❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 29, 2012

Rezeki dan Syukur.


Assalamualaikum. Hai rakan. Hai kamu yang membaca. Tersenyum sendiri, ingatkan menulis dengan berperasaan syok sorang sahaja. Rupanya ada yang membaca. Timkiu anda yang cantik dan kacak. Terima kasih kerana ada jugak yang sudi mengskodeng kisah kisah dongengan di sini. ^_^

Hurm. Tak tahu bagaimana harus aku mulakan. Tapi sekarang hati sedang bersyukur sangat sangat. Banyak banyak. Bersyukur pada Yang Satu. Bersyukur pada rezeki yang tuhan berikan. Bersyukur pada aturan Tuhan yang sangat cantik, sangat indah, sangat buat aku tidak dapat berkata. Betul, janji Tuhan benar belaka.

Alhamdulillah, pekerjaan tetap sudah kunjung tiba. Pekerjaan yang di idamkan hati. Ya, hati sangat berkeras mahu menjadi pendidik. Mahu mengajar mereka mereka yang kabur. Sampaikan interview untuk jawatan Jurutera yang selama ini di tunggu tunggu, dibiarkan berlalu pergi begitu saja. Hati memang sudah tidak ada di situ. Bagaimana mahu diusaha untuk rasa yang tidak ujud. Untuk apa?

Syukur, syukur, syukur. Yang di pohon Tuhan perkenankan, Yang sukar Tuhan permudahkan. Ya Allah, tak tahu apa yang harus di tulis. Tak ada apa apa perkataan yang dapat diungkapkan dengan apa yang aku rasa sekarang. "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan, Hanya kepadaMu aku menyembah dan HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON PERTOLONGAN..... T_T

Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Sesukarmana pun sesuatu itu, susah mana dan sepayah mana, ingat, yang mempermudahkan Allah, yang menolong Allah, yang memberikan juga adalah Allah. Jadi, bergantung haraplah hanya pada Allah. Bukan pada mereka mereka yang tempat pergantungannya juga adalah pada Allah.

Dan mahu di ingatkan buat peringatan untuk diri sendiri. Syukur itu bukan terletak pada kata "Alhamdulillah" yang terungkap oleh bibir saja. Syukur itu banyak cabangnya, banyak pecahnya. Pada tiap perbuatan kita. Syukur dengan menggunakan rezeki itu dengan cara yang tidak ada pembaziran. Syukur dengan menggunakan rezeki itu ke jalan yang betul, membantu ibu ayah, membantu mereka yang susah. Syukur dengan menjadikan pekerjaan itu sebagai landasan untuk mendidik mereka yang kabur dengan bersungguh sungguh. Syukur dengan Doa yang Tuhan perkenan lalu, dilaksanakan suruhan Tuhan dengan lebih sempurna, dengan tidak ada cacat cela. Bila semua itu di laksanakan, barulah menjadi hamba yang bersyukur. Bukan di nilai pada banyaknya kalimah syukur yang terunkap pada bibir, tapi tiap perbuatan? Sangat tidak membuktikannya. Semoga diri sendiri bukan saja tahu mengarang, tapi pandai melaksanakan juga.  ^_^

Teringat akan satu kata-kata dalam buku Trevelog Haji yang pernah di baca satu tika dulu. "Apabila kita dikurniakan rezeki daripada Allah SWT, kita harus ingat, ada dua kemungkinan yang boleh berlaku, sama ada kita menjadi lebih merendahkan diri, lebih ingat kepadaNYA ataupun kita semakin sombong, angkuh, riyak dan lupa kepadaNYA. Audit diri, kemana rezeki itu membawa kita" Ya Allah, semoga rezeki yang diberi ini menjadikan aku hamba yang lebih taat pada perintahNYA.

Dari pengalaman yang telah di lalui, dari apa yang Tuhan telah berikan, dari semua kejadian sukar tapi diperindahkan Tuhan, dari semua semua itu telah mengajar saya akan sesuatu. Sesuatu yang bermula dengan niat. Setiap niat yang baik akan di permudahkan Allah. Berniatlah dengan sesuatu yang baik dalam tiap perbuatan kita. PASTI Allah perkenankan. Yang penting ada sabar yang tinggi, ada usaha yang berterusan, dalam kesemua itu ada penyerahan hanya pada Tuhan. InsyaAllah, akan termakbul apa yang dihajatkan. Jangan lupa Solat Dhuha kerna ia kunci rezeki kita. Kemudian belajarlah untuk bersolat Hajat, Tahajjud, Taubat. Malu rasanya, kalau study untuk exam kita boleh paksa diri bangun di awal pagi, untuk menonton bola, untuk maraton cerita CD, untuk membuat kerja kerja pejabat dan untuk manusia, kita boleh kerah dan paksa mata untuk berjaga. Tapi untuk yang meminjamkan nyawa supaya kita boleh bernafas sekarang ini? Apa yang kita berikan? Malunya rasa. T_T

Semoga rezeki yang Tuhan beri ini, sebagai salah satu jalan untuk aku buka lembaran baru. Memperbetulkan apa yang salah, memperbaiki apa yang silap.  Munawwarah, Doa kamu sudah diperkenankan olehNYa, jadi jangan lupa nazar itu, hajat hati itu, selamat melaksanakan kerana Allah.
















PdanS : Duhai Kuantan. Jodoh kita memang dekat. Memang kuat. Jangan berjodoh dengan orang kuantan sudah. Menangis aku di pagi raya mengenangkan mak ayah di Yan sana. Haha. Ya, Kuantan lagi, dulu 6 tahun di sana sebagai tempat belajar. Kini menjadi tempat mengajar pulak. Untuk berapa lama pun tidaklah diketahui. Mesti banyak memori indah di sekitar Kuantan waktu belajar dulu dulu yang akan ter-rewind balik. Alahai.... Hai Kolej Poly-Tech Mara. Semoga kamu cool cool saja sama saya yaa. ^_^

2 comments:

Anonymous said...

Yeayh... Alhamdulillah dapat. Kena blanje sy dan ayung lah kan. Hahahah.. Bolrh x claim cmtuh. Saya tukang sampai ayung tukang info. Hahahah. Hepi for u

mOOn said...

okes.. bules2.. nnt jupe i banje kamu2.. ^_^