❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 14, 2012

Amalan Sunat Di Hari Jumaat



Assalamualaikum. Selamat datang kepada Penghulu segala hari, walau aidilfitri tiba, walau aidiladha datang, dan walau hari arafah muncul, Jumaat tetap hari yang paling mulia dari hari hari itu. Jadi, mari kita bersyukur untuk Jumaat ini. Bersyukur, kerana tuhan masih meminjamkan nyawa kepada kita, masih di dalam agama Allah, dan bersyukurlah untuk setiap perkara ataupun nikmat yang menyenangkan kita mahupun mengundah gulanakan kita.

Bersyukur bukan saja dengan lidah, tapi perlu diiringan dengan perbuatan ataupun amal, yakni, apabila Tuhan memberikan ilmu, kemudian terus amal dan sampaikan ilmu tersebut. Apabila Tuhan mengurniakan harta, maka harta itu terus dibelanjakan ke jalan yang halal dan diredhai Allah. Apabila Allah memberi kesihatan, gunakan ia untuk beribadah kepada Allah sama ada dalam ibadah umum ataupun khusus. Begitu juga apabila Allah memberikan masa lapang, ia perlu digunakan untuk membuat perkara yang bermanfaat. 

Mengingatkan orang sangat mudah, tapi untuk diri sendiri mengpraktikkan apa yang di sampaikan? Hurmm. Kemudian untuk mengistiqamahkan apa yang dibuat? Cukup susah. Tak mengapalah, pelahan pelahan kayuh, slow slow panjat, bak kata pepatah orang putih "It Doesn't Matter How Slow You Go, As Long As You Don't Stop" Ya, jangan berhenti. Biarpun hasilnya sedikit, yang penting dari hari ke hari perubahan sentiasa ada. Dan "Celakalah mereka yang hari ini adalah lebih buruk dari hari semalam". Teringat akan kata Ustaz Zaharuddin, kita nak berubah tidak perlu tergopoh gopoh, takut tidak selesa, lalu diberhentikan saja. Ibarat seperti memanjat bukit yang tinggi, satu demi satu anak tangga kita daki, kita tak lompat dari anak tangga yang pertama dan terus sampai puncak. Susah dan bahaya.

Okeh, di hari Jumaat yang mulia, mari lakukan sesuatu yang tidak dapat kita perolehi di hari hari yang lain. Kadang-kadang kebaikan itu harus di paksa untuk melakukan. Biarpun tidak ikhlas. Lama-lama bila sudah terbiasa, sudah sebati dengan amal baik itu, berdoalah pada Tuhan supaya diberi hati yang ikhlas pula. Kan. Ok, Tata. ^_^





No
AMALAN
GANJARAN
 1.
Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin.
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda:“Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)
 2.
Membaca Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” (3 kali), pads solat Sunat Fajar Jumaat.
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.
3.
Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
 4.Membaca surah Ali ImranAkan didoakan oleh malaikat hingga ke malam.

 5.Membaca surah al-Kahfi.
Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
 6.Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat.
Bacaan selawat  disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.
 7.
Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
Akan  mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.

No comments: