❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 26, 2012

Last petal? Alahaiii..



"My love for you dies when the last petal of these roses falls."


Dear, What should i say bila dapat sejambak bunga beserta note ini. Ditengah tengah fresh flower yang berkuntum kuntum itu terselit pulak sekuntum ros plastik yang mana tak mungkin kelopaknya akan berguguran sampai bila bila pun. That mean, your love never ending sampai bila bila dear? Alahaiiiii. Janganlah comel sangat. What should i do nie? Haruskah pengsan seketika? Dan bila terjaga sambung pengsang lagi? Atau mungkin, masuk saja dalam freezer sepanjang masa supaya diri tak melting teruk sangat. Errrrrrr. Begemana nie? Tapi yang pastinya hati saya sudah berbunga bunga, tersenyum sepanjang masa.. Alahaii.. Alahaiii..

Hoi Munawwarah. Assalamualaikum. Hoi hoi. Sila berpijak di bumi yang nyata. Keluarlah kamu dari scene scene yang terdapat dalam novel Adam Hawa itu. Sila sedar yang anda bukan Ain Hawanis yang di gilai Adam Muhkris kacak tanpan penuh gaya, Okey? Tak payah berangan lebih lebih.  Tolong tampar sikit pipi itu supaya senyuman bak kerang busuk tuh boleh di stopkan sekejap. Haishh. Angau la pulak dah. Susah sungguh la menjadi kaum kaum yang di bawah pengaruh kaca tivi nie. Hadoi. Hahaha.

Okeh. Tak payah nak explain lebih lebih. Straight to the point, musim ADAM HAWA sedang melanda seluruh penghuni Zeta(Deparment i, opis dia diberi nama itu). Lalu aku yang hati pantang nampak aaronazizbadanketakketakmukahensembolehpengsansekejap  haruslah terhasut sekali. Ya lah, masuk office pagi-pagi mereka sudah sibuk mengdownload episod latest yang dalam tv semalam. Habis download pulak tengok secara berjemaah dengan speaker yang kuat. Mau tak tenteram jiwa weh. Emosi terus tak stabil bila dengan suara Adam Mukhris itu. Haishh.

Sebelum nie, aku cuba kawal perasaaan, okeh, tak nak terjebak lagi dalam kancah Adam Hawa Adam hawa nie. Biar mereka mereka dulu yang mengggila. Sebabnya episod untuk drama tu ada 80, mampus nak tunggu. Lebih baik aku start tengok bila cerita dah separuh di tayangkan. Jadi tak lah tertunggu tunggu di setiap hari.

Sebagai langkah macam tak de lah ketinggalan sangat dengan apa yang diperbualkan oleh rakan rakan sekerja, jadi konon untuk mengambil feel feel sebelum menontonya, aku pinjam sekejap novel Adam dan Hawa itu sama rakan sekerja. Beliau bagi  pinjam waktu pagi, balik kerja, sampai sampai rumah, terus tergolek atas katil start baca. Kena pulak, sedang bermood Kotex, memang seronok lah layan. Tak stop langsung, sampai ke jam 1, 2 pagi. Tu pun puas di pujuk hati, stop stop!! Esok harus kerja. Jangan buat kerja gila nak baca sampai ke subuh. Nooo!!!

Pergi kerja sambung baca lagi, di baca sewaktu menjaga exam budak budak ini. Dan membaca dalam keadaan yang angau. Can u imagine? Haha. Baca dalam keadaan tersenyum sorang sorang. Hey dah part suwit suwit harus lah senyum sengsorang. Sampaikan student panggil nak kertas pun aku tak dengar, sebab dok kusyuk baca. Hahaha. Tapi yang sebenarnya, aku bukanlah insan yang suka baca novel. Pelis la. Sangat tak suka. Kalau bagi novel aku baca kulit belakang je, lepas tu buat kesimpulan dan ending sendiri. Itulah aku. Seorang yang tidak punya kesabaran. Tengok drama yang 20, 30 episod pun sebegitu jugak. Eh, bukan yang berpuluh episod saja berkelakuan seperti itu, filem sejam pun mampu jadi sepuluh menet saja kalau bagi aku tengok. Kahkah.

Novel itu sudah seminggu lebih selamat dibaca. Tapi aku masih tak pulang pulangkan nya lagi. Macam mahu di buat harta saja. Can? Haha. Tak, bukan sengaja mahu di simpan lama lama. Tapi, tiap malam, mesti tangan akan gatal untuk mengselak selak dan mata mula membaca part part mana yang dirasa best. Ulang dan ulang lagi. Itulah pekerjaan aku di setiap malam.

Petang semalam, setelah bekerja dengan sangat keras dan tekun sekali sampai nak gila, ya, 2 hari bekerja diperuntukkan untuk membuat skema jawapan dan tanda kertas exam budak budak untuk 3 subjek. Gila kan. Tak cukup lagi, usung bawak balik rumah, sambung tanda kat rumah pulak. Errrrr. Memang harus stress la. Jadi, bagi menghiburkan hati yang perlukan sesuatu untuk dipandang lalu tersenyum, maka, mari kita start menonton Adam dan Hawa!!! Yeayy!!

kesibukkan yang melanda menyebabkan di kala jam 3 petang lebih baru ada masa nak lunch, odder makanan dekat cafe, then bukak laptop dan mengadap episod satu sampai ke tujuhbelas. Balik rumah sambung tengok dengan housemate pulak. Jam 2pagi baru tidor. Aiyoyoyo. Kesan dari mengadap cerita tu semalam, maka hari ini tetiba ada lagu febret sendiri, lagu yang akan berkumandang selama seminggu, atau boleh jadi sebulan dalam play list aku. Ya, hanya lagu itu seorang saja di ulang ulang ulang ulang dan ulang. Kalau orang lain 3 kali ulang dengar lagu yang sama dah boleh muntah darah, tapi aku, sebulan dok dengar pun boleh jee. Sagittarius kan pengsetia orangnya. Kehkeh.

Hep, sekarang i dah terinlove sama lagu Ratu di hati ku by T.R.I.A.D. Lagu yang seringkali berkumandang bila scene scene Adam dan Ain.. Tapi aku lagi lagi inlove sama Adam Mukhris AKA Am. Aouchhh. Dah, sila tamatkan penulisan anda agar pembaca tidak muntah darah dengan ayat ayat angau seterusnya. Sekian. ^_^














PdanS : Hurm. Egowis itu kadang kadang memakan hati, merosakkan rasa. Tapi harus juga, jika ia di tempat yang sebetulnya. So, so... hurm.. Entah.. Just keep praying. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Memakbulkan. Don't worry dear... BTW tadi pergi pesta buku dan membeli satu buku bertajuk "Pujuklah Rasa". Menarik. Semoga banyak yang akan termotivasi. Rindu sama buku buku saya yang bertimbun di rumah sana. Tapi lagi rindu nak masa masa terluang agar boleh baca buku buku pengubat jiwa yang kosong. Yes! Need something to fill. Not for "jiwa" sebenarnya, tapi IMAN. Susahnya untuk ditetapkan yang satu itu. Hurmm...


No comments: