagi dengan kilat sambar menyambar dan guruh yang mencelah. Tika ini waktu doa sangat mustajab. Jadi? Apa taip taip nie. Pergi lah berdoa!! "Ya Allah............" Ok sudah. ^_^

Hujan buat mata jadi mengantuk. Hurm selalu macam nie, menyalahkan keadaan di atas apa yang badan rasa. Tapi kalau tak hujun pun haruslah mengantuk jugak. Kan sudah gelap malam, sememangnya lah akan mengantuk. Nak nak lagi, sudah bebuka. Ya Rabbi, memang setan penuh kat mata. Eh, tapi kalau bulan Ramadhan, setan kena ikat, kenapa kita still mengantuk lagi. Kadang-kadang sengaja di paksa diri untuk tidur sesudah magrib, biarpun mengatuk itu tidak ada. Sebab sudah menjadi kebiasaan. Tu cerita dulu dulu. Cerita waktu bergelar pelajar tiga empat tahun lepas. Saat diri tak menghargai tiap Rahadhan yang datang. Terawih hanya berkejar kejar di awal awal Ramadhan saja. Penghujung nya? Waktu lailatul qadar yang seharusnya diri lebih rajin beribadah? Hurmmm. Terbiar macam tu saja. Diri sibuk berbuka di sekitar kuantan, dengan rakan sebilik, esok dengan rakan sekelas, lusa dengan bestfriend, tulat dengan kenalan kelab. Tiap hari ada saja aktiviti berbuka di luar yang harus dipenuhi. Kalah jadual seorang perdana menteri. Lalu bila sesi berbukanya tamat, akan di sambung pulak dengan upacara jalan jalan di Bazar, jalan-jalan mall, jalan-jalan teluk cempedak. Sikit pun tak rasa bersalah. Alahai. Jahilnya dulu kala.

Tapi tu itu kisah ramadhan yang dulu. Untuk Ramadhan yang baru sahaja melepasi kita ini, Alhamdulillah, kesedaran yang Allah gerakkan itu buat diri lebih menghargai tiap saat dalam bulan penuh keberkatan itu. Walaupun tidak sesempurna mereka yang ilmu dan imannya penuh di dada, tapi hati terlalu bersyukur, banyak perubahan dari Ramadhan yang di satu ketika dulu di abaikan saja. Semoga di Ramadhan yang datang, Allah tanamkan semangat itu lagi, Allah gerakkan rasa untuk lebih mencintai bulan penuh rahmat itu. Apa yang diri dapat kongsikan, iaitu berdoa dan berniat. Di awal-awal Ramadhan tanamlah niat yang kuat, doa yang banyak untuk sesuatu hajat. "Semoga aku dapat khatam al-quran, semoga aku dapat penuhkan tarawih, semoga solat sunat aku tak tinggal, semoga aku sentiasa istiqomah dengan tiap amalan baik yang aku lakukan." Niat dan doa banyak-banyak. InsyaAllah, saya yakin dan percaya. Tuhan akan mabulkan tiap permohonan yang baik itu!! Saya sudah pun melaluinya. Dan memang, Janji Allah benar belaka!!

Bila di hitung, di congak, umur sudah menghampiri ke angka 26. Lagi beberapa ketika yang mana pejam celik pejam celik sudah menjadi 30 tahun. Ya, masa yang pantas akan buat 4 tahun yang di rasa lama, tak mengapa lambat lagi, tiba tiba akan coitt!! Sampai di depan mata. Dalam sedar yang tak ada. Lalu umur pun menjadi 30. Tua bukan. Hurm. Tua tak tua. Tapi hidup di angka itu sudah tidak sama dengan menjadi pemegang angka 22, 24, 21. Lain. Mungkin fasa-fasa perubahan itu sudah mula dalam hidup aku. Tak tahu dari segi apa yang sedang berubahnya. Tapi sudah banyak yang lain. Baik hal-hal dunia, hal Akhirat pun tidak terkecuali.

Tidak kisahlah menjadi pemegang kepada angka berapa pun, 30, 20, 17, 200, 187, atau apa apa angka sekali pun. Semua itu tidak penting. Bukan kuantiti yang harus di banggakan, tapi kualiti hidup itu yang perlu di cari. Tidak guna andai hidup 100 tahun, tapi hubungan dengan Allah tidak ada. Biar menjadi mereka yang baru setahun jagung mengenal Allah, tapi setahun itu dipenuhi dengan cinta pada JalanNya,  yang mana akhirnya membawa mereka pada Syurga milikNya. Semoga kita tergolong dalam insan insan yang mencari kualiti. Amin...











PdanS : Tahniah!! Hari ke empat tidak bertemu nasik. Hurm. Kena beli penimbang satu kah kalau berjaya sampai seminggu lagu ini.

No comments: