❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 25, 2012

Kicauan Sang Burung.


Assalamualaikum. Hai semua. Selamat berpagi pagi. 

Hari ini hari Sabtu. Saya tak pasti, sama ada saya masih menanti hari, jam, atau minit minit mendatang. Entah. Tak dapat untuk dipastikan. Benci bila benda ini berlaku. Kerana keegoaan. Kerana kurangnya iman. Kerana tiada persefahaman. Kerana banyak perkara. Entah lah. Tidak mahu bicakan hal ini. Akan merosakkan otak saraf aku di pagi yang seharusnya gembira ini.

Pagi. Sudah 3 hari aku perasan, pagi pagi, subuh subuh yang sejuk, damai, bangun aku akan di sambut dengan satu kicauan burung yang sangat merdu bunyinya, lain kicauannya. Bunyi, pada waktu yang tetap sama, sebelum subuh menjengah lagi. Begitu besar ciptaan tuhan. 

Semalam henfon aku teroff, jadi tiada penggerak subuh aku seperti hari hari biasa, tapi dengan kuasa Tuhan aku terjaga dek kerna kicauan burung yang sungguh riang itu di kala hampir ke jam enam. Sebelum sebelum ini langsung aku tak perasan pada kicauan itu. Bila terjaga terus di selak langsir pada jendela, risau hati kecil aku, bimbang kalau kalau subuhnya sudah habis kerana bunyi diluar seakan sudah jam 7 pagi. Tapi, bila dipandang ke luar. Masih gelap gelita. Bila di lihat jam di dinding, baru jam enam. Bangun yang awal dari biasa. Syukur, Allah kejutkan aku. Subu aku  belum terlepas.

Semua itu buat aku berfikir sejenak. Bila mana kita kita memohon dengan bersungguh sungguh pada Allah, supaya "jangan dibolak balikkan hati ini, dekatkanlah hati aku denganMu selalu, bantulah aku untuk menjadi lebih baik". Ya, mungkin ini lah yang Tuhan berikan atas doa yang aku pohon. Walaupun terlalai dalam satu hal yang nampak remeh. Tapi Allah bantu dengan cara yang kita sendiri tidak jangkakan.

Kadang-kadang tiap kali hati ini ingin berkongsi cerita cerita yang berbaur ketuhanan, hati jadi sangat risau. Takut disalah taksirkan. Bukan aku mahu mengkabarkan aku seorang yang sempurna. Bukan niat aku untuk menunjuk bahwa aku seorang yang yang baik, mulia dan sangat beriman. Astaqfirullah halazim. Tidak. Sangat jauh sekali, sangat menyimpang. Aku tidak ditahap yang disangkakan. Iman aku masih terlalu nipis. Adakalanya menjadi baik, dan kadang-kadang tingkahnya sampai dikagumi syaitan. Itulah yang buat aku sedih. Mudah sangat berubah. Tidak boleh istiqomah.

Kerana kagum aku pada kuasa Tuhan, kerana aku percaya semua yang berlaku atas kehendak Tuhan, kerana semua perkara indah yang aku tidak duga berlaku tanpa diminta,  maka aku kongsikan semua kisah-kisah yang jarang  berlaku dalam hidup aku bersama kalian.

Semua ini sebagai BUKTI, untuk aku dan kamu kamu nampak yang Tuhan sentiasa ada untuk kita. Sebagai BUKTI, untuk aku dan kalian sedar bila mana kita memohan pada Allah dengan bersungguh sungguh, pasti ada keajaiban yang tidak pernah disangka sangka menanti kita. Dan sebagai BUKTI, bilamana hanya selangkah saja kita cuba membawa diri kepada Allah, maka 10 langkah Allah mendekati kita. Ya Allah, aku yang jahil, Engkau Yang Maha Kuasa, Maha Pengampun, Maha Penyayang. T_T










PdanS : Petang semalam bermimpi tentang air yang laju itu lagi. Air yang membunuh manusia. Kisah yang  sama, tak mahu diperincikan lagi.  Pulang dari sekolah jam 12 tengah hari dan terus tidur sampai ke jam 3. Di lengahkan sembahyang lagi, maka Tuhan berikan kisah yang menakutkan itu sebagai satu teguran. Semoga aku tak buat lagi. T_T. Actually, nak tidur sekejap sebab tidur sebelum Zohor kan sunah nabi. Tapi tub tub. Jam 3 baru sedar!! huhu. Tu lah, tidur tak baca doa, tidur tak doa kat Tuhan agar dikejutkan awal untuk Solat Zohor. Hadoii..

No comments: