❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 10, 2012

Monolog sendiri..



Assalamualaikum dan selamat malam. Hai anda yang cantik jelita. Hai kamu yang kacak. Hai hai. Semoga baik baik saja untuk malam ini dan hari hari yang bakal ditempuh seterusnya.

Okeh. Apa yang perlu di tulis ya untuk malam ini. Entah. Tidak mempunyai apa apa tujuan sebenarnya. Cuma hati seakan mahu bermonolog dan tangan seperti sangap untuk mengetuk papan kekunci ini.

Owh, baru teringat. Semalam terbaca sesuatu di entry rakan rakan yang lain. Sesuatu yang berkisah tentang isteri dan suami yang kedua-duanya bekerja. Baru sahaja membaca entry nya sudah dirasa tempias penat itu. Entah bagaimana aku dihari kelak kan. Ya lah, cuba bayangkan, bangun seawal pagi, siap baju laki, mandi anak, siap barang anak, makanan untuk laki dan anak anak. Dan nak siap diri sendiri jugak. Agak agak, jam 3pagi dah kena bangun apa kan. Lepas tu pergi kerja. Balik kerja pulak, masak, kemas rumah, basuh baju, settlekan kerja kerja rumah. Sampai anak tidur baru bleh lelap mata. Penatnya... Dulu, waktu praktikal yang kerja hanyalah ciput pun aku terasa penatnya. Balik kerja saja terus hentam tidur. Itu baru berbujang bujang,  nanti bila dah berlaki, dah beranak kecik, hurmmm... Begemana tuh???

Tak, hari nie bukan nak cerita kerja isteri sangat banyak dan penat. Tak tak, tapi sangat nak bercakap hal SUAMI YANG RAJIN. Serius susah sangat untuk aku bertemu dengan laki laki yang berspesis rajin. Rajin mean, balik rumah tolong isteri kat dapur, basuh baju, jaga anak. Yang tahu tanggungjawabnya bila dua dua orang bekerja. Nie tak, yang selalu selalu nampak, isteri dan suami dua dua sama sama kerja, tapi balik rumah isteri la buat segala macam kerja rumah plus jaga anak pun dia jugak. Laki?  balik rumah, mengadap TV cerita bola. Tak pun terbongkang tidur. Aiyoyoyo. Sungguh sungguh tak suka lelaki yang semacam ini. Entah la, semoga dijauhkan dari dapat suami yang macam nie kan. 

Sedih tengok mereka mereka yang bernasib kurang baik punya suami yang macam nie. Kadang-kadang ada jugak insan insan itu meluahkan masalah yang sama kat saya. Sampai stress, sampai bawak bergaduh untuk hal hal seperti ini. Sedih dengar. Dah di cuba pelbagai cara, jadual tugas dah ditampal, arahan dah di beri, leteran dah di tutur, tapi semuanya tak berjalan. Hurmm. Tah lah, tak kan nak suruh bercerai kot. Tidakkkkk. Jangan. Bukan  itu jalan penyelesaiannya.

Lelaki lelaki di luar sana, tolong la bantu membantu isteri kamu nanti. Jangan biarkan semua kerja dibereskan oleh beliau seorang saja. Kasihan dia. Kalau anda cakap penat, apa dia pun tidak penat kah? kerja dia di office hanya balas komen facebook dan karang blog saja kah? Sama sama penat, jadi, sama samalah meringankan kerja yang ada, supaya tak terasa hati sebelah pihak. Memanglah, kadang kadang menjadi tabiat isteri nie suka memendam apa yang dirasa dan suami pulak akan nampak semuanya macam biasa saja, tak ada apa-apa. Jangan lah begini, cubalah memahami.  Kata sayang. Sayang bukan ditunjukkan di atas katil saja. Di dapur, di ampaian, di batang penyapu, mop lantai, sinki, washing machine, banyak tempat boleh tunjuk. Bantu bantu lah nanti. 

Kadang kadang benda benda yang macam nie buat saya sangat cerewet dalam memilih. Bukan cerewet, tapi berhati hati, takut yang begini terjadi, sudah tak boleh nak undur diri. Kawin bukan sesuatu yang main main. Bukan sesuatu yang nak menunjuk engkau laku, dipinang orang sana sini. Bukan jugak sesuatu untuk dibanggakan, punya laki bergaji tinggi, punya isteri cantik menawan hati. Tidak. Bukan untuk nafsu semata mata. Berkahwin lah dengan.... Entah lah. Tak dapat nak habiskan ayat ini. Bukan pakar bab kahwin kahwin nie. Tapi, berkahwinlah dengan meletakkan niat yang betul bersama dengan agama ALLAH. InsyaAllah akan dipermudahkan segala kerja.



” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : 

” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu (dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )





















PdanS : Alhamdulillah, dah terluah dah isi hati. Sudah lama memikirkan hal ini, sudah lama menyimpan rasa yang tidak mampu memuaskan hati wanita kerdil ini. 

No comments: