❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 4, 2012

Touching sungguh







Ya Allah, kenapa aku kena tengok sampai termenangis nie. Sangat mentouchingkan. Walaupun bukan kisah sedih,  bukan kisah sengsara, duka, derita atau apa apa. Bukan, tidak sama sekali. Tapi hati terasa sesuatu yang  indah yang sukar untuk dinyatakan dan ianya mampu membuatkan keyakinan aku jadi semakin bertambah. Ya, janji Allah itu benar belaka. Bilamana kita berubah kepada yang baik, Allah berikan kita yang baik baik juga. Saya selalu ingatkan diri akan satu hadis yang sangat sangat indah  


Allah s.w.t berfirman: 

Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak. 
[Sahih Muslim – no: 2675] 



Tentang video ini, tidak ada apa apa untuk diperkatakan. Jangan bimbang, Allah itu Maha Adil, jalan dan kisah hidup kita juga telah di atur dengan semanis manisnya. Sabar dan berdoalah selalu. Semoga saya dan kalian kalian juga mendapat jodoh yang baik yang boleh membimbing kita untuk lebih dekat dengan Allah SWT. Yang itu saja yang diharapkan.  











PdanS :  Azan Magrib sudah berkumandang tanda nisfu syaaban sudah menjelama. Semoga dapat kita hidupkan malam yang pebuh berkat selepas lailatul qadar ini. Mari memohon doa banyak banyak.

No comments: