❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 29, 2012

Rezeki dan Syukur.


Assalamualaikum. Hai rakan. Hai kamu yang membaca. Tersenyum sendiri, ingatkan menulis dengan berperasaan syok sorang sahaja. Rupanya ada yang membaca. Timkiu anda yang cantik dan kacak. Terima kasih kerana ada jugak yang sudi mengskodeng kisah kisah dongengan di sini. ^_^

Hurm. Tak tahu bagaimana harus aku mulakan. Tapi sekarang hati sedang bersyukur sangat sangat. Banyak banyak. Bersyukur pada Yang Satu. Bersyukur pada rezeki yang tuhan berikan. Bersyukur pada aturan Tuhan yang sangat cantik, sangat indah, sangat buat aku tidak dapat berkata. Betul, janji Tuhan benar belaka.

Alhamdulillah, pekerjaan tetap sudah kunjung tiba. Pekerjaan yang di idamkan hati. Ya, hati sangat berkeras mahu menjadi pendidik. Mahu mengajar mereka mereka yang kabur. Sampaikan interview untuk jawatan Jurutera yang selama ini di tunggu tunggu, dibiarkan berlalu pergi begitu saja. Hati memang sudah tidak ada di situ. Bagaimana mahu diusaha untuk rasa yang tidak ujud. Untuk apa?

Syukur, syukur, syukur. Yang di pohon Tuhan perkenankan, Yang sukar Tuhan permudahkan. Ya Allah, tak tahu apa yang harus di tulis. Tak ada apa apa perkataan yang dapat diungkapkan dengan apa yang aku rasa sekarang. "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan, Hanya kepadaMu aku menyembah dan HANYA KEPADAMU AKU MEMOHON PERTOLONGAN..... T_T

Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Sesukarmana pun sesuatu itu, susah mana dan sepayah mana, ingat, yang mempermudahkan Allah, yang menolong Allah, yang memberikan juga adalah Allah. Jadi, bergantung haraplah hanya pada Allah. Bukan pada mereka mereka yang tempat pergantungannya juga adalah pada Allah.

Dan mahu di ingatkan buat peringatan untuk diri sendiri. Syukur itu bukan terletak pada kata "Alhamdulillah" yang terungkap oleh bibir saja. Syukur itu banyak cabangnya, banyak pecahnya. Pada tiap perbuatan kita. Syukur dengan menggunakan rezeki itu dengan cara yang tidak ada pembaziran. Syukur dengan menggunakan rezeki itu ke jalan yang betul, membantu ibu ayah, membantu mereka yang susah. Syukur dengan menjadikan pekerjaan itu sebagai landasan untuk mendidik mereka yang kabur dengan bersungguh sungguh. Syukur dengan Doa yang Tuhan perkenan lalu, dilaksanakan suruhan Tuhan dengan lebih sempurna, dengan tidak ada cacat cela. Bila semua itu di laksanakan, barulah menjadi hamba yang bersyukur. Bukan di nilai pada banyaknya kalimah syukur yang terunkap pada bibir, tapi tiap perbuatan? Sangat tidak membuktikannya. Semoga diri sendiri bukan saja tahu mengarang, tapi pandai melaksanakan juga.  ^_^

Teringat akan satu kata-kata dalam buku Trevelog Haji yang pernah di baca satu tika dulu. "Apabila kita dikurniakan rezeki daripada Allah SWT, kita harus ingat, ada dua kemungkinan yang boleh berlaku, sama ada kita menjadi lebih merendahkan diri, lebih ingat kepadaNYA ataupun kita semakin sombong, angkuh, riyak dan lupa kepadaNYA. Audit diri, kemana rezeki itu membawa kita" Ya Allah, semoga rezeki yang diberi ini menjadikan aku hamba yang lebih taat pada perintahNYA.

Dari pengalaman yang telah di lalui, dari apa yang Tuhan telah berikan, dari semua kejadian sukar tapi diperindahkan Tuhan, dari semua semua itu telah mengajar saya akan sesuatu. Sesuatu yang bermula dengan niat. Setiap niat yang baik akan di permudahkan Allah. Berniatlah dengan sesuatu yang baik dalam tiap perbuatan kita. PASTI Allah perkenankan. Yang penting ada sabar yang tinggi, ada usaha yang berterusan, dalam kesemua itu ada penyerahan hanya pada Tuhan. InsyaAllah, akan termakbul apa yang dihajatkan. Jangan lupa Solat Dhuha kerna ia kunci rezeki kita. Kemudian belajarlah untuk bersolat Hajat, Tahajjud, Taubat. Malu rasanya, kalau study untuk exam kita boleh paksa diri bangun di awal pagi, untuk menonton bola, untuk maraton cerita CD, untuk membuat kerja kerja pejabat dan untuk manusia, kita boleh kerah dan paksa mata untuk berjaga. Tapi untuk yang meminjamkan nyawa supaya kita boleh bernafas sekarang ini? Apa yang kita berikan? Malunya rasa. T_T

Semoga rezeki yang Tuhan beri ini, sebagai salah satu jalan untuk aku buka lembaran baru. Memperbetulkan apa yang salah, memperbaiki apa yang silap.  Munawwarah, Doa kamu sudah diperkenankan olehNYa, jadi jangan lupa nazar itu, hajat hati itu, selamat melaksanakan kerana Allah.
















PdanS : Duhai Kuantan. Jodoh kita memang dekat. Memang kuat. Jangan berjodoh dengan orang kuantan sudah. Menangis aku di pagi raya mengenangkan mak ayah di Yan sana. Haha. Ya, Kuantan lagi, dulu 6 tahun di sana sebagai tempat belajar. Kini menjadi tempat mengajar pulak. Untuk berapa lama pun tidaklah diketahui. Mesti banyak memori indah di sekitar Kuantan waktu belajar dulu dulu yang akan ter-rewind balik. Alahai.... Hai Kolej Poly-Tech Mara. Semoga kamu cool cool saja sama saya yaa. ^_^

Monday, August 27, 2012

Ghazal untuk hati

Salam 10 Syawal. Lagi 2 bulan akan bertemu dengan Aidiladha pulak. Cepat sungguh masa berlalu. Setiap kali mandi, setiap kali memberus gigi, hati masih terisau risau takut ada air yang tertelan, tapi bila tersedar, eh, puasa dah habis la. Sekarang syawal, dah tak puasa la. Dikala berperasaan seperti ini, memang elok kalau nak di teruskan dengan puasa Syawal pulak. Okeh. Sabar. Nanti bila ABC sudah habis kita terus mengorak langkah ya.

Ramadhan hari tu melihat satu rancangan Ihya Ramadhan. Suka satu lagu intro dalam rancangan itu. Serius, semua lagu arab yang TV Alhijrah pasang memang best best. Aku yang jarang layan lagu lagu arab sudah terinlove sama lagu lagu mereka. Awal tahun lalu jatuh cinta sama lagu Laukana Bainana, sampai ringtone talifon tangan pun dipasang dengan lagu itu sampai ke tika ini. Lepas itu rancangan Dikir Zikir, lagu tema dia jugak, ghazal yang di perdendangkan itu, menarik. Mak aku pun jatuh cinta. Ya, mak sekarang memang jatuh cinta sama TV Al-Hijrah. Kalau ada mak di depan kaca TV, memang channel itu yang akan menjadi pilihan. Lepas tu, rancangan Imam Muda, wahh, mak memang hebat. Kenai sorang sorang. Sampai aku pulak yang sibuk tanya mak, "Yang nie ka yang menang?", "Kawen dak lagi", "Dia orang mana", "Owh, yang nie dapat no berapa?"...






Lagu into di rangcangan Ihya' Ramadhan
















PdanS : Melalui hari hari indah bahagai saya. Hai rumah manes rumah. Tak mau pi mana mana bules? Nak duduk rumah sambil buat perkara yang kita suka saja. Bules???

Saturday, August 25, 2012

Tentang RAYA


Assalamulaikum. Hai hai. Hampir dua minggu lebih tidak bermadah indah di sini. Dan di hari yang mulia, di raya ke 7 ini, diri seakan mendapat satu seruan supaya, udah udah ler merajuk dengan internet, lari dari komputer, meh meh ler bukak, meh meh ler kasi satu entry ke. Hihi. Jadi, sebagai umat islam yang menyambut Aidilfitri, mari kongsikan sesuatu yang indah tentang hari itu. ^_^



HARI RAYA

Hari raya tahun ini berlansung tidak seperti kebiasaan. Semua yang sudah berkahwin tidak berhari raya pertama di rumah. Yang ada cuma, mak ayah, seorang kakak beserta anak kecilnya, dan 2 orang adik. Yang lain lain, sampai di rumah pada petang raya, dan di raya ke 2. Owh, tidak mengapa. Hati tidak terasa langsung dengan ketiadaan mereka mereka, kerna sama saja mereka ada atau tidak, muka ini jugaklah yang akan menjadi tukang basuh pinggan, kutip cawan, bancuh air, kacau sup, potong daun, cedok kuah, tambah kuah, celoq bihun, kerat ketupat bla bla bla bla bla. Ya, tak ada beza. Cumaa, kalau ada mereka, ada la sesi ambik gambar beramai ramai setelah balik dari solat hari raya. Tapi, tahun ini tidak ada. Sampai saja ke rumah, baju raya terus di tukar ke uniform bibik sedunia, dan lantas bersilat di dapur dengan penuh debar. Memang harus di debarkan sebab selalunya beberapa menet setelah menapak di rumah mesti akan sampai sedara mara bersama beberapa bijik kereta. Dan raya tahun ini, aku sangat sangat sangat aktif bekerja, sampai raya ke 3. Bangun bangun pagi, satu badan sakit, perut meragam. Terus mood hilang satu hari. Sampai hari nie baru hilang sakit sakit badan tuh.



BAJU RAYA

Seperti tahun tahun yang lalu, tahun ini adalah tahun yang ke 4 aku beraya dengan tema jubah. Serius dah lama tak buat baju kurung. Last sekali beraya bersama baju  kurung adalah 4 tahun yang lalu, tu pun baju kurung pahang. Tak berapa nak original kurung sangat. Tahun nie pun actually aku dah beli kain untuk di buat baju kurung moden. Tapi, oleh kerana berhajat mahu di hantar ke tukang jahit pada time ujung ujung puasa dengan harapan time tu dah kurus dan baju boleh di ambil dengan ukuran badan yang kurus itu, lalu harapan pun tinggal harapan. Mana ada tukang jahet mau ambik weh. 3 bulan sebelum raya pun dia dah tak layan. Inikan pulak seminggu dua sebelum hari raya. Kirim salam sayang lah jawab nya. Dan, walaupun kisah itu nampak macam sedih, tapi sebenarnya secara tidak sengaja, bila di kira dan dicongakkan kembali, saya ada 3 pasang jubah baru untuk di pakai di hari raya pertama sampai ke tiga. Memang sudah di plan siap siap sewaktu membeli. Kahkah. Dan di plus pulak dengan sebuah maxi ala ala nak pi dinner gitu yang di beli pada 4 bulan yang lalu dengan niat memang nak pakai raya, menjadikan jumlah baju raya saya pada tahun ini mencecah ke angka 4! Sekian terima kasih.



KASUT RAYA

Tak pernah ada melainkan 20 tahun yang lalu, memang akan ujud kasut raya di kala tibanya hari raya. Sekarang, bila umur menjangkau ke angka yang lebih besar, membeli kasut tak payah tunggu raya, setiap bulan akan ada kasut baru. Nak setiap hari pun bules. Janji uwang penuh poket. Kehkeh.



KUIH RAYA

Setelah berhempas tak berapa nak pulas sangat, ahirnya, siap jugak kuih tart aku. Memang biskut itu akan menjadi kuih raya wajibulghunnah untuk di hempas pulaskan pabila menjelang hari raya. Ya setelah diri seakan menggila dengan kuih itu dan sangat cerewet dalam menilai rasa, gebu tak gebu, jem sikit, kulet tebai, kulet tawaq, dan lain lain lagi kritikkan yang akan terkeluar, maka, selayaknya lah untuk "Sila buat sediri ikut sedap mulut". Habis cerita. Tak payah banyak komplain sangat. Konfirm konfirm akan masuk bakul angkat sendiri untuk kuih buatan sendiri kan. Kahkah. Owh, dan tahun ini juga, bersama sama kakak kakak yang rajin, kami telah membuat popia gunting rangup, bila di pepak bunyi krup krup, biskut mazola yang paling sangat sangat sedap penuh nikmat, semprit rangup yang tak berapa nak kena sangat dengan selera aku yang suka gebu geban sahaja, lagi, dan kuih oreo yang sangat mengseramkan bila nak makan. Serius!! Dah la hitam, tiap kali nak ambik makan mesti terasa nak nyanyi lagu 7 orang budak hitam dulu. Errrr. Seram kan.



JUADAH RAYA

Seperti tahun tahun yang lalu jugak, apabila menjelang raya, menu wajib yang mak akan usahakan adalah ketupat, rendang daging dan tapai. Aku? Macam biasa, bihun sup yang sudah di tenderkan tiap kali raya apa pun. Tahun ini tidak ada puding memuding sebab konon nak buat lagi canggeh iaitu kek karamel, tub tub, kalut macam ngan apa, kek pun buat cincai cincai saja, lalu bila masak kek tak naik dan tak jadi. Kahkah. Padan muka. Tak mengapa, esok kita balas dendam balik dengam membaking sebijik red velvet pulak! yuhuuuuu.



KAD RAYA

Tahniah sebab ada jugak yang sudi hantar kad raya. Walaupun dapat hanya dua, tapi syukur sangat tak terhingga. Satu dari rakan baik dan satu lagi dari tokey kedai online. Hari tu tokey kedai tu tulis status sapa nak kad raya dan buit raya cepat email nama dan alamat kat dia. Jadi, aku dengan pulunnya terus laju je meng-email. Dua tiga hari sebelum raya tub tub, eh eh, ada marka hantaq kad laaa, ada duit raya sekali. Wahhh.. Bagusnya marka seperti ini. Kehkeh..



DUIT RAYA

Tidak layak. Sudah banyak tahun tidak layak.



TUDUNG RAYA

Disebabkan tak dapat nak bershopping di jalan TAR dan shawl di alor setar sangat tidak menepati cita rasa, maka, tudung raya kita pada tahun ini adalah DIY(do it yourself). Di kala petang petang esok nak raya, jam 3 petang, sambil menonton kabi khushi kabhi gum dan mata kadang kadang termasuk habuk sikit, tangan dengan lemah gemalai tekun menjahet manik pada shawl yang dipotong dan di jait sendiri. Di beli dari kedai kain Meekami di Alor Setal. Semeter tiga ringget lapan kupang. Ambik semeter sengah,  pecuma lagi 0.3m sebab ujung kain. Balik rumah kerat 2, terus dapat 2 helai shawl. Wahh. Sangat berbaloi baloi!!!! Berbekalkan dalam 7 ringget dapat 2 lai shawl. Lepas tu jait manik bunga bunga sakura ala ala Radiusite yang jual sampai 80, 90 ringget tuh, haa!! hambik kau, memang kellass lah kau Maria. Nak raya ke nak menikah nie??



GAMBAR RAYA

Errrrrr.. Serius tak ambik dengan kamera sendiri. Sekeping pun tidak. Macam sungguh ajaib. Sebelum sebelum ini, bukan saja hari raya, 3 hari sebelum hari raya aku sudah memulun mengsnap setipa moment betapa excitednya nak sambut raya. Lipat ketupat, buat kuih, bershoping raya, semua nak kena ambik. Tahun ini? Sekeping pun tarrak. Aiyoyoo. Yang ada gambar dari kamera kawan kawan yang bertandang ke rumah pada hari raya pertama. Yang itu saja yang ada.

























PdanS : Gaambaq raya sebesar besar alam. Kahkah.

Saturday, August 11, 2012

Bernafas dalam tersekat.


Hari ini, sakit biasa datang lagi. Datang sampai buat puasa aku terpaksa di batalkan. Sakit yang amat dan memerlukan ubat. Jadi, selepas mendapat nasihat Puan Bunda terus di capai segelas air bersama 2 ketul ubat. Lalu puasa aku pun terbatal di kala jam baru 10 pagi. Yeayyy!!!! Saya tidak berpuasa!! Yang kena ganti 7 menjadi 8!! Yeay!!!

 Eh, aku sudah tidak puasa? Mari membuat kek jom!! haha.. Buat kek dalam keadaan bersakit sakit. Tapi di gagahi jugak kerna jika dikerjakan sewaktu hari puasa, kuatir cream yang akan di putar bersama resepi ikut sedap hati akan jadi tah apa apa rasa dia. Sekarang, di kala sedang tidak berpuasa ini, elok rasanya membuat red velvet itu. Boleh di coit ciot sedikit ke dalam mulut sambil memutar apa yang patut. Kehkeh.



Red velvet paling kacang di dunia. Kacang sebab beli tepung yang dah di mix siap siap kat kedai kek Sayang Sg Petani. Balik bubuh air 195gram dan minyak jagung 100gram. Putar dan sedia untuk dibakar. Hoho. Mudah kan. So, bagi yang berspisis memasak adalah sangat bergantung pada nasib, tak payah la nak try resepi susah yang renyah renyah tu. Pi cari tepung hat di mix siap dah je. Balik tambah air, putaq putaq, siap!! Yuhuuu. Dan cream cis? Owh, itu adalah resepi ikut sedap mulut, putar 250gram cis bersama 120gram butter, then tambah esen vanilla dan tambah white cooking chocolate. Sambil memutar, di coit coit sedikit kedalam mulut  untuk mendapatkan rasa yang memuaskan jiwa. Siap!!!


Kemudia, owh, cerita rezeki. Rezeki dari Allah SWT datang lagi. Baru sahaja diri berasa lega boleh bersenang lenang dari hal hal menjahit manik orang, tub tub, malam semalam, ada pulak satu lagi request lagi saudara terdekat.  Walaupun diri berkata Errrrrr, nak buat biskut raya pulak laaa, nak jait manik kat baju sendiri pulak laaa, nak jait tudung lagi laaaa, errrrrr. Tak mau dahh ambik tempahhh. Tapi, di atas santun yang tinggi yang tersemai di dalam jiwa, maka dengan ramah mesranya, terus meng YES kan saja tempahan itu. Okeh. Sila ambik malam raya!! Syukur.










Dan, dan sudah 4,5 hari hidung tersumbat. Uwaaaa. Kenapa sekarang perlu bersakit sana dan sini. Ujian ujian. Hurmmmm. Semoga ujian sakit dapat menghapuskan dosa, dapat menyuci jiwa. Tapi, bila sakit nie, diri jadi macam lagi tak berdisiplin lah, terawih sudah 2 malam dikerjakan sendiri di rumah, tidak berjemaah di masjid. Baca quran pun sama, sudah terlewat satu juzuk dari yang di targetkan untuk hari ini, gara gara tak larat dan asyik nak tidurr jee. Alahaiii, kenapa nie sayang... T_T










PdanS : Esok Ahad, semoga diri akan lebih sihad. Tak ada sakit-sakit sampai kena masuk wad. Tak mau laa, banyak kerna yang nak kena buat pakai kudrad. 

Thursday, August 9, 2012

Video raya



Tak sampai semenet aku dah sebak. Ya, sangat tak boleh tengok mereka yang kurang upaya, yang tiada mak ayah. Hati jadi sangat lelah, lalu membuatkan mata jadi berkaca.

Bila melihat kisah kisah sedih, perkara yang meruntumkan jiwa, selalu pesan pada diri "Mungkin di dunia nasib kanak kanak ini kurang menyebelahi, tapi di akhirat nanti, tentu syurgalah tempat mereka".  Untungnya budak budak nieee..

Seharusnya tangisan bukan pada mereka mereka itu, tapi pada diri kita sendiri. Aku nie? Yang di dunia diberi kesempurnaan. Di sana nanti, tak menjamin akan terus syurga Allah kan? 

Sedih atau gembira sesuatu kisah itu, tidak ada guna jika kita sekadar melihat dengan mata dan hati tanpa disusuli dengan muhasabah untuk diri. Hurmmm...

Alhamdulillah, syukur untuk semua kesempurnaan yang Tuhan beri. 











Wednesday, August 8, 2012

Sepuluh yang di tunggu.



Ramadhan yang berbaki lagi sepuluh hari. Dan dalam baki itu terdapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Seharusnya tika ini, gear perlu ditukar, minyak perlu banyak lagi tekanan, barulah pemanduan  semakin pantas. Memang harus berkejar kejar, kerna baki yang tinggal hanya sisa-sisa. Sisa yang dalamnya  itulah terletak Rahmat Tuhan, yang paling lazat diantara 1000bulan. Semoga niat kita, semangat kita, usaha kita, kesungguhan kita, dapat menyampaikan kita ke malam itu. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Amin.
















PdanS : Dan di hujung hujung ini juga diri sungguh sibuk dengan hal dunia. Benci yang itu. Semoga dapat bahagikan masa.

Tuesday, August 7, 2012

Jahet menjahet.


Jam di penjuru laptup menunjukkan enam, enambelas menet petang. Lagi sengahjam puding roti i siap di bakar. Lagi 15 menet akan muncul ayat riyawat yang di nanti tiap petang. Lagi Sejam lebih, matahari akan terbenam menandakan waktu berbuka sudah tiba. Jadi, di kala sisa sisa menet yang sedang menanti dan ternanti, maka saya mahu catatkan sesuatu di sini. 

Hari ini? Apa sudah jadi pada hari ini? Hari selasa, hari yang bersakit sakit sampai buat mood jadi tak best. Bila mood jadi tak cantik harus la katil dan tilam menjadi teman setia. Jadi, kesimpulan untuk petang ini, saya hanya tidur tidur saja. Sekian.

Kemudian, owh, di kala sedang tidur secara terpengsan di petang hari, saya telah termimpi satu kisah. Kisahnya saya telah pergi ke kedai elektrik dan membeli mesin jait jenama Samsung. Samsung ada keluarkan mesing jait kah? Mushkil sungguh. Haha. Dan rupa bentuk mesing jait itu adalah FLAT seperti sebijik screen komputer yang FLAT. Hurm. Ajaib. Macam mana nak menjait kalau bentuknya flat. Tapi, apa apa pun, mimpi tu sungguh buat saya tersenyum bila di kenangkan balik. Ya lah, seminggu ini kerja hanya mengadap baju orang dan manik manik bertaburan. Jahit dan terus menjahit di siang dan malam hari. Maka, mimpi pun terbawak bawak lah kepada hal hal menjahit itu. Kahkah. 

Tapi kan, memang sekarang nie, selepas macam menjadi perempuan TULEN, (ceh, sebelum nie perempuan celop kah) kalau di tanya apakah wishing list yang nak di buat, mesti mesing jait di tangga teratas, kemudian di ikuti dengan oven yang boleh masuk 4 bijik loyang sekali masak, kemudian mixer untuk 1kg dan 2 kg. Ya, semua alatan sangat menampakkan seorang perempuan tulen yang ke arah mak mak sudah. Kahkah. Sampai pernah satu ketika sedang berborak borak dengan kakak "Kak, muna rasakan nanti kawen tak mau la hantaran merapu merapu tu semua, nak mintak mesing jait sebijik ja? Aci dak?". Lalu kakak pun menjawab "Hang tau dak sebijik mesing jait tu berapa? Dua tiga ribu!! Kalah harga hantaran merapu tu lagi". Owh, ya ka? Haha. Tapi kalau nak berangan tak salah kan. Huhu. Daaaaaa.





Kucing, tolong jait baju raya ai sat.. 








PdanS : Tadi pagi pergi memborong barang barang kueh mueh raya ini. Tak sabar mau dikerjakan semua semua resepi yang terpelekat di dinding peti ais itu. Cepat la siap manik manik oiiiii...

Sunday, August 5, 2012

OT?





OT? Over Tau. Memang kena kerja secara over over. Malam ini pun sama. Meng-over lagi dikala jam sudah masuk ke pukul satu sengah pagi. Hadoi. Penat. Tapi tak mengapa, sebab ini hal yang kesukaan. Jadi, bila membuat perkara kesukaan, dalam hati akan ada bahagia. Alah, engkau memang, duduk kat rumah manes rumah, mesti lah semua benda semua kerja membahagia je kan. Hatta membuang air besar pun bahagia jugak kan? Ya lah, sapa yang bahagia lagi selesa membuang di tandas awam? Cey kabar? Mesti la jamban rumah jugak yang terindu rindu. Kahkah. Tak payah mengkotor sangat di kalam malam yang bersih ini. Dah. Itu saja. Tata. Jom tidur. 

















PdanS : OT menjahit saja ke kak? OT baca Al-Quran bila? Dah lari banyak nie dari yang di targetkan. Hadoi. Cepat kejar!!!


Thursday, August 2, 2012

So suwit.







Alololoo.. So suwitttt.. Ajar bini mengaji sambil tangan sebelah pegang anak kecik.. Alahaii.. Cumel sungguh. Hihi. Nasib baik sebelah tangan lagi tak pegang rotan. Mau mengaji tak tenang. Haha.. Tengok gambar ini sungguh buat aku tesenyum tesengeh sorang sorang. Tapi ada lagi ke macam nie? Hurmm..















PdanS : Tadi berjalan-jalan dengan ahli keluarga ke ibu negeri kedah. Baju baju raya tak berapa nak menarik perhatian. Tak segojes di Jalan Tar. Serius kalau waktu waktu begini kalau bawak seribu ringget pergi shopping sana pun tak cukup apa kan. Ya la, spises macam begini memang bagi lima juta pun engkau tak reti bersyukur kan. Haha. Serius Bazar Raya kat Jalan Tar memang menggila, memang macam macam aneka, pelabagai pilihan. Kalau nak dibandingkan dengan bazar yang ada di ibu negeri alor setar ini, mungkin baru 5% kot dari apa yang ada si sana. Tapikan, tapikan, apesal engkau terembat 2 pasang jubah tadi? Dah. Tak payah bagi penjelasan. Kahkah.

Wednesday, August 1, 2012

Quote #46




Kita ini tidak menjadi kuat bukan kerana ilmu kita tidak banyak,
bukan kerana belajar tidak tinggi,
bukan kerana tidak pandai teknologi.

Tetapi kerana kita solat namun kita tidak menjadikan solat kita bermakna dalam kehidupan. Sekadar solat.

Kita melalui Ramadhan namun kita tidak menjadikan Ramadhan kita bermakna dalam kehidupan. Sekadar melalui Ramadhan.

Kita membaca Al-Quran namun kita tidak menjadikan Al-Quran kita bermakna dalam kehidupan. Sekadar membaca Al-Quran.

Membuatkan kita ini ramai,
tetapi sekadar angka-angka yang kekosongan.






















PdanS : Ya, betul!! "Kita" yang merujuk kepada "SAYA". Hurmm.