❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 7, 2012

Photoshoot idaman kalbu


Tadi petang saya ke Majlis rakan sekolah merangkap sampai ke universiti dan sempat jugak menyibukkan diri ke photoshoot pengantin oren hitam itu. Hihi. Lantas, bila pulang ke rumah hati secara meronta ronta macam tolong laa, tolang la buat satu entry  tentang Photoshoot idaman kalbu. Eceyceyyy..  Tak ada kerja sungguh kan. Kehkeh.Tak, bukan, berangan itu memang satu pekerjaan yang berguna sebenarnya. Okeh jom ke perenggan dan penerangan yang seterusnya.


Nak memilih wedding photographer yang sangat memuaskan hati  sangat sukar. Tapi kalau duit engkau bekepuk tak sesukar mana. Berpuas hati bagi saya yang cerewet ini adalah : gambar harus cun mabeles habis sampai bila orang tengok dia akan cakap  "eh eh artis ke nie?" dan harga dia kalau boleh nak harga bukan kawan kawan lagi dah, tapi murah tahap adik abang, free lagi bagus. Kahkah. Cukup kena kedekut kan, tapi nak yang mabeles. Begemana tuh? Eh, cup apasal kena bagi Talk macam dah nak kawin esok nie? haha. Tak tak, ini semua pengaruh rakan sebaya dan minat terhadap bidang ini secara  berkobar kobar telah menghasut diri untuk tulis pasal photography. 

Berbekalkan sedikit cuittt ja ilmu dan minat yang mendalam bidang photography, saya mungkin akan menjadi orang yang cerewet gila jika disuruh untuk memilih photographer pilihan hati untuk tawen tawen nanti. Ya kompem! Muahaha. Sebab duit tak bekepuk memang la cerewet sikit , kalau duit bekepuk, lempar lempar je banyak mana pun kat Saiful Nang ngan CST tuh. Habis cerita, tak payah survey tempat mana lagi dah.


Dah dah. Entry ini bukan berpaksikan siapa photographer pilihan saya. Yang tu biarkan. Biar wang yang menentukan. Tak mengapa, sebab saya punya tips untuk mencantikkan gambar kawin even photographer tak berapa nak memuaskan hati dan biasa biasa saja. hihi. Sila baca sampai habis untuk mengetahuinya.

Berbalik kepada tajuk entry, saya selalu berangan mahu dan punya satu sesi photoshoot yang jarang orang buat. Selepas meng-add dan ber-friend dengan ramai jugak la photographer dengan tujuan men-stalk gambar air tangan mereka, saya terus tertarik dengan beberapa theme ini. Selalu, orang buat, picnic, tepi pantai, bawah pokok, tapi kali nie, lain, lain dari yang lain. Okeh, tanpa membuang masa, mari berangan aksi aksi idaman hati bila duit bekepuk nanti. Ya, mari berangan sambil membuang masa jugak. Membuang masa tu memang hobi di masa lapang. Tak boleh nak buat macam mana dah!! Haha. 




Pose Satu : Curahan kasih sayang.

Serius dah lama berangan nak ambil gambar macam nie, beberapa tahun yang lalu lagi. Tak kisah la dengan sapa sapa pun, kawan kawan ke, suami ke, janji mereka mereka itu mesti sporting untuk menghasilkan pose yang cantik.











Pose Kedua : Lemas dalam dakapanmu

Kah kah.. Tajuk gambar tak boleh belah. Tapi nak bergambar semacam ini lagi sungguh berbelah belah hati  nurani saya. Mana tak nya, berenang pun tatau. Napas dah la pendek. Suruh rendam kepala pun boleh tahan 2 second jah. Begemana tuh? Mampukah cita cita ini terlaksana? adakah impian ini tercapai? Sama sama kita nantikan!!!! Kelas renang seround!!!


Serius nak!!!












PdanS : Kepada bakal pengantin yang cerewet nak gambar lawa-lawa, apa kata beberapa bulan sebelum majlis anda, anda survey  gambar pose pose dari photograper yang cantik cantik, yang memang anda suka, kena dengan hati, kemudian, anda save dan bagi ke photograper anda itu supaya dia boleh study dan try snap macam itu. Dan jugak anda print serta bagi ke photograper anda itu pada hari persandingan anda. Suruh dia snap bagi jadi lawa lagu tuh. Dengan cara ini, anda telah membantu photographer dalam mencari idea idea yang mabeles dan secara tak langsung anda dapat gambar yang berkenan di hati even photographer itu biasa biasa saja dan tak berapa pakar sangat. Yang penting ada benda yang boleh di rujuk untuk memantapkan gambar anda. Sekian.

2 comments:

ada mokhtar said...

hamboi terus hupdate nampak :)

♥e'in♥ said...

wah mcm menarik je amek gmbr dlm air tu.. hehe