❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 13, 2012

Ber-camerawhore



Pagi nie ada mensyuarat Koperasi Sungai Yan dan saya perlu hadirinya. Eh eh, saya dah pandai melabur, main main saham, masuk koperasi apa bagai?? Aiyoyo. Tah tahu menahu apa pun. Tub tub semalam ayah cakap, nama aku ada, dia yang registerkan dalam koperasi tuh, esok pagi siap siap pergi mensyurat dan dapat duit. Wah duit?? wah wah!!! Sebenarnya takdak lah teruja mana sangat pun. Malas gila nak siap, plus pulak yang ahli koperasi tuh adalah dikalangan makcik dan pakcik pakcik yang berpangkat tokwan. Jadi aktiviti mencuci mata dikala keboringan mungkin sedikit terbatas. So tak ada semangat nak pergi. Can? Muahaha.

Tapi dek kerana teringat akan skirt yang baru dibuat tak terpakai pakai lagi disebabkan tatau nak pergi mana, so saya pun setuju dengan ajakkan Si Bapak. Kehkeh. Lepas tu, perginya kejap je, lepas Pegawai Daerah rasmi rasmi, jamuaan makan sat, aku terus cabut balik. Tak dan nak start mensyuarat saya setuju saya bangkang, saya mencadangkan bla bla bla la.. Tak sempat.. Aku dah malas tunggu. 

Lepas balik rumah terasa macam sayang pulak nak buang tudung baju semua nie.  Jadi ber-camerawhore sat. Bila tengok balik, rasa geli pulak aku dok pose sorang sorang bagai orang gila yang syoq sendiri pulak.  Sebelum nie, dok "euwwww" sangat tengok kanak kanak pra matang kat Facebook yang suka bebenau ambil gambar sendiri guna hanphone, mata bulat bulat, tonyoh eyeliner sekerat botol, mulut macam nak kis kis, pastu ambek dari posisi henpon di atas, kepala sedikit mendongok.. Auchhh auchhhh..Pelis laaa.  Tegoda mak tauuu.. Hahaha.. Tak mengapalah, besa la tu, budak budak nak membesaq.

Jadi, sebagai seorang manusia yang pemurah, marilah aku nak kongsikan rasa geli itu bersama sama engkau sekalian. Selamat bergeli geli. Aummm. Kahkahkah.















BTW, if engkau adalah seorang yang baru nak berjinak jinak lagi dengan jarum dan benang seperti saya, maka, tak perlulah belagak belagak beli kain mahal mahal untuk buat baju. Pergilah nagoya beli kain cotton yang semeter RM2.80 sudah. Atau kalau nak buat skirt, or jubah, beli la kain jersi hat orang buat tirai kelas waktu zaman sekolah dulu dulu, or balut meja guru or meja kat majlis kawen orang tuh, semeter baru tiga hengget jah. SANGAT SANGAT BERBALOI. Usah bimbang, kain kain murah nie sangat tak nampak murah bila dah jadi skirt. Sangat boleh kembang kuncup kembang kuncup macam kain yang beli tiga pat puluh hengget semeter tuh. Jadi jangan buang duit duit anda yang berkepuk itu. Jom pi Nagoya borong kain jersi pat lima nam warna lagi!!! Kemaruk nak menjahit jubah dengan skirt lagi niee. Kehkeh..




.

2 comments:

S.U.R.I.A. said...

nk skirt ni satu..
wat gmbr pre-wed

mOOn said...

alahai.. haha.. saya menjahit tidaklah cantik. Hentam hentam begitu.. Nanti takut tak sedap pakai ke apa.. Takpe ke?? Hihi.. Nanti saya pegi KL saya buat ke awop. Tapi tak tau lagi bila.. sabau des..