❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 7, 2012

Hari ini




Assalamualaikum kalian. Hai.

Lama sudah mata tidak seperti dimasuki habuk. Hari ini ia berkaca lagi. Saya suka jika ianya begini. Setiap hari pun tidak mengapa. Sekurang kurangnya sedar saya masih ada. Syukur saya masih telekat pada dada. Tidaklah terlalu leka dalam keselesaan yang Allah kurniakan pada saya.

Hari ini mencongak wang wang yang ada. Hurm. Sudah kering. Tapi senarai yang perlu  di beresi masih panjang berjela. Hurm. Duit memang tidak pernah mencukupkan kita bukan. Walau punya gaji berangka sampai lima, tetap masih tidak boleh memuaskan hati dan jiwa. Ya, sekarang perlu mengatur segalanya betul betul. Perlu mendahulukan keperluan dari kemahuan. Perlu mengajar diri agar bersabar. Perlu menjadi yang sederhana. Ya, banyak yang "Perlu" yang diperlukan.

Hari ini menghadiri satu bengkel, bengkel yang mencelekkan saya kepada beberapa perkara. Tentang hal sabar. Hal sederhana. Ya, banyak kata kata speaker tadi yang ada mengena dengan jiwa. Dengan yang saya lalui sekarang. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Hari ini dan malam ini, merangkap lagi malam malam esoknya, menjadi home alone saja. Semua bunyi mencuakkan saya. Tambah tambah jiran yang sebelah kanan adalah berbangsa laki laki semuanya. Jiran yang sebelah kiri dan kiri dan kiri masih kosong. Masih tidak ujud. Adus. Risau. Tapi takmengapa. Allah ada bersama saya. Harus tanam dalam hati yang itu.

Hari ini ada jamuan raya di departmen saya. Dan makanan yang berlebihan juga adalah banyak. Lepas balik dari solat Asar, tub tub terlihat berbungkus makanan atas meja yang ditapaukan kepada saya. Hadoi. Aku sudahlah duduknya berseorangan ini malam. Memang akan jadi hamba yang tidak bersyukurlah malam ini. Mesti jodoh nasik nasik dan lauk itu dengan tong sampah saja. Alahai. Kasihannya kamu. Tapi saya dah betul betul kenyang. Maafkan saya nasik. Jangan menangis tau malam nie..

Hari ini pulang saya berteman timbunan buku design dan file file yang tah apa isi di dalamnya. Eh, bukan hari ini saja, sedari dari hari pertama lagi, pulang aku, harus bersama buku buku untuk di baca. Baca 2 helai saja. Tapi yang di bawak pulang bertimbun bagai esok nak exam saja. Haha. Comel sungguh. Weekend nie kena belajar dengan banyak. Minggu depan sudah mau start mengajar secara betul betul. Tapi, tahukan kamu yang pelajar di sini hanya tinggal 2 minggu saja lagi kuliahnya dan kemudian study week dan exam. Akan tetapi subjek yang di tinggalkan kepada saya sudah sebulan lecturernya tidak ada. 50% lagi yang perlu dicover dalam masa 2 minggu. Hadoiiiiiiiiiii.

Hari ini dan sewaktu menulis kata kata di sini, kepala tiba tiba berpusing pusing dan pening macam nak pitam. Hish, kenapa nie?? Tiba tiba. Mungkin tanda supaya udah udah la menulisnya. Isyak dah masuk. Jemput tunaikan ^_^










PdanS : Rindu McD kat TC!!!

No comments: