❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 1, 2012

Makteh Collection





















Wah, tidak menyempat untuk bersalam hai hai, sudah di tempek gambar gambar yang sebesar alam? Kehkeh...

Ok lah. Kehadapan rakan rakan yang membaca kisah di sini, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh saya ucapkan. Hai hai. Semoga semakin cantik, sihat dan bertambah gemuk dikala open house bersepah di bumi Malaysia ini. Saya pun baru saja pulang dari open house untuk shift malam. Hebatkan, so, no wonderlah badan naik 3 kilo dalam masa seminggu. Dan lebih dasyat lagi, semalam di sahkan mengidap obesiti tahap satu oleh pakar  pemakanan merangkap duta herbalife. Errrrrr. Rasa macam nak je ambik iron letak kat peha dan perut tebal nie dengan harapan, lemak lemak tepu itu akan segera cair, lalu boleh la jadi Scha Al-Yahya satt. Boleh gitu?

Okeh, berbalik kepada tajuk entry yang semacam gah dan hebat itu, "Makteh Collection" ceywahh, collection la sangat kan. Kahkah. Nak dijadikan cerita, selepas hari raya menjelma, sambil tidak berbuat apa apa dan bernganga-nganga saja di rumah, maka, diri dengan begitu bersemangat menerjah Nagoya di Sungai Petani lantas membeli bermeter kain untuk di jadikan shawl. Mungkin tempias ramadhan yang lalu, yang mana setaip hari aku mengadap manik dan jarum, maka, bila kebizian raya sudah tiada, diri menjadi seperti terindu rindu mahu menjahit manik lagi. 

Selepas kesana kemari mengshoping kain, membeli manik, maka, semacam timbul satu idea untuk menjual shawl bermanik manik nie. Ya lah, nak nak lagi, sekarang memang trend tudung mesti nak meriah, glemer bagai nak menikah. Kalau di facebook bersepah orang menjaulnya. Tapi, di sebabkan harga memang sangat sangat tak boleh belah, maka, aku hanya mampu mengusha sambil mencuri idea idea mereka yang geliga sahaja. Dikala tak ada kerja apa apa ini, macam ok jugak kalau nak berbisnes shawl manik manik nie. Jual murah sikit dari biasa, mesti laku punya.

Kemahiran menjait manik sedikit sedikit memang sudah ada. Kakak yang berhati mulia yang boleh dikerah untuk tolong jait tepi tudung pun juga ada. Jadi, tak susah lah untuk merialisasikan misi itu. Dalam masa 3 jam. Sehelai tudung boleh siap. Tapi disebabkan saya insan biasa yang pagi pagi nak kena kemas rumah, tengah hari nak kena masak. Petang harus tidur pulak, dan lagi petang nak kena bawak anak kecik keluar jalan jalan, maka, kebizian itu menyebabkan sehari sehelai sahaja yang mampu saya siapkan. ^_^

Selepas berjaya siapkan 5 helai shawl bermanik manik itu, kemudian mendapat berita gembira yang rezeki Tuhan sudah pun tiba. Maka, kabar berita itu menjadikan aku lebih berhati pemurah, lalu terasa mahu disedekahkan saja shawl shawl itu pada mereka mereka yang selalu mencuit jiwa dan raga saya. ^_^ Sekarang, dalam simpanan, cuma ada 2 helai yang siap dijait manik. Tapi yang kosong bertujuh helai lagi. Dan ditambah pulak dengan yang semalam, memborong kain lagi di Kamdar, lalu menjadikan 12 helai selendang yang belum di jait manik. WOW!!. Ini lah saya bila sudah terobses dengan sesuatu. Beli beli beli dan beli. Aiyoyoyooooo. Tidak baik untuk kesihatan kewangan anda la Cik Muna.
















PdanS : Nanti bila dah mula kerja konpem tak ada masa. Tak berapa boleh nak teruskan kesukaan hati yang ini. Nak kena study balik kisah kisah lama, design mengdesign bangunan, errrrrr, jerawat, tolong jangan kunjung tiba.



1 comment:

ada mokhtar said...

wah gitu.. bila nak lancarkan order form.. hehe