❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 15, 2012

FAKTA mengenai Kahwin.



1. Sepupu lelaki yang berumur sama, yang dulu selalu main aci ligan bersama, yang pernah baling batu kat kepala aku  waktu jajah satu sampai berdarah sakan, dah bertunang dan bulan 12 nie dah nak kawin.


2. Sepupu pompuan yang muda setahun, yang close dengan saya, yang mengaji sama universiti dengan saya, yang amek cos pun sama, yang junior satu sem saja dengan saya, dah nak bertunang jugak. Mungkin akan berkahwin pada bulan 12 nie bersama sama abang beliau iaitu sepupu lelaki di No1 tadi. 

3. Sepupu lelaki yang setahun muda, yang duduk sebelah rumah je, yang selalu berAyang ayang dengan saya, yang selalu menggedik bila jumpa, yang saya antaq dia pi naik bas waktu nak pi betunang dia, yang pernah pesan "Ayang jangan risau, abang ada 3 lagi kosong" sebelum naik bas, pun bakal berkahwin jugak. [Menjadi keharusan untuk kami berdua menggedik gedik bila berjumpa. Hanya bergurau senda. Tidak menyimpan apa apa rasa ya]



Pendek kata kebanyakkan sepupu yang berada di fasa fasa duapuluhhan sudah pun mula mengatur langkah untuk berumah tangga. Wahhh!! Walaupun aku sangat teruja untuk majlis mereka, sebab nanti akan berkumpulah semua saudara mara sekelian alam dan boleh bersuka ria dengan riuh rendah, tapi, ada satu benda yang buat aku jadi sungguh tak senang duduk dan sangat tak syoq. Haa?? Kenapa? Mestilah akan ada soalan soalan "Muna bila nak kawin?".Dan soalan itu nak tak nak kena lah jawab dengan penuh berhemah. Buat masa nie, aku dah prepare beberapa skema jawapan waktu basuh pinggan tadi. Ya beberapa mean banyak jawapan yang boleh diberikan bergantung kepada kematangan individu yang bertanya itu.


Jawapan untuk Individu jenis A : Tu la, ingat nak kawin dah tengah hari nie, tapi ada majlis kawin Ummu pulak, malam nie la kawin.


Jawapan untuk Individu jenis B : Tu laaa, memang nak kawin pun, tunggu Makcik/Pakcik la tolong cari satt.

Jawapan untuk Individu jenis C : Duit ada sekupang macam mana nak kawin. Tolong la sponser 3juta, baru boleh kawin.


Jawapan untuk Individu jenis D : Takpalah, nanti dah sampai jodoh, muna kawin laaa.

Jawapan untuk Individu jenis E : Tu la, memang nak kawin pun, tapi pakwe dok kalut belakon. (Dengan mengandaikan sedang berpacaran sama ZA dan AA. kahkah.)



Hurm, dulu, waktu habis SPM, dok kalut tanya, tak sambung study ka? Bila dah sambung study sampai tinggi tinggi, ada pulak yang tanya, "Tak habih habih lagi ka?". Kemudian bila dah habis timbul pulak soalan "Tak reja kaa?" Kadang kadang nak je jawab, "Memang tak mau reja pun, nak dok rumah ja, perabih beraih mak ayah". Hadoi hadoi. Lepas tu bila dah kerja, mesti akan jumpa soalan "Bila nak kawin nie?". Bila dah selamat kawin sibuk pulak dok tanya "Tak mengandung mengandung lagi ka?" Aigoooo. Dah selamat beranak, keluar la sorang, tak dan nak habis pantang lagi, tanya dah nieee "Takmau tambah lagi ka?".

Ini lah antara persoalan persoalan yang kerap ditanya oleh manusia manusia dan aku sebagai manusia pun tak terkecuali. Memang selalu jugak dok tanya. Kadang kadang bila kita di tempat Si Penanya memang tak rasa apa-apa, macam best je nak tau semua, macam sangat ambik berat je bila boleh tanya soalan lagu tuh, tapi dalam hati mereka? Bila kita di tempat mereka, bila diajukan dengan soalan seperti itu? mesti serabut kan. Menyampah pun ada. Nak nak soalan yang "Tak mengandung lagi ke?". Mesti makan hati punya kalau sapa sapa yang dah kawin lama, tapi tak berzuriat lagi kan. So, nak tanya tuh, hurm, tengok keadaan dan bertanyalah dalam intonasi yang sesuai dan betul.

Hari tuh, waktu mula mula sambung master, ada seorang hamba Allah itu cakap kat kakak saya, "Sambung lagi? Mengaji tinggi tinggi bokpaa, nanti nak kawin susah, takdak orang nak!!". Lohhh, ada lagi manusia yang berfikiran macam nie. Kolot sungguh pemikiran. Kasihan betul. Nak kata kerja kampung tak jugak, kerja hebat, bergaul dengan orang besar, tapi bila aku nak sambung belajar pun menjadi satu pertikaian dan masalah kepada beliau. Hadoiii. Wahai sedara, jodoh tuh, bukan terletak pada setinggi mana kamu belajar, tidak, jodoh itu sudah pun Tuhan tentukan, siapa, bagaimana bentuk rupa parasnya, bila berjumpa, dimana. Tidak belajarkah Tuan tentang Qada dan Qadar, Takdir, sesuatu yang tertulis Luh Mahfuz?? Hurm...





Untuk Incik Jodoh, ini untuk kamu... 


  
                                                                         Ceyywahhh..
Tak tak. Ini memang SERIUS.











PdanS : Duhai hati yang besarnya hanya segenggam. Kemahunya melangkaui alam. Janganlah berbolak balik lagi. Tetaplah pada yang Satu. Setialah pada Pemilikmu. T_T

2 comments:

Rossnie said...

ouchhh..terharu baca entry kamu ni..betoi kan..kdg2 tensen bila org duk tny byk2..dh jwb elok pun ttp nk tny gak kan..mcm i, org tny, bila nak kawen..bila nak kawen..juz senyum..malaih meleret2

mOOn said...

betoi laa.. selalu sngt. tmbah2 bila dok kg nie lagi la, setset yg suka amek tahu tu ramai sngt. pantang jumpa ja, reja mana? gaji berapa? bila nak kawin? dah ada ka? wow wow!!! Kadang2 mcm xmo p mana dan jumpa sapa2.. malaih nk jwb benda2 gini la..