❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 13, 2012

Dapur Chef..


Aii ceywahh.. Tajuk tak nak kalah.. Kahkah.. Okeh. Hari ini dengan perasaan yang sangat teruja dan gembira tak tersangka sangka, marilah kita sama sama turun ke dapur untuk sesi beramah mesra bersama kuali dan sudip. Ayuh kita mulakan segmen kita hari ini, iaitu Dapur ku hebat!! Ewah, tiba tiba blog sunyi bak tanah gersang ada segmen segmen. Kemain aktif lagi. Hebat sungguh!!! Kahkah.

Bukan mahu berbelagak-belagak hebat (Nangis Cikgu BM baca blog aku), tapi perasaan jakun yang lebih menguasai diri sebenarnya. Almaklumlah, tidak pernah di cuit walau sedikiitpun resepi resepi donut mengdonut nie. Tub tub bila try buat untuk pertama kali, menjadi dan rasanya cukup mabeles sampaikan kazen kazen yang datang bertuisyen dengan saya siap tapau bawak balik rumah!! Haaa!! Gila tak bangga kan. Memang harus la buat enrty SAYA PANDAI BUAT DONUT.  Kahkah. Okeh okeh, tanpa mencuri masa tuan tuan dan puan puan dengan intro yang kosong lagi tak berguna, mari kita lihat apa ramuan ramuannya yaa.








Donut Gebu Geban

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

3 1/2 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur


Cara-cara 

Cairkan mentega dan ketepikan.

Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.

Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.

Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.

Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice... 









 Sebelum 


Selepas 45 minit. Kembang dia sangat buat saya kagum dan tiap lima menet mesti nakpi dok intip.



Lepas dah kembang goreng sampai habis tau. Jangan dok simpan nak uli petang nanti ke, lima jam lagi ke, jangan jangan. Nanti dia lagi lagi bertambah kembang sampai goreng pun jadi tak sedap dah. So, nak mengelakkan itu berlaku, uli dan gorenglah sedikit sahaja masaknya, jangan sampai masak sepenuhnya. Kemudian boleh simpan dalam peti ais. Nanti nak makan esok ke, malam karang ke, boleh bawak keluar dan goreng lagi sekali.  Sekian. 





Last sekali, Donut nie, i lilit lilit dengan sosej. 1st time buat kosong je. Gebu ya amat. Suka gila, tak percaya diri dah mampu membuat donut yang lazat, macam nak menangis kejap. T_T. Tak pernah pun bercita cita untuk sampai ke tahap ini skill memasak saya. Selalunya hanya berdoa pada Tuhan supaya dikurniakan ilmu membuat masak kicap saja. Itupun dah cukup hebat bagi saya. Tapi tuhan bagi lebih dari itu. UwaaaaaaT_T. Terharuuuuunyaaaa..... Dah!! Dah!! Tak payah berdrama sangat. Kahkah.. Untuk 2nd time kakak berpendapat untuk suruh letak sosej dalam dia pulak. So, try saja lah. Rasanya pun boleh tahan sedap. Hihi. Selamat mencuba. Tata.






.

2 comments:

Wiyah said...

p la resepi u,,wowww hebatnya u cik moon..i c&p la resepi u,, mana tau teringin nanti ..mmg nampak sgt gebu la!

mOOn said...

hebat?? kahkah, klo sy hebat kamu sejuta kali lg hebat wooo!!! jemput2 copy n paste. bules bules..