❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 5, 2012

Hai Kota Lumpur.



Dah tegolek gugur di medan perang dah yang seorang itu. Semalam pun macam tu jugak, jaga jaga dari tidur, kepala dah masuk bawah katil. Aiyoyo. Anak sapa lah itu. Ya la, makteh dia sedap tidur atas katil tilam 5 inchi, anak menakan? Beralaskan toto bundle saja. Maunye tak masuk bawah katil. Tapi tadi dalam kereta sudah berjanji dengan si anak kecil ini "Takpa takpa malam nie makteh tidur dengan syimah kat bawah. Makteh peluk syimah ye" pulun berusaha memancing supaya ada yang menemani beliau. kehkeh.






Malam nie mau buat overtime sikit. Ceywah. Over time la sangat. Harus bertungkus lumus. Sekarang sudah masuk hampir ke bulan bulan orang kawin. Maka, segala butterfly butterfly harus disiapkan dengan kadar segera. Nanti tak kawen pulak si rakan itu. Amboi, canggeh nye butterfly aku sampai boleh buat orang tak kawen. Ewahh.









Owh. Cerita petang ini. Tadi mereka mereka memandi manda di kolam milik TUDM Subang. Sungguh jeles berkali kali. Sangat ingin terjun bersamasama. Tapi apakan daya. Baju mandi tak ada. Mampu menatap dari jauh je lah. Hurm. Tetiba rasa nak cari baju mandi muslimah satu. Tapikan rasanya kalau beli blouse lycra yang takat lutut yang ngam ngam ngan badan, rasanya dah boleh buat baju mandi. Pastu cari seluar hitam je. Kalau nak beli baju mandi lengkap beratus kot. Tidak lah aku nak membelinye. Semalam tengok baju dengan shawl cantik cantik kat Jalan Tar pun aku tak beli, walaupun sehelai harganye RM10 je pun. Tidak. Tak beli langsung. Inikan pulak baju mandi beratus riban. Kirim salam sayang je lah. Hihi. Alhamdulillah. Sekarang dah boleh lawan nafsu. Tak dasyat macam dulu. Dah boleh control. Tapi tapi.. ye idok kamu nie. Haha. Semalam je kot. Kalau masuk kedai kain? Masuk Nagoya? Bukan semua kain pasang kome nak rembat? Huhu

Tak, ini misi serius. Ada impian yang sedang berkobar. Ada hajat yang dah lama tersimpan. Jadi harus menyimpan duit bermula dari sekarang. Mungkin akan jadi jarang berpoya poya. Mungkin akan kurang keluar bersama teman teman. Mungkin terpaksa say No untuk ajakan berjalan jalan kesana kemari. Mungkin akan ada yang terasa hati. Mungkin juga akan nampak macam pentingkan diri sendiri. Tapi nak buat macam mana. Saya mahu menyimpan duit. 













PdanS : Di kota lumpur. Sedang melalui dan menempuh segala apa yang ditetapkan Tuhan. Semoga baik baik belaka. InsyaAllah. Akan baik baik selagi Allah sentiasa diletakkan dalam hati. ^_^

No comments: