❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 5, 2012

Maraton


Ehem. Assalamualaikum awak. Hai hai. Boley mengorat. Haa?? Apa? Kawen pom bulesss?? Wahh. Gelojoh la awak nie. Kahkah. Dah! Tak payah nak merapu sangat. Tapi nak merapu meraban jugak sebab tatau nak buat apa sementara menanti waktu tibanya mentari jatus ke ufuk barat lalu saya pun dah boley korek idung tanpa rasa bersalah. Kehkeh. Ya, bila di ujung ujung syawal baru ada kesedaran nak berpuasa. Baru kalut nak maraton puasa.

Ini adalah entry sesedap rasa hati. Jadi tak payah baca. Sila main jauh jauh sebab nak merapu meraban saja. Eh, selama nie entry penuh dengan fakta fakta dan ilmu berkualiti kah? Muahaha. Berkualiti lah sangat.

Duit keluar dengan lajunya. Padahai tak membazir memboros pun. Semua untuk hal hal penting. Tapi still jugak macam wahhhh, banyaknyaaa kena pakai duit. Haish. Hidup sorang sorang jauh dari keluarga, beginilah. Minggu depan nak masuk rumah baru. Mesti lagi kena keluarkan duit. Nak beli yang tu yang nie. Alahai. Kasut pun time time beginilah nak buat hal. Nak tecabut segala bagai. Lepas tu kenapa Sembonia macam sangat kacak. Claks macam begitu gagah bergaya. Bonia mengetuk jiwa. Alahai. Tak boleh ke tepikat dengan Bata saja kah? Haha.

Awop. Sawan rindu saya dah menjelma. Rindu pada home suwit home dan segala isi di dalamnya. Serius. Semalam talifon sama bunda. Beliau cakap anak kecil aku sudah pandai berjalan tiga pat langkah. Alahai. Aku baru pergi tak sampai seminggu gedik la nak tunjuk skill itu. Waktu aku depan mata tak nak pulak nak bejalan lepas lepas tangan. Alahai. Nie yang buat diri terasa nak balik nie. Tapi gila kah hapa. Sangat lah tidak kot. Sekarang sedang bekerja. Bukan sedang mengaji macam dulu kala. Boleh ponteng kelas sesedap rasa, seminggu dua, dengan selamba ya ya  pulang kerumah tanpa rasa bersalah. Tapi sekarang? Jangan la buat kerja gila. Kang kena buang kerja, menagis sampai buta. hurm. Ok gak apa. Boleh kerja mintak sedekah. Sehari tiga pat ratus pun mampu dicecah. ^_^

Lepas tu saya rindu sama anak murid saya yang dulu. Kelas 2 Bakawali. Syimah, Nasuha, Muqrie, Danish, Solihin, dan dan dan lagi, 2 lagi tuh? Alahai, nama apatah. Haha. Teringat ke mereka mereka. Syimah selalu panggi "Cikdu cikdu". Kalau jumpa kat mana mana pun mesti nak datang peluk. Lepas tu menyendeh tepi aku. Solihin, diam. Tak banyak cakap. Tanya sepuluh patah, jawab 1 saja. Tapi bab color memang cun melecun. Kalah budak normal color. Cantik. Danish, banyak cakap, semua dia nak cerita, pagi nie saya minum milo la, esok saya nak balik kampung kat kedah la, kat rumah saya ada kambing la. Banyak cakap budak nie. Kalau suruh baca doa pun, suara dia je yang kuat berkumandang, yang lain lain bunyi uuuu aaaa uuu aaa saja. Haha. Comel sungguh mereka ini. Walau tidak sesempurna kita, tapi di sisi Tuhan mereka lebih di pandang mulia kan. Alahai. Untungnya mereka.

Dah tata. Mari berbuka posa.








PdanS : Rindu pada menjahit manik jugak... Sabar sabar ini weked kita kawan dengan jasa sama benang ya.

No comments: