❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 29, 2012

Syukur.



Sungguh rezeki Allah itu luas. Jangan berhenti berharap. Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti berusaha. Niatkan kerana Allah. InsyaAllah, akan keluar dari sumber yang kita sendiri tak pernah duga. Janji Allah itu benar belaka. - Syukur Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur banyak banyak. Ya Allah, nak menangis rasa. Semoga Allah permudahkan urusan yang akan datang. Semoga Allah cukupkan semua itu. 

Betul, niatkan kerana Allah, niatkan untuk yang baik baik belaka. Pasti akan dibalasNya. Teringat satu hadis yang indah itu. 


Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.          
[Sahih Muslim – no: 2675]

Betul, solat dhuha itu sangat sangat sangat mujarab bagi yang mengamalnya. Jangan lupa buat disetiap pagi. Berdoa lah bersungguh sungguh selepas menunaikannya.

Hurm. Sepatutnya saya gembira dengan kurniaan Tuhan itu. Tapi sekarang rasa sedih pulak bila yang dipohon itu Tuhan berikan, Tuhan perkenankan. Sedih laaa sebab sekarang saja saya bersyukur, sekejap lagi, esok lusa, mesti kembali lalai.Sedih laa, bila, yang Tuhan suruh, saya kadang buat, kadang tinggal. Tapi yang saya pohon, selalu dan pasti saja Tuhan perkenankan. Jahilnya saya T_T










PdanS : Bukan hal kerja ya. Tidak. Hal hal impian. Hajat yang lama tersimpan. Yang dah lama berkobar kobar.

Wednesday, April 25, 2012

Menjaga Hati.



Semalam gigi sakit hingga ke lewat malam. Pagi nie, kepala sakit hingga hingga hingga... entah.. Semoga segera sembuh saja.

Hai pagi. Hai waktu dhuha. Hai waktu rezeki yang melimpah ruah. Eh, memblog dikala waktu rezeki Allah turun? Tidak berlumba-lumba mencari rezeki itu? Hihi ^_^ Sat sat. Give me 5 minit untuk mengarang apa yang terbuku setelah beberapa hari tidak di ketuk papan kekunci ini. Lepastu baru kita kerjakan hal hal yang menimbun itu.

Hurm. Nak tulis apa ya? Entah. Marilah merandomkan apa apa saja yang hati ini mahu bicarakan. Hati? Menjaga hati? Selalu terjerat dalam hal itu. Kadang-kadang cuba dijaga sampai diri tersiksa. Sekarang mahu meletakkan diri sendiri FIRST!! Family SECOND!! Then mungkin kawan-kawan, mungkin saudara mara yang Third. Jadi, kalau kamu digolongan yang mungkin Third itu, jangan berkecil hati andai dalam satu keputusan itu saya tidak menyebelah kepada kamu, saya tidak mengikut kehendak kamu. Sebab ada golongan lain yang lebih mendahului kedudukan kamu. Family tetap dihadapan. Kalau nak terasa hati jugak, jemputlah. Sebab saya cuba buat yang terbaik dalam hidup saya. Bukan atas dasar suka-suka ataupun menentingkan diri sendiri, tapi  sangat sangat untuk kebaikkan masa depan saya. Sudah dikira baik buruknya. Sudah ditambah tolak apa hasilnya.

Aiyoyo. Sangat tersirat isi di atas. Ayat yang serius sangat sangat. Yang memahami saja akan faham. Yang tatau apa apa, tak payah garu kepala, duk diam diam.




Quote #32




Jangan memperkecilkan ketaatan yang sedikit kerana konsistennya memberi kesan kebaikan, dan jangan meremehkan dosa yang sedikit, kerana berterusannya memberi kesan sangat buruk. Demikian nasihat Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi.




.

Tuesday, April 24, 2012

Quote #31







"Betapa kasih dan sayangnya Allah pada hambaNya.. bila mana di akhirat kelak dibawa amalan solat fardhu seseorang dan banyak cacat celanya, lalu Allah memerintahkan malaikat supaya mencari dan memeriksa jika hambaNya ada melakukan solat sunat bagi menampung kekurangan pada solat fardhunya.."







Solat solat.. Hurm.. Perkara pertama yang akan dihisab. Entah diterima entah tidak..

Kadang-kadang, sungguhnya sampai mengalir air mata walau baru di rakaat pertama,

Kadang-kadang, lalainya sampai 2 menet pun sudah cukup untuk disempurnakan 4 sujud dan rukuknya.

Hurm, sungguh hati itu berbolak balik.

Bila ia sedar, bila mana ia celik, keinsafan yang datang cukup melangit. Tak kira dimana dan bila masanya.

Tapi bila ia tersasar, lalai mula menjengah. Jengah itu buat aku terlupa seketika. Buat aku leka tanpa ada pemegangnya. Bahagia tanpa ada rasa tenang di jiwa. Kerna DIA kau tempatkan pada bukan selayaknya.

Duhai hati yang besarnya hanya segenggam. Kemahunya melangkaui alam. Janganlah berbolak balik lagi. Tetaplah pada yang Satu. Setialah pada Pemilikmu. T_T







PdanS : Membuat perubahan itu mudah. Tetapi untuk Mengistiqamahkan perubahan yang dibuat sangatlah susah. Semoga Tuhan senantiasa membantu kita yang mahu mahu mencari khusnul khatimah. Amin..

Monday, April 23, 2012

Satu dan Dua.


Satu

Bila mendapat perkabaran bahawa diri harus ke Kota Lumpur itu, hati terus tak keruan. Tak keruan bukan kerena teruja, suka gilerrr, excitednyee, bukan!! Tapi tak keruan kerana tidak berapa menggemarinya. Hati masih di Kampung. Masih bersama ayam itik. Masih dengan bendang yang luas. Masih berpaut pada ibu ayah, keluarga. Hurmmmm..

Kadang-kadang terdetik dihati agar rezeki itu dilambatkan. Senang. Tak payah berjauhan dengan tersayang. Takpayah ditinggalkan segala kesukaan. Gila kan. Memohon untuk di kurangkan rezeki. Tak patut sungguh. Seharusnya memohon untuk rezeki itu tiba dengan tidak dihilangkan segala yang membahgiakan. Ini tidak, sudah menyimpang banyak niee. Haishhh.

Itulah, selalu saja pujuk hati. Tak payah merasa bahagia sangat dengan apa yang ada. Lama-lama akan hilang. Lama-lama akan pergi. Mana boleh terus disisi. Teringat pada satu ayat dalam video MathLutfi "Bergantunglah pada yang tak mati". Ya Ia akan terus kekal abadi, tak akan hilang, tak akan pergi.



"Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati.."
Al-Furqan 25:58 





Dua

Sakit lama datang lagi. Datang dengan tatau bila nak berhenti bertandang. Sudah sudah la tumbuhnyaa. Dah 2 kali operate tak kan nak tumbuh lagi. Uwaaaaaaa T_T

Keloid itu datang lagi tuan tuan dan puan puan. Ya, si bijik kecil yang tumbuh dengan hidup segar di tempat tindikkan subang itu. Sudah 2 kali saya berusaha membuangnya. Operation di Hospital alor setar pada 2008, kemudian setahun lepas tu tumbuh balik, lalu di operate lagi pada tahun 2010. Hari nie, dah waktu ini, saya nampak yang tempat parut itu tumbuh lagi.


BTW nie bukan telingan milik saya. Hanya ehsan google. Tapi Lebih kurang macam nie keloid yang dulu. Separuh dari Saiz yang di atas.



Apa itu Keloid?
Di mana Keloid gemar tumbuh?
Adakah anda mempunyai Keloid?
Nak tambah ilmu sikit tentang Keloid?








.

Friday, April 20, 2012

Quote #30






.

Oh Lemak.



Tadi melihat gambar gambar lama. Setahun dua yang lalu. Bila di belek belek kembali, kurusnya aku. Keciknyeee peha. Selimnyeee muka. Alahaiiii. Zaman kegemilangan tuh, berat baru 52, 53 jah. Jean yang 28 pun masih boleh saruk. Tapi sekarang? Hurmm. Dah tersimpan rapi dalam almari, tinggal hari je nak bawak pergi bundle. Bukannya dah buruk ke apa, masih elok, macam baru dibeli lagi, tapi dah pakainya takat lutut je  yang masuk, apa boleh buat. Boleh tatap dengan penuh rasa hiba je lah.

Entahlah, tatau nak cakap bagaimana. Kadang kadang malas untuk di stresskan sangat hal gemok gemok ini.  Selalu cuba di sedapkan hati, takpa, shanie tuh lima kali gemuk dari aku, dun worry. Tapi bila di lihat kembali tubuh ini, ada benjolan lain yang segar menaik, terus rasa down untuk sehari.

Oh lemak, walaupun setiap malam, hati ini sangat beriya iya mahu melepaskan kamu pergi, biar duri menikam, biar badai melanda, tetap mahu membuang kamu jauh dari hidup ini. Biar semua memori itu hilang, padam, jangan digamit kenangan lagi. Tapi bila tiba sang mentari, kenapa hati ini begitu berat melepaskan engkau pergi?












PdanS : Lately entry sangat berbaur kisah kisah lemak tepu, lemak sayur, lemak sendiri dan lemak la engkau niehh!!! Nampak sangat tak stress dengan jisim sendiri. Nampak sangat masih cool cool. Muahahahaha... Hadoiyaiiii.

Wednesday, April 18, 2012

Sekiranya ibu bapa tahu..





"Sekiranya ibu bapa tahu tentang tahap-tahap pembangunan otak anak dari masa ia berada di dalam rahim ibunya....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa 40%-70% sel otak anak di dalam rahim akan pupus jika tidak digunakan....

Sekiranya ibubapa tahu pentingnya Vitamin C, EPO, B kompleks, Zat galian, minyak ikan dan lecithin....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak mampu bertutur dalam 3-4 bahasa pada usia 3 tahun....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak berusia 2-3 bulan sudah mula membaca (dengan hanya melihat & mendengar)....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa otak anak akan terencat jika ia tidur telentang....

Sekiranya ibu bapa tahu bahawa anak boleh menghafal 50-60 surah pada usia 4-5 tahun....

Sekiranya ibu bapa tahu tentang keagungan budi pekerti, kesabaran dan tawakal ....


Maka lebih ramai anak-anak kita akan memperolehi kesihatan, kewibawaan dan intelek yang amat tinggi!"



-Mansor Haji Sukaimi-





My Sunshine yang ini, akan cuba dididik dengan betul, agar jadi insan berguna. Biar bukan dari jrahim sendiri, tapi dari darah yang sama mengalir dalam tubuh yang berbeza. Akan dibela nasibnya. Hurmm. Come to mummy..












PdanS : Serius kagum dengan Fakta di atas. Tak pernah pun tahu. Hebatnya kuasa Tuhan. Lepas nie kena banyak google dan baca cara cara didik anak!! Serius harus kena ambik tahu. Walaupun lambat lagi untuk rahim ini terisi, tapi demi Si Kecil di atas itu, tak mengapa, saya tidak kisah. Tak sabarnya mahu mendidik anak sendiri. Eh eh, mari cari ayah kepada si anak dulu. Kehkeh..

Testing.. Testing.. 1, 2, 3..




Hello hello. one two three one two three.

Ehem ehem. Header baru? Okeh? Layout baru? Mabeles?

Sapa cakap tak mabeles dia memang suka kencing malam.

Sapa cakap "mabeles gilaaa dowwhh!"  dia adalah sorang yang kalau laki, badantafgilamacamAA, kacak, lepas tu kalau pompuan slim cantik macam Scha, dah la baik, berhati mulia pulak tu, rajin, suka memasak dan lain lain lagi.

 Dan sapa suka boleh tekan butang LIKE serta sila tinggalkan jejak. 

Boleh saya belanja makan sekupang dua. 

Kehkeh. 

Tapi sapa tak suka pi men jejauh.

Takpayah kawan!!

Sekian





Hasil syoq sendiri dengan bercamwhoring depan pintu rumah dengan berandaian bahwa cahaya tengah hari yang masuk macam boleh buat gambar jadi kacak segak bergaya gituh. Guna camera laptop jerr. Kahkah.









PdanS : BTW, template baru nie macam pedih mata tak bila baca. Macam kena tenung lama lama, tajam tajam tak? Macam kan? kan? Why haa??

Tuesday, April 17, 2012

Tips menurunkan berat badan.


Hai petang yang, yang, yang, yang apa ya. Haha. Terbantut pulak untuk berkata kata. Yang kuning dan oren sudah la. Tak payah nak memanjangkan cerita. Hai kalian. Hai hai.

Okeh, actually sedang mencari mood untuk menyiapkan 3 assignment yang due datenya adalah dipenghujung bulan ini. Entah la bila nak datang mood itu. Setiap hari asyik bertangguh saja kerjanya. Hari nie sehari suntuk berkerja keras di depan oven. Satu lagi ilmu memasak telah dikutip dari sepupu yang punya pengetahuan yang mendalam tentang bakary bakery ini. Tak menang kaki tangan di dapur beliau tadi mengerjakan cup cake tempahan orang. Kesana kemari, baru 5 saat hendak direhatkan bontot kembang ini, dah terjerit jerit oven tanda masak dan harus dikeluarkan lalu digantikan dengan adunan yang lain. 

Sampai ke jam 12 tengah hari settle 2 bancuhan. Penat gila. Balik rumah terus cari tilam bantal. Dengan tidak bersiramnya dari pagi. Kehkeh. Ya lah, membuat kek seusai subuh lagi, tidak punya kuasa aku nak mandi dikala waktu begitu. Sudah la nak pergi memasaknya 5 langkah je dah sampai. Tambah pulak nak mengadap oven yang membahang panas yang pasti akan buat muka berminyak, badan berpeluh. Oh tidak perlu bersiram siram. Kehkeh. 

Then, apa lagi ya harus di catat. Oh, SAYA SUDAH GUMUK. Sekali lagi jarum penimbang berkelakuan sangat tidak cool sama saya. Selalu sangat nak bergurau senda sama saya. Hey, tak lucu okeh. TIDAK!! Ada ke patut dia cakap saya naik lagi 2 kilo. Mean berat i dah mencecah ke angka 58!!! Menipu gila kan. Hahaha. Dan saya sedang berdoa dan berharap sangat supaya memang dia suka menipu dan dia dah gelong lalu gila. Amin. Semoga semoga!!!

Dah malas fikir tentang gemok. Lagi di diet lagi menaik berat aku. Sakan sungguh. Dalam masa 2 bulan boleh naik 2 kilo. Kalau 2 tahun naik 2 kilo boleh tahan lagi. Hadoiyaiiii. Serius macam nak pergi masuk dalam oven kejap, dengan harapan boleh terbakar sikit lemak lemak yang menepu itu. Ya, saya pergi dulu. Tata.












PdanS : Tajuk entry yang langsung tidak selari dengan topik yang diperdebatkan. Kahkah. Saya tidak begitu keji dengan tidak memberikan apa apa Tips kepada anda. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat, TRY LA MAKAN HERBALIFE. Kawan saya dah cuba dan hasil SANGAT SANGAT MEMBERANSANGKAN. Beliau sangat sangat teruja nak berkongsi pengalaman beliau untuk hidup lebih sihat dengan kalian kalian. Kalau berminat boleh trus klik LINK ini. Tata.

Sunday, April 15, 2012

FAKTA mengenai Kahwin.



1. Sepupu lelaki yang berumur sama, yang dulu selalu main aci ligan bersama, yang pernah baling batu kat kepala aku  waktu jajah satu sampai berdarah sakan, dah bertunang dan bulan 12 nie dah nak kawin.


2. Sepupu pompuan yang muda setahun, yang close dengan saya, yang mengaji sama universiti dengan saya, yang amek cos pun sama, yang junior satu sem saja dengan saya, dah nak bertunang jugak. Mungkin akan berkahwin pada bulan 12 nie bersama sama abang beliau iaitu sepupu lelaki di No1 tadi. 

3. Sepupu lelaki yang setahun muda, yang duduk sebelah rumah je, yang selalu berAyang ayang dengan saya, yang selalu menggedik bila jumpa, yang saya antaq dia pi naik bas waktu nak pi betunang dia, yang pernah pesan "Ayang jangan risau, abang ada 3 lagi kosong" sebelum naik bas, pun bakal berkahwin jugak. [Menjadi keharusan untuk kami berdua menggedik gedik bila berjumpa. Hanya bergurau senda. Tidak menyimpan apa apa rasa ya]



Pendek kata kebanyakkan sepupu yang berada di fasa fasa duapuluhhan sudah pun mula mengatur langkah untuk berumah tangga. Wahhh!! Walaupun aku sangat teruja untuk majlis mereka, sebab nanti akan berkumpulah semua saudara mara sekelian alam dan boleh bersuka ria dengan riuh rendah, tapi, ada satu benda yang buat aku jadi sungguh tak senang duduk dan sangat tak syoq. Haa?? Kenapa? Mestilah akan ada soalan soalan "Muna bila nak kawin?".Dan soalan itu nak tak nak kena lah jawab dengan penuh berhemah. Buat masa nie, aku dah prepare beberapa skema jawapan waktu basuh pinggan tadi. Ya beberapa mean banyak jawapan yang boleh diberikan bergantung kepada kematangan individu yang bertanya itu.


Jawapan untuk Individu jenis A : Tu la, ingat nak kawin dah tengah hari nie, tapi ada majlis kawin Ummu pulak, malam nie la kawin.


Jawapan untuk Individu jenis B : Tu laaa, memang nak kawin pun, tunggu Makcik/Pakcik la tolong cari satt.

Jawapan untuk Individu jenis C : Duit ada sekupang macam mana nak kawin. Tolong la sponser 3juta, baru boleh kawin.


Jawapan untuk Individu jenis D : Takpalah, nanti dah sampai jodoh, muna kawin laaa.

Jawapan untuk Individu jenis E : Tu la, memang nak kawin pun, tapi pakwe dok kalut belakon. (Dengan mengandaikan sedang berpacaran sama ZA dan AA. kahkah.)



Hurm, dulu, waktu habis SPM, dok kalut tanya, tak sambung study ka? Bila dah sambung study sampai tinggi tinggi, ada pulak yang tanya, "Tak habih habih lagi ka?". Kemudian bila dah habis timbul pulak soalan "Tak reja kaa?" Kadang kadang nak je jawab, "Memang tak mau reja pun, nak dok rumah ja, perabih beraih mak ayah". Hadoi hadoi. Lepas tu bila dah kerja, mesti akan jumpa soalan "Bila nak kawin nie?". Bila dah selamat kawin sibuk pulak dok tanya "Tak mengandung mengandung lagi ka?" Aigoooo. Dah selamat beranak, keluar la sorang, tak dan nak habis pantang lagi, tanya dah nieee "Takmau tambah lagi ka?".

Ini lah antara persoalan persoalan yang kerap ditanya oleh manusia manusia dan aku sebagai manusia pun tak terkecuali. Memang selalu jugak dok tanya. Kadang kadang bila kita di tempat Si Penanya memang tak rasa apa-apa, macam best je nak tau semua, macam sangat ambik berat je bila boleh tanya soalan lagu tuh, tapi dalam hati mereka? Bila kita di tempat mereka, bila diajukan dengan soalan seperti itu? mesti serabut kan. Menyampah pun ada. Nak nak soalan yang "Tak mengandung lagi ke?". Mesti makan hati punya kalau sapa sapa yang dah kawin lama, tapi tak berzuriat lagi kan. So, nak tanya tuh, hurm, tengok keadaan dan bertanyalah dalam intonasi yang sesuai dan betul.

Hari tuh, waktu mula mula sambung master, ada seorang hamba Allah itu cakap kat kakak saya, "Sambung lagi? Mengaji tinggi tinggi bokpaa, nanti nak kawin susah, takdak orang nak!!". Lohhh, ada lagi manusia yang berfikiran macam nie. Kolot sungguh pemikiran. Kasihan betul. Nak kata kerja kampung tak jugak, kerja hebat, bergaul dengan orang besar, tapi bila aku nak sambung belajar pun menjadi satu pertikaian dan masalah kepada beliau. Hadoiii. Wahai sedara, jodoh tuh, bukan terletak pada setinggi mana kamu belajar, tidak, jodoh itu sudah pun Tuhan tentukan, siapa, bagaimana bentuk rupa parasnya, bila berjumpa, dimana. Tidak belajarkah Tuan tentang Qada dan Qadar, Takdir, sesuatu yang tertulis Luh Mahfuz?? Hurm...





Untuk Incik Jodoh, ini untuk kamu... 


  
                                                                         Ceyywahhh..
Tak tak. Ini memang SERIUS.











PdanS : Duhai hati yang besarnya hanya segenggam. Kemahunya melangkaui alam. Janganlah berbolak balik lagi. Tetaplah pada yang Satu. Setialah pada Pemilikmu. T_T

Friday, April 13, 2012

Dapur Chef..


Aii ceywahh.. Tajuk tak nak kalah.. Kahkah.. Okeh. Hari ini dengan perasaan yang sangat teruja dan gembira tak tersangka sangka, marilah kita sama sama turun ke dapur untuk sesi beramah mesra bersama kuali dan sudip. Ayuh kita mulakan segmen kita hari ini, iaitu Dapur ku hebat!! Ewah, tiba tiba blog sunyi bak tanah gersang ada segmen segmen. Kemain aktif lagi. Hebat sungguh!!! Kahkah.

Bukan mahu berbelagak-belagak hebat (Nangis Cikgu BM baca blog aku), tapi perasaan jakun yang lebih menguasai diri sebenarnya. Almaklumlah, tidak pernah di cuit walau sedikiitpun resepi resepi donut mengdonut nie. Tub tub bila try buat untuk pertama kali, menjadi dan rasanya cukup mabeles sampaikan kazen kazen yang datang bertuisyen dengan saya siap tapau bawak balik rumah!! Haaa!! Gila tak bangga kan. Memang harus la buat enrty SAYA PANDAI BUAT DONUT.  Kahkah. Okeh okeh, tanpa mencuri masa tuan tuan dan puan puan dengan intro yang kosong lagi tak berguna, mari kita lihat apa ramuan ramuannya yaa.








Donut Gebu Geban

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

3 1/2 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur


Cara-cara 

Cairkan mentega dan ketepikan.

Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.

Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.

Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.

Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice... 









 Sebelum 


Selepas 45 minit. Kembang dia sangat buat saya kagum dan tiap lima menet mesti nakpi dok intip.



Lepas dah kembang goreng sampai habis tau. Jangan dok simpan nak uli petang nanti ke, lima jam lagi ke, jangan jangan. Nanti dia lagi lagi bertambah kembang sampai goreng pun jadi tak sedap dah. So, nak mengelakkan itu berlaku, uli dan gorenglah sedikit sahaja masaknya, jangan sampai masak sepenuhnya. Kemudian boleh simpan dalam peti ais. Nanti nak makan esok ke, malam karang ke, boleh bawak keluar dan goreng lagi sekali.  Sekian. 





Last sekali, Donut nie, i lilit lilit dengan sosej. 1st time buat kosong je. Gebu ya amat. Suka gila, tak percaya diri dah mampu membuat donut yang lazat, macam nak menangis kejap. T_T. Tak pernah pun bercita cita untuk sampai ke tahap ini skill memasak saya. Selalunya hanya berdoa pada Tuhan supaya dikurniakan ilmu membuat masak kicap saja. Itupun dah cukup hebat bagi saya. Tapi tuhan bagi lebih dari itu. UwaaaaaaT_T. Terharuuuuunyaaaa..... Dah!! Dah!! Tak payah berdrama sangat. Kahkah.. Untuk 2nd time kakak berpendapat untuk suruh letak sosej dalam dia pulak. So, try saja lah. Rasanya pun boleh tahan sedap. Hihi. Selamat mencuba. Tata.






.

Ber-camerawhore



Pagi nie ada mensyuarat Koperasi Sungai Yan dan saya perlu hadirinya. Eh eh, saya dah pandai melabur, main main saham, masuk koperasi apa bagai?? Aiyoyo. Tah tahu menahu apa pun. Tub tub semalam ayah cakap, nama aku ada, dia yang registerkan dalam koperasi tuh, esok pagi siap siap pergi mensyurat dan dapat duit. Wah duit?? wah wah!!! Sebenarnya takdak lah teruja mana sangat pun. Malas gila nak siap, plus pulak yang ahli koperasi tuh adalah dikalangan makcik dan pakcik pakcik yang berpangkat tokwan. Jadi aktiviti mencuci mata dikala keboringan mungkin sedikit terbatas. So tak ada semangat nak pergi. Can? Muahaha.

Tapi dek kerana teringat akan skirt yang baru dibuat tak terpakai pakai lagi disebabkan tatau nak pergi mana, so saya pun setuju dengan ajakkan Si Bapak. Kehkeh. Lepas tu, perginya kejap je, lepas Pegawai Daerah rasmi rasmi, jamuaan makan sat, aku terus cabut balik. Tak dan nak start mensyuarat saya setuju saya bangkang, saya mencadangkan bla bla bla la.. Tak sempat.. Aku dah malas tunggu. 

Lepas balik rumah terasa macam sayang pulak nak buang tudung baju semua nie.  Jadi ber-camerawhore sat. Bila tengok balik, rasa geli pulak aku dok pose sorang sorang bagai orang gila yang syoq sendiri pulak.  Sebelum nie, dok "euwwww" sangat tengok kanak kanak pra matang kat Facebook yang suka bebenau ambil gambar sendiri guna hanphone, mata bulat bulat, tonyoh eyeliner sekerat botol, mulut macam nak kis kis, pastu ambek dari posisi henpon di atas, kepala sedikit mendongok.. Auchhh auchhhh..Pelis laaa.  Tegoda mak tauuu.. Hahaha.. Tak mengapalah, besa la tu, budak budak nak membesaq.

Jadi, sebagai seorang manusia yang pemurah, marilah aku nak kongsikan rasa geli itu bersama sama engkau sekalian. Selamat bergeli geli. Aummm. Kahkahkah.















BTW, if engkau adalah seorang yang baru nak berjinak jinak lagi dengan jarum dan benang seperti saya, maka, tak perlulah belagak belagak beli kain mahal mahal untuk buat baju. Pergilah nagoya beli kain cotton yang semeter RM2.80 sudah. Atau kalau nak buat skirt, or jubah, beli la kain jersi hat orang buat tirai kelas waktu zaman sekolah dulu dulu, or balut meja guru or meja kat majlis kawen orang tuh, semeter baru tiga hengget jah. SANGAT SANGAT BERBALOI. Usah bimbang, kain kain murah nie sangat tak nampak murah bila dah jadi skirt. Sangat boleh kembang kuncup kembang kuncup macam kain yang beli tiga pat puluh hengget semeter tuh. Jadi jangan buang duit duit anda yang berkepuk itu. Jom pi Nagoya borong kain jersi pat lima nam warna lagi!!! Kemaruk nak menjahit jubah dengan skirt lagi niee. Kehkeh..




.

Thursday, April 12, 2012

Nasihat lagi??



Bila kamu banyak post tentang NASIHAT :





♥ Biar orang kata kamu POYO..

♥ Biar orang kata kamu BUAT-BUAT ALIM..

♥ Biar orang kata kamu nak TUNJUK HEBAT..

♥ Biar orang kata kamu BERLAGAK BAIK SANGAT "LER TUE"..

♥ Biar orang kata kamu NAK JADI USTAZ/USTZAH "LER TUE"..

♥ Biar orang kata kamu APA-APA SAHAJA..





Ingatlah... Sekurang-kurangnya kamu telah meLAKSANAkan salah satu HAK MUSLIM ke atas MUSLIM yang lain. Kamu tak akan diPERSOALkan Allah lagi... biar manusia memPERSOAL kamu di DUNIA, jangan sampai Allah memPERSOAL kamu di AKHIRAT.




.

Anak Kecil Saya





Hai. Ini anak kecil saya. Namanya Luqman Hakim. Beliau seorang baby boy. Tapi kadang kadang beliau jugak adalah baby girl. Beliau boleh berubah menjadi macam macam. Semua itu bergantung pada tahap keriangan si Makteh cantik menawan beliau. =P





See, beliau bukan saja boleh menjadi baby boy yang kacak, tetapi mampu berubah wajah menjadi baby gurl yang nomey nomey. Aummmmmm.. kehkeh..



Ini pulak baby gurl yang muka kelat lagi ketat akibat di paksa pakai yang macam macam. Lalalala...



 Seiap kali magrib beliau pun akan menyibukkan diri jugak untuk join jemaah jemaah di dalam rumah bersembahyang. 



Dan kadang kadang beliau akan menjadi seorang jemaah yang solehah. Alhamdulillah. Sejuk perut ibu beliau mengandungkan selama sembilan bulan 7 hari.  



Alahai. Beliau memang sporting habis bila dipakaikan tudung tudung sebegini. Apatah lagi bila di acu kamera, berbolat bolat lah biji mata menjegey melihat lens cabuk itu. ^_^ Akan tetapi sila berbuat demikian setelah balik dari jalan jalan diluar rumah dan sesudah menyusu. Lain lain waktu akan kedengaran seperti ada anak kecil terkena sampukkan pocong di dalam rumah. Kahkah.



 Kadang kadang, beliau jugak adalah bahan bahan eksperimen untuk menentukan kekuatan handbegBARUKAWANBELANJA. =P



  Owh, yang ini tak dapat dipastikan kenapa dan mengapa. Tapi rasanya.. hurm.. cuba untuk menjadi wanita solehah lagi kot. Aummmmm. =P





Dan ini pula.... satu keajaiban!!!! Baby boy juga boleh mengandung 9 bulan ya kawan kawan. Jangan terkejut. Lalalala. =P












Hasil kekreatifan dan kekejian Makteh beliau. Kehkehkeh. Sekian terima kasih.. ^_^
















PdanS : But, ini bukan anak yang keluar dari perut sendiri. Anak kakak actually. Anak sendiri, InsyaAllah, tak akan buat menda menda begini. Kahkah. 

Tuesday, April 10, 2012

Monolog sendiri..



Assalamualaikum dan selamat malam. Hai anda yang cantik jelita. Hai kamu yang kacak. Hai hai. Semoga baik baik saja untuk malam ini dan hari hari yang bakal ditempuh seterusnya.

Okeh. Apa yang perlu di tulis ya untuk malam ini. Entah. Tidak mempunyai apa apa tujuan sebenarnya. Cuma hati seakan mahu bermonolog dan tangan seperti sangap untuk mengetuk papan kekunci ini.

Owh, baru teringat. Semalam terbaca sesuatu di entry rakan rakan yang lain. Sesuatu yang berkisah tentang isteri dan suami yang kedua-duanya bekerja. Baru sahaja membaca entry nya sudah dirasa tempias penat itu. Entah bagaimana aku dihari kelak kan. Ya lah, cuba bayangkan, bangun seawal pagi, siap baju laki, mandi anak, siap barang anak, makanan untuk laki dan anak anak. Dan nak siap diri sendiri jugak. Agak agak, jam 3pagi dah kena bangun apa kan. Lepas tu pergi kerja. Balik kerja pulak, masak, kemas rumah, basuh baju, settlekan kerja kerja rumah. Sampai anak tidur baru bleh lelap mata. Penatnya... Dulu, waktu praktikal yang kerja hanyalah ciput pun aku terasa penatnya. Balik kerja saja terus hentam tidur. Itu baru berbujang bujang,  nanti bila dah berlaki, dah beranak kecik, hurmmm... Begemana tuh???

Tak, hari nie bukan nak cerita kerja isteri sangat banyak dan penat. Tak tak, tapi sangat nak bercakap hal SUAMI YANG RAJIN. Serius susah sangat untuk aku bertemu dengan laki laki yang berspesis rajin. Rajin mean, balik rumah tolong isteri kat dapur, basuh baju, jaga anak. Yang tahu tanggungjawabnya bila dua dua orang bekerja. Nie tak, yang selalu selalu nampak, isteri dan suami dua dua sama sama kerja, tapi balik rumah isteri la buat segala macam kerja rumah plus jaga anak pun dia jugak. Laki?  balik rumah, mengadap TV cerita bola. Tak pun terbongkang tidur. Aiyoyoyo. Sungguh sungguh tak suka lelaki yang semacam ini. Entah la, semoga dijauhkan dari dapat suami yang macam nie kan. 

Sedih tengok mereka mereka yang bernasib kurang baik punya suami yang macam nie. Kadang-kadang ada jugak insan insan itu meluahkan masalah yang sama kat saya. Sampai stress, sampai bawak bergaduh untuk hal hal seperti ini. Sedih dengar. Dah di cuba pelbagai cara, jadual tugas dah ditampal, arahan dah di beri, leteran dah di tutur, tapi semuanya tak berjalan. Hurmm. Tah lah, tak kan nak suruh bercerai kot. Tidakkkkk. Jangan. Bukan  itu jalan penyelesaiannya.

Lelaki lelaki di luar sana, tolong la bantu membantu isteri kamu nanti. Jangan biarkan semua kerja dibereskan oleh beliau seorang saja. Kasihan dia. Kalau anda cakap penat, apa dia pun tidak penat kah? kerja dia di office hanya balas komen facebook dan karang blog saja kah? Sama sama penat, jadi, sama samalah meringankan kerja yang ada, supaya tak terasa hati sebelah pihak. Memanglah, kadang kadang menjadi tabiat isteri nie suka memendam apa yang dirasa dan suami pulak akan nampak semuanya macam biasa saja, tak ada apa-apa. Jangan lah begini, cubalah memahami.  Kata sayang. Sayang bukan ditunjukkan di atas katil saja. Di dapur, di ampaian, di batang penyapu, mop lantai, sinki, washing machine, banyak tempat boleh tunjuk. Bantu bantu lah nanti. 

Kadang kadang benda benda yang macam nie buat saya sangat cerewet dalam memilih. Bukan cerewet, tapi berhati hati, takut yang begini terjadi, sudah tak boleh nak undur diri. Kawin bukan sesuatu yang main main. Bukan sesuatu yang nak menunjuk engkau laku, dipinang orang sana sini. Bukan jugak sesuatu untuk dibanggakan, punya laki bergaji tinggi, punya isteri cantik menawan hati. Tidak. Bukan untuk nafsu semata mata. Berkahwin lah dengan.... Entah lah. Tak dapat nak habiskan ayat ini. Bukan pakar bab kahwin kahwin nie. Tapi, berkahwinlah dengan meletakkan niat yang betul bersama dengan agama ALLAH. InsyaAllah akan dipermudahkan segala kerja.



” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : 

” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu (dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )





















PdanS : Alhamdulillah, dah terluah dah isi hati. Sudah lama memikirkan hal ini, sudah lama menyimpan rasa yang tidak mampu memuaskan hati wanita kerdil ini. 

Bermimpi melihat diri anda berbogel??



Dalam satu kuliahnya, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din membuka kuliah dengan satu pertanyaan. "Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?" Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais. Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu. Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu. Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa. Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya? Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu. Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan.. Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima.. Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..
















PdanS : MasyaAllah... Beruntunganyaa...

Monday, April 9, 2012

If i could...








I was a foolish little child
Crazy things I used to do

And all the pain I put you through

Mama now I'm here for you



For all the times I made you cry

The days I told you lies

Now it's time for you to rise

For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me




.
















Mak, you are the number one for me.


You are my Cinta Hati.













.

Quote #27








.

Sunday, April 8, 2012

KL Gangster 2 Kembali !!!





Nie bukan nak promosi Filem Ayat Ayat Cinta 2 or Nur Kasih 3. Tidak tidak. Tapi ajak engkau engkau tonton KL Gangster 2!!! Kenapa???






Inilah diaaa.... Penampilan Khas yang dibawakan dari Utara semenanjung.. terimalahhh... KAK LONG!!! Bakal beraksi bersama Abang Long (ofkos la Mat Haron yang badan ketak ketak dalam IC Singapore tuh. kahkah) dalam KL Gangster 2 yang akan ditayang pada pertengahan Julai ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memonton babak babak romantik habis dengan selingan sembelih daging kambing dan cucuk satey buat majlis hari jadi, berserta aksi aksi yang mendebarkan dan mencemaskan yang sudah tentu akan menyentuh hati setiap penonton yang menyaksikan. Serbulah panggung panggung berdekatan Julai ini.. Oh, jangan lupa bawak tisu jamban, touching habiss kottt..


Note : Pembelian tiket wayang berserta salinan photostep IC Mat Haron Mustapa akan diberi diskaun sebayak 5kupang. Kehkeh.











PdanS : Serius muka dah macam set set  gangster dah bila berparut macam nie. Adusss. Tak mengapa. Lebih tinggal kenangan. Lebih berhati hati untuk.. untuk.. untuk apa ek.. Haha.. Tatau apa punca.. Tub tub.. Mata pedih dan tak boleh nak sentuh. 3 hari kemudian, naik gelembung macam ada nanah nanah, then hari nie dah jadi parut. Dah 3 hari wajah berbedak sejuk. Sampai bawak ke sidai kain dan pergi rumah sebelah. Haha. Tapi tak mengapa jugak, hari nie dah baik sikit...  Alhamdulillah.. ^_^