❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 3, 2012

1st Day?


Assalamualaikum. Hai kamu yang membaca. Hihi. Senyum tersimpul malu pulak tetiba bila ada kawan kawan yang kita sayang baca belog ini. Dikala, pulang dari kerja dan tiba tiba mendapat call dari sahabat yang menyatakan "Miss Munaaa, Tahniahhhh !! Selamat mengajar!! I baca belog u!!" Wahh, seperti tidak pecaya. Segam pun ada bila ada yang mengdeclare sebegitu. Hihi. Okeh, sila tak payah nak syoq sangat. Mari ke isi yang di tunggu tunggu.

So, how your first day? Hurm. Secara keseluruhannya OK.



RUMAH SEWA

Menyewa bilik yang berharga sebulan RM200. Perhhh!! Bapak mahal kan. Tapi saiz rumah sangat ok. Boleh bermain squash bila diri kebosanan. Memang luas gila. Rumah baru yang bersih dari daki kuman. Tapi, ya akan tetapi saya kurang menggemarkannya sebab taman yang diduduki ini adalah taman baru. Lalu, jiran jiran tetangga tidak ujud sangat. Yang ada adalah jiran sebelah rumah yang berbangsa lelaki. Wow. Bila sebut lelaki memanglah harus syoq, wah jodoh saya kah itu, kahkah, gedik la engkau nie, tetapi, yang membuatkan setiap keberadaan dalam rumah jadi tak tenang, bila yang penghuni lelaki itu adalah mereka geng geng driver lori bujang yang gatai. Melepak di luar rumah teptiap malam. Sampaikan aku yang baru tiba nie pun dah di hai hai "Kak, banyak barang".. "Kak, nak kena tolong ke". Sungguh mengsereyaukan dapat jiran macam tuh. Kena pulak kawasan nie memang tak ada jiran tetangga sangat. Boleh dikira berapa bijik rumah saja yang baru diduduki. Errrr. Dan dan, wah, ini lagi sangat menakutkan. Weh, housemate aku hobi dia adalah outstation. Uwaaaaaa. Makkkkk, nak balik, takmo duk sorang sorang.... Sabar. Sebulan saja duduk rumah ini. Next month saya mau pindah. Sekian.



TEMPAT KERJA

Hurm. Ok. Rakan seunibesiti semasa menuntut di UTHM dulu turut sama mendapat perkerjaan di situ. Jadi tidaklah kekok sangat berada di sana. Hari pertama pun dan mampu bergelak ketawa macam hantu, macam dah biasa dengan tempat sini. Kira Ok lah tu kan.



MENGAJAR SAYA

Kerana hari ini harinya adalah pertama. Maka segala urusan bank, medical check up, akuan sumpah dan sebagainya telah membantutkan kelas yang ada. Esok kita mula belajar ya student. Dan, adakah anda tahu saya mendapat subjek apa? Hurm. Ofkos lah anda tatau sebab anda bukan saya. Kahkah. Okeh, tanggunjawab yang diletakkan atas bahu saya untuk semester ini ada menjadikan pelajar pelajar bijok dan hebat tentang subjek Civil Engineering Design, Structural Concrete Design, dan Steel and Timber Design. WOW. Sangat best kan. Subjek yang PALING PALING PALING mengseramkan sewaktu menjadi student dulu. Dan jugak antara subjek yang dapat C- pun kira syoq gila gila nieee, macam dapat A++. Kiranya kalau dapat C tuh lebih gembira dari dapat anugerah dekan laa. Bersyukur tak terkata dah. Hadoi. Dan sekarang mahu menjadi pengajar pulak, errrrrr, begemana tuh? mencabar kot. Memang kena bukak balik semua kitab kitab lama. Lap lap sikit otak yang dah berabuk bekarat nie. Ada jugak aku tekanan jiwa untuk di awal awal pekerjaan nie. Haha. Takpa takpa. Ingat, Allah tak membebani kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Okeh. Pegang yang itu.



MEMORI.

Alahai. Nie part sedih nak tulis nie. Sedari melihat papan tanda "GAMBANG 54KM" lagi memori lama dah mula mengusik kalbu (Selain usikan seperti bunyi hantu dalam lagu justin bebir yang baru semasa di lebuhraya Karak, terus  aku tutup radio kereta dan berselawat sorang sorang. Gila cuak. Haha). 

Ya, Saya yang memang seorang yang berpesyen semuanya nak kena touching touching, so tengok papan tanda yang tulis GAMBANG pun, haruslah nak kena sedih sedih. Tu tak termasuk lagi bila lalu depan UMP. Tak campur lagi tengok simpang traffic light yang ada pasar malam tiap hari Khamis. Tak di hitung lagi, lalu depan  Tunas Mart yang baru yang aku pernah pergi naik moto pinjam rakan lelaki, lalu waktu balik hujan lebat kilat sambar menyambar, tapi redah jugak. Eh, dan topi keleda lupa nak tebalikkan waktu parking. So, bila nak pi naik nak balik, dah jadi baldi. Kahkah. 

Kemudian, bila lalu depan balai polis sri gading, teringat aku peristiwa hitam sewaktu menghantar kawan ke terminal makmur di bandar sana. Di tengah malam, minyak habis sebab menjadi penyewa kereta haruslah kedekut dan sangat berkira bila nak bubuh minyak. Lalu, nasib memang menyebelahi, kereta termati depan balai polis, dengan muka tak malu, pergi menagih simpati kat polis. Haha. Kalau nak kira bab kereta mampus pasal minyak nie memang banyak, tiga empat kali kot tak salah. Dekat simpang traffic light pun best gak, ada abang kacak mana tah tolong settlekan. Kehkeh.

Lagi, bila lalu depan TUDM, teringat kedai makan kemira yang lazat itu. Uwaaaaa. Duduk sini memang heaven dengan makanan. Konfirm semakin berobesiti lah aku. Kahkah. Petang tadi sesudah selesai kerja, terus ke pasar malam sri gading untuk membereskan hal mengidam yang pertama iaitu nasik dagang. Nasik kerabu esok ya kita berusaha cari. Lusa, mee kari.. uwaaaa.. mee kari paling lazat di dunia di simpang gambang sana. Kemudian, kedai makan SMS, Sara Thai, AyaThava, Kedai keropok leko kat beserah, McD kat TC... aiyoyo. Nie entry apa weh, jalan jalan cari makan kah? Haha. Dah dah, untuk tidak mengsesatkan para pembaca, kita hentikan sampai di sini dulu ya. Nak pi study apa yang patut. Tak mau lah jadi lecturer yang masuk kelas 3 menet, ambik attendance, pastu belah. Tamo tamo. 













PdanS: Bila nak memulakan hidup baru nie, duit sangat macam ayaq wehhhh. Lebih laju dari ayaq. Hadoi.

1 comment:

S.U.R.I.A. said...

tetiba sedey gakkk baca ntry ni..mcm2 kenangan... :(