❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 17, 2012

My BAD BAD DAY..



Cuti 3 hari. So, mana mungkin aku akan menganga-nganga saja di kuantan bumi rezeki ini. Untuk membuatkan hati tersenyum bahagia, weekend lepas aku membawa diri ke kota lumpur. Diatas ke-excitedsan yang melampau, tiket pergi dan balik telah di beli seminggu lebih awal. Waktu orang ramai perpusu pusu mencari tiket ke kota lumpur pada jumaat petang, aku sudah boleh tersenyum riang kerna sudah membuat preparation lebih awal. ^_^

Pejam celik, pejam celik cuti sudah habis. Isnin menjelma. Diri harus di bawa pulang ke Kuantan. Ada tanggungjawab yang lebih besar di sana. Ada rezeki yang harus di pungut di situ.

Bas untuk pulang ke kuantan jam 5.30 petang. Usai saja solat zohor aku dah mula bersiap siap, kemas apa yang patut untuk di bawa pulang. Jam 4.30 aku keluar sebentar, ke kedai manik berdekatan. Ada sedikit lagi misi yang harus dibereskan. Waktu perjalan pulang dari kedai manik, di tengah tengah kesesakkan jalan, tergerak hati untuk melihat tiket, takut kalau kalau terhilangkan. Lalu di selongkar dalam beg tangan. Okeh jumpa!! Kemudian, di lihat pada waktu bertolak, apa???? 5.00 petang???? eh, eh, bukan 5.30 ka?? Tapi sekarang dah 4.45 petang nie? Mana sempat.. Begemana niee????

Kelang kelibut jugak di buatnya, terus dail no tiket bas. Kot kot boleh ganti dengan trip seterusnye ke. Tapi, tidaklah semudah itu sayang. Last minit punya kecuaian, memang tak akan di layan!! Okeh. Fine. Mari redha.


Membawa hati yang redha terus ke Pudu. Nasib di cuba di situ. Mana tahu kot kot masih ada tiket yang kosong. Cari sana sini, tanya semua kaunter, jawapan tetap menghampakan. Kadang-kadang tak perlu tanya, memang sudah terpampang di tiap kaunter akan notis yang di tampal "TIKET KUATAN HARI INI HABIS". Alahaiii...

Tak mengapa, mari mencuba nasib di hentian pekeliling pulak. Terus berkejaran ke train. Jam 5.45 petang sampai di situ. Orang sangat ramai. Dalam hati, hurm. Konfem tiket habis jugak nie. Tak apa, try tanya dulu. Dalam 5-6 kaunter kat situ, satu saja yang di tanya. Yang lain lain kaunter dah terpampang notis "TIKET KUATAN HARI INI HABIS". Alahaiii lagii...

Tak payah di suruh untuk redha, NUR dah terlebih awal lagi sudah REDHA abang. Uwaaaaaaa. Henpon di capai, no kakak terus di dail. Keputusan yang di ambil adalah, mari pulang ke Sungai Buloh. Esok lah kita pulang ke Kuantan. Kerja? MC jelah.

Sewaktu nak berjalan pulang, hati tergerak untuk menghampiri sebuah bas. Entah lah apa yang membawa aku ke sana, tiba tiba saja mulut ringan bertanya. "Nie bas nak ke Kuantan ke?".. "A'a".. "Ada kosong lagi tak? Kot kot ada yang tak datang ke naik ke?".. "Entah la, kena tunggu dulu".. Beberapa menet tercongok di situ, incik driver pun menanggil aku, katanya ada 2 penumpang yang tak sampai sampai lagi. Tapi bas sudah mahu bergerak. Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan aku. Terus di naiki bas itu. Sedikit wang di hulurkan untuk harga tiket bas. Tapi di hulurkan dengan jumlah yang sangat lebih dari harga biasa. Huh, pemurahnya? mahu tak permurah, sewaktu menanti tadi, bergurau senda dengan driver dan rakannya, kata mereka, aku perlu membayar dengan harga yang lebih dari biasa, sebab ini kes special. Alahai. Mahu tak mahu. Ya kan saja. Memang betul betul urgent.

Alhamdulillah, selamat sampai ke Kuantan. Kereta yang di parking pun selamat di sebelah stesen bas. Di kala itu jam sudah ke 9 malam. Hujan renyai renyai. Dengan berlari lari anak aku masuk ke dalam kereta. Terus di pandu pulang ke rumah melalui bukan jalan biasa, jalan yang sudah lama aku tak laluinya, jalan yang  kurang traffic lightnya.

Di sebabkan bertahun sudah tidak melaluinya, sampai di satu traffic light,  aku tercari cari simpang mana yang hendak di belok, sambil memerhati pembangunan yang banyak berubah di area tuh, tiba tiba... kereta depan break mengejut dan aku dengan sepantas kilat menekan break dengan sepenuh perasaan. Jalan yang licin menyebabkan kereta aku tercium bonet kembara yang gagah itu, walaupun sudah cuba menekan break dengan sepenuh hati, sedaya yang mampu, memang tak dapat nak menyelamatkan keadaan. Ya Allah. Kenapa kena jadi macam ni. Sepanjang jadi pemandu kereta tak pernah pun terlibat dalam apa apa kemalangan. Sudah la sekarang hidup sendiri. Mak... Ayah...  Tak sukaa... Kenapa semua semua nie mesti terjadi....

Lepas turun dari  kereta, tuan punya kembara pun macam ok la, tak de lah nak marah aku kau kau. Cuma dia diam dan aku pun tak tahu apa yang nak di katakan. Memang aku tak tahu menahu bab bab kereta. Nak bagi bayar ganti pun tak tahu berapa nilainya. Aku cuma tahu cakap maaf pak cik.. Sorry.. Tak sengaja.. Yang tu je yang aku dok ulang..

Selepas di kautim kautim apa yang patut, tuan punya kereta tu hanya mintak seratus saja dengan aku. Ya Allah, nasib baik dia tak mintak 3, 4 ratus. Ok lah tu. Yang lebih bersyukur lagi, nasib baik duit memang ada dalam purse. Kalau tak, gila  mengelabah nak kena cari mesin ATM pulak.

Alahaii.... Apa lah nasib badan. Hari yang sangat sangat BAD untuk aku. Patutlah perasaannya seperti tidak sedap sedari pagi lagi. Macam ada yang menserabutkan diri. Hati seakan gundah gulana pada sesuatu yang tak pasti. Hurmm. Rupa rupanya ada kejadian buruk nak terjadi.











PdanS : Sampai rumah terus calling Puan Bunda, cerita apa yang dah berlaku. Dapat satu nasihat yang bermutu "Tuhan bagi jadi macam tuh, ada la tuh, apa apa yang Muna buat tak betul, ada buat salah apa-apa ka, cuba fikir balik".

No comments: