❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 27, 2012

Ghazal untuk hati

Salam 10 Syawal. Lagi 2 bulan akan bertemu dengan Aidiladha pulak. Cepat sungguh masa berlalu. Setiap kali mandi, setiap kali memberus gigi, hati masih terisau risau takut ada air yang tertelan, tapi bila tersedar, eh, puasa dah habis la. Sekarang syawal, dah tak puasa la. Dikala berperasaan seperti ini, memang elok kalau nak di teruskan dengan puasa Syawal pulak. Okeh. Sabar. Nanti bila ABC sudah habis kita terus mengorak langkah ya.

Ramadhan hari tu melihat satu rancangan Ihya Ramadhan. Suka satu lagu intro dalam rancangan itu. Serius, semua lagu arab yang TV Alhijrah pasang memang best best. Aku yang jarang layan lagu lagu arab sudah terinlove sama lagu lagu mereka. Awal tahun lalu jatuh cinta sama lagu Laukana Bainana, sampai ringtone talifon tangan pun dipasang dengan lagu itu sampai ke tika ini. Lepas itu rancangan Dikir Zikir, lagu tema dia jugak, ghazal yang di perdendangkan itu, menarik. Mak aku pun jatuh cinta. Ya, mak sekarang memang jatuh cinta sama TV Al-Hijrah. Kalau ada mak di depan kaca TV, memang channel itu yang akan menjadi pilihan. Lepas tu, rancangan Imam Muda, wahh, mak memang hebat. Kenai sorang sorang. Sampai aku pulak yang sibuk tanya mak, "Yang nie ka yang menang?", "Kawen dak lagi", "Dia orang mana", "Owh, yang nie dapat no berapa?"...






Lagu into di rangcangan Ihya' Ramadhan
















PdanS : Melalui hari hari indah bahagai saya. Hai rumah manes rumah. Tak mau pi mana mana bules? Nak duduk rumah sambil buat perkara yang kita suka saja. Bules???

No comments: