❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 10, 2012

Hari Guru?

Saraf saraf otak terasa seperti kekejangan. Errrr. Baru dihadap 5 menet kerja kerja assignment orang dah stress. Hadoiyaii. Kena sembahyang dulu ke baru hati tenang? Hurm. Okeh okeh. Kita solat dulu ye. Sebelum tu mari menulis 3 ayat jah. Ceywah. 3 la sangat. Kehkeh.

Tadi siang waktu dibilik guru tetiba mendapat satu hadiah yang suwit sangat. Anak kecil saya datang dan tiba tiba memberi satu buku. "Nah, ini untuk Makteh"




Hihi. Baru 2 malam jadi cikgu tuisyen mereka dah dapat hadiah comel macam ini. Uit, hari guru tak masuk lagi laa. Hari Ibu dah laaa. Kerana macam terlalu syoq sangat, terus pau untuk hadiah lain lagi. "Husna, husna kena bagi hadiah hari Ibu jugak tau. Makteh kan mak husna jugak. Kan mana Makteh, MAK-teh. Ada mak kan.." Tamak haloba sungguhkan Makteh ini.

Balik rumah, dengan bangganya tunjuk kat anak anak yang lain yang Maktehnye dapat hadiah kat sekolah tadi.

"Syimah, kakak bagi hadiah kat Makteh. Syimah tak nak bagi ke?

"Makteh bagi la duit kat Syimah, nanti syimah beli"

Errrrr...


Oleh kerana mereka mereka nie tak dibekalkan dengan buku untuk belajar, jadi aku kena la buat soalan yang mencabar minda aku sendiri untuk mereka buat. Ya, otak aku sangat tercabar nak merangka soalan budak 6, 7 tahun nie. Budak budak nie relax maintaine je jawab soalan. Hadoi. Kemudian, aku agak tidak berapa nak paham dengan mereka nie yang suka betul kena rotan, sampai aku pun kadang kadang jadi tak sampai hati nak rotan banyak banyak kali. Bila nampak dah nak merah terus stop dan sapu sapu tangan derang. Lepas tu tak bagi keluar bilik untuk 4,5 menet, bagi kesan rotan tu hilang sikit.  Kang ayah derang tengok, aku pulak yang kena hempuknye. Haha.

Taip satu kesalahan harus di rotan 3 kali dengan hanger, tapi si budak budak nie request nak 10 kali!! Siap nak buat lompat katak dengan pamping segala bagai lagi. Aiyoyo.  Lepas tu kalau salah bukannya takut ke apa, tapi gembira gila sebab kejap lagi boleh kena rotan. Sapa paling banyak kena rotan macam sangat hebat!!  "Yaey abang kena rotan paling banyak, syimah sikit jee" dan yang Syimah si budak kecik halus pun tersaiko dengan kata kata abangnya tadi terus menangis nak kena rotan banyak jugak. Errrr?? Budak budak jenis apa nie?? Hahahaha. Hadoiyaiii...



Suruh buat pembetulan, tapi yang nie yang dapat. Aiyoyo.


EKOS? Haha. Penyakit keturunan sudah mula mengular ke waris waris di bawahnya. Tapi, aku punya masalah takde la kronik sangat sampai seteruk budak nie.


"Makteh, muka makteh ada JUWARAT laaaa"


"Mak, cikgu suruh KOPEK kuku"


"Mak mak, nanti cikgu cakap kakak nak pergi WALATAN dekat zoo"


"Baju KEPANTIN tu cantik laaaa"


Banyak betul kosa kata baru yang aku belajar dengan budak nie.









PdanS : Hari nie berpuasa ganti. Tapi waktu berbukanya, melantak macam dah 3 hari tak jumpa nasik. Sakan sungguh aku makan magrib tadi. Hurmm. Ingat dengan puasa tadi boleh la nak kurangkan berat badan sikit. Tapi kalau macam nie, sebulan puasa pun tak menjadi. Makin gemuk ada lah lagi.

No comments: