❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 25, 2012

Tentang RAYA


Assalamulaikum. Hai hai. Hampir dua minggu lebih tidak bermadah indah di sini. Dan di hari yang mulia, di raya ke 7 ini, diri seakan mendapat satu seruan supaya, udah udah ler merajuk dengan internet, lari dari komputer, meh meh ler bukak, meh meh ler kasi satu entry ke. Hihi. Jadi, sebagai umat islam yang menyambut Aidilfitri, mari kongsikan sesuatu yang indah tentang hari itu. ^_^



HARI RAYA

Hari raya tahun ini berlansung tidak seperti kebiasaan. Semua yang sudah berkahwin tidak berhari raya pertama di rumah. Yang ada cuma, mak ayah, seorang kakak beserta anak kecilnya, dan 2 orang adik. Yang lain lain, sampai di rumah pada petang raya, dan di raya ke 2. Owh, tidak mengapa. Hati tidak terasa langsung dengan ketiadaan mereka mereka, kerna sama saja mereka ada atau tidak, muka ini jugaklah yang akan menjadi tukang basuh pinggan, kutip cawan, bancuh air, kacau sup, potong daun, cedok kuah, tambah kuah, celoq bihun, kerat ketupat bla bla bla bla bla. Ya, tak ada beza. Cumaa, kalau ada mereka, ada la sesi ambik gambar beramai ramai setelah balik dari solat hari raya. Tapi, tahun ini tidak ada. Sampai saja ke rumah, baju raya terus di tukar ke uniform bibik sedunia, dan lantas bersilat di dapur dengan penuh debar. Memang harus di debarkan sebab selalunya beberapa menet setelah menapak di rumah mesti akan sampai sedara mara bersama beberapa bijik kereta. Dan raya tahun ini, aku sangat sangat sangat aktif bekerja, sampai raya ke 3. Bangun bangun pagi, satu badan sakit, perut meragam. Terus mood hilang satu hari. Sampai hari nie baru hilang sakit sakit badan tuh.



BAJU RAYA

Seperti tahun tahun yang lalu, tahun ini adalah tahun yang ke 4 aku beraya dengan tema jubah. Serius dah lama tak buat baju kurung. Last sekali beraya bersama baju  kurung adalah 4 tahun yang lalu, tu pun baju kurung pahang. Tak berapa nak original kurung sangat. Tahun nie pun actually aku dah beli kain untuk di buat baju kurung moden. Tapi, oleh kerana berhajat mahu di hantar ke tukang jahit pada time ujung ujung puasa dengan harapan time tu dah kurus dan baju boleh di ambil dengan ukuran badan yang kurus itu, lalu harapan pun tinggal harapan. Mana ada tukang jahet mau ambik weh. 3 bulan sebelum raya pun dia dah tak layan. Inikan pulak seminggu dua sebelum hari raya. Kirim salam sayang lah jawab nya. Dan, walaupun kisah itu nampak macam sedih, tapi sebenarnya secara tidak sengaja, bila di kira dan dicongakkan kembali, saya ada 3 pasang jubah baru untuk di pakai di hari raya pertama sampai ke tiga. Memang sudah di plan siap siap sewaktu membeli. Kahkah. Dan di plus pulak dengan sebuah maxi ala ala nak pi dinner gitu yang di beli pada 4 bulan yang lalu dengan niat memang nak pakai raya, menjadikan jumlah baju raya saya pada tahun ini mencecah ke angka 4! Sekian terima kasih.



KASUT RAYA

Tak pernah ada melainkan 20 tahun yang lalu, memang akan ujud kasut raya di kala tibanya hari raya. Sekarang, bila umur menjangkau ke angka yang lebih besar, membeli kasut tak payah tunggu raya, setiap bulan akan ada kasut baru. Nak setiap hari pun bules. Janji uwang penuh poket. Kehkeh.



KUIH RAYA

Setelah berhempas tak berapa nak pulas sangat, ahirnya, siap jugak kuih tart aku. Memang biskut itu akan menjadi kuih raya wajibulghunnah untuk di hempas pulaskan pabila menjelang hari raya. Ya setelah diri seakan menggila dengan kuih itu dan sangat cerewet dalam menilai rasa, gebu tak gebu, jem sikit, kulet tebai, kulet tawaq, dan lain lain lagi kritikkan yang akan terkeluar, maka, selayaknya lah untuk "Sila buat sediri ikut sedap mulut". Habis cerita. Tak payah banyak komplain sangat. Konfirm konfirm akan masuk bakul angkat sendiri untuk kuih buatan sendiri kan. Kahkah. Owh, dan tahun ini juga, bersama sama kakak kakak yang rajin, kami telah membuat popia gunting rangup, bila di pepak bunyi krup krup, biskut mazola yang paling sangat sangat sedap penuh nikmat, semprit rangup yang tak berapa nak kena sangat dengan selera aku yang suka gebu geban sahaja, lagi, dan kuih oreo yang sangat mengseramkan bila nak makan. Serius!! Dah la hitam, tiap kali nak ambik makan mesti terasa nak nyanyi lagu 7 orang budak hitam dulu. Errrr. Seram kan.



JUADAH RAYA

Seperti tahun tahun yang lalu jugak, apabila menjelang raya, menu wajib yang mak akan usahakan adalah ketupat, rendang daging dan tapai. Aku? Macam biasa, bihun sup yang sudah di tenderkan tiap kali raya apa pun. Tahun ini tidak ada puding memuding sebab konon nak buat lagi canggeh iaitu kek karamel, tub tub, kalut macam ngan apa, kek pun buat cincai cincai saja, lalu bila masak kek tak naik dan tak jadi. Kahkah. Padan muka. Tak mengapa, esok kita balas dendam balik dengam membaking sebijik red velvet pulak! yuhuuuuu.



KAD RAYA

Tahniah sebab ada jugak yang sudi hantar kad raya. Walaupun dapat hanya dua, tapi syukur sangat tak terhingga. Satu dari rakan baik dan satu lagi dari tokey kedai online. Hari tu tokey kedai tu tulis status sapa nak kad raya dan buit raya cepat email nama dan alamat kat dia. Jadi, aku dengan pulunnya terus laju je meng-email. Dua tiga hari sebelum raya tub tub, eh eh, ada marka hantaq kad laaa, ada duit raya sekali. Wahhh.. Bagusnya marka seperti ini. Kehkeh..



DUIT RAYA

Tidak layak. Sudah banyak tahun tidak layak.



TUDUNG RAYA

Disebabkan tak dapat nak bershopping di jalan TAR dan shawl di alor setar sangat tidak menepati cita rasa, maka, tudung raya kita pada tahun ini adalah DIY(do it yourself). Di kala petang petang esok nak raya, jam 3 petang, sambil menonton kabi khushi kabhi gum dan mata kadang kadang termasuk habuk sikit, tangan dengan lemah gemalai tekun menjahet manik pada shawl yang dipotong dan di jait sendiri. Di beli dari kedai kain Meekami di Alor Setal. Semeter tiga ringget lapan kupang. Ambik semeter sengah,  pecuma lagi 0.3m sebab ujung kain. Balik rumah kerat 2, terus dapat 2 helai shawl. Wahh. Sangat berbaloi baloi!!!! Berbekalkan dalam 7 ringget dapat 2 lai shawl. Lepas tu jait manik bunga bunga sakura ala ala Radiusite yang jual sampai 80, 90 ringget tuh, haa!! hambik kau, memang kellass lah kau Maria. Nak raya ke nak menikah nie??



GAMBAR RAYA

Errrrrr.. Serius tak ambik dengan kamera sendiri. Sekeping pun tidak. Macam sungguh ajaib. Sebelum sebelum ini, bukan saja hari raya, 3 hari sebelum hari raya aku sudah memulun mengsnap setipa moment betapa excitednya nak sambut raya. Lipat ketupat, buat kuih, bershoping raya, semua nak kena ambik. Tahun ini? Sekeping pun tarrak. Aiyoyoo. Yang ada gambar dari kamera kawan kawan yang bertandang ke rumah pada hari raya pertama. Yang itu saja yang ada.

























PdanS : Gaambaq raya sebesar besar alam. Kahkah.

3 comments:

Wiyah said...

wahhh..cantiknya cik moon! sama la kita raya berjubah..tp i sbb xmuat peyot huhu..btw slamat hr raya mahap zaher batin yer, psssst itu kah jubah handmade kamooo?? hihi

pencari kedamaian said...

Hihi.. Selamat hari raya...

mOOn said...

Wiyah : wah... bestnye peyot suda besooo.. nak jugakk!!! haha.. uit.. bukan la.. nie jubah beli kat kedai.. x hebat lg untk buat jubah kembang2 camgitu..

pencari kedamaian : selamat hari raya kembali pencari kedamaian.. hihi