❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 24, 2012

Quote #31







"Betapa kasih dan sayangnya Allah pada hambaNya.. bila mana di akhirat kelak dibawa amalan solat fardhu seseorang dan banyak cacat celanya, lalu Allah memerintahkan malaikat supaya mencari dan memeriksa jika hambaNya ada melakukan solat sunat bagi menampung kekurangan pada solat fardhunya.."







Solat solat.. Hurm.. Perkara pertama yang akan dihisab. Entah diterima entah tidak..

Kadang-kadang, sungguhnya sampai mengalir air mata walau baru di rakaat pertama,

Kadang-kadang, lalainya sampai 2 menet pun sudah cukup untuk disempurnakan 4 sujud dan rukuknya.

Hurm, sungguh hati itu berbolak balik.

Bila ia sedar, bila mana ia celik, keinsafan yang datang cukup melangit. Tak kira dimana dan bila masanya.

Tapi bila ia tersasar, lalai mula menjengah. Jengah itu buat aku terlupa seketika. Buat aku leka tanpa ada pemegangnya. Bahagia tanpa ada rasa tenang di jiwa. Kerna DIA kau tempatkan pada bukan selayaknya.

Duhai hati yang besarnya hanya segenggam. Kemahunya melangkaui alam. Janganlah berbolak balik lagi. Tetaplah pada yang Satu. Setialah pada Pemilikmu. T_T







PdanS : Membuat perubahan itu mudah. Tetapi untuk Mengistiqamahkan perubahan yang dibuat sangatlah susah. Semoga Tuhan senantiasa membantu kita yang mahu mahu mencari khusnul khatimah. Amin..

No comments: