❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 7, 2012

Kita yang masih.



Kita sembahyang tapi masih mengumpat.

Kita sembahyang tapi masih membuka aurat.

Kita sembahyang tapi masih pakai yang ketat ketat.

Kita sembahyang tapi masih berbuat maksiat

Kita sembahyang tapi masih sakitkan hati orang

Kita sembahyang tapi masih bersentuhan dengan yang bukan halal

Kita sembahyang tapi masih melawan cakap



Bukankan Allah berfirman yang bermaksud:

 “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) "



Untuk diri saya sendiri dan kawan kawan sekalian, marilah bermuhasabah diri kembali. Adakah solat yang telah dilaksanakan sepertimana yang dituntut oleh Allah? atau mengerjakan solat hanya untuk melepaskan yang wajib sahaja? Marilah kita cuba perbetulkan solat dengan segala ilmu yang dimiliki. Berdoalah kepada Allah supaya segala amalan yang dilakukan dapat diterima oleh Allah. Selagimana masih melakukan dosa dan maksiat, maka selagi itulah solat belum sempurna dan diterima Allah. Ingatlah di dunia sahaja untuk melakukan ibadah dan mencari restu ilahi, kerana di akhirat nanti tiada peluang untuk mencari kebaikan dan pahala Allah lagi.

Something good to share. Jemput baca. SINI




.

No comments: