❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 17, 2012

Tips menurunkan berat badan.


Hai petang yang, yang, yang, yang apa ya. Haha. Terbantut pulak untuk berkata kata. Yang kuning dan oren sudah la. Tak payah nak memanjangkan cerita. Hai kalian. Hai hai.

Okeh, actually sedang mencari mood untuk menyiapkan 3 assignment yang due datenya adalah dipenghujung bulan ini. Entah la bila nak datang mood itu. Setiap hari asyik bertangguh saja kerjanya. Hari nie sehari suntuk berkerja keras di depan oven. Satu lagi ilmu memasak telah dikutip dari sepupu yang punya pengetahuan yang mendalam tentang bakary bakery ini. Tak menang kaki tangan di dapur beliau tadi mengerjakan cup cake tempahan orang. Kesana kemari, baru 5 saat hendak direhatkan bontot kembang ini, dah terjerit jerit oven tanda masak dan harus dikeluarkan lalu digantikan dengan adunan yang lain. 

Sampai ke jam 12 tengah hari settle 2 bancuhan. Penat gila. Balik rumah terus cari tilam bantal. Dengan tidak bersiramnya dari pagi. Kehkeh. Ya lah, membuat kek seusai subuh lagi, tidak punya kuasa aku nak mandi dikala waktu begitu. Sudah la nak pergi memasaknya 5 langkah je dah sampai. Tambah pulak nak mengadap oven yang membahang panas yang pasti akan buat muka berminyak, badan berpeluh. Oh tidak perlu bersiram siram. Kehkeh. 

Then, apa lagi ya harus di catat. Oh, SAYA SUDAH GUMUK. Sekali lagi jarum penimbang berkelakuan sangat tidak cool sama saya. Selalu sangat nak bergurau senda sama saya. Hey, tak lucu okeh. TIDAK!! Ada ke patut dia cakap saya naik lagi 2 kilo. Mean berat i dah mencecah ke angka 58!!! Menipu gila kan. Hahaha. Dan saya sedang berdoa dan berharap sangat supaya memang dia suka menipu dan dia dah gelong lalu gila. Amin. Semoga semoga!!!

Dah malas fikir tentang gemok. Lagi di diet lagi menaik berat aku. Sakan sungguh. Dalam masa 2 bulan boleh naik 2 kilo. Kalau 2 tahun naik 2 kilo boleh tahan lagi. Hadoiyaiiii. Serius macam nak pergi masuk dalam oven kejap, dengan harapan boleh terbakar sikit lemak lemak yang menepu itu. Ya, saya pergi dulu. Tata.












PdanS : Tajuk entry yang langsung tidak selari dengan topik yang diperdebatkan. Kahkah. Saya tidak begitu keji dengan tidak memberikan apa apa Tips kepada anda. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat, TRY LA MAKAN HERBALIFE. Kawan saya dah cuba dan hasil SANGAT SANGAT MEMBERANSANGKAN. Beliau sangat sangat teruja nak berkongsi pengalaman beliau untuk hidup lebih sihat dengan kalian kalian. Kalau berminat boleh trus klik LINK ini. Tata.

No comments: