❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 9, 2012

Laju laju.


Assalamualaikum. Hai hai. Byeeeee!!! eh eh. Bye dah. Memang nak bye pun, tapi nak menulis tiga pat ayat sekejap. Macam dah lama tak bercerita dan bercakap sorang sorang nie.


Okeh. Hari nie hari mengantuk sedunia. Mengantuk tahap gaban sedari awal pagi. Tapi terpaksa ditahan dan ditangguh rasa itu kerna ada tanggungjawab yang lebih penting. Petang tadi hentam tidur sampai berZohor dinasor. Dah bukan gajah dah sebab terlalu lalu di penghujung. Haishh. Apa nak jadi kan aku nie. Tapi memang mengantuk gila gila. Malam pun mengantuk jugak, lepas magrib, aku dah menguap tiga pat ratus kali. Tapi bila kanak kanak riang masuk bilik dan tetiba berkata "Maktehh, Husna nak tuisyen dengan Makteh". Alahai, budak nak datang belajar, takkan nak marah kot. Mari menabur budi pada si emaknya yang dah sangat sangat banyak membantu aku. Sekarang bukan masa untuk berkira kira. Mahu membantu semampu yang boleh. Mungkin dari segi kewangan aku tak dapat, tapi dari segi kerja rumah, jaga anak anak dia, akan aku usaha ringankan.

Then, oh, hari nie di Facebook, orang ramai sangat riuh rendah dan heboh mengeshare satu video perempuan yang mendera anaknya dengan begitu kejam sekali. Ya Allah, aku yang  tengok terasa geram jadi. Dan termenangis tetiba melihat anak kecil yang tak tahu apa apa itu di perlakukan sedemikian rupa. Apalah nasib budak tu kan. Ahli syurga diperlakukan sekejam itu.  Dulu, kalau dengan budak budak kecik nie, aku selalu pandang dengan rasa lebih besar, lebih betul, lebih hebat dari mereka, tapi bila di fikir fikirkan balik, Ya Allah, kalau ajal mereka tiba di saat ini, tentu syurgalah tempat mereka. Tapi kita yang dah besar panjang nie? aku sendiri? Hurmm.

Sekali lagi seperti mengecewakan insan insan tersayang. Tak tahu apa yang hendak dikatakan. Hurm. Tak mengapalah janji Allah tahu apa niat aku, apa yang ada dalam hati aku. Okeh. Tata. Selamat malam.






.

No comments: