❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 20, 2012

Oh Lemak.



Tadi melihat gambar gambar lama. Setahun dua yang lalu. Bila di belek belek kembali, kurusnya aku. Keciknyeee peha. Selimnyeee muka. Alahaiiii. Zaman kegemilangan tuh, berat baru 52, 53 jah. Jean yang 28 pun masih boleh saruk. Tapi sekarang? Hurmm. Dah tersimpan rapi dalam almari, tinggal hari je nak bawak pergi bundle. Bukannya dah buruk ke apa, masih elok, macam baru dibeli lagi, tapi dah pakainya takat lutut je  yang masuk, apa boleh buat. Boleh tatap dengan penuh rasa hiba je lah.

Entahlah, tatau nak cakap bagaimana. Kadang kadang malas untuk di stresskan sangat hal gemok gemok ini.  Selalu cuba di sedapkan hati, takpa, shanie tuh lima kali gemuk dari aku, dun worry. Tapi bila di lihat kembali tubuh ini, ada benjolan lain yang segar menaik, terus rasa down untuk sehari.

Oh lemak, walaupun setiap malam, hati ini sangat beriya iya mahu melepaskan kamu pergi, biar duri menikam, biar badai melanda, tetap mahu membuang kamu jauh dari hidup ini. Biar semua memori itu hilang, padam, jangan digamit kenangan lagi. Tapi bila tiba sang mentari, kenapa hati ini begitu berat melepaskan engkau pergi?












PdanS : Lately entry sangat berbaur kisah kisah lemak tepu, lemak sayur, lemak sendiri dan lemak la engkau niehh!!! Nampak sangat tak stress dengan jisim sendiri. Nampak sangat masih cool cool. Muahahahaha... Hadoiyaiiii.

No comments: