❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 21, 2012

Mimpi yang pelik.


Hai semua. Selamat berhari isnin. Selamat berawal minggu. Ahak ahak ahak. Dan batuk saya pun sibuk menjengah. Ceywahh. mengsibuk sungguh kan dia. Kamu, sakit saya sudah pergi. Sudah kurang batuknya. Kadang-kadang saja datang membuat tinjauan. Syukur alhamdulillah. 

Lagi 4 hari bakal bercuti cuti sekolah. Yabedabeduuuuuuuu!!!  Dah tak tertahan aku kat sini. Semalam bagai ibu yang kehilangan anak. Semua benda yang dibuatnya serba tak kena. Macam stress yang tatau punca. Tidur pun tak kena. Tengok Tv pun hati tak tenteram. Tertanya tanya pada diri. Kenapa aku nie? hey hey. Awat jadi lagu nie. Ditambah pulak jantung memang laju berdetup kencang. Satu tetika rasanya kuat sampai dapat dilihat pada dada yang bergerak gerak. Pelik sangat sangat. 


Malam semalam, disebabkan semua rasa pelik itu menjengah, terus di google tanda tanda mati. Takut sangat sangat. Bila sangat tak senang duduk, terus di ambil air sembahyang dan bersolat asar. Berdoakan kat tuhan moga di hilangkan rasa gundah gulana itu, supaya di tenangkan hati. Lepas dimohon bersunguh sungguh, lepas di aminkan apa yang di doa, hati jadi tenang yang teramat amat. Betul dan benarlah "Dengan mengingati Allah hati akan tenang". Mungkin 2,3 hari sebelum itu, hati terlalu gembira sehingga lupa pada Pencipta, kemudian tuhan menegur dengan cara disuntiknya rasa yang tidak enak itu. 

Kemudian, kamu tahu tak, sejak 2,3 hari ini mimpi saya selalu pelik pelik saja. Mungkin disebabkan tidur dipetang hari dan menyebabkan Asar menjadi gajah dan Zohor menjadi dinasor. Hurmmm. Tak bagus sungguhkan. Selalu berdoa semoga ditetapkan iman aku,  tapi perkara sebegitu masih tak boleh dibuang jauh jauh. Hari nie pun sama. Balik sekolah jam 1.30 terus badan melekat atas katil. Cadang mahu dilelap pat lima menet, tub tub, dah nak di jam 4 baru tersedar. Itupun kerana pekikan si anak teruna yang kelaparan. Hurm. Apa nak jadi saya nie kan. Tak suka dengan tabiat yang satu nie. Melengah lengahkan solat. Benci benciiii.

Ok. Kembali ke mimpi yang pelik semalam dan hari ini. Semalam saya mimpi saya di jemput Tuhan untuk menziarah ke rumahnya. Ya Allah gembira syukur tak terkata. Saya nampak kaabah hitam itu. Tapi Mekah dalam mimpi saya seakan di kecilkan sizenya. Pelik. Biarlah, nama pun mimpikan. Tapi yang paling menyedihkan adalah kisah mimpi itu, sangat membuat saya berfikir dan tertanya tanya tanda dari mimpi itu, kenapa dan mengapa tuhan memasukkanya... Setelah selesai bersolat di Masjidil Haram itu, saya mengambil  kedudukan di satu tiang. Kemudian di capai sanaskah Al-Quran. Saya membuka helaiannya dan mula untuk membacanya. Tapi paling menyedihkan saya tak dapat baca ayat ayat itu. Saya seakan tak punya apa apa ilmu untuk menyebut kalimah Tuhan itu. Banyak kali saya cuba.

Bila terjaga dari tidur. Terus aku berfikir panjang. Berfikir tentang mimpi itu. Kenapa? Ya sudah hampir seminggu saya tidak menyentuh Kitab Allah itu. Dulu, tiap hari wajib akan membacanya. Kalau tidak dibaca ayat ayatnya dalam bahasa arab, mesti sebelum tidur akan cuba difahamkan tafsirnya, walaupun dalam keadaan uzur. Ya itulah badtimestory saya. Pada saya sudah sampai masanya untuk saya belajar memahami kisah kisah didalamnya. Sudah berpuluh tahun baca dan di ulang pada tempat yang sama, tapi tidak tahu apa intipatinya. Sedih bukan. Kemudian, sekarang, baru beberapa hari berada di Sungai buluh, Peneman setiap malam saya sudah jauh dari sisi. Sesudah solat ada saja yang lebih utama dikerjakan, dan bukan lagi membaca senaskah wahsiat dari Junjungan Besar itu. Hurmmm. Mungkin. Sangat yakin, mungkin itulah penyebabkan di mimpikan kisah itu. T_T

Mimpi di petang ini pulak. Hurm. Saya di laut. Di atas jambatan. Mahu ke seberang sana. Berjalan sudah di pertengahan, tapi tinggi air mula meningkat, sampai ke paras pinggang, mahu tak mahu, nak tak nak, memang harus di seberang juga. Tapi ada ombak besar yang sangat kuat dan tinggi. Rupanya seakan Tsunami. Ya Allah. Takut teramat.

Mimpi saya selalu saja berkisarkan Tsunami. Sudah 4,5 kali. Sampai sekarang, kadang-kadang bila dibayangkan laut, jadi macam takut.

Hurm. Ok lah. Cukup sampai di sini. Mahu keluar sekejap. Ada majlis makan makan bersama teman tersayang. Mahu makan sampai kenyang dan esok jom jom puasa sunat 1 Rejab!!! Semoga Rejab yang datang ini dapat kita pergunakan dengan lebih baik dari Rejab yang lepas. Dan semoga Allah sampaikan kita kepada Ramadha pula. Amin... 




1 comment:

Anonymous said...

dear mokteh,
Insya Allah ade rezeki untuk mu..
amin..amin..amin..
-F.a.