❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 15, 2012

Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Membantu, Maha Mempermudahkan.




[Semoga cerita ini tidak menimbulkan salah faham. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri apatah lagi bersikap angkuh. Cuma semata mata mahu mengkabarkan yang Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Membantu, Maha Memudahkan, kepada teman teman sekalian. Astaqfirullahhalazim...]




Hari ini hari Jumaat. Hari yang berkat, hari yang di lipat gandakan pahala setiap amalan. Jadi terdetik di hati nak mensedekahkan  wang ringgit pada pelajar saya yang tak berkemampuan. 

Jadi sebelum rehat, saya ada berborak dengan seorang pelajar kebajikan (Pelajar yang tinggal di rumah kebajikan kerana mereka nie dijumpai berkeliaran di pekan pekan besar, tidak beribu ayah, tidak punya rumah, maka pihak kementerian mengutip dan menempatkan mereka di rumah kebajikan lalu di sekolahkan di aliran pendidikan khas kerana tidak tahu membaca walaupun berumur 10 tahun dan punya masalah tingkahlaku yang dasyat dasyat.) Saya berborak dengan budak ini hal wang saku hariannya. Sehari seringgit saja yang diperuntukkan kepadanya ke sekolah. Jadi dengan seringgit boleh beli air dan donat saja. Macam sedih bukan. 

Sewaktu rehat saya cuba mencari budak ini untuk menghulurkan wang seperti mana yang saya niatkan awal pagi tadi, tapi dia tetap sibuk dengan teman teman yang lain. Tiga empat kali saya cuba untuk mendekati dia, tapi ada saja halangan. Nak diberikan duit itu depan kawan kawan, takut nampak dek mereka lalu yang lain lain berkecil hati pula. Sampai lah loceng rehat berbunyi, saya tetap tak dapat nak hulurkan wang yang saya niatkan itu. Dalam hati, tak mengapalah nanti saya cuba beri waktu dalam kelas.

Mungkin bukan rezeki dia, saya terlupa untuk memberi wang yang saya niatkan itu kepadanya. Sedar sedar sudah masa pulang. Sedar sedar semua murid sudah tiada. Hurmm. Tak dapat jugaklah saya bersedekah hari ini.

Sewaktu berjalan pulang ke rumah, ada beberapa kolompak pelajar sesi petang sedang berada di depan pintu makmal KH. Makmal itu menjual ais krim goyang untuk pelajar yang ingin membelinya. Dalam kelompok yang ramai itu tiba tiba saya terpandang seorang pelajar perempuan, kecil tubuh badannya, wajahnya hitam manis, berambut perang, rambut terikat tapi masih tetap kusut, baju lusuh kekuningan yang mungkin kalau kita sudah dibuat kain buruk, nampak jelas jahitan di leher sudah terburai dan menyebabkan lipatan di dalam terkeluar dari baju, kemudian baju itu tidak bergosok, dibahu menggalas beg hitam, beg yang talinya jelas kelihatan bekas jahit di kedua dua belah. Kasut sekolahnya hitam dan kotor. 

Saya memandang dia dan dia membalas pandangan saya dengan penuh simpati. Dari air mukanya saya tahu, dia juga mahu menikmati aiskrim itu, tapi tidak mampu membelinya, sebab itu dia hanya berada di luar kelas dan memerhati kawan kawan yang lain mendapatkannya.

Sebelum dia beredar ke tempat lain, saya lekas lekas menarik tangannya. Saya duduk di atas kerusi sambil memandangnya. Saya tanya, "Nak beli ais?" Dia cuma menggangguk. "Ada duit?" Dengan malu malu dia menggelengkan kepala. Alahai. Kasihannya. Tanpa membuang masa, saya capai dompet yang tersimpan di dalam handbeg, lalu di tarik beberapa keping wang seringgit, dan di serahkan kepada budak itu. Dia terus tersenyum dan berlari ke arah kawan kawan yang sudah jauh menginggalkannya, tanpa sempat mengucapkan apa apa kata. Mungkin terlalu gembira mendapat duit barangkali. hihi. Hurm. Terlaksana jugak niat saya nak sedekahkan wang hari ini.

Lepas perkara ini terjadi, saya teringat kata kata seorang kakak di tempat kerja yang baru pulang dari umrah, "Tiap apa yang kita niatkan kat sana mesti akan terjadi". Dan kejadian yang dia lalui di Mekah sana, hari ini, telah terjadi kepada saya pula walaupun hanya berada di tanah tumpah darah.

Ya Allah itu MAHA MENGETAHUI. MAHA MENDENGAR. MAHA MEMBANTU. MAHA MEMPERMUDAHKAN.

Jadi, setiap yang kita inginkan doalah kepada ALLAH. Sebab ALLAH itu MAHA MENDENGAR. Tiap perbuatan kita niatkan kerana ALLAH kerana ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Bila  ALLAH  Mengetahui,  ALLAH  mendengar, setiap kerja kita, setiap perbuatan kita, setiap impian kita, walaupun ada halangan, ALLAH akan membantu. Walaupun susah  ALLAH akan mempermudahkan kerana ALLAH MAHA MEMBANTU, MAHA MEMPERMUDAHKAN..

Sentiasalah berniat baik, berniat aku nak berubah, aku nak pakai tudung, aku nak sembahyang penuh, aku nak sembahyang awal, aku tak nak mengumpat orang, aku nak tutup aurat depan sepupu, abang ipar, semua yang bukan mahram. Aku nak menutup aurat dengan lebih sempurna. Bantulah aku YA ALLAH. Sebab bila kita berniat, kita berdoa pada Allah, Allah akan bantu kita.

Mungkin kita lupa nak kunci jam untuk subuh, Allah akan kejutkan kita dengan bunyi burung yang kuat. Bila kita asyik sibuk bershoping sampai lagi 10 menet nak habis waktu, Allah ingatkan kita. Bila kita sengaja tangguhkan zohor dan tidur dari jam 1.30petang sampai jam 4 ptng baru tersedar dan baru kalut nak sembahyang, Allah mimpikan kita dengan kisah kisah khiamat. Bila kita berniat untuk bersedekah pada hari itu, kemudian kita lupa untuk memberi, mesti Allah datangkan kepada kita sesiapa saja untuk menjadi penerima kepada niat kita itu. Bila kita terlalu gembira, lalai sedikit dari suruhannya, mesti Allah berikan hati yang tidak tenang, hati yang gundah gulana supaya kita jadi tidak selesa lalu kembali mengadu padaNya. 

Ya, JANJI ALLAH BENAR BELAKA.











.

No comments: