❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 2, 2012

Pagi dan Tanah Tumpah Darah.


Hai. Jam sudah hampir ke pukul 11 pagi. Tapi Sang Mentari tak kelihatan lagi. Sembunyi di sebalik awan awan hitam. Awan awan mendung yang penuh rahmat Tuhan.

Setiap pagi mengharapkan hari yang sedang dilalui lebih baik dari hari hari sebelumnya. Pagi ini? Harapan yang sama diulang. Kadang kadang lebih baik, kadang kadang kualitinya sedikit kurang. Biasalah kita manusia, merancang sehebatnya, mahu dilaksanakan semuanya, tapi yang menentunya, yang mengaturnya, DIA di atas sana. Tugas kita berusaha saja.

Syukur alhamdulillah untuk hari ini. Syukur untuk semua yang Tuhan aturkan untuk saya. Pengaturan Tuhan itu hebat. Tidak pernah disangka kita, tidak pernah di pohon kita. Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlu dari apa yang kita mahu. Mahu kita selalunya tidak perlu. Selalunya hanya mengikut hawa nafsu. Jadi setiap penentuan itu harus di terima dengan hati yang redha. Pasti di buka keindahan yang terselindung itu bila sudah tiba masanya. Ada sesuatu yang baru untuk ditempuh. Semoga perjalanannya baik baik saja.

Hep. Bagaimana hari anda? Sini hujan dari seawal pagi tadi, menjadikan hari ini untuk bermalas-malasan saja. Selalu menjadikan cuaca, makanan, orang lain dan keadaan sebagai alasan untuk terjadinya sesuatu perkara yang tidak baik. Tidak langsung menyalahkan diri sendiri kerana diri sendiri semuanya baik baik belaka. Sungguh manusia memang begitu. Seperti keadaan sekarang. Keadaan di tanah tumpah darah saya. Hal hal mereka yang berpolitik itu. Yang bangga menyebarkan keaiban orang. Yang bangga mengatakan sesuatu pihak itu jahat. Jadi kamu yang mencela itu? Suci? Sudah bersih dari segala kotor? Semuanya menunding jari mencari kesalahan orang. Tidak sikit pun menilai diri mereka sendiri. Mana Islam dalam diri? Hanya nama yang dibawa? Isi? ditinggalkan saja. 


Bila, ada pihak  yang ditangkap dengan kes yang tidak enak. Oh, itu tidak benar. Itu hanya konspirasi untuk menjatuhkan kami.

Bila ada polis yang bertidak ganas di perhimpunan Bersih  beberapa hari lalu. Oh, itu bukan polis kerajaan. Itu pihak pembangkang yang menyamar sebagai polis untuk memburukkan pihak kerajaan.

Bila ada mereka yang merusuh, yang menghuru harakan dalam satu perhimpunan. Oh, itu bukan dari kumpulan kami. Itu pihak kerajaan untuk mengkambing hitamkan kami.



Hurm.. Manusia manusia.. Apa apa pun semuanya bermula dari diri kita sendiri. Dari dalam hati. Kotor atau bersih kita sendiri yang lebih mengetahui. Tak perlu menilai orang itu baik, orang ini jahat. Kita tak tahu kesudahan hayatnya bagaimana. Tidak pernahkah mendengar kisah pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing ? Yang mana ahirnya pelacur itu dimasukkan kedalam syurga?

Disebabkan kita terlalu mudah menilai orang, terlalu cepat mempercayai, terlalu senang membuat kesimpulan dari apa yang kita lihat dan dapat tanpa membuat apa apa usul periksa, lalu, terjadilah perbalahan, timbulah fitnah, bermulalah kutukan yang semuanya tak memberi apa apa faedah, sebaliknya menjadi alat pengumpul dosa kita untuk ke neraka. Nauzubillahhiminzalik..











PdanS : Moral of the story : Apabila selipar anda dicuri di masjid, terimalah hakikat, bukan semua yang datang ke masjid dengan niat nak solat saja tau. Jadi beringatlah, kalau anda iktikaf di mana mana masjid lalu handphone anda kena curi, jangan salahkan jemaah itu, salahkan diri sendiri kerana tak jaga harta. Harta hilang, iman pun terbang...

No comments: