❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2012

Senyum tengah hari.

^__^

Di awal perenggan sudah tersenyum panjang? Hep, ada apa-apa kisah gembira? Entah, hari ini hatinya tenang. Bila tenang akan ada senyum senyum yang panjang panjang. Panjang yang terbawak ke dalam setiap penulisan. Eh, menunggu hati yang tenang baru mampu tersenyum secara panjang panjang? Tidak lah begitu. Setiap hari harus ada senyum senyum. Baru hari boleh indah. Baru hari yang sendat terasa longgar. Tak begitu.

Dan menulis di tengah hari ini juga tidak ada paksi yang akan mengukuhkan cerita. Hanya suka suka dan sesedap hati hendak terdetik apa. Hai hati. Mari menulis yang indah indah saja hari ini. Indah? Banyak yang indah. Kalau perlu dikarang dengan kata-kata, memang tak terketuk dek key board beta. Haha. Hadoi. Apa yang cuba aku merapukan di kala take five ini.

Take five? Ya, kerja sekarang memeriahkan baju kurung kawan kawan. Supaya tangan bajunya nampak bercahaya merelit, supaya baju anaknya nampak lip lap lip lap. Dan hari ini juga kerajianan adalah tinggi. Tinggi lah sebab beberapa jam sudah di burn dengan hal terbongkang di atas katil. Jadi, sebagai ganti, kerja harus bersungguh sungguh. Tidak boleh merelax-relax lagi.

Rezeki rezeki. Selalu macam ini. Datang dengan tiba tiba. Dari sumber yang tak pernah aku duga, langsung tak terfikirkannya. Serius, selalu ada saja yang menjelma. Macam macam. Dikala diri tidak punya pekerjaan yang tetap, tapi Allah sentiasa meng-adakannya. Syukur Alhamdulillah. ^_^

















PdanS : Kadang-kadang cuba nak elakkan diri dari terjebak dalam hal hal mengupdate entry nie. Tapi apa boleh buat. Sebab hati sangat mahu berkata kata. Tak suka bermadah dalam jiwa. Mahu ada medium untuk diterjemahkannya. Boleh gitu? Haha. Mari layankan saja. Dan kadang kadang belog like diari yang harus di tulis tiap hari. Ada saja kisah yang nak dikabarkan. Tapi yang buat cerita hati terbatas adalah, orang mampu mengaksesnya. Sebab itu bukan semua perkara dikongsi bersama. Alahai. Segam lah saya. Eh, ada ke orang baca? Kahkah. Sekian. Tak payah berangan. Mari sambung kerja!!!!

Meriah.


Azan subuh sudah berkumandang. Dengar jelas dari tingkap bilik aku. Berebut rebut laungannya. Dari kampung Kuala, dari kampung Titi Serong, Dari Taman Yan, Dari Masjid Sungai Yan. Ya Allah, meriahnya subuh yang jarang aku temui di kala bulan bukan Ramadhan. Itu baru laungan sebuah khariah, tak di kira kalau boleh didengar masjid dan surau seluruh daerah, seluruh negeri, seluruh negara. Kalaulah laungannya boleh di dengar kesemua. Hurmm. Bagaimana rasa. Mesti meremang bulu roma. Takut pada Maha Penciptanya.
















PdanS : Bulan bulan lain tak ternanti nanti pun subuh seperti ini. Betul, memang lain rasanya. Okeh, jom Subuh.

Quote #45















PdanS : Bacaan imam terawih malam nie, SubhanaAllah, sangat merdu. Imam jemputan luar, dari pondok Fauzi, berumur 16 tahun. Alahai, sangat muda lah kamu. Dan semuda muda itu mampu menghafal semua Kalam Allah. Alahaiii. Mak tak habis habis puji. Sampai kat rumah pun masih berkata tentang Si Tahfiz itu lagi. Aku? Sedari rakaat pertama, dah mula berangan, nanti dah ada anak nak pergi hantar mengaji macam si budak itu lah. Kehkeh. Eh, sedari rakaat pertama? Kantoi!! Sembahyang tak kusyuk!! haha.

Monday, July 30, 2012

Usia




Terjumpa gambar rajah ini di Tumblr. Lalu di postkan ke sini. Ya, 100% setuju dengan fakta fakta itu. Terlalu cepat masa berlalu sampai tidak sedar akan perubahan yang berlaku. Kenapa ya?  Di sibukkan dengan hal apa. Sudah 26 tahun hidup di dunia. Kadang-kadang masih tak percaya, betul ke dah 26 tahun nie? Itu umur umur menjadi bini orang tuh. Tapi diri masih merasakan seperti remaja remaja yang bersenang lenang tanpa perlu memikirkan hal hal kehidupan. Alahai. Perubahan fasa sudah pun bermula. Dari pelajar kepada insan bekerjaya. Sedikit demi sedikit harus belajar menerima, harus belajar bagaimana kesusahan hidup itu sebenarnya.

Dan tiba tiba juga teringat akan satu kata kata di dalam Solusi "Usia bukan diukur pada nilai kuantitinya, tetapi kualitinya. Bukan juga pada lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya, tapi bergantung kepada bagaimana ia diuruskan dan untuk apa ia digunakan". Alahai, kata-kata yang sangat makan dalam untuk aku. Sangat buat aku terfikir, 26 tahun menjadi penyewa nyawa, peminjam jasad, apa yang telah aku bayar pada pemiliknya. Hurmmm. Rasa seperti di bazirkan saja. Ya Allah, kalaulah, sekejap lagi, atau beberapa saat lagi, aku sudah dijemputnya, tak tahu apa yang akan di persembahkan di Sana kelak. Solat aku? Masih banyak lagi yang cacat celanya. Bacaannya, Khusyuknya, cara berwuduknya, rukunnya, Ya Allah, semuanya aku ambil mudah. Padahal itulah perkara utama yang akan disoal kelak. Memanglah dikerjakan setiap waktu, tapi kualiti itu? Aku tahu dan aku sangat sangat sedar ianya terlalu kurang. Hurmm.  Kalau elok solatnya, maka, lain lain amalan pun akan diterima. Kalau tidak cantik solatnya, sedekah aku, amal jariah aku, puasa aku, bacaan al quran aku, semua kebaikkan mungkin tidak akan diterima. Hurmmm, entahlah, tak tahu apa bukti yang sempurna untuk dihadapkan di mahkamah Allah sebagai tiket untuk aku beroleh SyurgaNYA. T_T













PdanS :  Malam ini hanya bermonolog tentang hal diri dengan menulis pada cacatan ini. Moga aku selalu ingat. Moga akan selalu dibaca dan selalu di buat. Bukan hanya pandai mengarang, tapi harus juga pandai mengerjakan. Ya, Munawwarah, please take note!!!

Sunday, July 29, 2012

"Kad Raya" come to mama..


Penantian satu penyiksaan kah? Hurm.. Hurm sambil dahi kedut dan kening terangkat sebelah. Penuh tanda tanya tuh. Menjadi si penanti yang tak menetap di sri menanti. Kalau menetap di sri menanti macam akan boleh diterima lah. Ini tidak, menanti dan terus menanti. Adus. Apa yang cuba aku kabarkan ini. Haha.Owh, ini adalah entry merapu di kala tengah hari. Di kala, diri hanya nak take 5 saja dari kerja menjahit tetapi ahirnya tertake ber five-five lamanya. Sampai terupdate pulak satu entry tanpa dipinta. Apa apa pun sila tak payah baca. Sungguh akan membuang masa anda sebab isi seterusnya adalah madah madah indah yang tak ada guna. Kahkah

Madah indah hari ini adalah kad raya. Yuhuuuu. Kad raya. Sudah lama tidak berbalas balas kad raya kan. Dulu, satu ketika umurnya baru di tingkatan menengah rendah, memang gila menghantar mengpos kat raya nie. Sampai sekali raya dapat 50 keping. Gila hebat kan. Hebat la, sebab tak start posa lagi aku sudah menyebokkan diri mencari kad raya. Lepas tu setiap kad raya pasti di susuli dengan serangkap pantun indah "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca WAJIB BALAS". dan disertai dengan alamat rumah. Sungguh bermuka tak malu. Kahkah.

Tapi dulu memang diri suka membalas balas surat. Nak nak di tingkatan 4, 5. Memang teptiap minggu mesti akan ke pejebat sekolah mengecheck surat. Bila tengok balik khazanah lama-lama yang di simpan.. Alahaiii, suwitttnya aku dulu dulu. Siap surat menyurat bagai dengan kawan kawan. Sekarang? Hurmm. Hurmm. Akan fikir 100 kali dulu kot kalau nak bersurat surat nie. Ya la, nak menempuh pejabat pos sambil beratur panjang semata mata nak beli stem limakupang saja. Owh, mungkin tidak lah. Lebih baik aku email saja.

Tapi bila dikala raya raya nie, terindu rindu pulak zaman menengah rendah yang lalu. Sekarang nie dapat sekeping kad raya pun sangat sangat buat hati gembira. Walaupun si penghantar adalah dari ejen insuren  entah mana. Kahkah. Takpa takpa. Janji saya boleh belagak menayang satu rumah sebab dapat kad raya. ^_^





Semua nie khazanah yang still saya simpan. 



Dulu pernah satu ketika, di kala menengah rendah, aku mendapat satu kad raya dari secret admirer. Secret kah? bila antaq kad raya bubuh nama? haha. Boleh laaa. Disebabkan secret admirer itu adalah berlainan jantina, maka haruslah diri menjadi sangat cuak jika diketahui oleh kaum keluarga. Nak nak lagi kad raya itu bersaiz besar gedabak, saiz A4 kot kalau tak salah, lepas tu ada madah madah indah istemewa untuk marka, euwww.. dan paling canggeh ada bunyi lagu raya!! Cuma bedak tak pasti dia bubuh atau tidak. Kerana kakak aku sibuk nak mengheboh satu keluarga, jadi kecuakkan terus menjelma. Disebabkan itu  aku terpaksa mengoyak kad raya yang paling canggeh pernah aku terima. Yang disimpan hanya part yang bagi bunyi lagu raya. Bila mengenangkan kembali, sedih pulak rasa. Keji sungguh tingkahnya. Haha. Itulah, di zaman  kematangan itu masih belum ada. Benda benda  dari mereka yang berlainan jantina memang harus mengseramkan jiwa. ^_^











PdanS : BTW, penantian di perenggan teratas bukan berkisarkan kad raya. Itu penantian lain. Penantian yang sudah letih nak didebarkan. Tak mengapalah. Saya percaya, semua ketentuan Allah, adalah paling terbaik untuk saya.

Yakin.


Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya..
Ia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,
kerana itulah hati-ku selalu tenang...


"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain,
kerana itulah aku sibuk mengerjakannya..

"Aku tahu ALLAH mengawasiku,
kerana itulah aku selalu merasa malu bila dia melihatku dalam keadaan maksiat...

"Aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan ALLAH.







Moral of the story : Sentiasa yakin pada Allah, yang janjiNYA benar belaka. Walau terkadang yang diterima tidak seperti yang hati dambakan. Percayalah, ketentuan Allah pada kita adalah sebaik baik perancangannya untuk setiap makhluk di dunia.









Saturday, July 28, 2012

Puding roti bakar.

Disebabkan hari ini sudah mampu untuk berpuasa, dan wajah pun nampak lebih beriman serta lebih bercahaya, maka selayaknya lah napsu akan lebih meronta ronta. Ceh, ayat sungguh tak boleh belah. Nak kongsi resepi pun kena ada intro yang bermadah indahkah? Haha. Bila napsu sudah meronta ronta, maka, juadah berbuka akan jadi beraneka. Sebelum beraneka, kena lah menggogle di mana resepinya.  Okeh. Tanpa membuang masa kita terus ke isi kandungan yang seterusnya. ^_^






BAHAN A:

1/4 buttercup
200 g gula(or boleh kurangkan kalau tak suka manis sangat)
0.7 liter susu dutch lady full cream
5 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla


BAHAN B:

sebungkus roti gardenia yg kecik
mixfruit utk hiasan


BAHAN C-kuah

1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
secubit gula.





CARA-CARA

1. mula-mula panaskan oven pada suhu 180 dc

2. Sapu sedikit buttercup pada loyang besar

3. Sementara itu carik-carikan roti mjadi kecik dan susun dalam loyang tadi. Kemudian ketepikan

4. Isi semua bahan A ke dalam blender dan blend sehingga semua bahan sebati

5. Kemudian tuang bahan yg di blend perlahan-lahan ke atas roti yg telah disusun dalam loyang tadi.

6. Last sekali tabur kan mixfruit/kismis sebagai hiasan di atas dan siap untuk di bakar selama 45 minit pada suhu 180 dc

7. Untuk sos, kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.


Semoga puding yang akan dikerjakan petang nanti akan kelihatan macho serupa ini. Semoga!! Amin..













PdanS : Selepas dah beberapa hari berRamadhan, semalam baru excited nak masak itu ini. Betul, bila puasa nie kan, macam macam nak kena mengidam. Tapi bila dah buat, kadang kadang sampai telupa nak makan. Hadoi.

Jemputan untuk Ku?


Assalamualaikum. Hai malam. Eh, hai pagi lah. Jam sudah ke 12 lebih lebih. Jadi malam sudah berlalu, yang ada hanyalah pagi. Boleh gitu?

Jam jam sebegini baru sampai kerumah. Lamanya berterawih? Huh!! Sakanlah kalau terawih saya sampai jam 12 tengah malam baru selesai. Memang harus berebut berebut la mak cik mak cik di luar sana mahu di buat menantu. Kahkah.

Jam 10 sengah tadi sudah selesai terawihnya. Parking saja kereta di rumah, terus di terjah ke rumah maktam dan paktam yang selang sebuah saja dari rumah aku. Dengan kain telekungnya, excited sungguh. Ya lah. Mereka baru pulang dari tanah suci sana. Baru sampai di jam jam isyak tadi. Jadi, haruslah kami sekeluarga sangat teruja.

Seronok dengar cerita orang pergi umrah umrah nie. Hati sangat sangat sangat teringin kesana. Ya Allah, bila la  Kad Jemputan aku pula yang akan tiba. Hurm. Teringin yang sangat sangat. Rasa macam nak pergi tahun ini juga. Wang itu sudah di usahakan, insyaAllah, hujung tahun ini, mungkin sudah cukup. Tapi, nak pergi dengan siapa? Kalau pergi berseorangan, tanpa ada mahram yang teman boleh kah? Dari pengalaman rakan rakan sekerja yang pernah ke sana, mereka syorkan, kena ada teman. Bahaya kalau perempuan berseorangan. Hurm entahlah. Tak nak difikirkan lagi. Sekarang, harus usaha untuk kumpul wang dan berdoa banyak banyak. InsyaAllah, niat yang baik akan dipermudah oleh Allah. Titik.


















PdanS : Mekah dan Madinah. Saya selalu kagum dangan rasa yang Tuhan beri ini. Rasa rindu yang tersangat sangat pada dua tanah suci ini. Walau tak pernah di jejak, walau tidak pernah dilihat dengan mata kasar dan langsung tak punya pengalaman tentang hal hal di sana, tapi, Allah suntik rasa Rindu pada dua tanah ini, lebih dari segala galanya. Ya Allah, syukur untuk rasa itu. Syukur di kala insan insan lain hanya memandang dengan biasa biasa saja pada tempat itu, hanya melihat tanpa ada rasa untuk mendekatinya, tapi Engkau bukakan pintu hati aku untuk berkobar kobar mahu ke sana, dan sentiada rindu sampai tertumpah air mata. Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah. T_T

Friday, July 27, 2012

Quote #44





Belajarlah untuk hidup bahagia.

Berlapang dada dengan ketentuan.

Berdamai dengan kenangan.

Belajarlah untuk bahagia.

Bukan supaya orang lain bahagia.

Tapi, supaya diri kamu sendiri yang merasainya.






Jom OHSEM!!



you + hijab with covering chest = OHSEM












PdanS : i know. im not the perfect one. Tapi sedang berusaha untuk menutup lompong lompong yang kelihatan. Sidikit demi sedikit. Biarpun lambat dan terlalu perlahan. Yang penting keinginan sentiasa ada bukan. Semoga Tuhan membantu apa-apa niat baik yang kita hajatkan. Amin..Amin.. Amin....

Penipu Sungguh


Sekarang nie agak senstitif dengan bunyi talifon, dengar lagu kat tivi pun, aku tetap nak berlari lari anak, lari mencari henpon yang tak tahu dok kat mana. Tiap lima menet mesti sibuk nak tengok screen, ada orang call atau tidak. Semua gara gara menanti panggilan masa depan. Ecehh, masa depan? Ya la. Kerja owh kerja.

Hari nie, sedang melayari internet, tiba tiba ada bunyi henpon. Disebabkan kesensitifan saya itu agak telampau, terus bangun untuk di capai talipon itu, bila lagi selangkah mahu sampai ke tempat henfon, baru tersedar, eh, apasal aku plak yang harus sibuk nak pergi angkat nie. Dah konfirm konfirm lagu tu bukan ringtone aku, then lagi mau gelabah? Haha. Hanpon kakak pun boleh terclaim panggilan sendiri.

Lima menet kemudian barulah lagu "Laukanabainana.." ringtone henpon aku berkumandang. Tapi aku seakan masih berlengah lengah sebab kejadian tadi sangat memberi kesan pada aku supaya tak payah menjadi insan yang gelojoh sangat. Bunyi semakin nyaring sampai di sound dengan adik yang khusyuk menonton tv "Kak muna!!! Tepon hang bunyi tuh!!"

Bila dilihat di screen. "Private". Wah.. Pihak MARA kah? Eceh, memang tinggi harapan, terus laju menjawab.


Aku : Assalamualaikum.. Heloo

Encik Private : Hello cik, saya dari pihak celcom? Hari nie kami ada mengadakan Menang Ramadhan. Pihak kami bermurah hati untuk memberi hadiah kepada 4 orang penggunan no celcom untuk hari ini. Selepas cabutan dibuat, no cik, 013-977#### telah mendapat no ketiga. Tahnaiah Cik!!! Cik layak mendapat hadiah berupa wang RM3000.

(Dari mula dia hello, aku dah bleh trace, indon mana plak nak bekenalan nie. Haish, tiba tiba, eh eh, pihak celcom laa. Ok. Serius balik. Mungkin betul. Tapi kenapa cakap kena gagap gagap nie. Sebutan pun nampak sangat bukan bangsa Melayu. Plus belakang enviroment dia bising gila, dengar orang cakap sana sini, macam kilang operator bagai. Haishh. Pelik nie.Tak mengapa, mari layan kan saja. Jadi, aku meng"Iya-Iya" kan saja setiap percakapan dia.)

Encik Private : Jadi, sekarang nie, pihak kami sedang memasukkan wang tiga ribu itu ke akaun cik. Nanti cik boleh ambik kat mesin ATM.

(Dalam hati, lohhhh. Begemana dia boleh dapat no akaun aku nie? Sesedap hati suruh ambik kat ATM. Nak je mencelah, nak mempersoalkan, tapi biarkan dia dengan ayat ayat kelingnya itu. Kalau lah, dari celcom betul. Ayat tak beterabur macam nie. Pihak celcom sangat proper, aku pengguna yang selalu mengganggu ketenteraman hidup mereka, aku tahu bagaimana mereka bekerja, serius, mereka lebih profesional dari indon ini punya ayat ayatnya. Haha. Tak mengapa, mari layankan saja. Best tengok orang menipu nie. Nak tengok bagaimana kebodohan mereka..)

Encik Private : Ok. Sekarang nie saya mintak no akaun cik. Cik ada apa-apa no akaun bank

Aku : Tak ada laa..

Encik Private : Ok. No akaun suami cik ke.

Aku : Saya tak kawin lagi laaa. (dengan nada yang marah. kahkah. sensitif sungguh suami suami nie) Saya tak dak akaun bank apa apa pun.

Encik Private : Adik cik, atau, kakak ke, saudara ke, bleh jugak.

Aku : Takpelah, saya tak berminat dengan duit tu. Bagi kat orang lain lah.


Tuttttttttttttttttttt


Terus talian diputuskan oleh Encik Private itu sendiri!!! Aku pun tercengan tetiba. Baru nak sampaikan tazkirah ramadhan di petang petang jumaat nie tentang bahana menipu orang. Hadoi. Dah letak phone! Kahkahkah. Nampak sangat engkau penipu dan pembohong besar!!! Tapi sungguh kesian lah, kalau si mangsa itu lurus orangnya. Mesti dah melayan bagi no akaun semua bagai, tub tub, kena tipu dan duit dalam akaun pun habis kena curi. Hadoi. So, kengkawan. Please beware!! Rezeki tak akan datang bergolek dengan semudah itu punya. Tidak!!!















PdanS : Dulu selalu dapat sms dari kononya mereka orang Power Root. So, macam biasa "Tahniah, anda menang bla bla bla bla bla, dan last ayat mintak suruh call no yang dia SMS".... Lepas tu, aku pun membalas dengan ayat "Owh, ye ke. Tak pe lah, sy dah kaya, tolong sedekahkan semua duit tu pada anak anak yatim ye"..

Thursday, July 26, 2012

Stop Expecting.



SATU

Diri sudah diselubungi kemengantukkan yang amat amat. Dan mata sangat membuktikan hal itu dengan berstim stim saja. Tapi.. tapi.. tangan dan jari angkuh menaip sesuatu di sini, sambil semenet dua di selak ke muka buku, lalu, di klik klik, di like like, di comment comment, di add add ke sana kemari. Sangat seperti tiada perkerjaan. Kadang mahu ketawa pun ada. Aduhai perempuan.. Semacam inilah kerjanya. Tiap masa, rungsing memikirkan bagaimana dan kemana duit dapat dialirkan. Ceh, " bagaimana dan kemana duit dapat dialirkan "  konon? Bunyi semacam baik baik saja, tapi sebenarnya, cuba memikirkan bagaimana duit dapat di perabiskannnya tanpa ada rasa besalah. Hahaha. Kenapa handbeg kacak, baju menawan, kasut gojes sangat mengaburi mata kita ya?? 



Oh hand beg raya, saya sudah jatuh hati pada kamu!! 


Uittt, besar panjang pun harusa ada hand beg raya kah? hahaha. Sungguh comel kamu.


Assalamualaikum. Boleh masuk minang.. Kehkeh.


Tidak pernah punya handbeg yang bercolor biru. Semacam harus ada satu. Hihi. Oit. Mampos la kalau nak kira color ada tak ada. Memang tak payah beli makan apa laa.


Aiseymennn. Siap bermatching bagai. Tegoda i tauuu



Ya ampponnnn.. Jenuh mengucap panjang tengok handbeg handbeg ini. 








KEDUA

Hari ini bernama Khamis. Tapi bila malam muncul, Jumaat pun menyapa. Jumaat!!! Hai Jumaat penghulu segala hari. Semoga esok ada khabar yang menggembirakan hati. Ya, sangat berharap hal itu. Tapi, tidaklah mahu menaruh harapan yang tinggi, bimbang diri tidak dapat menerima kenyataan yang tidak sama dengan harapan yang diletakkan. Risau bila itu berlaku, lalu ada bunyi bunyi keluh. Tidak enak keluh keluh itu. Seperti mempersoal takdir Tuhan, seperti tidak redha dengan ketentuahn Tuhan. Ya Allah. Jangan. Jauhi hamba mu yang nipis imannya. Yang jahil tingkahnya. 


TIGA

Tadi menyelongkar almari baju. Lalu terserempak sama beberapa pasang kain yang belum menjadi baju. Beberapa pasang bermasksud bukan 2, bukan tiga dan bukan empat. Tapi 6 pasang kott!! Tidak dikira dengan yang separuh siap, lengan tak ada, pinggan belum dipasang. Hadoi. Mak aii, perempuan sungguh laaa engkau ini. Haha. Okeh, bila agaknya mahu dijalankan misi misi ke atas kain itu. Banyak lagi tanggung jawab yang lebih besar yang harus di laksanakan, like, tidor, beradu, guling guling atas katil, rehat di atas tilam, dan mimpi indah di siang hari. Ya, cukup besar bagi membesarkan apa apa yang sudah sedia besar. Muahaha. Semoga, esok ada cahaya kerajin bersinar, ada semangat berkobar bersapa sapaan. Semoga!! Amin, amin, amin... Okeh, sampai di sini, SELAMAT MALAM.




















PdanS : Ya Allah, rindu nak puasa, nak baca quran, nak terawih, Hurmmm T_T

Wednesday, July 25, 2012

Quote #43




.







PdanS : TQ tumblr, selalu memberi kata kata nasihat yang sangat bermakna buat diri ini.

Tuesday, July 24, 2012

Bainati Jannati

 Hai. Morning!! errr.. dah jam 12 tengah hari baru nak morning morning kah anak dara? Hadoi. Rosak akhlak kalau semacam ini tiap tiap hari. Haha. Hep, i kado tido laa. Semalam dalam bas sangat tak mampu nak pejamkan mata, nak lenakan minda. Fikir macam-macam hal hal diri. Lena pun rasanya sejam saja. Eh, eh dalam bas? eh, eh dah di rumah ke? Eh eh ya laa!! Dah balik home sweet home la!! hihi. Suka tak terkata.

So excitednyaaa. Macam macam misi bermain di minda. Nak jait baju rayanya. Nak buat kueh rayanya. Nak masak benda benda yang perut dah lama rindukannya. Alahiii. Patut la kan, selalu orang cakap "Rumah ku Syurga ku". Dulu kecik kecik tak paham kenapa rumah tu syurga. Tertanya tanya kat mana best yang macam syurga tu. Ya la, membesar kat rumah. Bebelas tahun duduk rumah. Mesti la rasa nak keluar dari dunia itu saja. Mungkin dah bosan kot. Tapi, bila dah besar besar nie, baru lah mengerti dah barulah dapat rasai sendiri yang memang "Rumah adalah syurga kita".







"Rumah ku syurga ku" Syurga? Ya, di rumahlah tempat pengumpul segala amalan, segala perbuatan, segala pekerjaan yang kita tak pernah dan jarang fikirkannya, adakah perkara seremeh itu dapat memasukkan kita dalam syurgaNYA. Berbakti pada mak ayah, kasih sayang sesama adik kakak, tugas harian sebagai isteri, melaksana tanggungjawab sebagai ketua keluarga, semua semua membawa kita ke Syurga. Kan..


















PdanS : Balik rumah, ada sorang baby kecik kecik, dan 3 orang sepupu yang bersaiz baby baby separuh kecik. Sangat meriuh rendahkan rumah. 3 orang baby separuh kecik yang di jaga hampir 2 minggu lamanya kerna mak dan ayah mereka pergi menunaikan umrah.

Mereka yang istimewa.


Jam menunjukkan dua, duapuluhtujuh menet petang. Jika beberapa minggu yang lalu, di kala jam jam ini, badan sudah terbongkang di atas katil. Letih seperti baru sudah bertempur dengan tentera bergajah. Tapi, yang sebenarnya, hanya pergi mendidik sambil bersuka ria saja. Errrr, sangat kurang antibodi dalam badan.

Minggu lepas mendidik aku pada kanak kanak riang itu sudah tamat. Rindu? Tidaklah. Sekolah itu sudah seperti tempat kebiasaa aku. Jika sudah habis mengajar pun masih ke situ sesenang hati. Sebelum aku mendidik mereka mereka di situ, aku sudah pun ke sana kesini berkeliaran di situ. Mana tak nya, kakak aku mengajarnya di situ, jadi, family day, hari kantin, kenduri kendara atau apa saja aktiviti yang sekolah itu anjurkan, pasti kelibat aku akan nampak sama. Sebab itu kekoknya tidak berapa ada pada hari pertama mendidik di sana. SUdah dikenali secara sedikit sedikit mereka yang ada.

Sepanjang 3 bulan disana, sangat beri aku banyak benda. Terutama berdepan dengan mereka yang istimewa. Owh, lupa dikabarkan, mendidik aku adalah untuk kanak kanak istimewa, atau dalam bahasa standart nya di sebut "Kanak kanak bermasalah pembelajaran" atau "Pendidikan Khas" atau "Berkeperluan Khas". Mereka ini banyak ketegorinya, bukan sindromdown sahaja, tapi, autisme, hyperaktif, deleksia, pintar cerdas, bermasalah pembelajaran, semua ada.

Seronok mengajar mereka, tiap hari buat aku gelak ketawa sambil dalam hati selalu tertanya tanya, ada jugak ek orang macam nie rupanya. Haha. Ya, mereka semua sangat sangat istimewa. Setiap mereka, ada saja telatah yang buat hati jadi suka. Kuat merajuknya, bestfriendnya, tak mendengar katanya, rajin tak bertempat lah, macam macam kerenah.







Kelas yang terahir aku dengan 2 Bakawali. Entah la kenapa diri tiba tiba mahu disuruh mereka bertakbir raya. Padahal puasa pun tak bermula lagi. Haha. Mungkin semuanya sudah kuat bermood nak raya. Dan mereka pulak, takbir dengan bersemangat sekali, aku ingatkan tidak punya ilmu untuk bertakbir selancar itu.

2 Bakawali. Oleh kerana kelas ini 7 orang cuma. Jadi aku mampu ingat semua nama nama mereka, tambah pulak aku guru kelas mereka, memang di hari pertama, nama nama mereka harus di ingat dengan sedaya upaya. Senang nanti bila mahu ditanda pada rekod kedatangan mereka. Bukan kelas ini saja yang aku mampu ingat nama, aku rasa hampir 80% dari semua mereka mereka yang di aliran pendidikan khas aku mampu menghafal namanya. Hebatkan!! Haha. Entah, aku rasa kat situ, guru dan pelajar, sangat akrab, tak ada gapnya. Guru guru di situ dah terlalu lalu lali dengan perangai mereka yang macam macam kerenah. Even aku tak mengajar di kelas mereka di Tahap 2, tapi, seperti dah lama kenal mereka.

Okeh okeh, sampai di sini saja, next time punya masa yang banyak, aku kongsikan lagi kisah mereka yang istimewa. Sekarang mahu bensiram dan bersiap siap segera. Mahu ke sungai buluh pula, misi manik baju raya rakan sekerja masih belum pun bermula. Ayuh mengorak langkah, memulakan kerja. Adus, bila agaknya boleh pulang ke rumah T_T
















PdanS : Jewarat jerawat, semakin menjadi jadi pulak. Kang aku pergi jumpa bomoh pawang, padan muka!!!

Monday, July 23, 2012

Catatan Rasa


berjanjilah,
walau apa yang berlaku,
kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.


berjanjilah,
walau apa pun yang akan terjadi,
kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.


berjanjilah,
bahawa walau sekuat mana kita diduga,
tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”..


berjanjilah,
bahawa,
walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
kita masih juga akan tetap percaya,
bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
seperti suatu masa dahulu.


berjanjilah,
bahawa,
walau apa pun yang terjadi,
kita akan sentiasa optimis dan percaya,
bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.


berjanjilah,
untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
menpersoal takdir dan bertanya mengapa,
lantas berputus asa.


berjanjilah,
untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.











PdanS : Banyak rasa yang mahu dikongsi. Tapi di atas kudrat yang punya batas batas untuk dibatasi, jadi, hanya rasa rasa mereka di tumblr saja yang dapat dipetik dan di tempek di sini. Boleh? Tapi very the like  tumblr wanita ini. Puisi nya, kata-katanya, sangat sampai ke jiwa. Kadang tertanya "Eh, kita punya hati yang samakah". BTW jom jalan Tumblr beta. ^_^

Quote #43














PdanS : Betul!! Cubalah untuk berubah kepada yang lebih baik. Memanglah, yang baik itu selalunya sukar untuk digemar dan perlu di paksa. Biarlah terpaksa, kerana lama lama akan terbiasa. Sedikit demi sedikit, yang penting sentiasa ada. Bak kata pepatah orang putih. "It's doesn't matter how slow you go, as long as you do not stop".

Sunday, July 22, 2012

Rumah manis rumah.



Situasi 1


Pagi tadi sewaktu mengadap kerja di dalam komputer, lalu kakak tiba tiba menjenguk dari tirai pintu.

"Kak, Muna nak balik malam nie".

"Laaa.. Nanti sapa nak tolong kak jait baju, kemaih rumah, masak. Takpa la, lepaih nie, kak reyau sorang sorang la, tak dak orang nak teman, tak dak orang nak dengaq cerita sedih kak.." Sambil buat muka sedih dengan penuh keseriusan. Lalu belah dari bilik aku tanpa sempat aku membalas semua ayat ayat sedih itu.

Alahai touching la pullok akak aku sorang nie. Dia nie serius ke main main. Tapi memang pun, tiap kali aku suarakan hajat nak balik rumah mesti ayat tu yang akan keluar. Kalau berborak borak pun dia selalu cakap,

"Kak suka la ang ada kak rumah, atleast kak boleh sembang sembang, gelak gelak, anak anak hang boleh tolong ajaq dan bla bla bla bla bla bla bla"

Ajaq? Ajaq akan benda benda yang merapu meraban. Haha





Situasi 2


Petang tadi, waktu masak masak di dapur.

"Kak, reja muna dah nak settle sikit lagi, esok malam nak balik la. Muna nak balik cepat cepat la, nanti kalau dapat reja, tak boleh dok lama dah kat rumah, tak boleh cuti panjang panjang kat rumah, tak boleh bla bla bla bla". Banyak alasan aku bagi supaya dia pun akan sependapat dengan aku jugak.

"Ishk hang nie muna, hang kena belajaq terima kenyataan yang hang tu dah habis belajaq, nanti akan reja, tak dak cuti yang panjang panjang macam cuti sem, tak boleh dok balik rumah kerap kerap dah. Kena belajaq la duduk jauh dengan mak ayah"






~~~~~~~~~~~~~



Belajar terima kenyataan? Tegelak sekejap aku mendengar. Tegelak sebab memang betul. Hati masih beranggapan bahwa diri adalah pelajar yang punya cuti sem yang panjang, pelajar yang ikut suka hati nak balik bila even tak ada cuti apa apa, kelas pun suka hati ponteng. Ya, diri masih dalam lingkungan itu lagi. Jadi setiap keberadaan aku di mana mana, mesti akan berkira kira harinya. Kedekut kerna mahu waktu dirumah menjadi lama.

Dalam hati terlalu ada mak ayah yang begitu kuat. Aku rasa bukan aku saja yang punya rasa itu, mungkin mak pun sama. Tiap kali aku pulang dari KL, dari Batu Pahat, dari mana mana tempat jauh mesti mak akan peluk aku kuat kuat, kepala aku dipegang, lalu pipi aku dikucup dengan kuat, eh, bukan di kucup lagi, tapi di tenyeh tenyeh dengan kuat dan lama lama. Aku pulak kerana keterujaan yang lebih, bukan pipi, hidung, dahi saja yang di kucup, tapi sekali dengan mulottt aku hentam cium, sambil tangan merayap rayap pada badan mak, cuba untuk menyakat beliau. Haha. Dan kadang kadang aku nampak mata mak berkaca. Ya, hati aku dan mak terlalu sensitif tentang rasa sayang sayang ini. Hurmmm. Aku aku... Entah la macam mana bila diri bekerjaya nanti? Bila sudah berkahwin kahwin nanti?

I still remember rasa itu. Waktu di parit raja. Hari itu hati sungguh tidak senang duduk. Entah kenapa. Tanpa ada apa apa yang mendorong, terus ambik kereta dan di drive ke pekan parit raja mencari tiket ke Kedah. Nasib memang menyebelahi, tiket ada dan terus dibeli. Lepas tu tertanya tanya. Betul ke apa yang aku buat nie? Sebab time tu kelas masih ada, kerja masih banyak. Balik rumah sewa kemas kemas barang dan terus tunggu bas depan rumah untuk ke Batu Pahat. Time tu memang membuat keputusan sendiri dan sesiapa pun tak diberitahu, dalam masa yang tak sampai sejam saja keputusan ini boleh dibuat. Kagum sekejap dengan diri sendiri. Memang sangat mengikut kata hati.

Waktu tunggu bas, tiba tiba housemate balik. Dan mereka stop kan kereta depan aku, lalu ditanya nak pergi ke mana. Aku hanya tersenyum panjang sebab waktu itu memang tak dapat nak jawab soalan simple mereka. Kalau jawab, maka akan berjurai lah air mata aku. Entah la, kenapa ayat "Nak balik" terlalu sensitif untuk jiwa aku. Tapi setelah beberapa ketika, terkeluar jugak perkataan "nak balik" itu, lalu mata pun berkaca depan kawan kawan, tepi jalan besar dan ditemani dengan beg balik kampung. Hahaha. Aku aku. Haishhh. Comel sungguh kalau berjiwa kacau.














PdanS : 2nd day Ramadhan. Baru semangat nak pergi terawih, baru semangat nak khatam quran dah terkantoi puasa. Haishhh. Tak berkesempatan sembahyang raya la tahun nie. Taksokaaaaa!!!

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan.



Tazkirah Tarawih

Alhamdulillah, puasa untuk satu Ramadhan pun sudah selesai. Solah terawih pun sudah. Syukur syukur syukur.

Terawih di surau sini istimewa. Ada tazkirah sebelumnya. Dapat lah menembah ilmu yang sangat sangat tak penuh di dada. Hari ini di kisahkan tentang masa lalu, zaman kehidupan Rasulullah SAW.

Saya kongsikan sikit boleh? Ilmu bila dikongsi akan lebih ingat. Biarlah dikatakan poyo atau belagak alim. Yang penting Allah tahu niat kita.

Satu hari sewaktu Nabi SAW sedang menaiki mimbar untuk menyampaikan kutbah, Ketika Nabi S.A.W menaiki tiga anak tangga mimbar baginda berhenti di setiap anak tangga dan mengucapkan amin di ketiga-tiga anak tangga tersebut. Para sahabat lalu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah diaminkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya :

"Nabi S.A.W menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?" Baginda S.A.W menjawab: "Jibril A.S datang kepadaku, dan berkata: "Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin," Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut "amin".

Jibril berkata lagi: "Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, apabila dia mati, akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin." Lalu aku pun berkata: "Amin".

Berkata Jibril lagi: "Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin." Lalu aku pun menyebut: "Amin."



Kisah di hari ini

Hari ini, semua anak anak berpuasa. Tapi bila tiba jam petang semua dah macam serupa nak pengsan. Husna sedari jam 3 dah menangis minta untuk berbuka. Katanya nak makan kurma je. Sebab tadi sahur tak sempat nak makan kurma. Alasan!!! Tegelak aku dengar budak tu punya alasan. Sambil menangis menangis mintak nak makan.

Syimah pun puasa jugak. Tapi di jam petang terkantoi dengan ibunya. Dijumpai makan biskut coklat di bawah penyidai. Lalu si ibu pun menegur. "Syimah makan ke?". Dengan lemah lembut takut dimarah, Syimah pun menjawab "Eh, syimah lupe la mak syimah puase, tak pe tak pe syimah pergi gosok gigi". Hahaha. Cantik punya jawapan. Yang nie pun tersangat pandai belakon. Kalau nak termakan pun kenapa kena bawah penyidai anak ku sayang? Biskut tu di simpan di dapur. Macam mana boleh tersesat dibawah penyidai. Hahaha..

Hadoi yaiii. Rosak rosak. Tu yang dijumpai. Yang tidak terkantoi? Entah laa dah berapa banyak. Tak mengapalah, semua tu sebagai latihan, Syimah baru tadika, dan Husna baru di jajah satu. Kalau puasa penuh tu kira hebat la. Sebab aku kecik kecik dulu pun, jajah satu mana start puasa lagi. Siap pergi sekolah bawak bekal lagi time time bulan puasa. Tapi di tahun tahun lepas puasa mereka mereka hampir genap sebulan aku rasa. Wah!! Memang bab puasa puasa nie kakak abang aku train betul betul anak mereka. Tapi bab sembahyang. Hancusss. Ajak sembahyang sekali, menangis, ajak sembahyang je  "Kaki syimah sakit la" "Syimah mengantukla" "Tak nak, makteh sembahyang lama laa". Banyak sungguh alasan!!

Dan dihari ini jugak, diri disibukkan dengan thesis orang. Mengarang Chapter 4 dan 5 mereka. Tidak ketinggalan memperbaiki chapter 1,2,3 dia. Konklusinya, memang aku buat semua lah. Nasib baik pengalaman dan ilmu membuat PS ahir sem yang lalu masih kuat di ingatan. Tidak lah bermasalah sangat untuk menyetelkan kerja itu. Tapi dah dinamakan Projek Tahun Akhir, walaupun yang diperbuatkan adalah milik orang lain dan bukan milik sendiri, tapi stress tu tetap kena ada!! Lalu tumbuh mekarlah jerawat jerawat manis, mengindahkan lagi wajah saya.

Itu saja untuk malam ini. Mahu mengorak langkah untuk ke chaper 4 dan 5. Hadoi. Part kritikal tuh, boleh say hai hai dan bagi salam siap siap pada jerawat yang bakal keluar. Errrrrrr.

Husnsa yang kadang kadang menjadi Husin


Hasyimah yang kadang kadang menjadi Hasyim.




Make over by Makteh Kacak!! =P










PdanS : Nak balik rumah manis rumah. Kerja cepat la siap. :(

Friday, July 20, 2012

Quote #41








,

Tersenyum. ^_^



Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.

Selamat datang duhai kamu yang di tunggu tunggu. Terseyum saja hari ini. Dari awal pagi, hati menguntum senyuman. Gembira kerna malam ini akan bertemu dengan yang di nanti. ^_^

Berhadapan dengan Ramadhan kali ini, aku rasa teruja sekali. Sedari belum Magrib lagi, diri dibawa ke atas sejadah, bertelekung litup, menanti azan magrib, menanti tibanya Ramadhan yang ditunggu tunggu. Bila azan berkumandang, bibir tersenyum sendiri, dilihat keluar jendela, nampak langit Allah yang luas, warnanya agak gelap, tapi aku yakin rahmat yang Allah janjikan sudah mula memenuhi ruang langitNya. Ya Allah, mata sudah berkaca takkala itu. Ya Allah, syukur, Engkau sampaikan aku kepada Ramadhan untuk kali ke 25nya. Banyak harapan yang dibawa untuk Ramadhan kali ini. Terawih mahu dipenuhkan, Quran mahu di dikhatamkan, doa mahu dibanyak banyakkan lagi, dosa dosa lalu mahu di tinggalkan, aurat mahu di jaga dengan sempurna lagi. InsyaAllah, aku percaya, tiap perkara baik itu pasti di bantu Allah. Pegang yang itu!!




Camera?

Hep kamu. Hihi. Malu nak cakap, actually kisah sedih semalam dah boleh di buang jauh jauh. Hati hari ini sudah gembira. Gembira sebab... sebab.. camera saya sudah di jumpai. Hihi. Tadi, sewaktu berpagi pagi, dalam bilik guru, baru tersedar yang sebernarnya camera itu saya simpan dalam almari di kelas masak memasak. Hihi. Seperti kebiasaan, diri memang seorang yang sangat sangat mudah lupa. Hadoi.


.






Senyum lagi.

Dan perkara last untuk disenyumkan lagi pada hari yang penuh keberkatan ini, adalah baju baru!! Yeay!! Dengan semangat dan keyakinan yang tinggi dapat jugak di siapkan jubah simple aku ini. Memang sudah di niatkan mahu memakainya di hari terahir mendidik aku di sini. Jadi, apa apa pun halangan, harus berhempas pulas jugak untuk disiapkan jubah itu. Dan hasilnya adalah seperti di bawah. Hihi. My 2nd jubah hasil air tangan sendiri. Ouch ouch..  ^_^







My lovely sister, kakak sulang yang paling close dengan saya, everything semua saya kongsikan dengannya, dan dia tak segan nak kongsikan kisah suka duka dia dengan saya. Sangat sangat appreciated semua yang dia dah beri pada saya. Serius, satu hari bila sudah bekerjaya, banyak budi yang harus di balas,  sangat tidak boleh dibaikan dia. Harus. Semoga di murahkan rezeki, di beri hidayah, untuk dia dan keluarga.













PdanS : Bulan Ramadhan sudah kunjung tiba, best nya kalau dapat buat umrah time nie kan. Hurmm. Tak mengapa, mari simpan duit!! InsyaAllah, bila dah cukup wangnya, bila ada kepalangan, dan yang penting HARUS DIJEMPUT ALLAH, InsyaAllah, akan sampai jua di satu masa nanti. Saya sangat percaya, Umrah dan Haji nie bukan terletak pada wang yang cukup dan badan yang sihat. Ada kes yang banyak kita lihat, duit banyak, badan sihat, tapi Allah tak jemput jemput jugak, Allah tak bukakkan pintu hati mereka juga untuk menziarah rumahnya. Dan ada juga kes kes yang saya pernah terbaca, kaya, pergi haji dengan pakej di raja, tapi ahirnnya, tersadai beberapa hari di lapangan terbang Jeddah atas beberapa masalah Visa dan ahir sekali tak menunaikan haji, pulang dengan tangan kosong saja. Ya, itulah terjadi bila Tuhan belum menjemputnya. Jadi, jom doa banyak banyak semoga Allah jemput kita. Bila ada jemputan, sesusah mana kita, pasti ada pertolongan, pasti dipermudahkan oleh NYA. Kan.

Thursday, July 19, 2012

Sedih.



Ya, sekarang dan sejak beberapa bulan ini, hati sangat sangat sensitif. Tidak seperti dulu, keras dan berbatu. Emosi pula mudah sangat tersentuh, dan susah pulak untuk dikawal.

Kamu, camera saya hilang. T_T Even baru sejam mencari dan tak menjumpai, tetap nak declare dia dah hilang. T_T Hilang lalu membuatkan mata saya masuk habuk. Hurm. Mata dah mula berkaca. T_T

Kesukaan saya yang paling utama adalah mengsnap gambar. Jadi bila kekasih hati hilang, mesti lah hati akan hiba. Biarpun ianya hanya cap ayam, hanya camera digital lama yang sarung pun sudah berbulu, yang shutter pun dah tak berapa nak befungsi, tapi itu tetap harta yang paling saya sayang.

Banyak kenangan dengan camera yang satu itu. Masih banyak gambar yang belum saya transferkan dari memori card camera itu. Hurm. Sedihnya. T_T

Tak mengapalah. Mari positifkan hati. Allah tarik satu nikmat dan mungkin Allah nak gantikan dengan satu nikmat yang lebih lebih membuatkan hati saya gembira dari punya camera itu. Hurm. Apa tuh? Entah. Mari tungguh dan lihat. 






Hasil dari camera yang itu. Sangat memuaskan hati saya walau hanya camera cabut dan harganya cuma empatsembilansembilan. Sebab itu hati sangat tersentuh bila kelibat beliau hilang dari pandangan. T_T







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tafsir surah Adh-Dhuha yang diambil dari status seorang blogger terhebat. HILAL ASYRAF.  Secara tiba tiba terpandang  pada statusnya. Ya Allah, memang Allah itu MAHA MENGETAHUI setiap inci isi hati T_T.   Seperti Allah menjawab untuk apa yang aku rasa.  Diberi peringantan melalui insan insan yang tak pernah kita duga. T_T




"Dan tiadalah Tuhanmu meninggalkan kamu, dan tiadalah pula Dia membencimu(sebagaimana orang lain)."



"Dan tidakkah engkau melihat pengakhiran(saat telah dilalui semua ujian) itu lebih baik dari awalnya(ketika baru memulakan perjuangan)?"

"Dahulu engkau yatim(tidak punya sesiapa), Dia memberikan engkau perlindungan(sahabat, isteri)."

"Dahulu engkau kesesatan(tak ada fikrah, tak ada ilmu agama), Dia memberikan engkau petunjuk(ikut usrah, tahu serba sedikit fasal agama)."

"Dahulu engkau miskin, Dia memberikan engkau kekayaan."






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







PdanS : Hurm. Nothing to say. Menanti dan berharap lagi. Moga ada kisah gembira bila Ramadhan menjelang tiba nanti. Kuantan dan Kuantan. Sungguh mendebarkan!!

Monday, July 16, 2012

Monday blues.



Assalamualaikum. Hai belog. Hai belog yang tak bernyawa, tak punya apa apa rasa, tak mampu bermadah indah, tapi, kenapa masih ada yang mahu berborak borak sama kamu seakan kamu itu punya nyawa? Mushkil saya. Haha. Tak mengapa, biarkan soalan itu menjadi tanda tanya. Kita tinggalkan kemushkilan itu, ayuh mari teruskan bermonolog sorang sorang.

Hari ini harinya Isnin. Harinya saya ada temujanji bersama doktor hensem. Hensem kalau beliau menyikat rambutnya elok elok, rapi rapi, tak serabai, pakai seluar yang tak lusuh, dan membuat kerja dengan cool relax serta tenang, tak payah gelabah dan kalut. Jalan laju sana sini. Ya, jika doktor itu mengamalkan semua yang saya sebutkan tadi, pasti lagi hensem, dan pasti aku yang nipis imannya akan sentiasa berdoa semoga sakit aku lambat pulih. Kahkah. Over sungguh.

Tadi berjumpa dengan doktor, lalu diberikan satu suntikan di telinga sakit saya. Serius tidak berasa apa apa. Ya la ketulan itu semakin besar. Besar dengan isi yang keras, yang kalau tekan sekuat mana pun tak memberi rasa apa apa. Okeh. Tamat cerita sakit kita. Next.

Sebenarnya saya sedang menanti isyak. Menanti isyak sambil tetak bersakit sakit. Hidung sumbat menyumbat. Adus, tetiba teringat  akan kelazatan sotong sumbat itu. Aiyoyo. Eh, Azan sudah berkumandang. Kita hentikan sekejap dan kita sambung sesudah solat nanti.




Ok. Bersambung lagi. Hai hai. Eh eh, bakpo wajah beliau ada kat atas nie. Iklan tak berbayar sungguh. Hurm. Apa yang kita berkisahkan sebentar tadi, owh, hal hal hidung tesumbat. Ya, perasaan seperti menyatakan bahwa esok akan deman. Aiyoyo. Jangan la. Esok ada kerja secara besar besar iaitu memboling bersama anak didik di pusat boling selayang mall. Ewah. Jadi tidak mahu diri menjadi ngak sihat. Tapi, badan sudah terasa sedikit panas. Udara yang di hembus keluar juga sudah nampak kepulan asap asap tanda kepanasan dalaman.(Hyperbolanya. Haha). Dah lah, malas nak melayan sangat rasa itu. Nanti diri terpsyko lalu yang baru panas sikit sikit dah jadi deman betul. Okey, mari memotivasi kan diri dengan sesuatu yang positif. Hai hai, saya sihat la sebenarnya. Kisah tadi tipu tipu jeee. Dah. Next kisah.

Kisah sehari dua ini. Kisah mengqulling lagi. Dah lama hentikan kerja itu. Semalam berkecimpung lagi. Langkah mula di orak demi sebuah kisah kasih sayang isteri pada suaminya. Jadi di kerahkan tulang benulang bagi membuat kad kad untuk menggembirakan hati mereka. Mahu lihat hasilnya?? Hihi. Tidak berhasil lagi. baru 60% complete. Menanti gambar dari beliau yang tidak kunjung tiba. Katanya mereka tidak gemar bergambar. Jadi susah untuk aku mendapatkan wajah wajah bahgia mereka. Ada jugak aku bubuh muka aku dengan abang aaron badan ketak jap lagi. Habis cerita. Hahaha.







Ini kad pesyen baru. Tapi tidak lah berbaru sangat. Aku saja yang baru mencuba jayanya. Card maker yang lain sudah lama tahu dan sudah berpuluh keping mereka hasilkan. Aku saja yang baru hendak berjakun jakun. Jadi, ini hasil pertama setelah potong sana sini, kerat, hiris, tampal, gulung, penyek dan.. dan.. jerit menjerit. Jerit? Ya, jeritan dengan suara yang lantang kerna sungguh banyak anasir anasir luar yang mengganggu ketenteraman aku sewaktu pemprosesan kad ini. "Makteh, nak gulung jugakk". "Makteh, ketas nie, makteh guna tak?". "Makteh, kakak nak buat macam makteh jugak". "Wah, nak tengok, nak tengok, bukak laa". Jadi? Mereka yang berhati sabar saja yang akan menyantui semua itu. 

Okeh, hanya itu saja yang dapat di kisahkan untuk hari ini. Hidung sudah mengamuk. Badan sudah mula memberang. Rindu pada paracetamol katanya. Adus, orang lain berindu dendam, aku jugak yang menanggungnya siksa sakitnya. Sekian saja untuk malam ini. Tata. 













PdanS : Harap. Ya, memang kita bergantung harap hanya pada Allah SWT. Tapi sangat bimbang. Bimbang bila yang di harap tidak muncul tiba. Yang di impikan tidak seindah mana. Yang dicitakan tidal menyulam datang. Lalu membuatkan ada bunyi keluh. Walau tak sekuat mana, walau tidak di dengar siapa, tapi sikitnya mengoyangkan pegangan kita, kepercayaan kita dan yang paling besar IMAN kita. Sebab itu risau saya bersarang. Risau perasaan ini tak dapat menerima, walau hati selalu memujuk dengan kata "Jangan bimbang, ketentuan Allah adalah sebaik perancangannya kepada kita". Tapi, risau  itu tetap ada. Hurmmmm.

Sunday, July 15, 2012

Doodle cute
















Apamacam doodle dia? Sangat cantik kan.. Ok sila melawat TUMBLR INI untuk lihat banyak lagi.

Sudah mengantuk. Tata.

Eh, hari nie i buat kak pesyen baru. Lipat melipat lalu telipat. Nanti i pratontonkan.

Tata. Nite.



















Friday, July 13, 2012

3 di hari jumaat.



Tilawah Al- Quran 2012

So comel tengok qari dan qariah dalam tv tadi ambik hadiah. Macam macam gelagat. Tegelak aku satu rumah. Ada yang nak ambik sendiri hadiah dalam tray, tak sempat Agong nak ambik bagi. hihi. Comel sungguh. Ada yang naik tangga, ambik hadiah, then undur, turun tangga, kemudian naik tangga balik sambil tesengeh depan Agung. Terus satu dewan gelak. Huhu. Ada yang lucu tuh, tah la dari negara mana, mungkin tak biasa dengan protokol raja raja nie, dia naik tangga, lepas tu kaku tatau nak buat apa. Semua orang gelak tengok dia. Sampai kena suruh ke dapan. Yang tak tahan sekali, ada satu pak arab kulit hitam tuh, siap peluk 3 kali kat Agung kita. Semua orang terkesima. Aku yang tengok berdebar jadi. Lepas tu semua pakat gelak. huhu. Owh, yang qariah pun sama gak, ada sorang tuh, naik tangga, then nak tunduk la tanda hormat, tiba tiba telentang ke belakang sebab tempat stop betul betul kat bucu tangga. Siap terjerit lagi dia. Nasib baik slow je. Hadoi. Haha. Semua orang gelak. Agung pun sama tersnyum tengok.

Biasalah, tiap negara lain adat dia, lain protokol dia. Mungkin mereka tak biasa. Mungkin jugak negara mereka tak ada Raja, so, tak tahu bagaimana cara nak berhadapan dengan raja.

Dan tiba tiba jugak, aku teringat akan konvo yang akan berlangsung nanti di bulan 10. Boleh tak nak buat peace peace bila ambik scroll nanti. Huhu. Cuba la kalau nak kena masuk surat kabar muka depan. Hohoho.




Kamu yang tak bernyawa.

Hey, sebenarnya nak menjahit baju. Tapi kain, owh sungguh menyakitkan hati. Kenapa mesin jahit kakak saya sangat tak mesra pelanggan. Kain lycra dia tak mooo. Dia nak kain yang keras keras saja. Uwaaaaa. Dah la berangan nak pakai maxi kembang kembang di hari jumaat depan, di hari terakhir saya berkhidmat sebagai guru ganti di sana. Alaaaaaaa. Terus hati mau angkat satu bijik mesin jahit sendiri. Senang. Kalau lah beli mesin jait tu pakai habuk je dah lama aku beli. Kahkah. Tapi kalau lah semua urusan jual beli pakai habuk je, baik engkau pergi kutip habuk banyak banyak then beli baju siap. Lagi senang. Tak payah nak sakit hati dengan alat alat yang tak dak perasaan tuh.




Perut tak cool

Seminggu nie perut tak sihat. Saluran penghadaman pun sangat tidak cool. Sebijik betik sudah di telan, 3 bijik oren sudah di hadam. Teh kelat sudah di tuang. Tatau apa lagi yang harus di isi dalam perut gue ini untuk menjadikan ia dapat berfungsi dengan baik dan seperti kebiasaan kebiasaan. Kadang kadang sakit sampai terfikir, iskk, nie sakit buasir ke? aku nie kena appendix ke yang teruk sangat sampai begulung gulung atas katil. Kalah kena senggugut. Ya, senggugut aku seperti rasa sakit perut nak membuang je. Tak lebih dari itu. Dan kadang kadang tak rasa sakit apa pun. Syukur tak ada senggugut yang dasyat dasyat.



Wednesday, July 11, 2012

Quote #40




"Persahabatan bukan di nilai pada berapa kerap kita bersua muka, berapa lama kita bergelak ketawa bersamanya, berapa panjang kita berborak dengannya. Tapi, persahabatan itu terletak pada ingatan seorang sahabat dalam tiap doanya. Walau susah bersua muka, walau gelak tidak sekuat biasa, walau berborak tidak sepanjang mana, namun masih tetap di ingat dalam doa yang dipohonnya" 
-Saya-

















PdanS : Teringat dan rindu akan kawan kawan saya. 

Tuesday, July 10, 2012

Terapi diri





Hai malam yang awal. Yang sudah sunyi. Yang tidak diperbuat apa selain membaca. Hai dan hai. Assalamualaikum kepada penghuni malam.

Malam ini menulisnya mau pendek sajaha, kerana ada sesuatu yang terbuku di hati yang ingin diperkatakan. Saya teringat akan satu ayat itu "Kita bukan saja apa yang kita makan, tapi kita juga adalah apa yang kita baca, apa yang kita dengar dan apa yang kita lihat. Sesungguhnya apa yang masuk melalui penglihatan kita, pendengaran kita dan pembacaan kita adalah makanan rohani kita". Ya, ketiga tiga itu lebih menunjukkan siapa kita.

Baca, baca dan terus membaca. Itulah terapi jiwa saya yang masih tercari cari sesuatu. Agar diri lebih dekat denganNya, agar diri lebih baik dari hari sebelumnya, agar diri tak sia sia di beri umur dan nyawa olehNya, agar diri mendapat Syurga tak kala hati sangat mengharapkannya.

Jadi, jemputlah membeli majalah Solusi dan Al Ustaz. Pengisiannya sangat bagus. Ayat motivasinya sangat kena dengan jiwa saya. Seperti memahami apa yang sedang saya cari. Ilmu yang disampaikan tidak terlalu mendalam, banyak tentang hal hal ibadat kita seharian, seperti solat kita yang mana kadang kadang kita terlepas pandang. Dalam buku ini ia jelaskan semua yang sering kita abaikan. So, cepat pergi beli !!!












PdanS : Ayat ayat beliau DISINI juga sangat kena dengan jiwa saya.

Friday, July 6, 2012

Owh my Abaya.


Sekarang nie sedang bermood mood abaya dari arab, dubai, qatar. Ceywah nak negara negara timur tengah saja kau nie Jemah. Ye la, konon nak ambil feel pergi haji atau umrah suatu hari nanti. Kena la berangan dan practice siap siap. Boleh gitu? hihi. Tapi sebenarnya saya lebih dan sangat sangat selesa kalau berjubah. Ya, lah, kalau berjubah tentu tentu lah jubah tu dah beso gedabak, tak payah fikir, nampak bontot bulat ke, nampak peha beso ke. Nak sembahyang pun senang. Sarung stokin dengan inner tangan saja. Siap. 

Sekarang, kalau keluar ke mana mana saya lebih prefer pakai skirt kembang labuh tuh. Rasa lagi selesa. Dah la isi isi dan lemak lemak dah mula tunjuk belang. Kalau pakai seluar lagi lah macam kelihatan insan insan tak diperlukan itu. So, alternatifnya, mari kita beli jubah banyak banyak!! Yeayyy!!!

Amboi, banyaknya duit engkau ye Jah. ^_^ Idok le gitu Senah. Saya tak punya wang yang bekepuk untuk di bazirkan. Cuma, mencari inspirasi dan semangat untuk jait jubah sendiri saja. Setakat nak try try buat untuk diri sendiri lepas kot. Tu pun jubah bodo bodo je lah yang mampu. Sayang sangat nak bazirkan duit yang memang tak ujud tuh. Haha. So, beli kain dan jait sendiri lebih jimat. Dapat pun boleh berhelai helai. Cuma sekarang menanti buku cacatan menjahit saya tiba dari Yan, dan lepas itu dengan kadar segera boleh mendrift dengan injen mesin jait yang bercap Fuji itu.

Tadi sempat berwindow shooping kat facebook. Abaya abaya dia sangat lah mantobbb beb!! Gila jap aku tengok. Nasib baik duit kat akaun ada secotet saja. Kalau banyak kompem aku dan pi order dah. 

Tanpa membuang masa, mari kita menggila sat dengan abaya abaya yang sangat gojes ituu.






abaya ini paling aku idam idamkan dan berharga Rm200. Aiyoyo. Tunggu i punya kerja yang tetap dulu ya. Baru boleh dibazirkan tanpa rasa bersalah.




I jadi sangat tertarik sebab hari tu penah nampak satu perempuan pakai abaya, dan abaya dia memang kembang gila gila, bila jalan nampak cantik lah sebab macam berombak ombak gitu. Lepas tu kat tangan dia fit kan. Macam, wau stylo jugak ek abaya fesyen nie. Selepas tu terus termimpi mimpi abaya tu. Sampai bawak ke google lah. Macam macam aku type, jubah kembang payung la, jubah kembang besar, last last terjumpa lah abaya yang pernah saya nampak hari tuh. Lebih kurang macam nie la. Lalu hati menjadi suka riang tak terkata. Tapi bila mengenangkan duit. Ow ow owwwwww. Nehi sayang. Kita tunggu kerja betul betul dulu yer.

















See, cantik kan. So, kalau berminat boleh jalan jalan di link dibawah.