❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 2, 2012

"Kahwin kan sekali jee"

Kata-kata itu yang terkeluar dari bibir seorang kawan apabila aku menyuarakan hasrat hati untuk mengadakan majlis kahwin yang paling ringkas, tanpa ada kenduri besar besar. Yang ada cuma majlis akad nikah berserta sedara dekat dekat, jiran dan teman rapat.

Kata kata itu menamatkan perbualan aku dengan dia tentang majlis idaman kami. Aku hanya diam dan tersenyum panjang mendengar jawapan itu. Terus minda berterbangan, membawa akal tinggi melayang, memberi ruang untuk berfikir panjang panjang. Berfikir tentang sesuatu yang lebih dalam, sehingga tak terkeluar dek bibir untuk di luahkan.

Ya, dan MATI PUN SEKALI JUGAK. Tapi kenapa kita tak beriaya-iya untuk mempersiapkan diri kita sebagaimana excitednya kita ke majlis itu? Hurmm..

Bukan tidak setuju dengan majlis yang besar besar, saya pun mungkin akan terjerumus ke lembah itu juga walaupun hati 100x menolak, tapi napsu 1000x menyokong. Cuma, kadang kadang terfikir, kalaulah mati kita di persiapkan semeriah, sehebat, segah itu juga. Kan bagus....











PdanS : Hey makcik, apasal semua entry kena berbaur macam tak sabar nak punya incik suami saja. Hahahaha. Tau la musim kenduri kendara di merata rata. Sila bawak sabar yaa.

No comments: