❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 5, 2012

Keterujaan!!

 Semalam tumbang di medan perang dengan awal, jadi pagi nie, harus lah berpagi secara awal awal. Awal di kala belum jam lima? Apa macam hebat tak? huhu. Sementara menanti azan subuh mari kita mencatit sesuatu  di sini.

Minggu nie sangat sangat padat. Minggu yang penuh keterujaan. Hati sangat risau, bimbang tiap kali berdepan dengan hari hari untuk minggu ini. Tapi, syukur yang teramat amat, segala kerja Allah mempermudahkan, jalan aku Allah tidak sulitkan. Tak nak cakap tentang minggu ini. Nanti lah, di suatu masa yang mana bila Allah memakbulkan doa aku, akan ku lanjutkan kisah kisah seminggu  yang padat ini. Okeh. Next!!!

Esok harinya adalah Sabtu, dah sabtu merupakan hari bersuka ria. Ewah, suka ria lah sangat. Actually, esok nak pergi pulang ke kampung halaman ayah saya, kampung tok dan tokwan saya, serta menziarah juga bekas tapak rumah kami yang lama dengan jiran jiran di Teluk Intan sana.

 Eh, kampung halaman? izit yan? Nehi nehi. Yan bumi kelahiran aku, tapi Teluk intan, tanah jajahan ayah dan tokwan aku, serta tempat kelahiran abang dan kakak kakak aku. Dulu dulu, satu masa lalu, kisah kisah zaman orang pugar memugar tanah, ayah dan tokwan pergi ke teluk intan lalu memugar hutan di situ, hasilnya sekarang ayah punya beberapa bidang tahan dan sawah di sana. Tapi memandangkan infrastruktur yang sangat sangat kurang dan jauh, lalu mak dan ayah mengambil keputusan untuk pulang ke Yan. Agak lama jugak mak ayah tinggal di sana, sampai mak mengandungkan aku baru pulang ke Yan. Jadi start dengan aku dan adik adik di bawah adalah anak kelahiran Yan bin Kedah.

Esok, aku ada family gathering. Dengan kecanggihan FB, segala sepupu sepapat yang jauh, yang tak rapat, yang tak pernah bertegur sapa, telah dapat dikumpulkan dalam satu group. Jurang yang jauh terus didekatkan sehingga kami semua menjadi sangat ramah tamah lebih dari biasa, lalu bercadang membuat satu perjumpaan berserta majlis tahlil untuk Tok dan Tokwan yang telah menginggal dunia di sana.

Yang paling paling menterujakan aku sebab akan berjumpa dengan Puan bunda dan incik ayahnda. Si kecik saya pun ada sama. Syoq syoq. Semoga segala yang dirangcangkan kami berjalan dengan lancar. Amin. Okeh. Azan sudah berkumandang. Mari menganbil ayer sembahyang sekali lagi kerna ayer sembahyang tadi sudah terbatal di sebabkan saluran angin mengembang dengan besar dan tidak dapat dikawal. Muahaha. Ayuh sulattttt!!!





No comments: