❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 28, 2012

REZEKI ITU MILIK ALLAH



Ya!!  Bergantunglah padaNYA, berharaplah padaNYA.

Saya tak tahu bagaimana harus saya kabarkan. Tapi air mata saya sudah banyak yang tumpah. Tumpah kerna mengenangkan "Ya Allah, ENGKAU selalu ada saat aku susah. Syukur, syukur, syukur"

Berkat Jumaat yang mulia ini, ALLAH tambahkan lagi rezeki aku. Disaat hati gelisah untuk hari kedepan, disaat kocek itu isinya habuk, disaat hati lalai dalam ingat. Selalu selalu selalu dan selalu saja ada sesuatu untuk menyenangkan hati.

Walau susah aku tiada sapa tahu. Walau bimbang aku tidak pernah dikabarkan, tapi sungguhlah, yang ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Mengetahui segenap rahsia isi hati aku. Lalu dimudahkan jalan itu. Disenangkan hidup aku.  Sebagai bukti DIA MAHA PENYAYANG dan DIA MAHA PEMURAH. Syukur.



“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Thalaq : 2-3)










.

Cuba






Mencuba itu usaha.
 Mencuba itu harus dan mesti.
Tanpa percubaan, mana bisa layang itu naiknya tinggi.
Mana bisa kereta itu geraknya pantas.

Mencuba buat hasilnya bagus.
Tapi harus cuba, cuba, dan terus lagi dicuba.

Genggam janji Tuhan,
Andai ada cuba dalam kesungguhan,
Andai ada serah dalam aturan,
Pasti senyum terukir di pengakhiran.

Selagi kalian diberi saat untuk mencuba,
Cuba sehabis daya, cuba sebaik mungkin.












PdanS : Yupsss. Bila sudah diberi peluang, mari kita mencuba sehabis mungkin.

Wednesday, June 27, 2012

Upacara kanak-kanak.


Keberadaan diri bersama dengan kanak kanak riang sangat membuat diri ini seperti mereka juga. Melayan setiap tindak tanduk mereka. Mengsertai setiap permainan mereka dan kadang kala bila emosi terlebih bahagia, akan lebih kekanakkan dari mereka. Sampaikan mereka mereka pun naik malas melayan makteh yang comel ini. Ya, aku dapat rasakan sebab kadang kala, watak doremon aku langsung tak di endah mereka. Selalunya tiap srkip doremon aku yang dicipta sesedap hati akan disambut oleh mereka yang konon  sebagai nobita ke, Giant ke, atau sunio. Nie tak. Kena sound lagi ada!! Haha. 

Jadi tidak hairanlah kalau tetiba aku bermain cikgu cikgu dengan mereka. Membantu menyediakan makanan rumah bila mereka bermain masak-masak, dan turut serta dalam bilik air memeriahkan parti buih buih syampoo bersama. Hihi. Aku paling suka part mandi sama-sama itu. 

Di kala kala umur lanjut sebegini,[Lanjut? errr, mari menerima hakikat. haha] aku masih bermandi mandian dengan kanak-kanak kecil itu. Best!! Mandi bukan seperti biasa biasa yang mana akan mengambil masa 5 menet, kemudian siap! Oh tidak. Mandi bersama mereka seperti ada satu sambutan majlis pembukaan saloon milik sendiri di dalamnya walaupun hanya memuatkan 3 orang saja. Upacara sangat riuh rendah yang mana ia mampu menaikkan bil air rumah dan melicinkan botol botol syampo, sabun, sabun muka, conditioner, dan lain lain lagi yang tersadai di rak toilet. Dan yang pastinya sudah tentu akan berejam rejam sehingga tunggu orang luar ketuk sampai nak lekang pintu baru punya perasaan nak keluar. Muahaha.























PdanS : Hurmmmmmmmm. Hurm panjang panjang. Sebab? sebab yang tah. Biarlah. Saya sorang je yang tahu. Kadang-kadang tak semuanya benda kita harus tulis. Simpan sikit untuk diri. Ada jugak sesuatu yang dinamakan privasi.

Tuesday, June 26, 2012

Mendidik hari ini.



Errr.. Kenapa mata malam ini berstimbot ya? Bukan ke petang tadi sudah di hentam tidur selama 4 jam sedari pulang dari mendidik.[Ewah, mendidik. Sungguh tak menahan] Dan di saat saat sekarang pun masih mengantuk lagi. Hadoi.

Hari ini tidak membuat kerja mendidik sangat. Tadi dalam kelas hanya mendidik kanak kanak bermain lego saja. "Okeh, cikgu nak kamu buat kereta! Cepat cepat!" Itu saja ajaran saya hari ini. Semua ini gara gara kudrat empat kerat yang di kerah di padang pada waktu pagi tadi.

Ya, bila diri sepagi mengadap padang dan bekejaran ke sana kemari meligan budak budak yang penjagaannya lebih dari kanak kanak normal biasa, diri akan jadi lebih letih dari biasa. Jam 10 pagi dah sebok cari tilam. Otak  ligat sesuatu yang jahat, "Ishkk, awat kena ada kelas plak nie, nak balik tidoq sat niee"

Tidur owh tidur. Sangat tidak boleh mendisiplinkan hal itu. Ya!! Hati mau kurus, tapi asal balik sekolah saja mesti akan hentam tidur macam letih baru balik bertempur je. Even tak letih. Even tak mengantik. Mesti akan terbongkan juga. Awat lah bontot tak berbolat bolat. Haha. Hambek kau. Ayat senset dah dapat. 

Ok lah. Tak nak tulis apa lagi. Kepala sakit. yeay!! yeay!! kepala sakit. Suka!! Yeay!! Yeay!!  Errrrrr T_T










PdanS : Selamat Malam. Mari mimpi indah panjang panjang. Tapi Rancangan Mengajar esok tak tulis lagi. Yuhuuuu!! Tak kira. Mau tidur jugak!!!! Tata

Sunday, June 24, 2012

Penternak Jerawat!!!





Januari 2012



June 2012

 




Apamacam? Sangat Dasyat tak muka saya beberapa bulan yang lalu? Itu semua penangan PS saya yang asyik tak lepas lepas bila ditunjuk sama itu incik SV. Stress gila. Tak pernah di rasa stress sampai setara itu sekali sepanjang hidup 25 tahun di muka bumi ini. Serius!! Sebab itu jerawat berjaya naik bertimbun timbun dalam masa 2 minggu saja. Gila tak gila kan time tuh. Kalau nak tau betapa terumbang ambingnya hidup saya time tuh boleh rujuk entry entry lalu. Link 1Link 2Link 3, Link 4, Link 5 Sedih. Tak nak ingat lagi.

Selepas beberapa ketika itu, baru punya kesedaran yang jerawat saya tidak boleh berdepan dengan stress. Jika di sogok dengan sedikit stress saja, pasti akan timbul beberapa bijik jerawat, toing!!! toing!!! Aiyoyo. Sekrang sedang menjaga molek molek, mengkontrol diri agar tidak terjerumus ke kancah stress lagi. Setiap hari cuba menceriakan diri walaupun teringat kat puan budan dan incik ayah di sana. Ya, berjauhan dengan mereka juga dapat membuat stress itu singgah di jiwa. Hadoi. Sungguh tak boleh kawen kalau macam nie. T_T

Bila semua hal PS selesai, terus membawa diri balik ke kampung halaman. Semua orang terkejut akan perubahan muka yang begitu dasyat sangat. Sampaikan sepupu sepapat yang baru jajah 2 datang ke rumah, belum masuk lagi nie, baru je parking kereta, lalu nampak wajah saya di hadapan pintu rumah menyambut kedatangan mereka, lantas bibir kanak kanak yang penuh perasaan ingin tahu terus melontarkan soalan kepada bunda beliau dan dapat didengari jelas oleh saja, "Mak, mak, kenapa dengan muka kak muna mak?". Sambil membuat muka pelik dan euwwww terhadap wajah saya. Gila tak terasa kan? Bertambah stress jadi. Lagilah timbul toing toing jerawat baru di wajah beta.

Waktu itu, diri sangat down. Apa-apa saja perbualan,  sikit sikit mesti nak selitkan dengan ayat sedih, "Ya laa, muka muna penuh jerawat, tak segak pulak tu, muka mak lain laa, cantik, muda muda tak dak jerawat, muka licin gebu". Walaupun perbualan itu hanya berkisarkan suruh sidai kain baju saja. Semua nak di celahkan dengan hal jerawat yang penuh di muka itu. Ya, setiap hari berpuluh kali ayat ayat kurang keyakinan diri itu di ulang. Haha. Teruk sungguh anak dara sorang nie.

Satu hari, my aunty menegur wajah aku yang penuh bijik bijik nanah itu, lalu di syorkan dengan bedak verselin. Sebab dia tokey verselin, dia pun promote kau kau barang dia suruh aku beli. Haha. Time tuh, dah tak fikir apa dah semua benda aku cuba, semua petua aku buat, sampaikan keluar p kedai jait sebelah rumah pun aku bedai pakai bedak sejuk tebal 10 inchi yang digembar gemburkan mujarab itu. Tapi, pakai sampai habis satu botol pun tak menjadi jugak. Lalu aku pun stop sebab nak bagi laluan kepada alternatif lain pulak.

Mak suruh pergi berubat cara kampung. Tapi aku risau, mesti nanti orang yang ubatkan aku gelakkan aku jap lagi. Jerawat pun nak mengada mintak ubat kampung. Haha. Disebabkan aku agak berhati hati dan risau dengan cara ubatan kampung, takut  lari dari ajaran islam, so aku buat macam tak dengar je cadangan mak tuh. Huhu.

Kemudian setiap hari dok cucuk-cucuk emak, "Bila kita boleh pergi Hospital Pakar nie mak?" Pantang buat kerja rumah lebih sikit dalam sehari, pasti nak kena mintak balasan dari mak supaya mengsupport segala kos untuk berubat di hospital pakar. Hahaha. Lucu sungguh. Nasib baik mak tak setuju. Aku pun sedar, bukannya kronik sangat jerawat tuh, sampai tak boleh beza mana satu lubang hidung, mana satu mata. Ok lagi kan. Tapi disebabkan nak muka licin punya pasai dan kurang kesabaran, so mesti la nak cari tempat yang nampak hebat sajakan. Konon konfirm konfirm boleh settlekan masalah jerawat aku nie.

Last sekali, emak memberi suggestion supaya ke klinik dekat dengan rumah. Klinik tu terkenal dengan sakit sakit kulit nie. So, aku pun membawak diri pergi ke situ. Lepas pergi, doktor cina tu check check tak sampai semenet dah siap. Wahh!! Cincai nya cina nie? Boleh caya ka? Tapi fikirkan balik, ye lah, aku sakit jerawat je pun, tak kan dia nak kelebek jerawat aku satu satu, lepas tu cucuk, buang nanah, tolong sapu krim. Hey hey, memang tak kan lah.  Lepas tu pergi kat kaunter ambik ubat, pi mai pi mai, kena la dalam 35 ringgit. Dapat ubat makan 2 jenis. Dapat krim muka. Dapat sabun bsauh muka. Dapat ubat titik titik kat jerawat. Hurm. Banyaknyaaaa. Semoga berbaloi lah. Tapi yang agak tak berapa memuaskan hati 2-2 ubat makan yang dia bagi tuh, 2-2 pernah dan sedang aku makan. Sama sebijik sebijik sebab aku beli kat farmasi. 

Lepas sebulan aku amalkan lebih dari yang doktor tu suruh, Alhamdulillah, dengan izin Allah, sikit sikit, muka aku dah kembali pulih. Amalkan lebih? Ya, doktor suruh makan sehari 2 kali, aku makan sehari 3 kali. Sapu krim siang saja, aku sapu siang malam. Sabun muka pulak, standard la kan, selalu orang cuci 3 kali je, aku setiap jam pulun basuh muka. Haha. Semua itu kerana kesabaran yang menipis untuk cepat memiliki kulit gebu ikal mayang. Tapi kan salah satu sebab kenapa muka cepat pulih hari tu, sebab aku duduk rumah je, so, tak pakai makeup apa, bedak pun tak pakai sangat kalau keluar. So cepat lah sikit baik. Sekarang nie, tiap pagi, sebelum ke sekolah, tonyoh Miyami 3 inchi, before tu sapu Naturactor sampai dah macam opera cina, tak kira lagi, sekuali minyak yang akan keluar di kala jam 9 pagi sampai 1.30 tengah hari dan di blending dengan kulit muka aku yang besar pori porinya. Awatlah muka tak kembali berbiji biji halus. 

Ini sahaja kisah pengalaman jerawat dari aku. Kepada rakan rakan yang tak punya pengalaman sebegini, malah jerawat sebijik pun tidak pernah singgah ke wajah kalian, bersyukurlah banyak banyak. Tapi yang berjerawat jugak, jangan merungut ciptaan Tuhan,(ceywah, pandai nasihat, padahal, aku nie?) sebab, jerawat je pun yang naik, bukan Tuhan bagi bisul ke, kurap ke, kenser muka ke kat muka tuh, lagi dasyat kan. So, apa jua keadaan anda sekali pun, bersyukur dan redha, ada banyak lagi kes yang lebih dasyat dasyat dari anda. Rehda bukan bermakna tidak perlu melakukan apa apa usaha untuk menyembuh kan sakit itu. No no nooo. Usaha sangat perlu. Berdoa saja tak cukup untuk Tuhan memakbulkan apa yang di pohon. Sekian saja dari saya yang begitu bersemangat menceritakan perihal jerawat tanpa segan silu. Assalamualaikum. ^_^











PdanS : Lapaq oiiiiii lapaqqq..


Saturday, June 23, 2012

Something yang harus diketahui.











Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.

Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.




  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba


Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”

Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.




“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)




Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.

Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).




“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.

Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.




“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)




Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.

Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.


Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s


“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)


Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.










PdanS : Hari tu baca satu buku yang bertajuk "Armageddon2012" Best buk tu. Isinya bukan berkisarkan cerita khiamat 2012 yang mat salleh filem kan itu.  Tapi, tanda tanda khiamat mengikut Al-Quran dan hadis hadis. Tanda tanda itu di kaitkan dengan apa yang sedang dunia kita lalui sekarang sebagai bukti yang mana tanda tanda itu sudah ada. Bila baca buat kita sedar dan berfikir yang dunia ini sudah hampir kepenghujungnya. Tapi sayang, sebab sempat baca sikit saja. Rasa seperti harus dimiliki satu. Jom!!! P/S : Setelah membuat gugel secara tak sengaja menjumpai satu web yang membuat kesimpulan tenang buku itu, jemput baca dengan mengklik LINK ini. 

Kadang-kadang diri harus dipaksa untuk suka membaca walaupun rialitinya bukan kegemaran kita. Ya, memang sesuatu yang baik sukar untuk digemarkan. Tapi bila sudah selalu dipraktikkan, rasa macam ada yang tidak lengkap bila sehari tak ada satu ilmu pun yang melekat di minda. Rugi dan rugi lah mereka yang hari ini masih sama dengan hari semalam.

Suratan atau Kebetulan?



Entahlah. Beberapa perkara berlaku dalam masa terdekat ini. Selalu saja terfikir. Suratan atau kebetulan semua ini. Kebetulan? Adakah kebetulan dunia ini diciptakan? Adakah Allah ciptakan aku nie secara kebetulan juga? Adakah pokok itu tumbuh secara kebetulan kerana benihnya kebetulan di buang di situ? Adakah kereta itu berlanggar pokok kerana kebetulan sahaja? Hurm.. Mesti lah tidak bukan. Kerana semua itu sudah diatur dengan sebaik baik perancangan oleh Penciptanya.

Oleh sebab itu, perkataan kebetulan itu harus di buang jauh jauh. Tidak ada satupun perkara yang terjadi di dunia ini dengan izin Allah.  Tapi, bila memikirkan ianya adalah suratan ataupun Takdir dari Allah, pasti akan ada satu harapan di ahirnya. Hurmm. Sudah menjadi sorang yang sangat berharap la pulak. Tidak. Tak mahu menjadi seperti itu. Mahu tidak mengharap apa apa. Mahu membiarkan semua yang terjadi tanpa ada apa apa perasaan. Cuma mahu melaluinya saja. Harapan itu juga harus diletak tepi, doa dan usaha yang perlu didahuli.












Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 

"Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa." 




Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Surah al-Baqarah: ayat 186).









.

R.I.N.D.U




Serius teringat sama budak kecik nie. Kalau nak call  borak borak pun, paham ke dia dengan suara merdu aku nie. Hurmmm. Kena beranak cepat-cepat ke bagi ada anak sendiri baru hilang rindu ke anak orang? Beranak? Errrrrrr.. Jemput kawin dulu ye. Eh eh, tak tak, jemput berdoa semoga Tuhan bagi Jodoh yang baik seterusnya bagi zuriat yang soleh soleh. Boleh?  =P Aippp.. Bakpo  entry tersasul dari penceritaan yang sebenar nie? haha. Aiyoyo. 

Tapi serius laa, saya rindu si kecik nie. Rindu dengan telatah dia. Rindu dengan keexcitedan dia bila saya hanya menghulur tangan seperti mahu mendukung dia, tapi tak dukung pun, mengepak ngepak macam itik belajar terbang jadinya. Haha. Sekarang bundanya cakap, beliau semakin bijak. Sudah tidak senang duduk bila melihat wajah wajah kaum hawa mengenakan tudung. Haiss, macam mana agaknya lagat dia. Dah la murah senyuman, sampai tak boleh nak stopkan gelak tawanya kerna terlalu suka sangat. Sampai kadang kadang saya tengah berborak dengan ahli ahli rumah dan dia berada di depan, tiba tiba saja si kecik nie boleh bergelak kutkekkutkek. Motif? Suruh orang layan dia dan perasan orang menyembang dengan dia. Aiyoyo. Lepastu peramah tak bertempat, kadang kadang rasa nak penyettttt je mulut kecik dia, cakap tak henti bahasa siam dia tuh. Sorang sorang sambil tengok kipas pusing pun boleh jadi. Hadoii.

Awopppp, saya di sini merindui awoppp la sitecikk oiiii, selalu saja berangan, kalau lah ada pintu ajaib doremon tu kan bagus. Senang je pergi balik kerja, tak payah susah susah jadi warga perantau. Hurmmmm.










PdanS : Suratan atau kebetulan?? Hurmmm...

Thursday, June 21, 2012

Siap siap!!!




Done for tonight!!! Mari bertidur tiduran. Esok mau bekerja. Esok mau berJumaat. Esok mau mau mau mau jadi lebih baik dari hari ini. Tidak mahu menjadi yang celaka itu. Semoga Tuhan membantu. Ya Tuhan memang sentiasa membantu.






Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.







.

Tumblr Jom!!

Kehadapan pemilik blog yang dikasihi, ya memang harus di kasihi, bibir merekah rekah, muka bertahta sebijik jerawat jadian, badan gemok kerna balik sekolah wajib kena tidoq, lepas tu makan seperti tidak pernah berjumpa nasik setahun, walaupun tidak lapaq, pasti mulut sibuk memcari sesuatu yang boleh di kunyahkan. Sungguh kasihan kan. 

Cuaca kat sini asyik redup, redup berjerebu yang tidak baik untuk kesihatan, sebab itu ada batuk batuk kering si setiap hari. Nak nak hari ini berpuasa dan kurang minum air, jadi bertambah kering la segala yang sudah sedia kering. Ya, diri sudah pandai meminum bergeleng geleng air. Syabas!! Semua demi memiliki jisim serendah 50KG. Walaupun makan macam hapa, mengidam yang bukan bukan sampaikan tengok air sirap pun mulut masih boleh terkumit kumit dappppnyaaaaa, tetapi, percaya lah, yang SAYA BOLEH KURUS!!! Hahaha.

Okeh, buang cerita kurus kurus itu, sebab itu adalah kepastian yang akan berlaku, tidak usah di canang canangkan lagi akan kerialitian impian itu. Ceywah. 

Hari ini mau promosi TUMBLR saya. Jom la membuat tumblr bersama sama, boleh ber-reblog gambar cantik, quote best, ilmu bermanfaan, peringatan yang penting, dan yang pasti sesuatu yang tersimpan dek hati tapi tak terungkan dengan kata kata sendiri boleh di jumpai di sana. Bila menjumpai semua semua ayat itu, hati akan berbisik, "A'a laa, sama dengan yang aku rasa". Sungguh memahami Tumblr ini. Ouchh. Tapi TUHAN saya ALLAH SWT lagi MAHA MENGETAHUI. 

Sebenarnya sekarang sedang menanti waktunya Sang Suria itu tenggelam, jatuh ke Timur. Tapi tak ada la ternanti nanti dengan duduk mencangkung sambil merenung tiap kejatuhan Suria itu. Tidak tidak. Hanya membuang masa mengadap sesuatu cacatan harian sambil menaburkan ayat ayat manis yang tidak ada isinya. Cerita basi, omong kosong saja yang diperdengarkan. Haha. Apa nie wey, macam berpuitis sambil berkeling keling gitu. Ewah. Tak pa takpa.  Yang penting16 menet sudah di bazirkan.

Untuk memanpakkan entry ini tidak lah sangat no-nonsense dan tak berguna sekali, mari saya sertakan beberapa helai gambar yang segak bergaya dan quote yang menyentuh qalbu anda bila mengregister di TUMBLR. 



























Berjuta juta lemon lagi gambar dan quote yang menarik. Tapi hanya ini saja yang sempat di curi kerana masa  sang suria menenggelami diri nya sudah tinggal beberapa minit saja lagi. Oleh itu, mari lah membuat sebuah account Tumblr dan JANGAN LUPA UNTUK MEMFOLLOW saya di SINI ^_^



Monday, June 18, 2012

Pengaruh rakan tak sebaya.



Play la play laaa... Pelisss.. Hahaha..





Adikku sayang? Apakah???? Haha. Ya, pengaruh anak anak buah aku yang sangat menggilai lagu ini. Masuk kereta je, pasang CD Adikku Sayang, dari Kedah sampai Kolumpo. Dan makteh cantik pun jadi terikut ikut menyanyi jugak sehingga dah boleh hapai. Bukan kata boleh hapai je, tengah tengah basuh pinggan, sidai kain, tengah begolek golek dengan anak anak atas katil, tiba tiba, eh eh, kenapa kena nyanyi lagu nie? Wahh!!! Pengaruh yang cukup kuat. Bagus jugak laaa.. Atleast berzikir dalam tidak sedar. Ok la tuh. Tak de la nak termelalak lagu lagu yang penat tersasul tapi tak dapat apa kan. ^_^

Sewaktu peristiwa Israq dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim di langit yang ketujuh. Nabi Ibahim A.S berpesan, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".










.


Sunday, June 17, 2012

Detim bersama Ustad Don!!


Hari ini, 27 Rejab diri telah dibawa ke Shah Alam untuk satu program  anjuran TV Al Hijrah iaitu Cinta Masjid.  Salah satu slot ada sesi rakaman 60 minit Ustaz Don. So, apa lagi, penulis dengan pantas diselubungi perasaan teruja terus menghasut kakak jelita untuk pergi memenuhkan ruang masjid. Dah lama teringin nak jumpa Ustaz Kacak itu. 

Umat umat Islam sangatlah ramai walaupun lagi sengah jam lagi nak mula. Port yang dapat pun agak keterbelakang, tapi disebabkan saya seorang yang gigih berusaha, setiapkali ada commercial break, mesti akan ubah tempat maju kedapan. Hihi

Then, tak dan nak ambik autograf dan bergambar mesra mesraan dengan Ustaz Don. Orang sangat sangat sangat sangat ramai. Dapat ambil gambar dia sorang jee. 

Kemudian, sangat suka dengan environment di situ, satu aktivi keislaman, tak ada hiburan yang melaghakan, dapat lihat semua yang datang menutup aurat dengan sempurna, boleh dikatakan hampir 50% berjubah, kadang kadang terasa, eh, ye ke aku kat Malaysia nie? Ke kat Mekah. Jalan kat booth sana sini, semuanya sedap mata memandang. Kalaulah lah environment ini kekal walau di shopping komplek, di tasik, di pantai, di IPTA, di pasar malam, kan bagus. Ehem ehem. Kalaulah penulis sendiri tidak mengarapkan perubahan dari insan lain, dan membuat perubahan pada dirinya dahulu, lagi lagi lagi bagus kan. ^_^ 

Lagi? Hurm, dah la, sila saksikan sendiri gambar yang bakal di tayangkan di bawah ini, sila tonton dan jangan lupa sertakan feel macam dengki dengki gitu. Kehkeh. Selamat Berdengki dengkian. hihi. Eh, eh jangan dengki mengdengki, sebab kita hanya dibenarkan dengki kepada manusia yang lain untuk 2 perkara sahaja, bila seseorang itu mendermakan hartanya ke jalan Allah, dan bila seseorang itu menyebarkan ilmu yang beliau ada. Yang lain lain keadaan tidak boleh dengki.  Sekian. ^_^




[Sangat suka dengan Template yang baru nie. Baru ke? macam dah basi je. Haha. Suka sebab, template ini sangat tidak kedekut ruang untuk saya menghapload gambar sebesar ibu gajah. Jadi, harap maap kalau size  dan kegembiraan serta kebahgiaan yang terdapat dalam gambar, menggangu emosi anda!!!]
























Salah satu cerita yang Ustaz Don cerita tadi. First time dengar dan sangat buat mata berkaya.



Al-Kisah: Ketika malaikat bertanya kepada nabi Adam, siapakah engkau nabi adam? Maka nabi Adam menjawab sesuia dengan kedudukan belia "Ana abil basyar!" (Aku bapa sekalian manusia)

Malaikat bertanya kepada Nabi Musa, siapa engaku nabi Musa? Nabi Musa menjawab "Ana kaliimullah!" (Aku manusia yang berbicara dengan Allah)

Kemudian malaikat bertanya kepada nabi Ibrahim, siapakah engkau nabi Ibrahim? Nabi Ibrahim menjawab "Ana Kholiilullah!" (aku kekasih Allah)

Lalu malaikat bertanya kepada nabi Isa, siapakah engaku nabi Isa? Nabi Isa menjawab "Ana Ruuhullah!" (Aku adalah Ruh Allah)

Nabi-nabi yang sempat ditanya oleh malaukat, semuanya memberikan jawapan sesuia dengan kedudukan dan kemuliaan yang disandang mereka.

Tetapi setelah malaikat bertanya kepada nabi Muhammad, siapakah engau Muhammad? Baginda menjawab "Ana Al Yatim, Ana faqir" (aku adalah anak yatim, aku miskin), Subhanallah, jawapan baginda sangat bersahaja dan mencerminkan keunggulan pribadi seperti yang ditulis dalam Al-Quran.















PdanS : Apa yang kamu belajar hari ini : Dapat tahu yang diri ini sangat tak tahu banyak benda. Kena belajar dan belajar lagi. T_T

Saturday, June 16, 2012

Duhai Facebook...




Facebook 1

Malam nie berhajat mahu menjahit manik untuk 2 pasang baju rakan rakan sekerja. Tapi apakan daya, bila laptop di on kan, niat yang mulanya nak Google corak jahitan manit, tub tub dah jadi sejam dua dengan melepak di blog pelumba besikal negara dan bininya. Manek langsung tak Google. Rosak sungguh.  Haha.. Itulah saya yang suka melagha. Tu sebab kadang kadang Facebook kejap active kejap deactive. Semua itu disebabkan gara gara kurangnya kesedaran yang masa itu sangat tidak dapat di jual beli dan tidak dapat di patah balik. 

Ye kalau dok depan Facebook tu lagi la berhantu. Saya pun tatau apa yang saya dok mengadap sangat benda tu, dah la berejam buat benda yang sama saja. Home, profile, refresh, home, profile, refresh, home, profile, refresh, home, profile, refresh, home, profile, refresh, home, profile, refresh,  sampai tiga pat jam. Hurmm. Dasyat jugak kan. Memang harus deactive!!!!!! Ya Deactive sekarang!!! Esok kita active balik!!!! Muahahaha.

Tengah sedap sedang memanjat dan meragas  laman sesawang manusia lain, tiba tiba bilik yang riuh rendah bagai pasar malam kaum india, tubtub, menjadi sunyi sepi ku bersendirian. Bila di toleh ke belakang. Aiyoyooooo. Sudah tegolak sorang sorang anak dara dan teruna saya ini. Haha. Sungguh asyik Makteh kome melayari internet sampai tak sedar kome kome dah lame tidor yeee.




Tak tahu pun apa yang mereka mempermainkan. Serius tak sedar dan tak ambik tau langsung. Padahal duk belakang aku je pun. Hahaha. Tapi yang pasti bilik dah bersepah. Ruang untuk bersolat sudah tiada dan, dan, memang mereka bertiga akan menjadi penginap bilik aku sampai ke pagi ke? Alahai.. Tak sampai hati nak kejut. 


Facebook 2

Facebook nie, selain melaghakan aku, kadang kadang ada jugak faedahnya. Dari membuat aktiviti lagha seperti mengstakl rakan rakan lama, saya terjumpa satu berita. Sesuatu yang buat saya berfikir. Pelis, jangan mengeluh tentang hidup anda. Wang ringgit, pekerjaan, kemewahan, kecantikkan, kebahgiaan, kesenangan, keamanan, jangan di banding banding. Jangan di ukur ukur. Tiap kali terasa kekurangan, ingatlah ada lagi yang lebih merana dari kita. Ada yang lebih susah dari kita. 

Semoga dugaan yang menimpa kawan saya itu, di tukar dengan pahala berkat kesabarannya, di ganti dengan kebahgiaan berkat tidak putus asanya.

Ya, selalu ingat mereka yang lebih kurangan dari kita.













PdanS : Esok ke Shah Alam, detim sama Ustaz Don. Ewahh. ^_^

Quote #39







Siapakah kita yang hendak menghakimi orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan mecerita keburukan orang lain? Dah sempurna sangat ke kita? padahal kita tak sedar diri kita juga sama… Kita juga hamba Allah..

Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan?

Kenapa kita tak boleh nak menerima perubahan pada orang lain? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun berdosa jugak?? Sepatutnya kita memperkatakan mengenai perubahannya. Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik..



Friday, June 15, 2012

Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Membantu, Maha Mempermudahkan.




[Semoga cerita ini tidak menimbulkan salah faham. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri apatah lagi bersikap angkuh. Cuma semata mata mahu mengkabarkan yang Allah itu Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Membantu, Maha Memudahkan, kepada teman teman sekalian. Astaqfirullahhalazim...]




Hari ini hari Jumaat. Hari yang berkat, hari yang di lipat gandakan pahala setiap amalan. Jadi terdetik di hati nak mensedekahkan  wang ringgit pada pelajar saya yang tak berkemampuan. 

Jadi sebelum rehat, saya ada berborak dengan seorang pelajar kebajikan (Pelajar yang tinggal di rumah kebajikan kerana mereka nie dijumpai berkeliaran di pekan pekan besar, tidak beribu ayah, tidak punya rumah, maka pihak kementerian mengutip dan menempatkan mereka di rumah kebajikan lalu di sekolahkan di aliran pendidikan khas kerana tidak tahu membaca walaupun berumur 10 tahun dan punya masalah tingkahlaku yang dasyat dasyat.) Saya berborak dengan budak ini hal wang saku hariannya. Sehari seringgit saja yang diperuntukkan kepadanya ke sekolah. Jadi dengan seringgit boleh beli air dan donat saja. Macam sedih bukan. 

Sewaktu rehat saya cuba mencari budak ini untuk menghulurkan wang seperti mana yang saya niatkan awal pagi tadi, tapi dia tetap sibuk dengan teman teman yang lain. Tiga empat kali saya cuba untuk mendekati dia, tapi ada saja halangan. Nak diberikan duit itu depan kawan kawan, takut nampak dek mereka lalu yang lain lain berkecil hati pula. Sampai lah loceng rehat berbunyi, saya tetap tak dapat nak hulurkan wang yang saya niatkan itu. Dalam hati, tak mengapalah nanti saya cuba beri waktu dalam kelas.

Mungkin bukan rezeki dia, saya terlupa untuk memberi wang yang saya niatkan itu kepadanya. Sedar sedar sudah masa pulang. Sedar sedar semua murid sudah tiada. Hurmm. Tak dapat jugaklah saya bersedekah hari ini.

Sewaktu berjalan pulang ke rumah, ada beberapa kolompak pelajar sesi petang sedang berada di depan pintu makmal KH. Makmal itu menjual ais krim goyang untuk pelajar yang ingin membelinya. Dalam kelompok yang ramai itu tiba tiba saya terpandang seorang pelajar perempuan, kecil tubuh badannya, wajahnya hitam manis, berambut perang, rambut terikat tapi masih tetap kusut, baju lusuh kekuningan yang mungkin kalau kita sudah dibuat kain buruk, nampak jelas jahitan di leher sudah terburai dan menyebabkan lipatan di dalam terkeluar dari baju, kemudian baju itu tidak bergosok, dibahu menggalas beg hitam, beg yang talinya jelas kelihatan bekas jahit di kedua dua belah. Kasut sekolahnya hitam dan kotor. 

Saya memandang dia dan dia membalas pandangan saya dengan penuh simpati. Dari air mukanya saya tahu, dia juga mahu menikmati aiskrim itu, tapi tidak mampu membelinya, sebab itu dia hanya berada di luar kelas dan memerhati kawan kawan yang lain mendapatkannya.

Sebelum dia beredar ke tempat lain, saya lekas lekas menarik tangannya. Saya duduk di atas kerusi sambil memandangnya. Saya tanya, "Nak beli ais?" Dia cuma menggangguk. "Ada duit?" Dengan malu malu dia menggelengkan kepala. Alahai. Kasihannya. Tanpa membuang masa, saya capai dompet yang tersimpan di dalam handbeg, lalu di tarik beberapa keping wang seringgit, dan di serahkan kepada budak itu. Dia terus tersenyum dan berlari ke arah kawan kawan yang sudah jauh menginggalkannya, tanpa sempat mengucapkan apa apa kata. Mungkin terlalu gembira mendapat duit barangkali. hihi. Hurm. Terlaksana jugak niat saya nak sedekahkan wang hari ini.

Lepas perkara ini terjadi, saya teringat kata kata seorang kakak di tempat kerja yang baru pulang dari umrah, "Tiap apa yang kita niatkan kat sana mesti akan terjadi". Dan kejadian yang dia lalui di Mekah sana, hari ini, telah terjadi kepada saya pula walaupun hanya berada di tanah tumpah darah.

Ya Allah itu MAHA MENGETAHUI. MAHA MENDENGAR. MAHA MEMBANTU. MAHA MEMPERMUDAHKAN.

Jadi, setiap yang kita inginkan doalah kepada ALLAH. Sebab ALLAH itu MAHA MENDENGAR. Tiap perbuatan kita niatkan kerana ALLAH kerana ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Bila  ALLAH  Mengetahui,  ALLAH  mendengar, setiap kerja kita, setiap perbuatan kita, setiap impian kita, walaupun ada halangan, ALLAH akan membantu. Walaupun susah  ALLAH akan mempermudahkan kerana ALLAH MAHA MEMBANTU, MAHA MEMPERMUDAHKAN..

Sentiasalah berniat baik, berniat aku nak berubah, aku nak pakai tudung, aku nak sembahyang penuh, aku nak sembahyang awal, aku tak nak mengumpat orang, aku nak tutup aurat depan sepupu, abang ipar, semua yang bukan mahram. Aku nak menutup aurat dengan lebih sempurna. Bantulah aku YA ALLAH. Sebab bila kita berniat, kita berdoa pada Allah, Allah akan bantu kita.

Mungkin kita lupa nak kunci jam untuk subuh, Allah akan kejutkan kita dengan bunyi burung yang kuat. Bila kita asyik sibuk bershoping sampai lagi 10 menet nak habis waktu, Allah ingatkan kita. Bila kita sengaja tangguhkan zohor dan tidur dari jam 1.30petang sampai jam 4 ptng baru tersedar dan baru kalut nak sembahyang, Allah mimpikan kita dengan kisah kisah khiamat. Bila kita berniat untuk bersedekah pada hari itu, kemudian kita lupa untuk memberi, mesti Allah datangkan kepada kita sesiapa saja untuk menjadi penerima kepada niat kita itu. Bila kita terlalu gembira, lalai sedikit dari suruhannya, mesti Allah berikan hati yang tidak tenang, hati yang gundah gulana supaya kita jadi tidak selesa lalu kembali mengadu padaNya. 

Ya, JANJI ALLAH BENAR BELAKA.











.

Menguji kesabaran.





Ya, mendidik adalah kerja yang paling banyak memerlukan kesabaran. Nak nak lagi dengan mereka yang tak faham bahasa, otak lambat nak pickup, perangai kalah hantu syaitan, hadoii. Mengucap panjang saja. Bila berdepan dengan semua ini, psychology akan membuka langkah, mengambil tempat, memulakan peranan. Saya? Owh, psychology pun dapat C, apa boleh buat, memang tak dapat membantulah. Kahkah. Kena bawak bersabar banyak banyak je lah.

Mengajar saya dah masuk sebulan, belum ada perkara yang sangat mencabar kesabaran, menguji keimanan yang perlu di tempuh. Semuanya masih baik baik lagi. Sangat enjoy dengan kerja ini, dengan pelajarnya, biarpun mereka adalah pelajar yang bermasalah(Pendidikan Khas), tapi itu kacang saja. Bila dah terbiasa, akan tahu macam mana nak menghandlekannya. Kerja pun sangat tidak banyak, tak ada buku yang perlu disemak, tak ada soalan yang perlu digubal, tak ada kertas peperiksaan yang harus di tanda. Tak ada ya. Study untuk topik topik yang akan di ajar pun tidak perlu. Ya lah, setakat nak mengajar cara lipat baju, gosok gigi, mewarna gambar seluar, kereta, ABC, 123, tak kan nak kena study kot? Di ajar sebulan dua dengan topik yang sama pun, belum tentu mereka dapat kuasai. Mudah kan. Hihi. 

Ya, mudah mudah jugak, tapi ajarnya tetap kena bersungguh sungguh. Kalau yang cepat fedup memang susah la, sebab mereka bukan senang senang nak dengar dan faham arahan kita. Macam-macam jenis perangai, yang hyperaktifnye, yang tak dengar cakap, yang asyik nak pukul orang, yang menyanyi 24 jam, yang nak buat hal sendiri, yang kaki merayap, yang cakap sorang sorang, yang tak nak cakap, nak senyum je, yang tak nak buat apa apa kerja, yang bagi lah mainan ke pensil ke, tau nak baling je, yang baru pukul 8pagi dah nak balik, dan macam macam lagi perangai perangan pelik mereka. Kalah Hagimaru tau. Haha. Ya, semua semua nie lah yang menjadi cabaran untuk guru pendidikan khas. Walaupun satu kelas hanya 1-6 orang sahaja, tapi kesabaran yang diperlukan macam menghandle 30 murid normal. Hadoii. 

Tapikan, bila mengajar mereka, selalu saja, tenung wajah tiap seorang, tenung lama-lama, usap kepala, dalam hati terdetik, Ya Allah, di hadapan aku nie ahli ahli syurga, biarlah nasib mereka di dunia kurang menyebelahi, tapi di akhirat nanti, tentu syurgalah tempat mereka. Aku nie? Yang di dunia diberi kesempurnaan. Di sana nanti, tak menjamin akan terus syurga. Untungnya mereka.. 

Kawan kawan, hari hari yang lepas, saya ada terdengar kata kata seorang Ustaz, tiap ibu bapa yang punya anak yang mengahafal alquran, di akhirat nanti anak anak itu akan mendapat syafaat, dia dapat menarik sesiapa saja yang dia inginkan untuk masuk ke syurga. Terus dalam hati terdetik, nanti dah ada anak nak hantar jadi hafiz dan hafizah lah. Hihi ^_^ 




Kanak kanak ini, walaupun nampak macam kanak kanak normal, tapi mereka nie ada masalah masing masing. Pendidikan Khas bukan terdiri dari mereka yang sindromdown saja ya. Ada banyak lagi sebenarnya, masalah deleksia, pekak, bisu, hyperactive, OKU, masalah pembelajaran, kecacatan mental dan banyak lagi. 
#Akan merindui wajah wajah ini nanti.






PdanS : Tadi mengajar anak buah matematik. Suruh kira 10, 9, 8...0 pun tak reti. Ya ampunn, memang tangan aku lebih laju dari mulut la jawabnye. Hahaha. Terus menangis tak nak belajar dengan makteh dah. Tu la sapa suruh main main. Dah la jajah satu dah. Adik yang tadika pun hebat kira-kira menurun even no puluh puluh, nie baru suruh kira yang 10 pun dah gagap. Apa laaaa. Dah, makteh tak payah nak beletiq panjang panjang sangat, tak dak orang berminat nak baca. Dah, Jemput Isyak!!!

Thursday, June 14, 2012

Quote #38




Ikut ahli psikologi, bila ada kesusahan 


1. kita harus cerita pada orang yang kita cintai dan percayai. 
2. Kalau tidak ada orang itu kita tulis atas kertas, 
3.cerita pada binatang kesayangan. 


Kalaulah cerita pada makhluk Allah kita tenang apa lagi kalau kita merayu pada Allah pencipta kita. Allah tidak pernah bosan mendengar masaalah kita tidak seperti manusia. Yakin pada kasih Allah. Jika kita sibuk dengan manusia, kita tidak sibuk dgn Allah. Maka kita harus sibukkan diri dengan Allah supaya kita tidak sibuk dengan manusia. Solat satu kerehatan yg mendekatkan kita dengan Allah. Jika solat tak dijaga jangan hairan kalau hidup penuh masaalah.



-Prof Dr Muhaya-









Quote # 37






Rasa itu terkadang muncul dan terkadang hilang. Bila ada tenangnya rasa sampai tanpa sedar mata berkaca. Dan bila ia tiada, hati gelisah, tidak tahu apa punca, semua yang dibuat jadi tidak kena. Kemudian, tercari cari, tertanya tanya, dimana ia hilang. Adakah diambil Pemiliknya. Lalu, dipohon, didoa, untuk dikembalikan rasa yang hilang. Bila ia muncul, harapnya, akan kekal sampai bila bila. Sampai hujung nyawa, sampai dipertemukan di waktu seterusnya. Amin...




Amalan Sunat Di Hari Jumaat



Assalamualaikum. Selamat datang kepada Penghulu segala hari, walau aidilfitri tiba, walau aidiladha datang, dan walau hari arafah muncul, Jumaat tetap hari yang paling mulia dari hari hari itu. Jadi, mari kita bersyukur untuk Jumaat ini. Bersyukur, kerana tuhan masih meminjamkan nyawa kepada kita, masih di dalam agama Allah, dan bersyukurlah untuk setiap perkara ataupun nikmat yang menyenangkan kita mahupun mengundah gulanakan kita.

Bersyukur bukan saja dengan lidah, tapi perlu diiringan dengan perbuatan ataupun amal, yakni, apabila Tuhan memberikan ilmu, kemudian terus amal dan sampaikan ilmu tersebut. Apabila Tuhan mengurniakan harta, maka harta itu terus dibelanjakan ke jalan yang halal dan diredhai Allah. Apabila Allah memberi kesihatan, gunakan ia untuk beribadah kepada Allah sama ada dalam ibadah umum ataupun khusus. Begitu juga apabila Allah memberikan masa lapang, ia perlu digunakan untuk membuat perkara yang bermanfaat. 

Mengingatkan orang sangat mudah, tapi untuk diri sendiri mengpraktikkan apa yang di sampaikan? Hurmm. Kemudian untuk mengistiqamahkan apa yang dibuat? Cukup susah. Tak mengapalah, pelahan pelahan kayuh, slow slow panjat, bak kata pepatah orang putih "It Doesn't Matter How Slow You Go, As Long As You Don't Stop" Ya, jangan berhenti. Biarpun hasilnya sedikit, yang penting dari hari ke hari perubahan sentiasa ada. Dan "Celakalah mereka yang hari ini adalah lebih buruk dari hari semalam". Teringat akan kata Ustaz Zaharuddin, kita nak berubah tidak perlu tergopoh gopoh, takut tidak selesa, lalu diberhentikan saja. Ibarat seperti memanjat bukit yang tinggi, satu demi satu anak tangga kita daki, kita tak lompat dari anak tangga yang pertama dan terus sampai puncak. Susah dan bahaya.

Okeh, di hari Jumaat yang mulia, mari lakukan sesuatu yang tidak dapat kita perolehi di hari hari yang lain. Kadang-kadang kebaikan itu harus di paksa untuk melakukan. Biarpun tidak ikhlas. Lama-lama bila sudah terbiasa, sudah sebati dengan amal baik itu, berdoalah pada Tuhan supaya diberi hati yang ikhlas pula. Kan. Ok, Tata. ^_^





No
AMALAN
GANJARAN
 1.
Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin.
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda:“Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)
 2.
Membaca Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” (3 kali), pads solat Sunat Fajar Jumaat.
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.
3.
Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: “Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
 4.Membaca surah Ali ImranAkan didoakan oleh malaikat hingga ke malam.

 5.Membaca surah al-Kahfi.
Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
 6.Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat.
Bacaan selawat  disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.
 7.
Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
Akan  mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.

Monday, June 11, 2012

Memang aku ini anak orang miskin..




I tak paham dan sungguh tidak memahami, kenapa mesti waktu sunyi sunyi, tengah tekun berfacebooking, tetiba.... Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, Rumahku pun tiada, Ada pun bapa punya..... Aikk, sapa yang pasang lagu tu? Bila try didengar sekali lagi secara teliti, tak dak pun bunyi. Eh eh, tak kan aku kot? Aku ke yang nyanyi? Kenapa dalam hati kena tekumut kamit mengalunkan corous tang itu? Kenapa? kenapa? Aiyoooo. 

Serius lagu tu dah macam menseram kan dan sungguh scary. Scary la sebab walaupun mulut aku tak berlalalala, tapi hati seronok menyanyi dalam tidak sedar. Sampai sukar nak di stopkan. Tambah tambah lagi waktu duduk saja saja. Aiyoyooo. Hahaha.

Duk basuh pinggan tadi pun, eh eh, apasal mulut aku terkumit kumit nyanyi lagu nie lagi. Ammaaaaa...Appppaaaaaaa.. Apa salah saya?? Saya tak pakai susuk punn. Saka pun tak bela tauu!!! Kenapa dia mesti menghantui diri ku ini...