❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 4, 2012

Ibu bapa yang disumpah menjadi babi

Assalamualaikum. Hai kamu yang secantik bulan. Hai. Ya, malam nie bulan sangat cantik, bulan penuh memang lah cantik. Nak nak lagi bila awan langsung tak ada. Tengok lama lama, tenung dalam dalam, lalu teringat akan satu kisah. Kisah nabi Muhammad Junjungan Besar kita. Satu malam dikala bulan penuh, Jabir R.A melihat Rasulullah S.A.W lalu dia pun berkata "Saya sedang melihat wajah Rasulullah  S.A.W , kemudian saya melihat pada bulan purnama. Menurut pandangan saya, wajah Rasulullah  S.A.W  lebih cantik dari bulan."Hurm. Bulan yang ada sekarang nie pun buat saya khayal bila memandangnya, buat saya hanyut bila merenungnya, inikan pula kalau melihat wajah Nabi, Ya Allah, Maha Suci Allah.

Okeh. Sebenarnya entry malan ini tidak tahu untuk diperkisarkan tentang apa. Banyak perkara yang bermain di minda tapi tidak tahu bagaimana harus dimulakan. Maka, bila sudah menjadi agak blur blur dalam menulis, marilah kita mebawa kata hati saja ya. Haha. 

Dimulakan dengan kisah gigi sakit. Ya, gigi selalu sakit sakit. Pantang malam menjelma, pasti terasa akan jarum tajam sedang menyucuk dengan kejam dalam rahang gue ini. Sejuk malam itu sangat berbisa. Hadoii. Ada gigi gerahan yang berlubang besar. Makan pun tidak selesa. Terpaksa membiasakan diri mengunyah di sebelah yang tidak biasa. Lalu proses makan pun tidak menjadi nikmat kerana dalam keadaan terkasa mengajar dan melatih gigi mengunyah. Errrr. Perlu ke cerita detail sampai macam nie? Haha. Dah kata pun megikut kata hati. Sekarang memang betul betul mengikut kesedapan tangan lah. Lalala


Kedua. Hurm, bila balik kampung, bila berada di kampung, banyak kisah yang Puan Bunda kongsikan tentang mereka di sekeliling. Bila mendengar kisah kisah itu, sangat membuat diri saya berfikir. Kisah yang selalu hanya dipaparkan dalam TV, kini dah boleh disaksikan sendiri di alam rialiti, dengan kaca mata sendiri.

Kisah perebutan tanah pusaka. Tamak haloba sampai berpecah saudara mara. Berkelahi jiran tetangga. Kemudian kisah ibu tua yang tidak terjaga, ibu tua yang tidak terdaya yang dimaki sewenang wenangnya dalam jagaan yang langsung tidak ada ikhlasnya. Malah disalahkan kisah silam ibu itu kerana penyakit yang menimpa si ibu tua. 

Seteruk mana pun ibu kita. Sejahatmana pun dia. Tanggungjawab kita tetap tidak hilang. Masih wajib menjaganya dengan penuh kasih sayang. Nak nak lagi bila usia dia meningkat dan bila dia sudah tiada kudrat. 

Bila tengok apa yang menimpa saudara saya yang itu, hati kecil sedih sangat sangat. Tiap hari ibu tua yang tidak berdaya itu menangis teresak esak agar dibawak jauh dari anak jagaan yang seorang itu, anak tunggalnya itu. Sanggup hidup bersusah di rumah sendiri, asalkan bukan anak tunggal itu yang menjaganya. Tiap jiran yang datang pasti di pujuk rayu agar dibawa dirinya pulang ke rumah miliknya. Tapi di sebabkan keuzuran nya, kesakitan yang membataskan dia untuk bergerak, terpaksa juga dia tinggal dibawah jagaan anaknya itu. Saya tidak tahu cerita yang sebenarnya. Tidak mahu mengomen secara panjang panjang. Takut silap dan menjadi fitnah pulak. Tapi yang pastinya saya tetap dan sangat tidak menyokong jika ibu itu di maki hina oleh nak sendiri atas kesilapannya yang lalu. Dan jagaan yang halai balai saja. 

Ada satu kisah di zaman Nabi Musa yang saya nak kongsikan. Saya penah terbaca di dalam sebuah buku yang lupa pulak tajuknya. Okeh, pada zaman nabi Musa a.s dahulu, baginda bertanya kepada Allah s.w.t siapakah yang akan menjadi jirannya di dalam syurga nanti? Maka Allah memberikan gambaran kepada Nabi Musa bagaiman dan dimana jirannya itu berada. Maka Nabi Musa terus  mencari lelaki yang dimaksudkan itu. Baginda ingin mengetahui apakah amalan yang dilakukan sehingga dia layak menjadi jiran baginda di dalam syurga. [Sedikit fakta : Nabi Musa adalah satu satunya Nabi yang menerima Wahyu terus dan Allah, dan diberi kelebihan berbicara terus dengan Allah S.W.T tanpa ada malaikan yang menjadi perantaraanya. Sekian. ^_^]

Ketika tiba di rumah lelaki tersebut, seorang lelaki mempelawa baginda masuk namun tidak melayan baginda sebagai tetamu. Sebaliknya lelaki itu kelihatan sedang mendukung dan membersihkan dua ekor babi. Setelah selesai, barulah lelaki itu melayan baginda.

Nabi Musa bertanya mengapa lelaki itu tidak menghiraukan baginda sebaliknya membersihkan babi. Lelaki itu menerangkan bahawa dua ekor babi itu ialah ibu dan ayahnya yang disumpah kerana melakukan dosa. Namun lelaki itu tetap menganggap kedua ekor babi itu ibu ayahnya yang telah melahir dan membesarkannya dengan susah payah. Barulah Nabi Musa mengerti mengapa Allah memilih lelaki itu menjadi jiran baginda di dalam syurga. Itu adalah balasan dari pengorbanannya berbakti kepada kedua ibu bapanya.Wallahu ‘alam.

Moral of story : Seburuk manapun ibu bapa kita, sehina manapun mereka, tanggungjawab kita untuk menjaga mereka di usia tua tetap tidak akan terlepas. Mesti dan wajib jaga. Sangat berharap agar Allah beri kekuatan pada diri saya untuk jaga mak ayah. Saya tidak tahu sabar saya sampai di tahap yang macam mana, saya tak tahu tua mak dan ayah saya nanti bagaimana keadaan mereka, apa songeh dan telatah mereka, apa ragam meraka. Kita tak tahu dan tak dapat jangka. Risau tidak boleh bersabar. Risau diri lari dari tanggungjawab. Tak mengapalah, apa guna ada senjata tapi tidak digunakan. Ya, mari berdoa!! Senjata umat Islam yang paling berkesan.

Ok lah. Cukup sampai di sini dulu. Mahu bertidur tiduran. Dan esok mahu bangun bersahur kerna esok kan 15 Rejab. Maka, jemput berpuasa muslimin dan muslimat. ^_^ Selamat malam.














PdanS : Minggu yang menyeronokkan. Minggu yang membahgiakan, juga minggu yang akan buat air mata turun mencurah kerna akan berpisah dengan si jantung hati pada ujung minggu ini. Teringat pada satu kisah  dalam rancangan 30 minit Ustaz Don, Ustaz Don memberitahu ada seorang Sahabat Rasullullah s.a.w yg menggendong Ibunya kehulu kehilir untuk ke tempat di tuju berbatu-batu jauhnya, selama itu jugalah dia menggendong ibunya itu. Lalu bertanyalah beliau kepada Rasullullah s.a.w. "Ya Rasullullah, adakah aku telah membalas jasa ibu ku?" lalu Rasullullah s.a.w menjawab ; "Walau setitik susu ibu pun belum terbalas".


No comments: