❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 14, 2012

Puasa di Hospital Kampung.

Hospital


Diri sangat lemah bila melihat kad appoinment dan harus ke hospital. Nak nak lagi bila ada doktor yang hensem bagi rawatan. Hadoi. Yang sakit sesikit tetiba boleh jadi macam dah kronik gila tahap lima. Motif? Menagih simpati la konon. Hahaha. Tegagap gagap tadi aku nak jawab soalan doktor. Hadoi. Menci tau. Dah la minggu depan kena jumpa lagi. Rase macam nak je cakap "Doktor, kalau jupe teptiap minggu pun saye tak kesah tau" Aummmm. I loikeeeeeee. -_^

Hospital Sungai buluh adalah hospital yang paling syoq sekali. Ini kerana setahun setengah yang lalu, waktu mendapat rawatan yang sama, berulang kali, jugak dijodohkan dengan  Doktor yang ganteng bisa buat iman ku senipis bawang ini berguncang guncang. Lalu Nadi pun berdetum kencang. Seperti genderang mahu pulang. Aku sedang ingin, bercintaa.. karana.. 
Aiyoyo. Tetiba ada lagu Dewa menyelit untuk memeriahkan baris baris ayat ini. Kehkeh. 


Apalah nasib badan kan. Operation di hospital itu pun di handle oles mereka mereka ganteng. Hadoiyaiii. Rase macam tetiba nak pergi ambik nursing kat mana mana kolej jururawat. Can? 

Walaupun ini semua nampak macam syoq sekali, tapi, ketahuilah bahawa saya sangat tak suka sebenarnya bila berurusan dengan mereka mereka yang spisis ganteng ganteng ini. Nanti tahap keFOKUSan akan hilang entah ke mana. Serius aku cakap. Waktu dulu, sebelum mendapat tahu siapa bakal SV yang akan memantau untuk projek last sem saya, selalu saja hati berdoa untuk dipertemukan dengan insan yang biasa biasa saja. Nasib baik Tuhan itu Maha Mendengar. Dianugerahkan insan yang luar biasa. Sampai jumpa pun kena paksa paksa. Sebulan sekali pun kadang kala. Aiyoyo. Hahaha.



Puasa.

Hari ini aku berpuasa. Salah satu sebab hari tak berapa nak tersenyum. Kalau puasa automatik diri akan jadi serupa nak telan orang jee. Entah la kenapa, sepatutnya bila dah puasa tuh mesti jadi lagi beriman. Nie tak, nak senyum pun jadi agak susah. 

Puasa? Puasa ganti ke? Entah la. Ye kot. Hahaha. Selalu macam nie tau. Selalu tatau kena ganti berapa hari lagi. Sekarang men tibai  puasa saja lah. Agak dah macam lama tu kita stop ye. Muahaha.




Kampung

Sekarang sedang membilang hari untuk pulang ke kampung. Lagi 2 minggiu. Yeay yeay!! Tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman. Banyak benda yang akan diperbuatkan. Nak nak lagi bila semua ahli keluarga  pulang. Majlis Berkhatan anak teruna saya. Kenduri arwah. Family day sebelah puan emak di Salak Denai. Salak Denai? aiyoyooo. Syoq syoq. Acara tahunan kini kembali. ^_^

Yang penting sekali, bila balik dapat bersua muka dengan Puan Bunda. Rindu yang amat dah nie. Hari ibu semalam tak wish apa apa pun. Jahat tak? Hurm entah la. Actually nak call tapi tak tercall call. Dah seminggu lebih saya kat sini. Langsung tak ditanya kabar puan bunda. Setiap hari hati teringat. Waktu makan pun sama. Selalu terfikir fikir apa mereka di sana makan? Tapi entah laaa. Ok ok. Tak nak tulis apa dah. Nak ambil henpon dan dail no "Aaayah bonda".





.

No comments: