❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 29, 2012

Syukur.



Sungguh rezeki Allah itu luas. Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti berusaha. Niatkan kerana Allah. InsyaAllah, akan keluar dari sumber yang kita sendiri tak pernah duga. Janji Allah itu benar belaka. - Syukur Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur banyak banyak. Ya Allah, nak menangis rasa. Semoga Allah permudahkan urusan yang akan datang. Semoga Allah cukupkan semua itu. 

Betul, niatkan kerana Allah, niatkan untuk yang baik baik belaka. Pasti akan dibalasNya. Teringat satu hadis yang indah itu. 


Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.          
[Sahih Muslim – no: 2675]

Betul, solat dhuha itu sangat sangat sangat mujarab bagi yang mengamalnya. Jangan lupa buat disetiap pagi. Berdoa lah bersungguh sungguh selepas menunaikannya.

Hurm. Sepatutnya saya gembira dengan kurniaan Tuhan itu. Tapi sekarang rasa sedih pulak bila yang dipohon itu Tuhan berikan, Tuhan perkenankan. Sedih laaa sebab sekarang saja saya bersyukur, sekejap lagi, esok lusa, mesti kembali lalai.Sedih laa, bila, yang Tuhan suruh, saya kadang buat, kadang tinggal. Tapi yang saya pohon, selalu dan pasti saja Tuhan perkenankan. Jahilnya saya T_T










PdanS : Bukan hal kerja ya. Tidak. Hal hal impian. Hajat yang lama tersimpan. Yang dah lama berkobar kobar.

1 comment:

RosDiana said...

semoga apa yang diimpikan akan tercapai..insyaAllah =)