❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 14, 2012

Travelog Haji







Syukur Alhamdulillah. Buku ini sudah berjaya di baca hingga ke penghujungnya. Banyak pengajaran yang saya dapat. Banyak ilmu yang dikutip dari buku ini. Benarlah akan satu kata-kata itu :


"Kita bukan sahaja apa yang kita makan, tetapi kita juga adalah apa yang kita dengar, baca dan tonton. Apa sahaja yang kita baca, dengar dan tonton akan membentuk diri kita kerana semua itu hakikatnya ialah makanan rohani kita"


Saya yakin dan percaya, bila kita berazam untuk merubah diri kepada yang lebih baik Allah akan tolong dan buka lorong serta jalan-jalan itu. Mungkin buku ini salah satu jalan yang telah Allah tunjukkan dan buka kepada saya. Syukur pada kusukaan yang baru ini, membaca dan berusaha menambah ilmu.  Syukur juga kerana Allah telah menggerakkan hati ini untuk memilih buku THMSI dikala hati keliru dalam membuat pilhan buku mana yang mahu dibeli. 

Syukur juga atas kelapangan masa yang tuhan berikan pada saya sehingga ada masa yang kosong untuk memahami ilmuNYA. Janganlah memberi alasan "Tidak punya waktu" bagi menambah ilmu didada. Ingatlah, masa itu perlu dicari. Bukan di nanti.

Berbalik kepada buku ini, ia bukan berkisarkan cara-cara menunaikan haji, apakah syarat sah haji, dan lain lain berkaitan dengan rukunnya. Tidak. TMH ini adalah sebuah pengalaman dari seorang hamba Allah yang mana beberapa tahun sebelum menunaikan haji dirinya begitu jauh dari agama Allah, banyak kekurangan dalam dirinya sehingga beliau lalai dari tangungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Setelah banyak nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan, beliau tersedar dari kelalaian itu, lantas memohon ampun dari Allah Rabulalamin.  Sebagai rasa syukur kepada Ilahi, beliau bernekad mahu menunaikan haji pada tahun hadapannya. Berkat doanya yang tidak putus-putus, taubatnya yang bersungguh-sungguh, Allah permudahkan jalannya. Melalui buku ini, beliau menceritakan kisah pengalamannya ketika berada di Tanah Suci.

Antara kata-kata yang bergitu memberi kesan dalam jiwa saya, dan membuatkan saya berfikir :




"Setinggi manapun kita mampu ke atas, akhirnya tanpa didikan agama, kita tetap berasa kesunyian, kekosongan dan kerinduan pada sesuatu yang sukar dinyatakan"


"Apabila kita dikurniakan rezeki daripada Allah SWT, kita harus ingat, ada dua kemungkinan yang boleh berlaku, sama ada kita menjadi lebih merendahkan diri, lebihn ingat kepadaNYA ataupun kita semakin sombong, angkuh, riyak dan lupa kepadaNYA.


"Manusia tidak berjaya memasuki syurga dengan amalannya tetapi semata-mata dengan rahmat Allah"


"Allah memberi pengajaran. Apabila dia mahu memuliakan insan yang dipilihnya, dia mampu melakukannya. Segala-galanya adalah atas kuasanya yang mencipta manusia supaya belajar, memahami dan mengambil ikhtibar atas segala kejadian."


"Fardu haji bukan hanya bermula apabila kita sampai di Mekah atau Madinah. Ia bermula lebih awal lagi, semasa kita masih di Malaysia. Ia bermula dengan taubat, kesungguhan dan keikhlasan kepadanya."





Sejujurnya sudah bertahun menyimpan hasrat dan hajat ini. Semoga yang di doa itu termakbul. Tak dapat digambarkan rasa yang tersimpan. Tiap kali ditatap tempat itu, tiapkali hati teringat pada rumah hitam itu, pasti mata akan berkaca. Apatah lagi bila membaca buku buku kisah pengalaman insan insan yang pernah ke sana. Bagai hujan lebat yang turun mencurah curah. Sangat berkobar kobar jiwa ini mahu dijemput jua kesana.

Ya Allah, tunaikan permohonan hambamu ini, Aku teringin memnunaikan fardu haji dan umrah. Jempulah daku Ya Allah. Berilah kecukupan wang ringgit. Berilah tubuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berilah keringanan hati untuk mengadapmu, Ya Allah.









PdanS : Suka sesuatu bahan bacaan yang buat akal berfikir, kemudian ada kisah yang boleh diteladani. Sangat bagus untuk memotivasikan diri.

No comments: