❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 5, 2012

Tak ada logikal.


Semalam tidur. Lalu bermimpi beberapa kisah yang langsung tak ada logikal : 


Kisah 1 : Saya punya seorang anak perempuan yang comel. Entah la datang dari mana, kawin belum, tub tub, seseorang datang dan beri baby itu kepada saya. Lalu saya pun mendukung dengan penuh kasih sayang seorang ibu. Hurmm????

Kisah 2 : Dan dalam mimpi tu jugak tetiba anak perempuan saya dah besar dan sudah ada yang mahu meminang beliau. Yang meminang itu terdiri daripada mereka pelukis kartun komik dan sebaya saya. Hurmmm??

Kisah 3 : Kakak saya yang dah kawin dan punya 2 orang anak di alam nyata ini, dalam mimpi tersebut tetiba jadi single, masih anak dara. Dia juga di pinang orang. Hurmmm??

Kisah 4 : Saya? juga di pinang orang. Tapi melarikan diri. Agak menarik scene melarikan diri tuh. Ala ala cerita James bond yang penuh mencabar. Panjat tingkap, lompat bangunan, menyamar jadi nurse, ada api dan gas gas, dikejar pakgad, lari dalam hujan, menyorok, dan lain lain lagi. Saya pun agak kabur dengan motif sebenar pelarian itu. Mula mula lari sebab tak nak di pinang. Tapi at the end of the lari penat penat tuh, rupa rupanya nak lari dari adik kawan saya yang kawin pada hari itu. Lari sebab adik dia suruh buat kerja kawin macam macam. Letih kottt. Hahaha. Lucu la engkau nie mimpi oiii.

Bila bangun dari tidur, check check email, wahh!!! Saya memang loteri!!! Loteri yang international punya kotttt!!! UK weh. Memang pulak US$750,00 dohhhh!!! Hebat tak hebat. Zaman bila pulak la aku menjahilkan diri main loteri loteri nie. Hahaha.
















PdanS : Eh eh, apasal mimpi berbaur pinang meminang nie. Bakal tanam pokok pinang ke? Ke nak makan buah pinang? Kehkeh.. Syoq syoq.. ^_^

No comments: