❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 6, 2012

Mangsa Dera












Hadoi. Mangsa la sangat kan. Haha. Kamu, nampak macam biasa biasa je kan. Tapi sebenarnya pedih ya amat amat. Mata berair. Tatau nak letak apadah. Dan tatau apa punca.

Mummy ajak pergi berubat kampung. Tapi saya tidak berapa menyokong sangat ubat ubat kampung nie.

Risau. Risau kalau kalau yang di baca tuh mentera yang tah apa apa.  Memanglah yang kita dengar apa yang dibaca adalah ayat ayat al quran. Kadang kadang itu hanyalah intro sahaja untuk mengaburi mereka mereka yang datang berubat, dan lepas beberapa minit mulalah membaca yang bukan berlandaskan ajaran islam. Yang tu yang menjadi kerisauan saya. Kalau baca ayat ayat suci al quran 100% tu ok la kan. 

Bukannya saya menolak terus ubat ubat kampung nie. Ya, memang ada insan insan yang terpilih dari Allah, yang doanya mustajab, yang permintaannya mudah diperkenankan dan dengan kelebihan itu, dia gunakan untuk membantu insan insan yang sedang dalam kesakitan. Memang ada. Tapi sejauh mana dia adalah 'Insan yang terpilih" tu saya tak tahu. Susah saya nak yakin untuk mereka mereka yang mendakwa punya kelebihan itu. Semoga Tuhan membantu dalam apa jua rasa dan keputusan yang kita buat. Amin..
















PdanS : Kenapa perlu sangat risau? Takut perbuatan itu tergolong dalam Syirik. Dan syirik adalah dosa yang tidak akan Allah ampunkan. Nauzubillah min zalik... Sebenarnya banyak perkara-perkara yang boleh membawa kita kepada syirik kecil yang dalam kita tak sedar kita telah buat. Tapi disebabkan kurangnya ilmu agama dalam diri kita, ditambah pula dengan sifat malas untuk mendalami, jadilah jahil terhadap diri sendiri. Serius banyak yang saya tidak tahu hal hal ilmu agama ini. Selalu sangat sibukkan untuk alam yang sementara nie sampai terabai persediaan untuk alam yang kekal buat selamanya. Terukkan. Hurmm... Jom sama sama kita belajar..



No comments: