❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 11, 2012

Bernafas dalam tersekat.


Hari ini, sakit biasa datang lagi. Datang sampai buat puasa aku terpaksa di batalkan. Sakit yang amat dan memerlukan ubat. Jadi, selepas mendapat nasihat Puan Bunda terus di capai segelas air bersama 2 ketul ubat. Lalu puasa aku pun terbatal di kala jam baru 10 pagi. Yeayyy!!!! Saya tidak berpuasa!! Yang kena ganti 7 menjadi 8!! Yeay!!!

 Eh, aku sudah tidak puasa? Mari membuat kek jom!! haha.. Buat kek dalam keadaan bersakit sakit. Tapi di gagahi jugak kerna jika dikerjakan sewaktu hari puasa, kuatir cream yang akan di putar bersama resepi ikut sedap hati akan jadi tah apa apa rasa dia. Sekarang, di kala sedang tidak berpuasa ini, elok rasanya membuat red velvet itu. Boleh di coit ciot sedikit ke dalam mulut sambil memutar apa yang patut. Kehkeh.



Red velvet paling kacang di dunia. Kacang sebab beli tepung yang dah di mix siap siap kat kedai kek Sayang Sg Petani. Balik bubuh air 195gram dan minyak jagung 100gram. Putar dan sedia untuk dibakar. Hoho. Mudah kan. So, bagi yang berspisis memasak adalah sangat bergantung pada nasib, tak payah la nak try resepi susah yang renyah renyah tu. Pi cari tepung hat di mix siap dah je. Balik tambah air, putaq putaq, siap!! Yuhuuu. Dan cream cis? Owh, itu adalah resepi ikut sedap mulut, putar 250gram cis bersama 120gram butter, then tambah esen vanilla dan tambah white cooking chocolate. Sambil memutar, di coit coit sedikit kedalam mulut  untuk mendapatkan rasa yang memuaskan jiwa. Siap!!!


Kemudia, owh, cerita rezeki. Rezeki dari Allah SWT datang lagi. Baru sahaja diri berasa lega boleh bersenang lenang dari hal hal menjahit manik orang, tub tub, malam semalam, ada pulak satu lagi request lagi saudara terdekat.  Walaupun diri berkata Errrrrr, nak buat biskut raya pulak laaa, nak jait manik kat baju sendiri pulak laaa, nak jait tudung lagi laaaa, errrrrr. Tak mau dahh ambik tempahhh. Tapi, di atas santun yang tinggi yang tersemai di dalam jiwa, maka dengan ramah mesranya, terus meng YES kan saja tempahan itu. Okeh. Sila ambik malam raya!! Syukur.










Dan, dan sudah 4,5 hari hidung tersumbat. Uwaaaa. Kenapa sekarang perlu bersakit sana dan sini. Ujian ujian. Hurmmmm. Semoga ujian sakit dapat menghapuskan dosa, dapat menyuci jiwa. Tapi, bila sakit nie, diri jadi macam lagi tak berdisiplin lah, terawih sudah 2 malam dikerjakan sendiri di rumah, tidak berjemaah di masjid. Baca quran pun sama, sudah terlewat satu juzuk dari yang di targetkan untuk hari ini, gara gara tak larat dan asyik nak tidurr jee. Alahaiii, kenapa nie sayang... T_T










PdanS : Esok Ahad, semoga diri akan lebih sihad. Tak ada sakit-sakit sampai kena masuk wad. Tak mau laa, banyak kerna yang nak kena buat pakai kudrad. 

2 comments:

S.U.R.I.A. said...

eherm2..
mkin santek.....

mOOn said...

ehem2.. sape? saye kah? auchh..